Bab 12

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Suasana pasar petang ini lebih ramai dari biasa. Agaknya kerana hari cuti, ramailah keluarga datang.

Aku melihat Ezela yang berada dalam dukungan Farhan. Sejak tadi, bibirnya masih menguntum senyuman.
Mana tak gembiranya dah dapat mainan yang dia nak.

"Dhia nak beli apa?" soal Farhan. Aku mengangkat bahu. Menandakan yang aku tidak tahu apa yang patut dibeli.

Makanan?

Aiskrim?

Entahlah. Perut dah kenyang jadi masih tak rasa nak makan apa apa.

"Abang nak makan apa?" aku melontarkan soalan pula kepada Farhan. Dia nampaknya berfikir sekejap sebelum memberikan jawapan.

"Apa apa jelah, Dhia. Asalkan tak pedas eh.."

"Lelaki tak makan pedas. Tak malu" sempat lagi aku mengutuknya. Bukan apa, dah lama sangat rasanya aku tak bergurau senda dengan suami sendiri.

"Eh, ada satu makanan ni abang suka makan tau walaupun dia pedas.." ujar Farhan tiba tiba. Wajahnya yang serius itu mengundang pelbagai soalan di benak aku.

Makanan apa?

Selama ni aku tak tahu pun?

"Apa dia?" soalku sedikit kuat. Tubuh pula dah dirapatkan kepada Farhan akibat terlalu ramai orang disini.

"Dhia-lah. Dhia kan hot and spicy.."

Dan sejurus itu, terus Farhan tergelak. Aku apa lagi, menghadiahkan Farhan satu cubitan ketam pada lengannya. Hah kau biar biru terus.

"Nanti orang dengarlah!" marahku. Haish, ada pula dia cakap macam tu tengah tengah orang ramai ni.

"Abang nak pergi sana kejap. Dhia belilah apa apa dulu. Nanti kita lepak tepi pantai. Nak?" Melihat saja Ezela yang ingin ke satu sudut, Farhan terus meminta diri.

Aku hanya mengangguk tidak membantah. Lantas dalam kepala, aku sudah memikir mikir apa yang patut dibeli.

Lama berdiri, aku mula membuat pilihan untuk ke gerai dorayaki. Uish sedapnya. Nampak kuih dorayaki yang gebu itu pun dah buat air liur aku kecur. Apatah lagi kalau dapat makan ni.

"Hai adik cantik" tegur penjual itu.

Adik opah kau. Aku mak oranglah gila.

Aku menjeling sekilas penjual lelaki itu. Aku agak umurnya dalam 20-an. Masih muda. Entah entah muda dari aku.

"Nak 3 ringgit" ujarku berlagak biasa. Orang orang begini tidak boleh dilayan sangat. Tak payah acah malu bila dipuji macam tu. Lagi kau layan, lagilah dia menggatal. Entah entah setiap gadis yang datang membeli, semua dia panggil cantik.

"Nah..." penjual itu menghulurkan plastik yang mengandungi dorayaki ke arah aku. Terus aku menyambutnya dan duit bertukar tangan.

Waktu itu, sempat lagi dia memegang tangan aku dan tersengih gatal.

Aku tak banyak cakap, terus aku mencerlung tajam ke arahnya. Melihat perlakuanku, senyuman penjual itu lantas mati dan pegangannya pada tanganku dilepaskan.

Kemudian, aku tidak menunggu lama, aku hanya melangkah pergi selepas mengucapkan terima kasih kepadanya.

Okey kita nak beli apa pula ni...hmm.

Elok saja aku hendak ke gerai keropok lekor, bahu aku dilanggar seseorang dari belakang dan hampir saja aku jatuh tersembam ke hadapan. Mujurlah ada satu tangan yang sempat menahan sebelum aku jatuh.

"Eh kak okey ke ni maaf maaf"

Pemilik suara ini...seperti aku kenal. Aku mengemaskan tudung aku seketika sebelum menoleh.

Apa yang menyapa mata. Wajah gadis kecil yang pernah aku jumpa dahulu.

"Eh..Kak Naura kan?" soalnya.

Aku tersenyum nipis. "Tak. Saya Kak Dhia" aku membetulkan kesilapannya itu. Ya. Depan aku sekarang ni ialah Alana.

"Lamanya tak jumpa kak Dhia kak Dhia sihat tak mana kak Naura dia takda sekali dengan akak Dhia ke?"

Nafas semput starter pack.

"Kak Dhia sihat aje. Kak Naura takda, anak dia demam jadi dia tak keluar" balasku pula.

Alana nampak terkejut dengan pernyataan aku.

"Kak Naura dah kahwin ke kenapa Lana tengok dia muda lagi wah dah ada anak rupanya lelaki ke perempuan kesiannya demam Kak Dhia pulak dah kahwin ke?" Entah berapa soalan yang Alana tanya, aku tak sempat kira.

Kenapa aku rasa dia cakap makin laju eh?

"Rynn! Boleh tak jalan dengan abang!" tiba tiba satu suara kedengaran. Alana menoleh ke belakang dan melihat itu, aku turut menoleh sama.

Kelihatan seorang lelaki tinggi lampai mendekati kami.

"Rynn lain kali jangan jalan sorang sorang. Tunggu abang"

Alana berdecit. Wajah lelaki yang memanggil Alana dengan panggilan 'Rynn' itu aku pandang. Kacaknya.

Dia berkulit sawo matang dan keningnya tebal. Dagunya juga terbelah. Ada mirip Alana, abang dia ke?

"Ei adik pandai jaga dirilah ingat adik ni budak kecik ke?" bentak Alana. Tidak suka dilayan seperti budak budak.

"Adik---" kata kata abangnya terhenti apabila melihat wajah aku. Dia teragak agak sebentar sebelum mula bersuara lagi.

"---Kawan Rynn ke?" soalnya. Aku tak tahu apa yang patut dijawab. Aku dikira kawan Alana ke?

"Haah ni Kak Dhia kami kenal dekat tepi jalan ada sorang lagi nama dia Kak Naura tapi dia tak keluar dengan Kak Dhia sebab anak dia demam"

Lek laa Alana. Aku tampar japgi kan haaa.

"Oh, Rynn ada menyusahkan awak ke? Maaflah dia memang budak budak sikit---"

Abang Alana kemudiannya meletakkan tapak tangan di sisi bibirnya seperti berbisik.

"---dia lahir songsang.."

Pap!

Alana memukul kepala abangnya itu.

"Tak baik kata adik macam tu jahatnya nanti report dekat Mama!"

Aku dan abang Alana spontan tergelak. Aduhai, rapat betul ya hubungan adik beradik ni.

"Tak adalah. Dia tak menyusahkan pun." jawabku pendek.

"Tak apalah. Saya dah kena pergi ni. Jumpa lain kali, Alana." ujarku.

"Baik baik jalan Kak Dhia Lana doakan perjalanan Kak Dhia selamat hendaknya---auch!" Kata kata Alana terbantut apabila abangnya menjentik dahi Alana.

Aku hanya menyimpan gelak sebelum mula melangkah pergi. Alahai, tak cukup nafas aku nak bercakap dengan budak hyperactive tu.

***

Aku hanya melihat permandangan pantai di hadapan mata. Sambil itu, aku masih berwaspada dengan keselamatan Ezela. Dalam beberapa langkah dari tempat aku berehat, Ezela sedang bermain pasir. Huh budak budak..kan ditegah, tak pasal pasal menangis.

Aku menghirup bau air laut itu. Segar. Tambah lagi bunyi pukulan ombak dan angin sepoi sepoi bahasa yang menerpa wajah, rasa tenang dia tu tak boleh nak digambarkan.

"Dhia..."

Aku menoleh ke arah Farhan.

"Apa dia?" soalku ringkas.

"Tadi abang dapat call, esok abang kena pergi kerja juga. No excuse."

Laa ini ke yang nak dicakapnya? Patutlah muka serba salah aje.

"Boleh Dhia ikut abang juga?"soalku. Dah agak lama aku tinggal di Terengganu. Nak juga balik rumah sendiri. Aku dah rindu dekat Fify tu, tinggalkan dekat Linda lama lama, nanti dia buat sup pulak. Bukan boleh dikira minah rambut ungu tu.

"Betul ke ni?"

Aku mengangguk. "Ya betul. Nanti Dhia boleh masakkan untuk abang. Jaga apa yang patut. Kesianlah abang nak pergi kerja tapi kena makan dekat luar, gosok baju sendiri. Mesti penat kan?"

Farhan tiba tiba sahaja menguntum senyuman. Dan...wajah dia bertukar merah? Alahai malu apanya. Aku ada cakap benda manis ke tadi?

"Abang cuma taknak Dhia bosan duduk rumah. Takda kawan." balasnya pula.

"Tak apa. Dhia boleh pergi kedai bunga Naura. Rehanna ada, Rozy ada. Lagipun dah lama tak singgah sana"

Farhan nampak seperti berfikir. Mungkin masih pertimbangkan idea aku untuk mengikutnya esok.

"Naura?"

"Kenapa dengan dia? Dia duduk sinilah."

"Tak. Apa kata ajak Naura tidur rumah? Manalah tahu kalau ada hari abang tak balik, boleh juga Naura temankan Dhia." cadang Farhan.

Dan mendengar saja cadangan itu, dalam kepala aku sudah terbayang tonton movie lewat malam, makan pizza sama sama, dan semua perkara yang pernah aku dan Naura lakukan waktu tinggal serumah dulu.

Spontan, bibir aku melebar.

"Boleh!"

Nanti, Ezela ada kawan nak main sama. Malam malam dah pastikan mereka tidur, aku dan Naura bolehlah layan movie lepastu order fast food. Wah, dah macam macam aku plan dalam kepala ni. Kalau Naura buat taknak ikut, jaga dia aku heret jugak nanti.

"Ezela jangan main jauh sangat" tegur Farhan apabila melihat Ezela sudah pun ingin menapak lebih jauh.

Sedar akan hal itu, Ezela berpaling dan tersengih menampakkan barisan giginya.

Alahai comelnya. Dahlah mata warna hazel. Kulit pun putih. Anak siapalah cantik sangat ni ehek. Terpuji diri sendiri pulak.

Cup!

Tiba tiba sahaja satu ciuman hinggap di pipi aku. Terus aku menoleh ke sisi.

"For what?" soalku.

"Saja" balas Farhan. Dia masih lagi tersengih dan buat muka tak bersalah. Ei dia buat macam tu pun comel.

Spontan tangan aku naik mencubit kedua dua belah pipinya.

"Eee kenapa comel sangat ni!" ujarku geram. Kalau boleh, nak aje aku ketuk ketuk muka dia ni. Geram sebab dia kacak plus comel! Aku ni memang dah gila.

"Ish awak ni dah gila ke?" Farhan mengalihkan tangan aku dari pipinya. Sejurus itu, aku nampak pipinya dah memerah.

"Geramlah. Kenapa abang boleh jadi kacak macam ni?" Lagi, aku menarik hidung Farhan.

Kenapa dengan hormon aku harini. Jadi miang tiba tiba. Dahlah dekat pantai, nanti jadi apa apa, tak ke naya.

"Sakitlah.." adu Farhan. Dia mula menggosok hidungnya yang menjadi mangsa kekejaman aku tadi.

"Mestilah abang handsome. Kalau tak, takkanlah Dhia tenung sampai tak sedar masa first time jumpa dulu" Ujar Farhan. Ada usikkan dalam ayatnya.

"Eh apa pula. Mana ada!" nafiku pantas.

"Betullah. Tenung muka orang lama lama. Ingat abang tak perasan ke?"

Aku membuat muka toya. Bukan salah aku kalau dah TERtenung dia sampai macam tu. Alah, aku yakin bukan aku aje yang buat macam tu sebelum ni.

"Tahu tak, dulu, abang menyampah sangat dengan Dhia. Sibuk aje nak buat tu buat ni. Padahal abang dah kata tak payah nak balas budi ke apa ke. Tak perlu. Tapi Dhia menggedik jugak nak" Farhan tergelak kecil.

Mendengar itu, spontan aku ketawa. Rindu pula momen momen waktu pertama kali berjumpa.

Yalah. Bagi aku, indah bagaimana pun kehidupan yang aku lalui, tetap tak boleh lawan situasi pertama kali bertemu.

Kerana wujud yang pertama itulah, terhasilnya kehidupan sekarang. Kan?

"Ingat Dhia tak menyampah ke dengan abang? Dahlah mulut tu asyik nak menyakitkan hati orang je" balasku pula. Sambil itu, aku mengambil sebiji kuih dorayaki lalu dimasukkan ke dalam mulut.

Farhan tergelak.

"Tak adalah susah mana nak dapatkan Dhia dulu"

Aku memandang Farhan. Dia masih lagi tersenyum.

"Yalah abang selalu ada dengan Dhia. Mana tak terpautnya hati" ujarku seraya bibir dimuncungkan.

"Perempuan kan hati dia lembut, kalau seseorang sentiasa ada dengan dia waktu dia susah, mesti dia ingat punya.." kata Farhan lagi.

Dalam diam aku menyokong pernyataannya. Yalah, waktu aku sedih sedih..mesti dia ada. Waktu aku ditimpa bencana, pun dia ada juga.

Mana tak tersukanya aku dekat dia ni?
Kalau diikutkan, sebelum aku tahu kes kecurangan Hazim, aku dah jatuh suka dekat Farhan. Tapi aku cuba tepis sebab aku pun masih sayang Hazim.

Dah bila dia buat perangai, memanglah hancur juga hati ni. Tapi waktu itu Farhan muncul lagi, haa terus tumbuhlah rasa sayang ni.

"Bila abang mula suka Dhia?" soalku.

"Erm, asalnya masa first time jumpa tu dah rasa tertarik dengan Dhia. Yalah, bagi abang Dhia cantik sangat. Kecik kecik gitu." Farhan tergelak lagi.

"Tapi, abang ingatkan suka sebab Dhia comel aje. Tak lama pun, abang dah terlupa tentang Dhia. Tapi tak sangka rupanya Dhia ni adik angkat abang sendiri. Hari hari tengok perangai comel Dhia ni. Hmm, alah tak tahulah! tiba tiba aje boleh suka dekat Dhia. Abang tak suka tengok Dhia sedih, Dhia menangis. Bila Tokma minta abang kahwin dengan Dhia, sampai tak tidur tau abang fikir soal tu. Hati memang dah setuju tapi takut Dhia yang tak sudi..."

Aku tersenyum simpul. Alamak aih, aku tak bolehlah...nak peluk aje dia terus. Sumpah comel.

"Dhia bersyukur tau abang yang jadi suami Dhia, bukan orang lain."

Farhan tiba tiba sahaja mencapai tangan aku dah dikucup lembut.

"Abang pun bersyukur, Dhia yang jadi isteri abang.." ucapnya tulus.

"Jangan tinggalkan Dhia" kataku. Mata masih memandang wajahnya.

"Promise. No matter what happen, i always choose you. I'll take care of you and our Ezela...and...." Farhan merapatkan jarak antara kami.

"....more babies to come..."

Spontan aku mencubit lengannya. Sempat lagi nak request baby ehhh.

Farhan nampak tidak terkesan dengan cubitan aku. Malah dia ketawa bahagia.

"I love you..."

Aku memandang Farhan pelik.

"Aik, tiba tiba aje nak ber i love you pulak.."

Farhan tergelak lagi.

"Life gets busy. And sometimes I forget to tell you that i love you" Balas Farhan tulus.

O-oh, aku tak expect dia nak jawab macam tu. Ingatkan dia nak jawab sebab dia sayang aku ke apa ke. Alah jawapan klise.

Tangan Farhan pula dibawa ke bibir dan aku kucup lembut.

Kami sama sama diam memandang permandangan di hadapan. Ezela yang masih lagi bermain dengan pasir itu aku pandang sekilas.

Mujur dia tak kacau momen romantik ni. Mueheh.

Aku memandang Farhan kembali. Dia juga nampaknya memandang aku juga dan tak semena mena satu kenyitan mata dihadiahkan. Terus aku tersenyum malu.

Aku mengurangkan lagi jarak kami. Sedar yang aku lupa ingin membalas kata sayangnya tadi, aku mula bersuara dengan perlahan.

"I love you more"

***

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro