Bab 38

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tanah perkuburan Islam itu dijejakinya dengan langkah berhati-hati. Panas terik mentari langsung tak dihiraukannya asalkan langkahnya dapat tiba ke destinasi yang dituju.

Setibanya Paroq di hadapan kuburan, matanya memandang kosong. Papan nisan yang tercatat nama panjang Yara ditiliknya lama. Satu keluhan berat Aqhif lepaskan.

"Paroq, tengok tu.."

Paroq yang ketika itu sedang leka memasak kan burger untuk pelanggan langsung tak pedulikan kawannya, Mail.

Walaupun berkali-kali lengannya di siku oleh Mail namun Paroq buat tak kisah. Perut pelanggan lebih penting daripada si Mail kerana pelanggan lah, mereka dapat duit untuk mencari sesuap nasi.

"Nak order burger..boleh?" suara lunak yang menyapa halwa telinga Paroq buatkan Paroq tergamam.

Dia kenal suara itu.. itu suara.. Terus dia mengalihkan ekor matanya pada Yara yang sudah tersenyum berhadapan dengannya. Mata mereka bertaut namun cepat-cepat Paroq alihkan ke tempat lain. Segan.

Yara tersenyum melihat reaksi Paroq yang malu-malu kucing itu. Baginya comel.

"Aih, cik Yara. Dah selalu sangat beli burger kami ni.. ada apa-apa ke?" sakat Mail sambil terjeling-jeling ke arah Paroq yang sudah gelabah semacam.

Yara mengetap bibir. Matanya sesekali melirik pada Paroq. "Erm.. saya suka beli burger kat sini. Sedap.."

"Ye ke, cik Lara.. Sedap kat burger ke sedap memandang tukang buat burger?"makin galak Mail mengusik.

Terus Paroq menumbuk kecil perut Mail. Habis meraung sakit Mail dibuatnya. Ha, padan muka. Siapa suruh suka sangat menyakat? Kan dah kena penangannya?! Yara sudah galak ketawa melihat karenah Paroq dan Mail. Terhibur.

"Abang Paroq, saya nak pesan yang sama macam hari itu tapi bentuk sos itu kalau boleh nak lagi besar eiyh."ujar Yara sebelum berlalu meninggalkan Paroq yang sudah terpinga-pinga.

Pipi Aqhif sudah menebal merah. Bentuk sos? Yang bentuk hati itu ke? Buat lagi besar?!! Mungkin ke.. itu petanda yang Yara terima hati aku itu? Terus Aqhif alihkan matanya kepada Yara.

Gadis itu juga turut sama memandang ke arahnya. Tak semena-mena Yara seperti menggumam sesuatu.

'I love you too.' memek Yara dalam malu-malu.

Mengenangkan perkara itu, bibir Paroq menguntum senyum pahit. Kelat rasanya mahu telan kenyataan bahawa Yara, gadis yang dia cinta itu sudah tiada.

"Nenda dengan parents Yara semuanya dah tahu fasal hubungan kita ni." sendu Yara sebak. Air matanya masih tak henti-henti mengalir.

Paroq mengetap bibir. Pahit untuk ditelan namun dia terpaksa telan juga. Darjat membezakan mereka berdua. Siapalah Paroq ini? Hanya seorang lelaki yang menjual burger. Cinta mereka ini ibarat cinta terlarang kerana dibezakan oleh dua darjat.

Paroq mengeluh berat. "Kalau macam itu, kita akhirkan aje hubungan ni. Dari awal abang dapat agak benda ni akan jadi." ujar Paroq dalam nada mendatar.

Tergamam Yara dibuatnya. "Apa maksud abang? Abang nak tinggalkan Yara ke?"

Mata Paroq redup saja memandang Yara. "Kita putus."

"Kenapa?"

"Antara cinta dan keluarga, Yara perlu pilih keluarga. Abang taknak disebabkan abang, Yara jadi derhaka pada ibubapa Yara. Abang ni bukan siapa-siapa Yara tapi ibubapa Yara itu yang membesarkan Yara. Jadi, lebih baik kita putus kalau keputusan ini dapat memberi kebaikan kepada kita berdua."tega Paroq dengan suara mendatar.

Makin lebat air mata Yara turun. Sepanjang dia berkenalan dengan lelaki, inilah kali pertama dia dapat sayangkan seorang lelaki segila ni. Paroq.. berbeza dari lelaki yang lain. Ada sesuatu pada Paroq yang menarik minat Yara untuk mengenali lelaki itu.

Namun, tak sangka.. kata pemisah akan dihamburkan oleh lelaki itu padanya. Bukankah Paroq cintakan dia? Kenapa tak perjuangkan cinta mereka?

"Abang,.."

"Yara baliklah. Mesti nenda sedang cari Yara. Abang pun banyak benda nak kena buat.." tutur Paroq dan terus berlalu meninggalkan Yara sendirian.

Itulah detik dia melukakan hati gadia yang dia cinta. Air mata Paroq tak semena-mena bergenang. Papan nisan itu diusapnya lembut.

"Maafkan abang, Yara. Maafkan abang. Walaupun abang cakap macam itu tapi.. hati abang masih sayangkan Yara.. Sangat sayangkan Yara." ucap Paroq disertai tangisan jantannya.

Dia lemah kerana seorang gadis dan sekarang gadia itu tiada di sampingnya..
...
Mata aku terjeling-jeling memandang Aqhif yang sedang sibuk bermain telefon pintarnya. Sudah dua minggu kami menjadi suami isteri, aku dah tahu sangat aktiviti wajibnya setiap malam.

Sebelum tidur, dia pasti akan main telefon dulu. Selepas aku tidur, baru dia akan tidur. Dia main telefon itu sebab dia main game, bukan sebab ada perempuan lain ke apa..

Aku sisirkan rambutku perlahan. Kali ini aku pandang Aqhif lama lagi. Hmm..

Nak tahu sesuatu tak? Aku rasa.. makin lama aku duduk dengan lelaki itu aku makin jadi tak keruan.

Mulanya dia dingin tapi lepas itu dia berubah jadi seorang yang sukar ditafsir. Kalau mood dia baik, dia akan bawa aku jalan-jalan tapi kalau mood dia tak okey.. jangan harap boleh berbual panjang dengan dia.

"Macam mana kelas memasak kau tadi? Okey tak?" soal Aqhif mengerlingku melalui pantulan cermin.

Cepat-cepat aku alihkan mataku ke tempat lain. Phuh, sempat..

"Okey aje. Saya belajar resepi baru hari ni." balasku.

"Resipi apa?"

"Sup. Dia ajar macam mana nak buat sup ayam, sup daging.. and more. Seronok." ceritaku sudah mengatur langkah merapati katil.

Aqhif sekadar mengangguk kepala. Tak lama lepas itu, dia kembali bermain telefonnya semula. Sekejap... nya..

"Cafe awak hari ni, okey?" soalku cuba mencari topik untuk dibualkan.

Aku memanjat katil lalu duduk bersandar di kepala katil. Wajahnya aku pandang.

"Okey. Sama macam biasa." balasnya dingin.

Done. Mula kat situ, ending pun kat situ. Aku mengeluh dalam hati. Hih, mamat ni. Kalau mood baik, pandai pula dia bergurau tapi bila mood malas.. nak bercakap pun rasa malas. Haih..

"Sama macam biasa itu macam mana?" aku masih mahu panjang kan topik itu.

Dahi Aqhif aku lihat berkerut. Terus dia alihkan pandangan pada aku. "Maksud kau?"

"Erm.. macam biasalah.. tapi yang macam mana?" berbelit ayat yang aku balas.

"Kau demam eiyh? Macam biasa pun dah boleh lupa?" perlinya dengan wajah jengkel.

Terus aku mengetap bibir. Apa salahnya soalan aku itu? Aku cuma tanya aje. Takkan itu pun salah?

"Hmm.. tak apalah. Lupakan. Saya nak tidur." rajukku.

Hmm.. Yara. Kalau kau merajuk pun bukan dia kisah pun kan?. And.. kenapa kau pula yang tergedik-gedik nakkan perhatian Aqhif?

"Kau marah ke?" tiba-tiba aku dengar suara Aqhif menyapa daripada belakang.

Aku mengacip gigi. "Tak." singkat saja jawapan aku.

"Baguslah kalau macam itu." Damn!! Aku ingat dia akan terus cuba untuk pujuk aku. Argh!!!! Lara!! Buat malu muka kau aje. Kau fikir kau itu siapa untuk dia pujuk.

Lampu bilik ditutup oleh Aqhif. Seperti biasa, aku dan Aqhif tidur saling membelakangi. Dia ke timur, aku ke barat. Itulah kami..

Kalau macam nilah jalan ceritanya, aku rasa.. perpisahan adalah yang terbaik.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro