Special Edition:'Between 2 Love'

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Since ada yang request nakkan special edition untuk story ni so saya akan buatkan untuk ada.. Dah janji, mesti kena tunaikan kan? For me, your request means that my story buatkan you nak and nak lagi baca my writing.

Actually saya ingat nak buat sechuale yang kedua untuk buku ni. Pada awal perancangan saya fikir jalan cerita yang panjang. Tapi, saya tak suka kalau story ini capai 70 bab ke atas sebab takut makin merepek.. so, saya pun terfikir nak buat dua jilid.. banyak sebenarnya lagi rahsia yang si Yara simpan tanpa pengetahuan Lara..

But, for this year.. saya akan cuba published 4 story.. and now, im otw to write my second story for 2018 which is 'Tidak Untuk Lepaskan Mu..' so if you want to know what the story is.. keep reading it..maybe jilid kedua untuk Between 2 Love saya akan buat tahun depan (2019). Lama? Yurp.. but nak wat camne?!

So.. for someona yang request saya buat special edition itu.. erm, saya buat ni untuk awak dan juga readers lain yang sentiasa sabar menanti saya update setiap bab dalam story ni. Most thanks sebab support..

Special Edition-Between 2 Love..
...
Usia kehamilanku sudah mencapai 8 bulan, hanya tinggal lagi sebulan 10 hari untuk aku melahirkan. Menunggukan detik itu, aku tak semena-mena jadi teruja. Erm.. tak sabar rasanya mahu mendukung baby sendiri. Mendengar tangisan seorang bayi, gelak tawanya.. haih, tak sabar betul.

"Lara, abang cakap apa tadi? Jangan buat banyak kerja kan? Kenapa taknak dengar cakap abang?" tegur Aqhif apabila melihat aku sedang membersihkan pasta.

Terus dia merampas lembut penapis pasta itu dari tanganku. Dia tolak tepi lalu lenganku dipegangnya. Aku sudah memuncung sedepa. Mana taknya, aku datang dapur ini sebab nak tolong dia.

Hari ini, aku dan Aqhif akan buat majlis secara kecil-kecilan sempena usia 8 bulan kandunganku. Kenapa usia ini dia sambut? Haha.. sebab Aqhif terlampau teruja bila dapat rasakan pergerakan anak kami itu dalam perut aku. Untuk kali pertamanya, dia rasakan perkara sedemikian. Teruja dia itu sampai tak dapat ditafsir denhan kata-kata.

Bila teringatkan reaksi Aqhif itu, aku pula yang ketawa sendiri. Semenjak dapat tahu dia bakal jadi seorang bapa ni, Aqhif selalu gembira. Satu hari dia tak buat muka kelakar, memang tak sah. Haih, baguslah kalau macam itu kan?

Dulu, aku fikirkan berita kehamilan aku ni akan jadi perkara buruk untuk ku tapi rupanya apa yang aku duga itu silap seratus peratus. Bakal anak kami ini bukannya sebuah beban pada Tengku Aqhif Hasyim tetapi kehadiran anak ini adalah penawar kepada hubungan perkahwinan aku dengan lelaki itu. Ya, kerana anak ini.. hubungan aku dan Aqhif makin bertambah mesra. Tiada lagi layanan dingin daripada Aqhif, tiada lagi tangisan yang menghiasi tubir mataku. Segalanya sudah pun diganti dengan senyuman dan gelak tawa.

"Alah, Lara nak tolong juga.. Lara tak bolehlah tengok abang masak sorang. Erm.. bagi Lara kerja. Lara nak tolong.." pintaku sudah merengek manja.

Aqhif mengeluh kecil. Permintaan ku langsung tak diendahkannya. Dia menarik tanganku supaya menuruti nya ke ruang tamu. Mahu tak mahu, terpaksa juga aku turutkan saja langkah nya.

"Duduk diam-diam. Jangan pergi mana-mana kalau taknak abang babab. Faham?" aku ketawa kecil bila dengar amaran Aqhif itu. Gayanya seperti beri amaran pada budak tadika saja.

"Alah.. nak juga. Nak juga tolong." aku masih berkeras kepala. Kakiku aku hentakkan berkali-kali. Ahah.. tak sedar dengan badan.

Aqhif sudah bercekak pinggang. Dia sudah menggelengkan kepala bila lihat tingkahku yang seperti anak kecil itu. Aku pun tak faham macam mana aku boleh jadi manja-manja gedik macam itu. Ergh, pengaruh mengandung lah ni.

"Kalau Lara terus macam ni, abang taknak masak. Biarlah abang order pizza aje untuk tetamu kita yang datang nanti. Lara nak?"ugut Aqhif untuk cubaan kali terakhir.

Aku ketap bibir. Takkanlah tetamu dihidangkan pizza pula? Maksud aku, erm.. pelik?! Kalau negara barat, bolehlah buat macam itu. Sekarang kita kat malaysia, adat menjamu tetamu perlulah kena dengan selera tempatan. Hmm..

Akhirnya aku mengalah. Satu anggukan aku berikan pada Aqhif. "Fine. Lara duduk diam. Puas hati abang?" aku sudah pandang wajah nya dengan perasaan kalah.

Aqhif sudah tersenyum lebar. Ubun kepalaku diusapnya lembut. "Kan bagus kalau macam itu? Hmm.. senang sikit kerja abang kat dapur lepas ni." ujar Aqhif.

Setelah itu, dia berlalu ke dapur untuk menyambung kerjanya semula. Aku di ruang tamu sudah menguap kebosanan.Satu persatu rancangan televisyen aku tukar. Semuanya tak kena pada selera ku. Cerita kartun tak berkenan, drama tv pun naik bosan.. ergh!!..

Tuk! Tuk! Tuk!

Dahiku sudah berkerut. Pintu rumah aku pandang dengan rasa hairan. Sekilas, ekor mataku beralih pada jam dinding yang tergantung di ruang tamu. Aik? Awalnya tetamu sampai. Baru pukul 3 petang, majlis mula lepas maghrib.. aih? Semangat nya nak menyambut majlis aku, getus ku sendirian.

Dengan langkah sedikit bersepah, aku menghampiri pintu rumah. Perlahan-lahan, tombol pintu aku pulas dan aku lihat kelibat seorang lelaki di muka pintu.

Tergamam aku bila lihat wajah lelaki itu. Lelaki itu juga turut sama terkejut saat melihat aku di depan matanya.

"La-Lara?"
"Farish? Kau buat apa kat sini?" soalku masih tak percaya.

Farish berkerut dahi. "Ak-aku teman isteri akulah. Aku teman isteri aku pergi rumah kawan dia." ujar Farish masih sedikit terpinga.

Kini, aku pula yang berkerut dahi. Isteri? Kawan? Siapa pula kawan yang si Farish ini maksudkan? Isteri dia kawan aku?

"Kau salah alamat ni. Mungkin rumah yang lain kot. Mungkin jiran sebelah rumah ni?" dugaku.

"Kau buat apa kat sini?"soal Farish.
"Ini rumah aku."balasku.

"Abang, abang kenal ke Lara ni? Sejak tadi saya tengok aje abang bersembang dengan Lara.. kenal ke, bang?" suara gemersik itu mencelah perbualan antara aku dengan Farish.

Terus sepasang mata aku dan Farish melirik ke arah gadis yang bebaju kemeja putih itu. Makin buntang mata aku dibuatnya. Takkanlah? Farisha isteri Farish?

Gadis itu tak semena-mena memeluk lengan sasa milik Farish. Wajah aku dipandangnya dengan senyuman. Aku yang masih terkejut teragak-agak membalas senyuman Farisha.

"Lara kenal ke suami saya ni? Hm?" soal Farisha ingin tahu.

Aku yang tadinya tergamam akhir nya menguntum senyum. " Kenal sangat. Dia junior saya masa zaman diploma dulu."ujarku.

"Junior? Wou.. tak sangka yang my husband is your junior, Lara. Erm.. kecil aje dunia ni kan?" tutur Farisha yang teruja bila dengar kenyataan aku itu.

Aku tersenyum nipis. "Yurp, memang tak sangka."

"So, means you berdua dah kenal lah. Betul kan, sayang?" soal Farish yang sedari tadi masih terpinga. Wajah isteri tercintanya itu dipandang. Soalannya itu dibalas anggukan oleh Farisha.

"Dia isteri Aqhif lah, you. You ingat kan Aqhif? My friend yang buat catering untuk our wedding cake itu?" Farisha cuba untuk memanggil balik ingatan lama suaminya itu.

Terus, Farish menganggukkan kepala. Wajah aku dipandangnya dengan senyuman lebar. "Aih, dah pregnant akak senior aku ni rupanya. Congrats!" ucap Farish dengan rasa gembira.

Aku tertawa kecil mendengar ucapannya. Akak senior lah sangat, hmm.. Sekarang, aku rasa selesa bila berdepan Farish. Dia sudah jadi suami orang, akhirnya lelaki gila yang minat aku sudahpun ada pilihannya sendiri, si Farisha yang cantik dan sesuai dengannya.

"Awalnya kau datang, Farisha? Agak mengejutkan untuk aku.." celah suara Aqhif yang muncul dari belakangku.

Lenganku Aqhif pegang lembut. Terus aku mendongak memandang suamiku itu. Lirikan matanya buatkan aku tersenyum lebar. Suka bila Aqhif berikan lirikan menggoda pada aku.

"Kau ni.. datang awal pun salah, datang lambat pun salah. Hmm.. yalah. Kalau aku datang awal ni, adalah gunanya juga kan nak tolong kau memasak kat dapur itu kan?!" gerutu Farisha sudah berpeluk tubuh. Merajuklah itu.

Aku yang melihat gelagat Farisha sudah tertawa kecil manakala Aqhif pula menyungging sengih. Haih, mentang-mentang dia bawa laki dia.. mengada nak merajuk bagai.

"Ha, bini aku dah berpeluk tubuh itu.. pandai buat, pandailah pujuk. Aku tak campur tangan eiyh." kata-kata Farish mengundang tawa aku dan Aqhif. Farisha yang tadinya merajuk akhirnya ketawa bersama.

Syukur Alhamdullilah, jalan cerita hidupku sudah disusun sangat begitu cantik oleh Tuhan yang maha Esa. Walaupun, aku kehilangan dua insan yang aku sayang namun kehilangan itu Tuhan berikan orang lain untuk mengisinya. Mungkin bukan yang lebih baik tapi sekurang-kurangnya dapat mengisi kekosongan dalam hidup aku.

Aqhif.. orang yang dititipkan Tuhan untuk menjaga aku. Aku taknak kehilangannya. Apa yang aku mahukan, dia sentiasa ada di sisi aku.. Tak lebih dari itu. Hanya itu yang aku mahu tidak lebih dari itu. Antara dua cinta, aku pilih keduanya. Aqhif dan Yara, dua cinta yang aku tak mahu hilang dari fikiran dan ingatanku.. ya, antara dua cinta itu, aku pilih kedua-duanya.
...
                -SPECIAL EDITION-
             -BETWEEN TWO LOVE-
                       -THE END-

Next story..
'Tidak Untuk Lepaskan Mu..' 💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro