B T G M : DEMONSTRASION

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BUNGA Ros yang berada di hadapan hanya dipandang kosong. Matanya saja ke arah situ, tetapi fikirannya memikirkan sesuatu.

“Easy. Ikut je aku. Papa kau dah tak nak kau. Jadi, ikut je aku. Easy?”

Kata-kata sinis dari Mr Gun sesikit sebanyak membuatkan dia terusik. Lelaki yang menggelarkan dirinya papa, tidak sayangkan dia selama ini. Tapi, apa sebabnya Joowan mengajar dia untuk jadi seperti ini?

Matanya menunduk memandang tangannya yang ‘suci’ pada fizikalnya. Hakikatnya, tangan kecil inilah yang paling kotor!

Belle tersentak apabila tangannya kini berpaut dengan satu tangan yang kekar. Tubuh kekar itu menelan tubuh anggun Belle ke dalam pelukannya.

Sedar tidak sedar, sudah seminggu mereka menjalinkan ikatan cinta. Sejak kejadian dia berlakon menjadi seorang pemabuk dirancang rapi oleh Tyler.

Esoknya, Rich termalu sendiri apabila dia dapat mengetahui bahawa Belle tidak mabuk malam itu.

“What are you doing here, my gorgeous ?”

Sempat kepala berambut merah itu dikucup lembut. Terasa tangan kekarnya membelai lembut kekura tangan gadis itu.

“Kau suka bunga Ros, kan?”

Belle mengangguk.

“Kenapa kau suka bunga Ros?”

“Bagi aku, bunga Ros ni sinonim dengan aku.”

Tangan mulus itu menyentuh kelopak bunga Ros.

“Dia cantik. Dia menawan. Tapi...”

Jarinya mencari duri di balik kelopak merah itu lalu dia menekan kuat jarinya ke durinya. Tanpa riak, dia mengangkat jari telunjuknya lalu tompokan merah mula mengembang di hujung jarinya.

“Opss. She’s dangerous!”

Pantas jari runcing Belle ditarik lalu disua ke bibirnya. Jari itu dimasukkan ke dalam mulutnya. Tak berkedip mata Belle melihat Rich yang menghisap darahnya.

Belle tergelak kecil. Dia tahu lelaki yang mendakap mesra tubuhnya adalah seorang ‘protective’ person. Semenjak mereka bercinta, mula dia menjadi Guardian angel kepada Belle.

“Tuanku! Tuanku!”

Serentak dua pasang mata memandang pembantu yang bergegas ke arah mereka di taman cinta. Melihat wajah pucat milik pembantu rumah itu membuatkan kening Rich hampir bersambung.

“Tuanku, ada sekumpulan lelaki buat demo di hadapan istana, Tuanku.”
Mata Belle dan Rich bersabung. Kemudian, Rich bergegas ke arah bawah.

Bunyi riuh rendah yang berada di hadapan istana membuatkan kening masing-masing berkerut. Belle yang baru saja ingin mengikuti langkah Rich, ditegah pengawal apabila Rich memberi arahan kepada mereka untuk menjaga Belle.

Kehadiran Rich tiba-tiba membuatkan riuh rendah tadi menghilang. Mereka agak kecut apabila melihat wajah dingin Rich. Melihat sepanduk yang mereka bawa itu, dia mengerut kening.

“Saya culik perempuan?”

“Ya! Kau penculik anak aku!”

Tanpa sempat bertindak apa-apa, wajahnya hampir disinggahi penumbuk pak cik itu, waktu seakan terhenti seketika. Tangan pak cik itu digenggam oleh Tyler. Kemudian, tangan pak cik itu disimpul ke belakang tubuhnya sendiri.

“Please respect your Crown Prince.”

Semerta tubuh lelaki tua tadi ditolak ke hadapan. Pengawal juga mengawal sekeliling takut jika Putera mereka diserang hendap!

“Kau penculik! Pulangkan anak aku!”

Belle memandang ke arah lelaki tua yang menempik ke arah Rich. Tangannya direntap melepaskan diri. Apabila sudah berjaya, dia berlari ke arah kerumunan manusia.

Ayah?

“Berhenti!”

Semua mata lelaki di situ kini terarah pada Belle. Masing-masing terbungkam melihat kejelitaan pada Belle dengan wajahnya yang putih bersih dan rambut merah miliknya yang beralun hingga ke pinggang itu mengundang mata yang takjub melihatnya.

Dengan gown satin putih berlengan panjang melekat pada tubuhnya menambahkan seri padanya.

Matanya tiba-tiba tunak kepada pihak media yang baru saja menghampiri.

“Oh, shit!” Sempat dia menyumpah. Dia terus menarik wajahnya supaya tidak masuk ke dalam media.

“Belle! Mari balik!”

Baru saja ayah angkatnya itu ingin menyentap tangan Belle, semerta tangan halus itu ditarik ke dalam pelukan seseorang.

“She’ll not going anywhere.”

Belle mengangkat wajah. Wajah beku Rich membuatkan Belle menunduk semula memandang dada milik tubuh kekar itu. Dia teringat ketika dia dibuli waktu di sekolah dulu. Wajah dingin Richlah yang membuatkan semua terbungkam dan membisu seribu bahasa. Termasuk dirinya juga. Takut dengan aura Rich yang ini.
Tangan Rich memeluk pinggang Belle.

“Oh, kau dah seronok bercinta dengan putera raja ya? Kau kena ingat yang kau tu pembunuh! Tak layak jadi tuan puteri!”

Belle terbungkam kali ini. Dia masih mengeras dalam pelukan Rich.

“Berhenti mencemuh! Semua bersurai sebelum aku yang bahayakan keluarga kau orang!”

“Hei! Bila-bila masa nyawa tuan putera akan terbanglah. Bukan aku tak tahu dia ni sedang dalam perancangan untuk membunuh tuan putera!”

“Guard! Bubarkan mereka!”

Tangan Belle direntap mengikuti langkahnya yang besar.

“Rich! Sakitlah!”

Rayuan dari Belle tidak dia endahkan. Laju saja kakinya melangkah hingga ke biliknya.

Pintu ditutup kuat membuatkan Belle terkejut. Melihat Rich yang dingin mula berdebar-debar dalam dadanya.

Rich mengambil masa untuk bertenang. Tangannya kekarnya menggeletar menahan amarah. Kini, hanya desahan nafasnya yang menahan amarah saja menghiasi bilik itu.

“Kenapa... kau marah?” Belle memberanikan diri untuk bertanya. Soalannya masih tidak berjawab. Tubuh Belle didakap agak lama. Mata Belle terkebil.

“Aku tak suka orang sakitkan kau. Cukuplah selama bertahun aku gagal untuk jaga kau.”

Belle kecut perut bagai tidak mahu menghirup udara rasanya.
Tidak lama itu, telefon bimbit miliknya berdering. Tunak matanya memandang ke arah telefon yang berada di atas meja kopi. Melihat sebaris nama itu membuatkan Rich gelisah.

“Hish! Orang tua ni.”

Rich bermonolog tetapi mampu membuatkan Belle menelan liur. Panggilan dijawab. Tubuhnya berpusing menghadap Belle, lalu jari telunjuknya dilekap ke bibir supaya gadis itu diam. Belle akur.

“Ya, Daddy?”

“Apa yang berlaku di istana, Rich? Kenapa riuh rendah?”

“Mana Daddy tahu?”

“Pihak media ke istana. Tak perasan?”

“Ermm... Rich  tak pasti, Daddy. Sebab benda terlalu drastik.”

“Siapa perempuan berambut merah itu?”

Pandangan Rich naik ke arah Belle yang dari tadi membisu di hadapannya.

“Future wife maybe.”

Belle tersentak. Mata bundarnya memandang iris biru milik Rich. Rich hanya tersenyum menandakan dia serius kali ini. Tidak lagi mahu berselindung dan menjadi ego. Belle masih terkejut dengan apa yang lelaki itu cakapkan tadi.

Beberapa minit kemudian, panggilan ditamatkan. Masing-masing terdiam seketika. Tangan kekar Rich naik mencengkam lembut lengan gadis berambut merah itu.

“We will get married, I promise.”

“Kau dah gila ke? Kau tahu kan aku pembunuh? Pencuri pula tu. Kau fikir rakyat kau ni nak ke permaisuri pembunuh macam aku?”

“Kau membunuh bila orang suruh je kan? Bukan kau yang nak bunuh, kan?”

Belle terdiam lagi.

“Jangan risau. . Aku lebih suka orang yang jujur daripada orang yang tipu dirinya adalah seorang yang jujur.”

Rich tergelak kecil melihat Belle yang terpana dengan kata-katanya tadi.
Tangannya naik membelai wajah si bujur sirih itu. Mata berkilau itu dipandang lama. Bibirnya disinggahkan ke dahi untuk menenangkan Belle. Akhirnya, terukir juga senyuman kecil di bibir merah jambu itu.

Tubuh Rich dipeluknya dan kepala disandarkan ke dada kekarnya. Rich membalas pelukan gadis itu. Sempat bibirnya mengucup ubun-ubun Belle.

Tidak lama itu Belle meleraikan pelukan. Wajah polos miliknya naik melihat sepasang mata biru yang menjadi igauannya dulu.

“Aku pelik, kau handsome, kau kaya, kau anak raja. Tapi kenapa kau takda GF?”

“GF? Untuk apa?”

“Ya la, jarang orang macam kau ni single kau tahu?”

“Sebab aku tunggu kaulah giler.”

Pinggang gadis itu diraih lembut merapati tubuhnya.

“Bagi aku ada GF ni, semak. Dahlah aku tak ikhlas sukakan dia, plus orang yang nak dekat aku ni bukannya pandai menilai cinta. Tapi, menilai harta. Sebab tu, Daddy aku jadikan aku dingin dari kecil. Aku ada lagi banyak kerja nak buat dari nak fikir masalah ‘hati’ dengan manusia yang kaya dengan emosi.”

Tangan mulus itu naik ke rahang Rich. Naik dan turun dari dada bidang Rich, ke leher Rich. Melihat halkum yang naik turun itu membuatkan Belle tersenyum.

“Kenapa kau terima aku?”

“Banyak sebab dan aku tak tahu nak mula dari mana.”

° ° °

Jangan lupa Vote dan comment!

1225 word

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro