Bab 12

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tiga Tahun Kemudian..

"Mesti lepas ni, kita susah nak jumpa. Lara, balik rumah nanti jangan lupa kitorang eiyh.. Bye, Lara!! Bye. Kitorang pergi dulu, Assalamualaikum." ucap Anita sambil melambai-lambaikan tangan ke arah aku. Kawan-kawan aku yang lain juga turut mengucapkan selamat tinggal kepadaku.

Tadi berlima sekarang hanya tinggal aku seorang. Haih, aku mengeluh perlahan. Untungnya diorang sebab dapat naik bas sama-sama. Aku aje yang tersesat naik bas lain.

Tiket bas aku tilik kemudian aku beralih pada jam tanganku. Hanya tinggal 15 minit sahaja lagi, aku akan naik bas. Terpaksalah aku menunggu seorang diri kat sini. Tadi, riuh gila suasana sebab ada Anita dan yang lain.

Sudah tiga tahun berlalu dan aku pula sudahpun menamatkan pengajianku di peringkat diploma. Sekarang ini, aku akan kembali pulang ke tempat asalku semula. Tak sabar rasanya nak berjumpa dengan abang Paroq dan ibu. Mesti diorang rindukan aku yang comel ini. Ecececeh..

Mungkin aku dah dapat kawan baru tapi Yara masih tersemat sebagai kawan baik aku. Tak ada siapa yang dapat gantikan dia sebagai BFF dalam hidup aku. Kerana dia, aku belajar erti persahabatan yang sebenar.

Selepas pemergian Yara itu, aku langsung terputus hubungan dengan dia. Maklumlah, aku tak ada handphone waktu itu. Nak save nombor kat mana kan?

Mataku beralih pada bas yang bakal aku naiki. Bila enjin bas itu dibuka, aku terus meluru ke arah bas tersebut. Nampaknya, sudah ramai yang berebut-rebut ingin menaiki bas.

Selesai meletakkan barang, aku terus mengambil tempat yang berada di bahagian belakang. Aku duduk sebelah tingkap. Hmm.. bibirku menguntum senyum melihat pemandangan luar.

Tak semena-mena mataku terpandang akan dua orang gadis yang berjalan bergandingan selepas itu berpelukan. Terharu aku melihatnya. Fikiranku terus teringat kepada Yara. Hmm.. bagaimanalah keadaannya di sana?

Sedang aku leka termenung, aku langsung tak menyedari tempat duduk di sebelahku sudah diduduki orang.

"Cik, boleh saya duduk sini?" soal suara garau itu membuatkan lamunanku terhenti.

Aku terus alihkan mataku ke sebelah. Hampir tercopot keluar biji mata bila melihat gerangan yang berada di sebelahku. Lelaki itu pula sudah tersengih-sengih melihat aku.

"Hai, kakak cantik." ucapnya sambil melambaik kecil ke arahku.

"Kau? Kau buat apa kat sini? Bukan kau balik naik kereta kau ke?"bertubi-tubi soalan aku hamburkan.

Farish sekadar tersengih. Dia terus menyandarkan tubuhkan ke badan kerusi lalu menutup mata.

"Balik dengan kau lagi seronok daripada balik seorang. Tak ke gitu, Kak Lara cantik?" ujarnya lalu tersenyum nipis.

Aku berkerut dahi. Haih! Aku ingat lepas habis diploma ini, aku takkan terserempak dengan lelaki kurang siuman ni. Tapi, nampak nya aku silap.

Farish ini junior aku. Umur dia tua dua tahun daripada aku tapi disebabkan aku ni senior, so dia panggil aku 'akak'. Erghh.. mengada! Bagi aku dia ni lelaki yang agak tak waras.

Aku malas nak memuji orang ni tapi muka dia memang muka boleh jual. Bayangkan di universiti itu, banyak betul perempuan yang crush dengan dia disebabkan muka 'babyface' nya itu. Dia pun bukannya calang-calang, dia anak kepada CEO Folera Holdings, syarikat yang terkenal dengan penghasilan minyak wangi mahal..

Namun, dalam banyak-banyak perempuan dalam universiti itu.. aku jugalah yang dia nampak. Tak faham aku! Aku ni dahlah biasa-biasa aje. Nak digandingkan dia dengan aku? Macam langit dengan bumi rasanya. Jauh bezanya.

"Lah, nak balik dengan aku ke? Awat tak cakap awal-awal? Bolehlah, aku tumpang kereta kau sekali kalau macam itu." selorohku.

Tergamam Farish dibuatnya. Terus dia pandang aku. "Serious ke kau nak balik dengan aku, kalau aku ajak?" soalnya.

Aku tersenyum lalu aku gelengkan kepala. "Mati hidup balik pun takkan mungkin." balasku.

Wajah lelaki itu sudah berubah kecewa. Aku di sebelah sekadar tertawa kecil. Kecewalah. Bukan aku kisah pun.

"Jahatnya mulut kau. Hmm.. tapi itulah yang aku suka daripada kau. Jelas keseksian kau di mata aku, Lara."terkedu aku bila dengar Farish kata macam itu.

Ringan saja tangan aku menampar lengannya. Berbunyi. Farish terus mengaduh sakit. Dia menggosok-gosok bekas tamparan ku  sambil matanya memandang ke arah aku.

"Takkan cakap macam itu pun salah?"

Aku sudah menyinga. "Kalau kau taknak kena tampar guna selipar aku, baik kau diam. Kau boleh mengayat perempuan lain guna ayat itu, tapi bukan aku. Okey?" amaranku lalu terus berpeluk tubuh.

Farish tidak membalas. Dia masih menyapu bekas tamparan pada lengannya namun selepas itu, bibirnya menguntum senyum. Garang and I like it, getusnya lalu mengerling ke arah Lara yang sudah mulai termenung.
...
"Assalamualaikum!"
ucapku sambil memukul pintu beberapa kali.

Tak sampai seminit, ada orang yang menyahut salamku. Terus bibirku menguntum senyum. Buka sahaja pintu, aku terus serbu ibu. Badannya ku peluk erat. Mana tak semput ibu dibuatnya. Teruja punya fasal sebab dapat jumpa ibu.

Tak lama lepas itu abang Paroq menghampiri kami berdua. Dia sekadar menggelengkan kepala melihat kami berdua. Jealous lah tu. Aku melepaskan pelukanku lalu tangan ibu aku kucup lembut. Kemudian, kedua-dua belah pipinya pula aku cium.

Ibu tersengih saja melayan karenah aku itu. Anak manja lah katakan. Tak apa, sekali sekala. Setelah lima bulan tak berjumpa, melepas rindu bak katanya.

"Peluk lagi, cium lagi. Haih.. gaya macam tak jumpa bertahun." bebel abang Paroq sambil berpeluk tubuh.

Terus aku menjeling pada abang Paroq. Aku mencebik. Suka hati oranglah nak peluk nak cium.. Kisah ke?

"Aih, biarlah dia. Kamu tu memanglah. Tak belajar jauh, tiap hari nampak muka ibu. Lara kan baru habis belajar, biarlah dia peluk ibu pun." ibu akhirnya berdiri di pihakku.

Mendengarkan kata-kata ibu, aku ketawa mengejek pada abang Paroq. You lose, my abang.. 1 mark for me..

"Tu, angkat barang Lara itu." arah ibu lalu membawa aku pergi dari situ.

Aku dengar abang Paroq mendengus kecil. Aik, marah ke? "Bawa dengan penuh kasih sayang tau, bang. Ikhlas." saja aku perli dia. Sempat lagi itu.

Ibu bawa aku ke ruang tamu. Terus dia labuhkan punggungnya di sebelahku. Kedua-dua belah tanganku digenggamnya erat.

"Nak gosip apa ni, bu? Dah lama Lara tak buat dosa mengumpat orang ni." ujarku lalu ketawa kecil.

Terus ibu menampar lututku. "Mana gosipnya. Ibu nak tanya kamu ni? Apa kamu nak buat lepas belajar ni?"soal ibu memandang aku.

Aku tersengih memandang ibu. "Membongkanglah, ibu. Aih, macam tak tau aje." sempat aku bersenda dengan ibu.

"Ha, ha.. membongkang aje? Banyak cantik muka.. kamu taknak kerja ke?"soal ibu sudah buat muka garang comelnya itu.

"Tak adalah bu. Lara dah hantar resume kat beberapa syarikat. Tengoklah macam mana. Maybe, tiga minggu lagi baru dapat jawapan."ujarku.

Ibu sekadar mengangguk kecil. "Baguslah macam itu. Kak Tipah tu ada cakap dengan ibu. Lepas diploma ni, bagus kalau cari pengalaman bekerja. Senang sikit orang nak ambil bekerja lepas habis degree nanti." bahas ibu.

Baru sahaja aku mahu membalas, ibu terus batuk-batuk kuat. Batuk nya itu kedengaran sangat perit. Aku jadi risau. Belakang ibu terus aku tepuk perlahan.

"Ibu okey tak ni?" soalku sudah mulai risau.

Batuk ibu meredha sedikit. Tangan aku ditolaknya perlahan. "Tak apa, ibu okey. Kamu jangan risau."ujar ibu sambil menekup mulutnya.

Aku mengeluh kecil bila dengar ibu kembali batuk. Haih.. ibu ni.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro