Bab 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Bunyi loceng bergema menandakan waktu rehat sudah tiba. Selesai memberi salam kepada cikgu Ayumi, seluruh pelajar tingkatan 4 Gelama terus meluru keluar dari kelas. Sudah tidak sabar rasanya mahu mengisi perut yang sudah berkompang.

Aku perlahan-lahan menyusun buku Sejarah ke dalam beg aku semula. Inilah rutin yang selalu aku buat hampir setiap hari. Sebelum keluar rehat, aku akan cuba untuk ulang serba sedikit apa yang cikgu ajar.

Cita-cita aku adalah aku mahu belajar sampai ke peringkat PhD. Impian aku selepas tamat sahaja SPM, adalah untuk sambung belajar ke universiti dalam bidang kejuruteraan petroleum. Cuma kerja itu aje yang boleh bantu aku kaya. Hahahaha.. Siapa tak nak kaya kan?

"Jom rehat sama."

Aku menoleh ke arah kelibat yang sudah berdiri di hadapan aku. Tergamam aku dibuatnya. Ya-Yara? Haih, kenapa sejak dua menjak ni rajin betul dia tegur aku? Tak fahamlah!

"Aku malas nak rehat. Pergilah." ujarku dalam nada menghalau. Tak senang betul aku.

Yara sudah muncung sedepa. Dia berjalan ke sebelah ku lalu mengambil tempat di sebelahku. Aku sudah angkat kening melihat gelagat gadis itu. Mereng ke apa?

"Kalau Lara taknak rehat, Yara pun taknak rehat. Deal?" spontan dia menghamburkan kata-katanya.

Aku berkerut dahi. "Tapi, bukan kau pengawas ke? Kau sepatut nya jaga kantin kan?"soalku sudah kehairanan.

Al-maklumlah, Yara ni kan pengawas dan tak lama lagi akan dipilih menjadi Penolong Pengawas untuk tahun depan. Nak kata dia tak ada kawan, ada aje berlambak. Rapat pula tu siap bertepuk tampar bagai. Gaduh pula ke?

"Hari ini, saya tak ambil port jaga kantin. Saya kawal blok ni. Lara nak ikut saya round satu blok ni ke?"ajaknya dalam nada teruja.

Cepat-cepat aku gelengkan kepala. Perempuan ni tak faham ke apa maksud waktu rehat tu? Gila dia nak ajak aku round satu blok ni? Huh..

"Pergilah sorang. Aku nak rehat." tingkah ku terus menyandarkan tubuhku ke dinding. Tidur lima belas minit pun dah kira okeylah.

"Jomlah."dia sudah berani tarik-tarik lengan aku. Mataku terus mencerlung ke arah Yara. Gadis itu nampak tak takut pada pandangan aku itu.

"Ih!! Tak payah kacau orang boleh tak? Pergilah dengan kawan-kawan kau tu! Kenapa kau nak kena kacau aku juga?" bentakku yang sudah hilang sabar. Aku ni dahlah pantang kalau ada orang memaksa ni. Geram!

Yara tergamam sejenak. Dia kelihatan terkejut apabila melihat aku membentaknya tiba-tiba. Matanya sudah redup memandang lantai. Menangis lah, apa aku kisah?

"Kenapa Lara tak pernah nak suka saya? Sejak kita tingkatan dua lagi, Lara tak pernah nak baik dengan Yara. Yara ada buat salah ke?"soalnya yang seperti kesal pada dirinya sendiri.

Dahiku sudah berkerut. Entah kenapa perasaan serba salah menyerbu hati aku. Pulak dah? Haih..

"Aku just pelik aje dengan kau. Kau ni ramai kawan tapi kenapa kau still nak kacau hidup aku? Kau gaduh dengan kawan kau ke?" soalku direct. Malas betul nak berbasa-basi bagai.

Gadis itu gelengkan kepala. Pandangannya dialihkan ke bawah.

"Habis itu?"

"Semua kawan saya tu ada masa saya senang, bila saya susah diorang hilang. Diorang tak peduli kan saya sebab itu saya nak rapat dengan Lara. Saya nak jadi kawan baik Lara."jawabnya dengan nada perlahan.

Tergamam aku mendengar jawapannya. Aku? Dia nak aku jadi kawan baik dia? Deep juga lah apa yang dia kata itu. Memang pun, zaman sekarang.. lebih banyak kawan waktu senang daripada kawan waktu susah.

"Kenapa nak jadi kawan aku pula? Aku ni pun jenis kawan bila senang juga."ujarku sengaja memburukkan diri sendiri.

Tak semena-mena Yara tersenyum. Pandangannya dialihkan kepada aku. Terus dia gelengkan kepala.

"Awak ada bila kawan awak dalam kesusahan. Saya pernah nampak awak tolong kawan-kawan awak tu bila diorang sakit semua. Awak memang baik Lara." ujarnya seperti bangga kepada aku.

Bibirku aku ketap. Dahiku berkerut memandang Yara. Hmm.. tak apalah Lara. Kau cuma kawan dengan dia aje pun, bukan dia suruh jadi driver ke, spy ke.. just kawan aje. Okey?

Kasihan pula tengok Yara itu. Sejak kejadian minggu lepas, dia tak pernah kenal erti putus asa untuk berkawan dengan aku. Akhirnya, aku menguntum senyum nipis.

Aku hulurkan salamku kepadanya. Yara pada mulanya diam namun lepas itu aku lihat senyumannya sampai ke telinga. Terus sahaja dia menyambar tanganku lalu dijabatnya.

"Kita kawan sampai bila-bila, eiyh."ujarnya.

Aku anggukkan kepala. Suka hati kaulah budak nak kawan sampai bila pun.
...
Bulan Januari tahun berikut nya..

"Uuuuu... tengoklah siapa naib pengawas sekolah kita sekarang ni, Puteri Engku Aryara!!!" laung ku dengan meriah sambil bertepuk-tepuk tangan.

Gila tak bangga tengok kawan sendiri dilantik sebagai penolong pengawas Sekolah Menengah Ayer Cetek. Selepas ini, makin sibuklah Yara dengan tugas-tugas pengawasnya itu.

Yara sudah tersengih-sengih sumbing. Bahuku dipeluknya erat.

"Macam itu aje? Kau taknak bagi aku hadiah ke? Sebagai tanda tahniah kau tu?"eh-eh, minah ni. Minta lebih nampak.

Aku buat muka jengkel. Bahunya pula aku peluk. Biarlah nampak pelik pun, kisah apa aku.

"Kalau nak hadiah beli sendiri. Aku tak ada duit."beritahuku spontan.

Yara menggumam sendiri. "Kedekut gila minah ni? Dahlah hadiah birthday aku tahun lepas tak bagi lagi. Haih, bila nak dapat hadiah tu?"soalnya sudah menadah tangan kepada aku.

"Tunggu aku ada cucu dulu, baru aku bagi kau."spontan aku beri jawapan selamat padanya.

Gadis itu sudah menggerutu mendengarkan jawapan aku. Haha, siapa suruh jadi kawan aku? Padanlah?!

Sudah nak dekat setahun aku berkawan dengan Yara. Tak sangka pula yang Yara ni jenis senang masuk air dengan aku. Jadi tak susahlah nak bergila-gila dengan dia. Lagipun dia ni sporting.

"Kak Yara.."

Aku dan Yara sama-sama mengalihkan pandangan ke belakang. Seorang pelajar mendekati kami berdua. Sepucuk surat dia berikan kepada Yara. Aku sudah tersengih.

Haih, Yara ni tak habis-habis dapat surat cinta. Maklumlah, dia cantik dan aktif dalam akademik dan koko. Sempurna lah senang cerita. Muka pun ada macam wajah Emma Maembong sedikit. Putih mulus gitu.

"Siapa bagi ni?"soal Yara sudah terkebil-kebil menyambut surat itu. Surat tersebut disertakan dengan sekeping coklat Cadbury bersaiz besar. Kecur liur aku tengok coklat tu.

Pelajar tersebut terus menuding ke arah sekumpulan pelajar budak lelaki yang sudah memandang ke arah kami berdua. Lah geng Playboy ke? Pfft.. tanpa segan silunya, Harith melambai tangan ke arah Yara.

Yara sekadar tersengih pendek. Dia buka surat itu lalu dibaca isi kandungan surat itu. Aku yang berada di sebelah Yara turut tumpang sekaki. Nak tahu juga apa yang si playboy ni tulis untuk mengayat hati perempuan kesayangannya itu.

Baldi mana? Baldi? Aku rasa macam nak muntah hijau pula baca ayat si Harith ni. Langit bumi bagai. Nak cakap tahniah pun, nak kena berkias.. hak tuih! Aku lihat Yara sudah geli gelaman. Aku tertawa kecil melihat reaksi spontan Yara tu.

Nampaknya Harith kena reject direct oleh si Yara, my bestfriend. Depan-depan pula itu. Yara menghulur senyum pada Harith lalu surat tersebut dilipatnya lalu dimasukkan ke dalam tong sampah. Cara sopan untuk reject orang.

"Lara, kau nak coklat tak?"soal Yara memandang ke arahku.

Dengan senang hatinya, aku anggukkan kepala. Gila tak nak? Bagai bulan jatuh ke riba. Aku terus mengambil coklat Cadbury yang dihulurkan Yara kepada aku.

Sempat aku memaling ke arah Harith yang jelas wajah terkejutnya. Sakit ke, bang kena reject depan-depan.

"Thanks, Harith!"ucapku lalu melambai-lambaikan tangan kepada lelaki itu. Tak semena-mena tawa aku dan Yara bergema. Kami berdua terus berlari-lari anak menuju ke kelas.

Ini adalah tahun akhir aku berada di Sekolah Menengah Ayer Cetek.  Hanya tinggal 10 bulan saja lagi sebelum SPM menerjah. Aku mahu buat kenangan semanis-manisnya di sini.

"Kau tengok muka Harith tadi?" soalku berhabis-habis ketawa.

Kami berhenti agak jauh dari kumpulan Harith. Yara anggukkan kepala. Dia menghabiskan sisa baki tawanya. Seronok betul dia kenakan si Harith tu. Playboy tak sedar diri.

Sedang aku leka ketawa, mata aku terpana saat melihat darah merah mengalir di birai lubang hidung Yara. Terus aku gelabah.

"Yara, hidung kau.. berdarah." beritahuku lalu menyerahkan tisu kepada Yara.

Cepat-cepat Yara menyambut tisu tersebut lalu darah tersebut disapunya. Sebingkis senyuman dia berikan pada aku. Aku yang sudah cuak dipandangnya tenang.

Walaupun ini bukan kali pertama aku saksikan hidung Yara berdarah, tapi aku masih terkejut. Setiap kali hidung Yara berdarah, wajahnya pasti akan pucat. Tapi, Yara masih lagi senyum macam tak ada apa-apa berlaku.

"Janganlah cuak sangat, Lara. Aku penat ni sebab itu berdarah." ujarnya masih menyapu hidungnya.

Aku mengeluh perlahan. Hmm.. kalau dia dah cakap macam itu. Aku tak boleh nak fikir apa dah. Mungkin betul apa yang Yara cakapkan itu.

Dia okey saja.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro