Bab 49

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Perlahan-lahan aku buka mata. Ekor mataku meninjau sekeliling sambil sesekali aku kerdipkan mataku. Kepalaku yang terasa berat aku pegang.

Tak semena-mena dahiku berkerut. Tuala basah? Tuala basah yang menapak atas dahiku aku tarik lalu aku tolakkan ke tepi. Kemudian, aku dudukku tubuhku di atas katil.

Mataku meliar ke sekeliling bilik. Aku baru tersedar yang sekarang aku sedang berada di bilik aku dan Aqhif. Dahiku berkerut. Rasanya, bilik ini bukannya tempat terakhir aku jejaki sebelum aku tak sedarkan diri.

Sedang leka aku termenung, aku terdengar derapan tapak kaki menghampiri bilik. Pintu bilik dibuka dan kelibat Aqhif muncul di muka pintu. Serentak itu, mataku dan matanya bertemu namun cepat-cepat aku alihkan ekor mataku ke sisi.

"Kau dah sedar?"soal Aqhif dengan nada suara tenang. Gembira mungkin?

Namun soalannya itu langsung aku tak sahut. Aku membisu membiarkan soalannya mati dan bernoktah begitu.

Satu keluhan kecil lelaki itu lepaskan. Perlahan-lahan, Aqhif merapatiku. Dia terus melabuhkan punggungnya di birai katilku. Tangan kananku yang berlabuh di atas paha ku, dicapainya lalu digenggam kemas.

"Kenapa dengan kau ni? Kenapa kau elak nak pandang aku?" soal Aqhif dengan suara sedikit kesal.

Diam. Aku masih tak membalas.

"Kau beritahu aku kalau aku ada buat salah dengan kau, kau cakap. Jangan pendam seorang. Aku suami kau kan, Lara Batrishah?" Aqhif masih berusaha memancing perhatian ku.

Kali ini wajahnya aku kerling. Bibirku aku ketap.

Wajah bersih Aqhif aku pandang lama. Sekali lagi, tubir mataku basah dengan air mata. Entah kenapa, sejak dua menjak ni.. aku asyik menangis dan menangis. Seperti budak-budak kehilangan susu botolnya. Sangat manja.

Tergamam Aqhif saat melihat air mataku jatuh. Dia diam untuk seketika. Kaku seperti tak tahu cara untuk memujukku.

"Ke-kenapa ni, Lara?"

Aku pusingkan tubuhku menghadapnya. Serta merta aku tunduk dalam pelukannya. Air mataku mengalir deras. Sendu sedan terlepas dan bahuku pula sudah terhinjut-hinjut.

"Abang Aqhif, saya tersepit. Saya dilemma. Saya.. saya.. keliru.." tersekat-sekat aku menyusun kata.

Aqhif berkerut dahi. Tangan kanannya menjalar menepuk belakangku perlahan.

"Keliru?"

"Saya.. saya rasa saya dah mula sayangkan abang Aqhif. Saya taknak kehilangan abang Aqhif. Saya cuma nak abang ada di sisi saya. Cuma abang."luahku dalam sebak. Segala yang terpendam, aku susun untuk diadukan pada lelaki itu.

Terkesima Aqhif tatkala mendengar luahan hati aku. Untuk seketika dia diam membisu. Tangannya masih menepuk belakangku.

Air mataku makin deras mengalir. Dari diam dia saja aku dapat baca jawapan daripada fikirannya. Dan.. yang pasti jawapan itu menyiat hati aku.

"Tak apalah. Saya tak perlukan jawapan daripada abang. Sa.. saya tak kisah.."balasku dalam nada sebak.

Pelukanku pada pinggangnya aku leraikan. Air mataku masih bercucuran seperti tadi tetapi tidak begitu deras. Aku penat menangis. Walau aku menangis air mata darah sekalipun, hati Aqhif takkan berubah untuk aku.

Hati lelaki itu akan selalu untuk Yara. Bukan Lara tetapi Yara.. Nampaknya, Yara memang dikasihi semua termasuk suami aku sendiri. Hmm.. ke silap aku?

Kerana mencintai lelaki yang pernah disayangi oleh teman baik aku sendiri? Tapi.. kalau betul Yara sayangkan Aqhif, kenapa dia minta Aqhif kahwini aku? Kenapa dia sanggup berkongsi kasih dengan aku? Huh!

Lama Aqhif duduk diam di hadapan aku. Suasana hening membelengu kami berdua.

"Kau rehatlah dulu. Jangan fikir macam-macam.. kau masih lemah sebenarnya."ujar Aqhif tanpa memandang wajahku.

Tanpa banyak bicara, lelaki itu terus meninggalkan aku sendirian dalam bilik. Dia tutup pintu dan biarkan aku termangu sendiri.

Kata-kata Aqhif buatkan aku terpinga. Jangan fikir macam-macam?

Macam mana aku tak fikir macam-macam? Kerana hati dia itu, dia buat aku fikir macam-macam. Kenapa sulit sangat beri aku jawapan? Cakap ajelah dia suka ataupun tak, kenapa beri aku jawapan tergantung macam itu?

Lelaki..

Mereka fikir mereka tak complicated tapi sebenarnya mereka lebih complicated daripada perempuan. Perasaan mereka selalu berubah tapi tak mahu nak luah.

Dan, akhirnya buatkan perempuan yang cintakan mereka tertanya-tanya sendiri. Complicated.
...
Aku merapati Tengku Qilah yang ketika itu sedang leka menonton televisyen bersama Zafriq. Hari ini wanita itu cuti jadi masa-masa beginilah yang digunakannya untuk bersama anak bongsunya yang seorang itu. Di situ, aku nampak usahanya untuk mencurahkan kasih sayang untuk anak-anaknya.

Maklumlah, siang malam, wanita itu sibuk dengan kerja dan persatuan nya. Kadang, anak beranak ini langsung tak bertemu dua tiga hari.

Aku kadang kala sedih juga apabila mendengar Zafriq selalu mengadu mahu keluar bersama mamanya. Aqhif pun kadang-kadang saja ada di rumah. Jadi, Zafriq selalu sendiri. Kasihan. Usianya masih kecil namun sudah mula rasa sepi.. Kalau aku jadi dia, memang taklah aku nak berenggang dengan ibu aku sendiri sebab aku tahu yang suatu hari nanti aku akan kehilangan dia juga seperti hari ini, sekarang ini..

"Mama, Zaf.. buat apa itu?" ayat menyapa aku tuturkan. Bukannya aku buta untuk melihat yang kini anak beranak itu sedang asyik menonton rancangan Power Rangers, rancangan kegemaran Zafriq.

Serta-merta wanita itu menoleh memandang aku. Sebingkis senyuman selamat pagi dihadiahkannya pada aku. Aku balas senyumannya. Tempat kosong yang berada di sebelah wanita itu terus aku duduki.

"Layan cerita budak-budak, Lara.. Si Zaf ni hah, minat sangat dengan power rangers nya itu.." ujar Tengku Qilah sambil mengusap ubun kepala Zafriq yang membaringkan tubuhnya di atas sofa dengan kepala berlapikkan riba Tengku Qilah. Zafriq masih fokus menonton tv, langsung tak berkutik.

"Aqhif mana?"soal Tengku Qilah memandangku.

Aku menguntum senyum nipis. "Dia keluar sekejap. Katanya ada urusan." jawabku.

Tengku Qilah mengangguk kecil. Dia diam untuk seketika sebelum perhatiannya kembali dialihkan kepada aku semula. Seperti ada sesuatu yang dia mahu hamburkan kepada aku..

"Lara, ada benda yang mama nak bincangkan dengan kamu."Tengku Qilah menyambung bicaranya.

Aku anggukkan kepala. Mataku masih fokus pada rancangan kartun yang bersiar. Nampaknya, rancangan power rangers itu juga sesuai untuk orang-orang umur tua bangka macam aku.

"Macam mana kamu sekarang dengan Aqhif? Okey?"soal wanita itu dengan wajah serius.

Mendengarkan soalan wanita itu, dahiku sudah berkerut. Wajah serius wanita itu aku pandang seketika.

"Kenapa mama tanya macam itu? Erm.. kami okey."jawabku.

"Lara, mama ni walaupun bukan selalu ada kat rumah tapi mama boleh tahu apa jadi luar dalam anak mama itu. Kamu pun.. hmm, kamu tak gembira kan?" soalan mama itu buatkan aku terpana.

"Ke-kenapa mama cakap macam itu? La-Lara gem-gembira aje, ma."

Tengku Qilah menghela nafas kecil. Bahu ku disentuhnya.. Caranya seperti mahu memujukku untuk jujur pada apa yang aku katakan.

"Mama tahu yang Aqhif masih tak dapat lupakan Yara, kawan kamu itu. Tapi, kamu pendam. Kamu taknak luahkan. Kamu diamkan aje rasa kecewa kamu itu, sebab bagi kamu, kamu mahu jaga hati Aqhif.. betul kan, Lara?" hambur wanita itu.

Kali ini, aku membisu. Semua yang diutarakan wanita itu semuanya benar belaka. Tentang hati aku, perasaan aku, dan juga hati Aqhif.. semuanya betul.

Tubir mataku sudah mulai berair dengan air mata. Sejak kebelakangan ni, aku lebih banyak menangis dari senyum. Huh, nampak sangat yang aku ni lemah kalau bersangkut paut soal hati.

"Lara, tak tahu mana satu yang Lara patut jaga. Kalau Lara pilih Aqhif, Lara takut Lara khianati Yara tapi kalau Lara pilih Yara, Lara.. La-Lara lukakan hati Lara sendiri. Yara itu kawan baik Lara, sampai bila-bila pun dia kawan Lara tapi Aqhif itu suami Lara.Huh... Lara tak tahu."akhirnya segala yang terbuku dalam hati aku, aku luahkan.

Air mataku gugur membasahi pipiku. Ya, sekarang ini aku terluka. Kerana aku pilih Yara, aku tak mahu khianati persahabatan antara aku dan dia. Walaupun dia sekarang sudah tiada, dia akan selalu jadi kawan aku.

Aku dengar keluhan kecil meniti keluar dari mulut Tengku Qilah.

"Mama faham. Yara kawan kamu dan kamu taknak khianati dia tapi bukan Yara sendiri yang minta kamu berkahwin dengan Aqhif? Kamu dapatkan Aqhif bukannya kamu rampas Aqhif.. itu kamu kena faham. Lagipun sekarang, Aqhif suami kamu Lara. Dia milik kamu dan kamu milik dia. Kamu berdua saling memiliki. Jadi, tak salah untuk kamu sukakan Aqhif, cintakan dia pun bukannya suatu dosa..malah, cintakan Aqhif maknanya kamu menghidu bau syurga. Ingat itu." kata-kata Tengku Qilah buatkan aku tergamam.

Dalam tutur kata wanita, ada betulnya juga.  Tak salah untuk aku cintakan Aqhif, jadi.. maknanya sekarang aku perlu ambil hati Aqhif daripada ingatkan Yara.

Ambil hati Aqhif untuk berikan aku ruang dalam hatinya dan..

Bukannya untuk lupakan Yara..
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro