PETIKAN BAB 21

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

PETIKAN BAB 21
SAMBUNGAN MHPH
ADA SPOILER, READ AT YOUR OWN RISK.

***

Zip bagasi itu aku tarik. Perlahan ruangan yang terbuka itu mula tertutup rapat. Aku mengeluh perlahan. Bagasi berwarna merah jambu itu ditenung lagi.

Destinasi seterusnya?

Terengganu.

Kalau dulu rasa gembira setiap kali ingin pulang ke sana, sekarang?

Entahlah.

Perasaan bercampur baur.

Kadang kadang rasa sedih. Kecewa. Marah. Pedih. Segalanya bersatu dan adakalanya timbul perasaan kosong.

Aku menoleh memandang Ezela yang berada di atas katil. Masih bermain dengan mainannya. Kadang kala aku terdengar dia tergelak.

Aku senyum nipis.

Dia hanya beranggapan kami pulang ke kampung untuk menjenguk Tokma. Namun dia tidak tahu hakikat sebenar.

Bahawa bapanya sendiri berpaling tadah, dan ibunya kecewa sehingga ingin keluar dari rumah.

Haha. persis pantun pula.

Hmm, gembirakan hati sendiri, Dhia?

Aku mula berdiri dan meja solek didekati. Merenung segenap inci wajah yang sembab itu. Mata pula bengkak. Hanya kerana menangis sepanjang malam. Jam di dinding dipandang. Sudah pukul 8 pagi.

Tiba tiba pintu kamar dibuka perlahan. Terus aku menoleh dan figura Farhan menyapa mata. Apa yang jelas, di bawah kawasan matanya itu sedikit gelap. Menunjukkan yang dia tidak mendapat tidur yang lena semalam.

Semalam?

Entah dimana dia berada. Selepas peristiwa 'pahit' itu, dia hanya terus keluar tanpa khabar berita. Dan sekarang baru sahaja pulang menyapa mata.

Aku sedar matanya memandang segala beg dan bagasi yang berada di sisi, sebelum matanya jatuh memandangku.

"Maaf, saya dah memang nak gerak sekarang ni.." suara serakku keluar. Manalah tahu tiba tiba dia marahkan aku kerana masih tidak keluar dari rumahnya.

Rumahnya.

Bukan rumah kami lagi.

Farhan tiba tiba sahaja datang mendekat. Tangan aku diraih dan perbuatannya itu membuatkan aku terkesima beberapa saat.

"Dhia"

Aku tersentak. Sudah lama aku tidak mendengar nada lembut sebegitu.

"Aku minta maaf, untuk hal semalam" ujarnya perlahan.

Walaupun hati aku berharap dia mengubah fikiran, namun aku sedar, selagi panggilannya itu tidak berubah, maka keputusannya juga tidak akan berubah.

Aku membalas genggaman Farhan. Perlahan badanku dipusing menghadapnya.

"Aku tahu aku banyak berkasar kebelakangan ni. Buat kau terasa. Percayalah, bukan niat aku..."

"Aku cuma nak kau benci aku. Supaya bila masanya tiba, kau tak sakit.."

"Masa?" spontan, aku menyoal.

Farhan menghembuskan nafas. Mengeluh berat.

"Awak masih lagi terfikir untuk ceraikan saya ke, Farhan?" Suara serakku keluar lagi. Kali ini penuh dengan getar.

"Aku dah sayang orang lain---"

"Farhan. Saya tahu. Saya tahu awak dah suka, sayang, cinta orang lain. Walaupun saya berharap orang lain itu masih saya, tapi saya faham, yang saya tak akan jadi dia. Dan kalau saya boleh faham hati awak, kenapa awak tak boleh faham hati saya? Hati saya belum bersedia. Saya janji, Farhan. Bila saya dah pun bersedia, saya sendiri akan tuntut untuk awak lepaskan saya dengan cara yang baik. Cuma untuk masa sekarang, hati saya masih rapuh. Mungkin awak tak faham sepenuhnya hati seorang wanita, hati seorang isteri. Tapi cubalah pandang kepada hati seorang ibu.. Awak sayang ibu awak? Awak faham macam mana hati ibu awak masa ayah awak tinggalkan dia tanpa apa apa berita?"

Farhan diam.

"Awak faham macam mana ibu awak ditinggalkan dalam keadaan membawa satu lagi nyawa?"

Aku tersenyum hambar seraya membawa tangan Farhan ke kawasan rahimku yang membesar.

"Nanti nyawa yang saya bawa ini akan membesar. Awak pun tahu kan bagaimana rasanya dibesarkan tanpa mengetahui siapa ayah sebenar?"

Aku nampak Farhan memejam erat matanya. Dan satu titik air jernih mengalir di pipi.

Aku tahu ayat aku mendalam buatnya. Kerana contoh terdekat, ialah dirinya sendiri.

Farhan menarik kembali tangannya.

"Baiklah. Aku setuju untuk tak ceraikan kau lagi..." balasnya perlahan. Sarkastik.

Aku senyum hambar. Mata aku sudahpun berair. Panas. Hanya dengan satu kerdipan, air jernih itu mengalir.

"Cuma aku nak kau jangan menaruh harapan dekat aku lagi. Aku betul betul cintakan orang lain. Dan orang lain itu bukan kau.."

Walaupun dia sudah mengakui semalam, namun mendengarnya sekali lagi buatkan hati aku bertambah pedih.

"Aku sayang kau, Dhia..." Farhan tiba tiba sahaja menarik aku ke dalam pelukannya. Aku dapat rasa dia menahan sebak. Automatik pelukannya itu aku balas.

"Tapi sayang tu seakan pudar. Lenyap"

"Aku taknak kehilangan kau, Dhia. Tapi dalam masa yang sama, aku taknak kau dekat dengan aku lagi.."

"Aku minta maaf. Tempat kau bukan di sini lagi. Baliklah Terengganu. Setidaknya, masih ramai yang boleh menerima kau di sana.."

Air mata aku mengalir lagi. Dalam dakapan Farhan itu, aku tahu, ini kali terakhir.

Walaupun sikap Farhan tidak lagi berang seperti semalam, namun isi katanya tetap sama. Dia sudahpun membuang aku dari hidupnya. Satu hakikat yang perlu aku terima. Perlu aku hadam.

"Apapun, saya tetap sayang awak.." bisikku perlahan. Hanya untuk telinga aku sahaja yang dengar.

"Ibu..abah.." tiba tiba sahaja aku rasa hujung baju aku ditarik tarik. Terus pelukan dilepaskan dan rupanya, Ezela yang sedari tadi menjadi pemerhati sudah datang mendekat.

"Kenapa nangis.." suara halusnya menyoal hairan.

Farhan mula mendukung Ezela dan dipeluk kemas.

"Jaga ibu baik baik. Abah sayang Ezela.." aku lihat Farhan menguncup lembut ubun ubun Ezela seraya air matanya mengalir di pipi.

Aku dapat lihat saki baki kasih sayangnya terhadap Ezela. Namun aku kena sedar, hanya saki baki.

Saki baki.

Di mana selepas ini akan hilang umpama debu pasir yang ditiup angin.

Seketika tubuh Ezela diturunkan. Ezela hanya diam dengan situasi ini. Mungkin tidak tahu apa yang patut direspon.

"Pergilah.." kata Farhan, masih dengan nada sarkastik.

Aku mula memimpin Ezela dan bagasi aku ditarik. Tidak betah untuk berdiri di sini dengan lebih lama.

Tangan Farhan ditarik, dan aku kucup lembut. Dapat aku lihat betapa tangan aku ini menggeletar. Menahan rasa kesenduan seolah tiada hujungnya.

Usai bersalam, bibir Farhan menyentuh dahi aku sekejap, sebelum dia mula berpaling ke arah lain. Dan terus menapak ke arah jendela kamar. Tidak lagi memandang ke arah kami.

***

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro