Bab 27

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Seperti biasa, bangun sahaja pagi.. aku pasti akan lihat kelibat ibu di dapur. Bau haruman kuew tiew udang menyengat batang hidung ku sekaligus menyuntik seleraku. Perutku yang sudah berkompang sakan minta diisi aku tekan perlahan. Sabar ye nak, sikit aje lagi kau akan kenyang.

Aku merapati ibu di dapur. Sambil meraba-raba perutku, aku memanjangkan leher melihat bagaimana kuew tiew itu ibu kacau. Wow, makin bertambah selera aku bila nampak udang yang berjus bersaiz sebesar ibu jari itu. Aih, cepatlah masak ye makananku.

"Ibu, dah masak ke tu?" ujarku sudah tak sabar-sabar.

Terus ibu memberi jelingan maut plus kasih sayangnya padaku. Melihatkan jelingan maut kasih sayangnya itu, aku sekadar tersengih sumbing.

"Ha, eloklah tu.. Bangun aje tidur, terus makan. Dah mandi ke tak pun, tak tahulah." leter ibu sambil bercekak pinggang.

Aih, pagi-pagi dah kena leter. Padan muka kau, Lara. Tergopoh sangat nak makan, kan dah kena leter.

"Alah, Lara laparlah bu. Perut itew cakit nak mamam." aduku dengan muka babyfacenya itu.

Ibu sekadar menggelengkan kepala. "Haih, kamu ni Lara. Umur itu dah makin tua.. dah 20 tahun dah pun tapi perangai masih tak matang."bebel ibu sambil sibuk mengacau keaw tiewnya.

Aku yang di sebelah ibu, hanya mampu menadah telinga. Mahu tak mahu terpaksa jugalah dengar. Tak apa, tak berdarah pun telinga itu.

"20 tahun tu kecil lagilah bu." sempat aku menyelit sendaku di situ. Betullah yang umur 20 tahun tu masih kecil lagi.

"Kecil apanya itu? Kamu kenal Lela anak Pak Uda tu. Dia itu kahwin masa umurnya 20 tahun, sekarang dah ada anak dua lagi itu. Sepasang." sempat lagi ibu ungkit cerita anak dara orang.

"Kak Lela itu memanglah. Dia cantik, lelaki mana aje yang tak berkenan? Kalau anak mak ni cantik pun, mesti ramai juga yang berkenan." selorohku.

Ibu memandang aku dengan pandangan menyampah. Aih, budak ni. Ada aje jawapannya itu.
Aku pula sudah tersengih sumbing.

"Haih, kamu ni, Lara..  nanti kalau ibu dah tak ada, siapalah yang nak menjaga kamu? Semua benda tak pandai." keluh ibu dengan wajahnya yang dibuat-buat marah.

Terus aku peluk pinggang ibu erat. Taknaklah dengar benda tak best pagi-pagi macam ni. Aku tak sedia lagi nak kehilangan ibu atau sesiapa dalam hidup aku. Takkanlah lepas kehilangan Yara, aku akan terus bersedia untuk kehilangan orang lain pula kan? Itu tak adil.

"Hmm.. janganlah cakap macam itu. Ibu kan selalu ada untuk Lara. Betul tak, ibu? No, no cakap macam itu." manjaku lalu menyandarkan kepalaku ke belakang ibu.

Ibu mengeluh kecil. Sebak seketika. Tanpa pengetahuanku, ibu menangis membelakangiku. Air matanya mengalir perlahan. Namun cepat-cepat disekanya. Dia tak mahu Lara nampak dia menangis. Tak.. tak boleh.

"Erm, yelah. Ibu tak cakap lagi fasal itu. Hmm.. ni. Lara tolong kacau kuew tiew ni. Ibu nak ke tandas sekejap." ujar ibu meleraikan pelukanku pada pinggangnya.

Pemegang sudip berganti tangan. Aku sudah mengeluh kecil. Aih, malasnyalah nak memasak ni. Kuew tiew yang sudah kecoklatan aku pandang dengan selera. Ssstt.. mesti sedap. Perut yang berkompang merajinkan tanganku untuk mengacau kuew tiew tersebut.

Inilah aku. Aku tak seistimewa perempuan lain. Perempuan kat luar sana pandai memasak, aku pula pandai mengunyah. Kelebihan kan tu? Hampir ke semua kawan aku waktu sekolah semuanya pandai pegang batu lesung, aku pula.. haprak pun tak boleh. Nak beza daun bawang dengan serai pun tak reti. Aihh..

Patutlah ibu membebel tadi. Sepatutnya umur seperti aku ni dah pandai memasak. Sekurang- kurangnya masakan melayu pun jadilah. Rendang ke apa ke.. hmm.. nak buat macam mana kan? Aku ni dahlah malas nak belajar memasak ni.. Letihlah.

Sedang aku leka mengacau, tak semena-mena telingaku menangkap sesuatu yang berbunyi kuat.

BUMMMMMM!!

Dahiku sudah berkerut seribu. Bunyi macam datang dari belakang. Api memasak aku padam lalu perlahan-lahan, aku melangkah merapati belakang rumah.

Hampir luluh jantung aku apabila melihat sekujur tubuh sudah terbaring di lantai. Aku lihat darah merah mengalir di birai kepalanya.  Ibu!!!!!!!!!!!

Segera aku rapati ibu yang sudah terbaring. Matanya tertutup rapat. Kepalanya aku pangku sambil air mataku terus menerus mengalir deras. Ya Allah, ibu!! Bangun ibu!!

"Abang!!!! Ibu, bang!!!" jeritku sambil memanggil-manggil abang Paroq.

Selang beberapa mibit kemudian, abang Paroq datang menghampiri ku. Jelas riak wajah cemasnya bila lihat ibu kaku dalam pangkuanku.

Tanpa membuang masa, dia mengangkat tubuh ibu yang sudah lemah.

"Kenapa dengan ibu ni, Lara?" soal abang Paroq sambil terkejar-kejar membawa ibu ke kereta kancilnya.

Aku yang sudah berbirai air mata menurutinya dari belakang. "Ibu jatuh tadi." jawabku.
...
Sudah beberapa kali, Aqhif menghubungi nombor telefon Lara namun gadis itu langsung tak menyahut panggilannya. Akhirnya, Aqhif mengalah. Huh!! Berat sangat ke tangan kau nak angkat call aku, budak?

Kembali Aqhif fokus pada pemanduannya. Ada benda yang dia mahu bincang empat mata dengan Lara. Dia dah fikir masak-masak.. mahu tak mahu wasiat Yara itu perlu dilaksanakan juga. Dia tidak mahu orang yang dicintainya itu tak tenang di sana.

"Wasiat ini benda wajib yang perlu dilaksanakan. Itulah tanggungjawab yang kita kena pikul untuk si mati." ujar Pak Lan, tukang kebun sementara nya.

Kerana terlalu buntu sangat, Aqhif terpaksa buka cerita kepada orang asing dalam hidup nya. Nasib baik, dia dengan Pak Lan bolehlah juga dikatakan kenalan rapat. Jadi, bersembang hal peribadi ni hanya benda kecil saja.

"Jadi, maksud Pak Lan.. saya kena jugalah ikut wasiat tunang saya itu?" soal Aqhif menjongket kening.

Orang tua tersebut sekadar mengurut dahi. Matanya tak semena-mena mengerling ke wajah bersih Aqhif.

"Nak tak nak, kamu kenalah juga buat. Mungkin ada sebab dia nak kamu berdua bersatu. Ikutkan ajelah." spontan sahaja jawapan Pak Lan itu.

"Tapi, saya tak kenal pun hati budi perempuan itu. Macam mana saya nak kahwin kalau macam itu Pak Lan?" makin jauh pula pertimbangan Aqhif dibuatnya.

Pak Lan sekadar menepuk bahu Aqhif. Aqhif masih mendagu di atas pehanya. "Pak Lan faham. Kamu fikir nikah itu semuanya nak kena mula dulu dari bercinta lepas itu kahwin ke? Lepas kahwin pun kamu boleh bercinta. Pak Lan dengan isteri dulu pun bercinta lepas kahwin juga." beritahu lelaki tersebut dengan senyuman terkumit di bibir tuanya.

Aqhif sudah berkerut dahi. "Erm.. tak awkward ke, Pak Lan?"

Pak Lan sudah tersengih panjang. Kopiah yang tersarung dikepala nya ditanggalkan lalu matanya beralih pada Aqhif.

"Okey aje. Tengoklah sekarang, bahagia sampai ke cicit. Kamu tak cuba mana kamu tau." selamba sahaja orang tua itu mengusik Aqhif.

Orang tua ni memang banyak lalui asam garam kehidupan. Aqhif tak boleh terus berkompromi. Mahu tak mahu, nasihat Pak Lannya itu ditelan juga. Ada betulnya juga kata orang tua itu. Nak berkahwin, tak semestinya bercinta dulu.. lepas nikah nak bercinta pun boleh kan?

Jadi, kerana nasihat Pak Lan itulah dia di sini sekarang. Dia nak bincang untuk menghantar rombongan meminang untuk meminang Lara. Setuju ataupun tak, dia akan terima juga jawapan Lara itu.

Setibanya di hadapan rumah Lara. Aqhif menggumam kecil. Beberapa orang penduduk kamping berkumpul di hadapan rumah gadis itu. Aqhif sudah berkerut dahi.

Keluar sahaja dari kereta, Aqhif lihat mereka yang berada di situ sudah pandang Aqhif semacam. Nak-nak lagi dengan kereta Audi yang Aqhif bawa. Melopong sekejap.

"Boleh saya tahu, kenapa ramai-ramai berkumpul kat sini?" soal Aqhif dengan bicara santunnya.

"Encik ni siapa pula?" bukan nak menjawab soalan, malah mereka berbalas soalan pula pada Aqhif.

"Saya kawan Lara."

"Owh.. erm, mak Lara itu terjatuh tadi. Itu yang berkumpul itu sebab nak tahu apa yang jadi sebenarnya." balas salah seorang daripada mereka.

Gamak Aqhif dibuatnya. "Jatuh?"

"Haah. Sempat dibawa ke hospital tapi sampai sekarang, berita pun tak dapat lagi." ujar yang lain pula.

Aqhif sudah mengetap bibir. "Boleh saya tahu hospital mana?" soalnya memandang mereka tersebut silih berganti.
...




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro