Bab 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Alhamdulillah, dikurniakan penglihatan yang sempurna untuk baca novel, jadi sila baca announcement ni baik-baik.

Behind The Hoodie ialah Sambungan Mr.Hoodie Pujaan Hati.
Dalam ni banyak spoilers.
Sila baca buku 1 dulu.

***

"Bila nak balik sini?" soalku geram. Sudah agak lama aku tidak bertemu Naura. Sibuklah sangat dia tu.

Katanya, dia dah ada cawangan Irlani Florist yang baru dekat Kelantan. Makin maju ya kawan aku ni. Hmm aku? Adalah rindu nak make up muka orang ni tapi, Farhan suruh aku duduk rumah aje.

"eleh, kau rindu aku ek?" Naura dihujung talian sudah ketawa. Aku dah boleh bayang macam mana rupa bangga dia tu.

"rindu? Hotak dia. Aku cuma rindu baby twins kau aje. Dah lama tak nampak" ujarku jelik. Kononnya tak rindu langsung dengan Naura Irlani tu. Hahaha tapi sejujurnya, memang aku rindu dia. Dah lama betul tak lepak sama sama semenjak masing masing dah ada anak ni.

"Eleh. Taknak mengaku. Malulah tu. Aku tahu Dhia. Takpa, tak perlu jujur. Ku tahu isi hatimu"

"Tch..buat apa aku nak rindu lambang kematian macam kau"

"hei mulut kau..."

Aku ketawa.

"Ella macam mana, sihat?" Naura mula mengubah topik.

"Sihat aje. Twins kau?"

"Sihat juga. Tapi tulah, Ariana meragam lebih. Kakaknya tak sangat." ujar Naura.

Oh ya. Naura sebenarnya baru sahaja habis pantang. Berita gembiranya, dia dapat anak kembar !

Dua dua perempuan. Biarpun dulu dia nak anak lelaki, tapi..ah kira bersyukurlah dapat twins, kan?

Si Kakak, Safiyya Ariessa. Si Adik pula, Safiyya Ariana. Cantik, pandai Adham pilihkan nama.

"Biasalah bayi. Takpalah, aku nak keluar kejap lagi. Nanti ada masa aku call lagi. Kau tu cepat balik sini. Aku nak kenalkan dengan bakal suami Jessica"

"Suami Jessica? Weh, dia dah nak kahwin ke?!" Soal Naura sedikit terkejut. Tak sangka Jessica akhirnya tertarik kepada seorang lelaki.

"Eh belum lagi. Lambat lagi rasanya. Tapi tulah, dalam perancangan Jessica kata"

"oh, mesti handsome kan? Melayu ke?"

"Taklah. Cina juga. Ish! Nak tahu lebih lebih, kau datang sini."

"Heh, tanya sikit pun tak boleh. Tak apalah Dhia, aku pun sibuk sikit ni. Maklumlah, Datin Naura dapat banyak tempahan bunga dekat Kelantan ni"

"Datin? Kau dah nak mati ke? Biasanya orang yang dah nak mati ni suka cakap benda mengarut"

"Diamlah makcik. Dah dah, bye. Semoga kau lebih merindui diriku."

Aku memutarkan bebola mata. "Never, biatch. Bye"

Terus, aku menutup panggilan. Seperti yang aku kata, aku akan keluar sebentar lagi. Memandangkan Alvin ingin bersiar siar di kampung ni, jadi Tokma memberi cadangan menyuruh kami semua pergi ke air terjun Sekayu.

Sebenarnya, trip ni akan jadi lebih menarik kalau Naura dan Adham ada sama. Hendak di ajak Qasha dan Ustaz Ahmad, anak mereka pula demam. Jadi tak boleh nak tinggalkan dia.

Oh, bukan Nahasya Amelin ya, budak tu dah 3 tahun. Dan Hasya ada bersama Tokma sekarang. Qasha benarkan Hasya ikut kami memandangkan aku yang beria ria nak ajak.

Anak mereka yang demam baru berusia 5 bulan, Naufal Hafiz. Wajah dia saling tak tumpah dengan Ustaz Ahmad. Nantilah kalau ada masa, boleh singgah rumah Mak Riah tu.

Aku memandang bakul yang berisi makanan, di atas meja di ruang tamu itu. Ini Tokma yang sediakan.

"Jess, you belum siap lagi ke?" soalku ketika ternampak Jessica menaiki tangga ingin menuju ke tingkat atas.

"Give me five minutes!" laungnya.

Aku menggelengkan kepala. Apa yang lama dia nak bersiap ni? Aku memandang pula ke luar rumah, kelihatan Irdan sedang merenung ke arah halaman rumah.

Terus, aku menapak ke arahnya.

"Hoi, mengelamun apa?" sergahanku itu menyentakkan Irdan. Lantas, dia menjelingku tajam.

"Tak ada apa" balasnya pendek.

Aik, pelik ni. Kebiasaanya dia akan pukul aku kalau aku sergahnya.

Aku mula berdiri di sebelahnya dan wajah Irdan aku pandang. Alahai, makin kacak ya adik aku sorang ni.

"Macam mana study, okey?" soalku. Seperti sedia maklum, Irdan telah menyambung pelajaran di Universiti Kelantan dalam bidang forensik.

"okey" balasnya ringkas.

Oh, peliknya dia ni.

"Cuti semester ni sampai bila?"

"Hmm, akhir bulan ni"

"oh..."

Kenapa dengan Irdan ni? Pelik semacam. Nak kata mood swing, macam tak kena aje. Dia ni lelaki.

Ah, aku kena pancing juga dia ni supaya membuka cerita. Aku yakin mesti ada sesuatu berlaku sampaikan dia jadi pendiam sebegini.

"Dan.."

"Hmm"

"Kau takda cerita ke nak share?"

"What cerita?"

"Ceritalah apa apa pun. Pasal belajar ke, kawan kawan kau ke, awek baru ke?" mata aku memandang wajah Irdan. Namun sayangnya, dia langsung tidak membalas pandangan aku. Dia hanya merenung ke arah halaman rumah tanpa sedikit pun menoleh ke arah aku.

Seketika, tiada balasan dari Irdan. Oh okey. Nampaknya dia betul betul tidak mahu berkongsi masalah.

"Sorry lama! Okey I dah siap..jom!" aku nampak Jessica mula keluar bersama Alvin dan bergerak ke kereta.

"where is Farhan?" soalku.

"Oh, He go to the toilet for a while." balas Alvin ringkas. Aku nampak dia mula meletakkan barangan ke dalam bonet kereta Jessica.

Looks like we gonna go there by Jessica's Car.

"Ibu...." Ezela bersama Ibu Hazel sudahpun mendekati aku.

"ibu ikut sama?" soalku. Ibu hanya mengangguk kecil.

"biarlah ibu jagakan Ezela tu. Nanti Dhia pulak tak boleh mandi air terjun tu" balas Ibu Hazel.

Aku tersenyum kecil. "Ezela dah besar, dia tak banyak meragam sekarang ni"

"Alah, apa kata luangkan masa lebih sikit dengan Farhan tu. Nanti dia dah start kerja, rindu pula.."

"ish, ibu ni.." aku ketawa kecil. Sedikit malu sebenarnya bila ibu cakap begitu.

"Ibu bawalah Ella tunggu dekat kereta dulu, Dhia tunggu Tokma dan Hasya"
Ibu hanya mengangguk kecil lalu memimpin Ezela ke arah kereta.

Aku mula ingin menapak masuk ke dalam rumah. Entah apa yang Tokma buat dekat Hasya ni.

"Erm, Kak Dhia.." aku mula menoleh ketika mendengar namaku disebut Irdan.

"ya?"

Irdan masih lagi tidak memandang aku. Hanya merenung ke hadapan sahaja.

"If everything is already written in Luh Mahfuz, then, why should i wish?"

Soalan Irdan itu ternyata membuatkan aku bertambah curiga. Kenapa dia tanya macam tu? Aku mula memikir mikir apa yang sepatutnya aku balas.

"Erm, mybe on some pages, Allah has written, 'As you wish' " ujarku.

Irdan nampaknya mengangguk kecil. Langsung tiada segaris senyuman di wajahnya. Aduhai, adik, kenapa ni?

"Why, Irdan?"

Sayangnya, Irdan hanya menggeleng perlahan lalu mula melangkah ke arah kereta. Mata aku memerhati pergerakan tubuhnya.

Tidak bersemangat.

Itu yang dapat aku tafsirkan.

Kepala aku mula memikirkan apa sebenarnya masalah Irdan. Dia tidak pernah muram kalau nak ke air terjun. Air terjun memang tempat favourite-nya.

Namun kali ini, aku dapat menangkap betapa tidak bersemangatnya dia pada hari ini.

"Sayang, jomlah.." tiba tiba sahaja aku tersentak. Aku mula menoleh dan melihat wajah Farhan di hadapan mata. Di belakangnya pula Tokma dan Hasya.

"Cepatlah Irdi. Kau tercongok apa lagi? Kalau taknak ikut kau boleh pergi masuk bilik pastu tidur" bebel Tokma.

"eish! Itu pun nak marah. Ya ya nak pergilah ni" ujarku memuncung.

"jom Hasya, dengan Ibu Dhia" Hasya mula melangkah ke arah aku, aku memimpin tangannya dan kami mula menapak ke arah kereta.

Sebenarnya, aku ingin mengajar Hasya agar memanggilku Kak Dhia, biar kedengaran muda gitu. Tapi hampeh, Qasha terlebih dahulu mengajar Hasya untuk memanggilku dengan panggilan Ibu Dhia. Ish, dasar makcik.

***

"Dhia! Jomlah mandi sekali!" ajak Jessica. Dia nampaknya sudah bermandi manda di satu sudut, terdapat banyak batu besar di sana. Juga sedikit tersorok.

Aku hanya merendamkan kaki ke dalam air yang sejuknya memang mencengkam.

"Nantilah" balasku. Aku sebenarnya agak segan, yalah, aku dah ada anak tapi takkanlah nak buat perangai macam budak budak kan?

Biarpun jiwa keanak-anakan aku ni dah meronta. Nak terjun dalam air ni dan berseronok macam budak budak.

"You tak pandai berenang ke?" soal Alvin pula. Dia aku lihat sudahpun mengendong Hasya di atas bahunya. Baguslah, Hasya nampaknya rapat dengan Alvin.

Sebenarnya, dia juga amat rapat dengan Irdan, tapi Irdan entah ke mana menghilang.

"What? Haha come on, Alvin. Kalau I tak tahu berenang pun, takkanlah I takut nak masuk dalam air terjun ni. Bukannya dalam sangat" balasku.

Ya. Di kawasan bedekatan ini taklah begitu dalam, namun kalau dah ke kawasan yang sedikit jauh dari tempat kami berkelah, barulah dalamnya mencapai paras dada aku.

Tapi jaranglah orang ke sana, airnya deras, kang lemas tak pasal pasal mati awal.

Ezela aku nampak bersama Tokma. Tokma juga duduk tidak jauh dari aku bersama Ibu Hazel. Tokma merendamkan kakinya sahaja seperti aku, bezanya, dia mengawasi Ezela yang juga sedang seronok bermandi manda di kawasan yang cetek.

Tiba tiba sahaja kaki aku ditarik, mujurlah tangan aku laju mencengkam tanah di tepi, kalau tak, memang terus jatuh agaknya!

"Farhan!"

Ujarku geram. Aku memandang wajahnya yang tersengih.

"Sorry, jomlah mandi sekali. Jarang tau nak datang sini" ujar Farhan.

"yalah" aku menurut sahaja. Dengan berhati hati, aku mula masuk ke dalam air itu.

Sejuk!

"Farhan, saya boleh jaga diri, jangan pegang saya" kataku geram. Farhan hanya tersengih, kemudian dia mula mengalihkan tangannya dari kedua belah bahu aku.

Aku menggeleng perlahan. Baru sahaja kaki aku ingin menapak ke arah Jessica, aku terpijak batu yang agak licin, hampir sahaja aku rebah menyembah air terjun itu.

"Ah!"

Syukur, Farhan yang masih berdekatan dengan aku, cepat memelukku kejap. Air yang terpercik dan suaraku yang separa menjerit itu menyebabkan orang lain turut memandang.

"Dhia, hati hati!" Tegur Ibu Hazel.
Aku hanya tersengih. Menunjukkan aku tidak apa apa.

"Ezela, haa tu lah dia contoh orang nak mati awal. Ezela kena lebih hati hati, ikut cakap YangMa kalau nak hidup lama ya" aku dengar suara Tokma menasihati anakku. Namun sebenarnya, dia perli aku.

Terus, Alvin, Jessica, Farhan, Ibu dan Hasya mentertawakan aku.

"Apa Tokma ni cakap macam tu" rajukku. Aku menjeling Tokma kemudian mengalihkan pandangan ke arah Farhan yang masih memelukku.

"Pandai jaga diri, huh?" Farhan memandangku sambil tersenyum sinis.

"ish, nasib tak menyebelahi saya nampaknya" balasku jelik. Yalah, aku memang boleh jaga diri sendiri. Setakat mandi air terjun di kawasan yang tak begitu dalam ini, budak 12 tahun pun boleh.

Cuma yalah, eksiden terpijak batu licin itu bukan aku yang minta.

"Betullah, Dhia makin berisi" tiba tiba Farhan bersuara. Sambil tangannya mencubit lengan aku. Menunjukkan yang lengan aku sedikit berisi.

"Semalam kata tak!" bentakku. Aku terus memuncung. Namun Farhan hanya tergelak.

"Berisi sikit aje pun. Taklah obesiti. Lagi pun, saya suka" terus, Farhan mengenyitkan sebelah matanya.

Ya Tuhan, dah lama aku tak nampak dia kenyit mata sebegitu. Kacaknya tak hilang!

Aku mula memerhati wajah Farhan, rambutnya terjuntai jatuh di dahi. Mata Hazelnya pula seakan bersinar. Parut di bahagian pipinya itu tidak terlalu nampak. Sudah sedikit pudar, aku rasa kerana suhu yang sejuk disini.

Namun, dia tetap nampak dingin. Lebih badboy.

"Everybody must looking at us right now"
Ujarku perlahan.

Farhan senyum segaris.
"your face a little bit like tomato" usiknya lagi.

Oh oh...nampak sangat ke? Aku ingatkan air sejuk ni akan buat aku nampak pucat.

Aku terus mengalihkan anak mata. Pandangan aku jatuh pada Alvin di satu sudut. Dia masih mendukung Hasya dengan berhati hati, namun matanya memerhatikan adegan aku dan Farhan.

Sedar akan hal itu, Alvin tersenyum kelat--ataupun tersenyum senget? Senyuman mengusik? Entah. Aku tak dapat tafsirkan senyumannya itu. Dia terus mengalihkan pandangannya dan mula meluangkan masa dengan Hasya.

Terus, aku rasa lebih malu tika ini.
Walaupun dah lama berkahwin, aku tetap berasa malu kalau orang lain lihat Farhan bermesra dengan aku.

"Abang..."

"Yes sweety?"

"Rasanya abang dah boleh lepaskan saya. Saya nak pergi dekat Jessica" ujarku.

"Nak ganggu Jess dan Alvin ke?"

Hah?

Aku terus mencari bayang jessica di tempat dia berendam tadi. Namun tiada. Dia sudahpun bergerak untuk ke tempat Alvin dan Hasya.

Alahai, nak dating dalam air lah tu. Mujur ada Hasya, kalau berdua sahaja, aku rasa Tokma dah baling selipar.

Aku mula mencuka. "Jess ni...tinggalkan aku pulak.." gumamku perlahan.

"If she has Alvin, you still have me" bisik Farhan. Dia perlahan lahan membawa tubuh aku untuk ke tempat lain.

"Ella" ujarku. Mengingatkan tentang Ezela. Aku agak tak selesa ingin meninggalkan Ezela dengan Tokma dan Ibu sahaja.

"Tak apa, Ella selamat dengan Tokma. Apa awak ingat Tokma akan bunuh dia ke?"

Soalan Farhan itu mengundang cubitan aku pada lengannya.

"Bukanlah pakcik! Cuma---ah tak mengapalah." Terus, aku mengunci mulut, malas pula nak bercakap lebih lebih.

Aku dengar Farhan ketawa.

"Abang nak cakap sikit..." ujarnya lagi. Aku baru sedar, kami sudahpun berhenti agak jauh dari orang lain.

Aku mula menyandar di batu besar yang ada disitu. Air disini agak deras, jadi aku perlu menahan tubuh di batu besar ni agar tak hanyut.

"Apa?"

Farhan nampaknya teragak agak ingin mengatakan sesuatu.

"em, abang kena balik KL lepasni. Adham inform abang, ada kes baru."

Automatik, wajahnya monyok. Alaaa tak sukalah. Tapi nak buat macam mana? Dah kerja dia, kan?

Lagipun, Farhan dah dinaikkan pangkat. Semestinya lagi sibuk. Aku bukannya tak suka dia punya kerja atau apa, cuma risau akan keselamatannya sahaja.

"Bila?"

"Hmm, esok"

"Ala, tak apalah. Saya nak stay sini, boleh?" Soalku meminta izin.

"abang memang nak suruh Dhia stay sini pun. Temankan Jessica. Ada berita baik, Naura pun akan stay sini. Memandangkan Adham pun akan kerja juga"

Terus, aku tersenyum lebar. Mendengar sahaja nama Naura sudah buat aku gembira, apatah lagi kalau dapat maki dia depan depan. Lagilah aku gembira.

"betul? Oh, abang pergi berapa lama?"

"tak tahu lagi..Tapi nanti ada masa, Abang balik sini terus. Lagipun, Dhia patut stay sini sementara Irdan cuti. Boleh spend time dengan dia juga"

Terus, aku teringatkan adik aku. Aku hampir terlupa yang dia pun ada sama!

Aku mula memandang sekeliling mencari kelibat Irdan. Juga meninjaukan kepala ke arah tempat kami berkelah, juga, tidak ada!

Eh, dah lama Irdan menghilang ni..dia ke mana?

"kitten, what are you looking for?" soal Farhan setelah melihat wajah risauku.

"Irdan. Saya tak nampak dia dari tadi"

Aku mula menarik lengan Farhan, untuk ke tempat perkelahan kembali.

"Kita kena cari dia, saya takut ada apa apa berlaku" sambungku lagi. Farhan nampaknya menurut.

Ya Allah, moga Irdan baik baik sahaja.

***

Votes, comments, share. Thankyou.❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro