Bab 9

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


"Allah..Dhia!"

Aku terus menoleh tatkala melihat Jessica datang menghampiri. Dia mula membelek tubuhku yang sudahpun separuh terdedah.

"Siapa buat you macam ni?!" soalnya panik.

"Aaa--" aku cuba mengeluarkan suara namun hampa. Sudahnya, aku mengangkat jari telunjuk dan dihala ke arah kamar tidur aku.

Menyuruhnya untuk ke bilikku dan lihat siapa yang bertanggungjawab membuat aku begini!

Jessica terus berlari ke kamar aku dan dia menapak masuk ke dalam.

Aku memeluk lutut erat. Takut.

Aku perlukan Farhan.

Sekarang.

Jessica nampaknya kembali dengan wajah yang masih lagi panik.

"Tak ada sesiapa Dhia. Ada perompak pecah masuk ke? Tingkap bilik you terbuka!"

Aku menggeleng kepala dan tangisanku makin galak.

Aku memandang Jessica dengan mata yang basah. Bibir aku perlahan lahan menyebut nama Alvin dan berharap Jessica dapat menangkap bait bait kata aku.

"Apa you cakap ni? Alvin? "

Aku terus mengangguk laju. Tubuh Jessica itu aku peluk dengan kemas. Aku dapat rasakan betapa tubuh aku terketar ketar.

"Tapi Alvin tak ada dekat sini, Dhia. Dia dah balik KL tadi, macam mana pula dia nak pecah masuk bilik you?"

Mendengar saja kata kata Jessica, aku melepaskan pelukan. Jari telunjuk dihala ke arah diri aku sendiri, kemudian dihala pula pada kedua dua belah mata aku.

Menunjukkan yang aku nampak Alvin dengan mata sendiri.

Ah, seperti orang bisu pula aku ni!

Jessica menggelengkan kepalanya perlahan.

"Come, i take care of you." Jessica mula membawa tubuh aku lalu menapak ke arah bilik tidurnya.

Aku tahu Jessica masih tak percaya dengan apa yang aku cuba memberitahunya.

Sungguh, aku rasa sebal!

"You sleep first, Dhia"

Aku baring di atas katilnya dan Jessica membalut tubuhku dengan selimutnya. Apabila dia menapak untuk keluar, cepat aku tarik tangannya dan menggelengkan kepala.

Bibir aku gerakkan 'Jangan tinggalkan I '

Jessica senyum nipis. "Tak apa. You selamat dekat sini. Nanti i datang balik. I nak pastikan takda apa apa dekat luar sana"

Dan dia terus melangkah keluar.

Aku memejam mata seeratnya. Aku menarik selimut lalu menutup keseluruhan tubuh aku.

Bahu aku masih terhinjut akibat tangisan yang cuba aku hentikan. Sungguh aku rasa sebal!

Kenapa setiap kali Alvin cuba memperkosa aku, mesti nasib tidak menyebelahi aku!
Tak boleh ke waktu dia betul betul nak buat benda jahat dekat aku, sesiapa nampak?

Mereka tak akan percaya selagi mereka tak nampak dengan mata mereka sendiri!

Aku menggelengkan kepala perlahan.

Hati aku masih lagi merintih.

Aku ingin Farhan disini. Disisi aku.

***

Aku terjaga tatkala terdengar tombol pintu bilik dipulas. Terus aku bangun dari pembaringan dan menarik selimut rapat ke dada.

Badan aku terketar ketar.

Dan apabila pintu itu dibuka, terjegul wajah Tokma dan aku terus menghembuskan nafas lega.

"Irdi!" Tokma memeluk aku kemas. Aku juga membalas pelukan Tokma dan air mata aku tahan. Aku dah penat menangis semalaman dan aku taknak menangis lagi.

"Allah, apa jadi irdi? Tokma baru aje selesai solat subuh, Sica cakap kau hampir kena rogol?"

Oh..sekarang sudah subuh?

Aku melepaskan pelukan dan mengangguk perlahan.

Apabila selimut di dada aku jatuh dan terdedah baju aku yang koyak, Tokma membulatkan mata.

"Binatang mana yang buat cucu Tokma macam ni?! Bagitahu Tokma! Biar Tokma sula dia!"

Aku menyebut nama Alvin dengan gerakan bibir. Reaksi Tokma sama dengan Jessica!

"Chong dah balik KL, Irdi. Tak mungkin budak tu"

Air mata aku akhirnya menitis. Kali ini, hati aku bagai ditoreh kejam apabila segala kata kata aku tidak dipercayai oleh orang di sekeliling.

Melihat aku yang sudah menangis, Tokma memelukku kembali.

"Shhh..Tokma ada. Irdi selamat dengan Tokma" Tokma memujuk perlahan. Belakang badanku ditepuk tepuk.

Lama berkeadaan begitu, Tokma akhirnya melepaskan pelukan.

"Kau duduk sini diam diam. Rehat dulu. Irdi nampak penat sangat." ujar Tokma. Aku mengangguk perlahan dan melihat itu, Tokma mula melangkah keluar dari bilik.

Dan apabila rasa sakit menjalar di seluruh lengan kananku, terus aku mengaduh.

Serasa ada sesuatu yang pedih di bahagian siku. Terus aku membelek dan apa yang dapat aku lihat, kulit aku sedikit terkoyak dan darah kering bertempekkan.

Ah..mesti kes aku pecahkan cermin meja solek aku.

Tak guna.

Aku merebahkan badan di atas katil. Darah yang ada di bahagian siku aku itu diabaikan.

Lagi.

Wajah Farhan bermain di ruangan mata aku. Hati aku sungguh sayu mengenangkan sang suami yang jauh.
Aku betul betul perlukan Farhan.

Abang, tolonglah pulang. Dhia rindukan abang.

Hati aku merintih lagi.

Aku tahu hanya Farhan sahaja yang percayakan aku.

***

"Jangan dekat...pergi..."

"Pergi!"

"Jangan apa apakan aku!"

"Farhan!!!"

Aku terjaga dari mimpi ngeri. Aku bangun dari pembaringan. Mata aku memandang sekeliling seraya selimut yang berada di hujung kaki itu aku tarik ke paras dada kembali.

Aku bermimpi Alvin datang kembali. Aku cuba menjerit namun suara masih tidak keluar.

Badan aku menggigil.

Mata aku mengerling ke arah jam yang tergantung pada dinding bilik Jessica.

Sudah masuk pukul 10 pagi. Aku masih lagi tidak membersihkan diri. Tapi aku terlalu letih untuk bergerak turun dari katil.

Ketakutan yang dirasa betul betul menarik segala tenaga yang ada.

Tiba tiba sahaja aku teringatkan Ezela. Ke mana dia? Semalam dia tiada di bilik aku.

Terus, aku mula turun dari katil. Namun apabila rasa sejuk menerpa kulit, aku terus melihat tubuhku sendiri. Hampir terdedah. Baju yang terkoyak semalam masih belum ditukar.

Aku mendekati almari Jessica kemudian sehelai cardigen diambil. Tak menunggu lama, aku lantas menyarungkan cardigen itu bagi melindungi bahagian badanku.

Aku mula melangkah keluar dari kamar.

Sekeliling di pandang.

Kosong.

Aku tiba tiba sahaja risau akan Alvin yang mungkin kembali ingin mendapatkan aku, terus saja aku berlari ke arah dapur.

"Ezela!" aku tetap cuba untuk menjerit memanggil nama anakku, tapi hanya nafas sahaja yang keluar.

Sumpah aku kena telan strepsils 10 biji nanti!

Aku ke ruang tamu, syukurlah aku lihat semua orang sedang berkumpul. Sedar akan hal itu, suara mereka mula melontar pelbagai soalan.

"Dhia you okey tak?"

"Irdi, kenapa? Ada apa yang tak kena?"

"Kak Dhia"

"Dhia"

Aku tak menjawab. Hanya gelengan kepala aku beri sebagai jawapan. Aku mula mendekati Tokma dan apa yang dapat aku lihat, Ezela berada di atas ribanya.

Terus Ezela diambil dan dipeluk erat.

Allah..anak ibu..mujurlah Ella tak apa apa.

"Irdi, maafkan Tokma. Ini semua salah Tokma. Tokma terus bawa Ezela tidur dengan Tokma. Tokma lupa yang Irdi tak kunci pintu bilik" pohon Tokma. Aku hanya menghadiahkan senyuman ringkas dan menggerakkan bibir 'tak apa'.

"Mujurlah Jessica terjaga semalam" sampuk ibu.

"Siapa orang tu kak? Apa bodoh ada selera dekat bini orang? Anak dara semua dah mampus ke?" Irdan tiba tiba bersuara. Ada nada geram bercampur sakit hati.

Ibu Hazel terus menampar bahu Irdan dan menjegilkan mata.

"Zaman sekarang ni, kalau dah nafsu tak reti kawal, bukan setakat bini orang, binatang pun boleh jadi mangsa, tahu?" Tokma menyampuk.

Aku hanya menundukkan kepala. Sejujurnya, rasa berdebar dan takut itu masih ada. Hampir diperkosa bukannya perkara yang boleh dibuat main. Silap hari bulan, 'anak orang lain' pula yang aku terpaksa jaga nanti.

"Ibu..ibu kenapa? Muka ibu pucat.." Ezela menegur. Aku menghadiahkan senyuman kepada Ezela sambil menggelengkan kepala.

"Ibu okey" ujarku walaupun masih lagi tak kedengaran suara.

"Ibu..cakaplah. kenapa ibu tak boleh cakap?" Ezela menyoal lagi.

"Sayang, suara ibu hilang." Jessica menjawab. Sempat lagi dia mencubit pipi mulus Ezela.

"Hilang? Ibu tak boleh bercakap dah ke? Kenapa suara ibu boleh hilang..Ella nak dengar suara ibu..." Ezela tiba tiba sahaja memelukku sayu.

Seolah olah yang aku tidak akan mampu mengeluarkan suara lagi selepas ini.

"Taklah. Nanti esok lusa ibu boleh bercakap semula." balas Jessica.

"Kalau Ella taknak hilang suara, minum air masak banyak banyak tau. Tak mahu banyak sangat makan gula gula"

Ezela mengangguk kecil. Melihat itu, aku tersenyum senang.

Ah setidaknya, melihat wajah anak sendiri mampu menenangkan hati aku yang gundah.

"Dhia, ibu nak tanya..betul ke Alvin yang buat Dhia macam ni?"

Lama diam, Ibu Hazel akhirnya membuka kembali topik ini. Aku mengangguk laju. Bersungguh aku mempamerkan memek muka agar mereka betul betul percaya.

"Dhia..i tak suka you tuduh Alvin macam tu." tegur Jessica. Aku sedar suaranya tiba tiba sahaja dingin.

"Tapi Alvin dah balik KL. Semalam pun aku tidur sorang sorang..." Irdan menyampuk lagi.

Aku menggelengkan kepala dan wajah sebal aku pamerkan.

"Betul! Alvin yang buat!" lagi, aku cuba bersuara.

"Sejak dua menjak ni, kau selalu je kata dekat Chong tu, Irdi. Kenapa? Tak baik tuduh orang macam tu Irdi. Tambah pula dia baru aje nak mengenal Islam. Nanti kalau dia dengar, kecil hati dia." Tegur Tokma pula.

Aku mengetap bibir.

"Ibu rasa orang lain. Mungkin wajah dia saja mirip Alvin? Kena pesan dekat orang kampung, tengok tengokkan anak anak perempuan. Takut takut si jahat tu tak dapat Dhia, perempuan lain pula dicuba. Jessica, kamu tu jangan suka keluar sangat.."

Aku meraup wajah.

"Dhia tak silap orang. Dia memang Alvin! Dah banyak kali dia buat Dhia macam ni!"

Wajah mereka berkerut. Tidak faham apa yang aku katakan oleh sebab gerakan bibirku terlalu pantas.

"Dah..tak payah cakap banyak sangat. Nanti makin lambat pula dapat suara. Kau pergi mandi, rehat dulu. Nanti makan sama sama. Nanti Tokma telefon Han, suruh dia pulang" ujar Tokma sekali gus menutup topik mengenai ini.

"Ella biar aku jaga dulu." Irdan tiba tiba sahaja mengambil Ezela yang berada di atas riba aku. Aku biarkan sahaja memandangkan anakku itu tidak merengek.

Aku tahu Tokma risau dan taknak aku memikirkan hal itu dengan lebih lebih.

Cuma aku masih sebal kerana mereka masih mahu percayakan Alvin. Alvin Chong atau Dhia Irdina keluarga mereka sebenarnya ni?

Aku berdecit geram sebelum mula beredar.

***

Aku merebahkan diri di atas katil milik Tokma. Bilik aku langsung tidakku jejak sejak tadi. Sepanjang hari, aku hanya berada disini. Kerana bagi aku, hanya di bilik Tokma tempat paling selamat.

Berganjak dari katil pun tidak. Mujurlah masih lagi 'cuti'. Jadi aku tidak perlu risau akan waktu solat.

Dari waktu makan, Jessica hanya bersikap dingin denganku. Begitu pantas layanannya berubah. Hanya kerana aku menuduh Alvin berbuat sesuatu yang tak senonoh.

Ah, sebaliknya aku tidak menuduh. Aku tahu dia memang Alvin!

Aku ingin menelefon Naura untuk singgah ke sini. Namun telefon pintarku masih berada di kamar.

Aku masih lagi terasa takut untuk ke sana.

Aku seolah olah fobia.

Air mata aku jatuh setitik. Aku mencengkam lenganku dengan kuat. Masih terbayang bayang Alvin memeluk dan merentap baju aku dengan kasar.

Mata aku terus dipejam erat.

Jiwa aku seolah olah sudah berputus asa. Berputus asa untuk meyakinkan mereka bahawa Alvin tidaklah sebaik yang disangka.

Lagi, tubuh terasa penat dan aku memilih untuk melelapkan mata. Berharap yang apabila aku buka sahaja kelopak mataku esok hari, segalanya kembali asal.

Paling tidak pun, ketika aku sedar nanti, Farhan akan berada di samping aku. Itu sudah memadai.

Tolonglah.

***

Me still risau, takut2 plot mhph2 ni hambar..harap masih boleh diterima. ❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro