Bab 12

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BEBERAPA bulan kemudian,menjelang musim peperiksaaan SPM yang semakin hampir semua murid bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran yang di ajar oleh guru.

Tidak ketinggalan jugak Har dan jugak Warda.Cikgu telah membahagikan kepada beberapa kumpulan.Setiap kumpulan mempunyai 4 orang pelajar.

Warda dan Aisya berkumpulan dengan Har serta Haziq.Hari-hari Warda tidak sunyi lagi dengan adanya Har yang suka menganggu ketenteramannya di sekolah.

Tabah la.

Sejak dari hari itu,semakin bertambah benci Warda dengan Har dan perangai Har semakin menjadi-jadi.

"Warda."Panggil seorang lelaki dari arah belakang.

Warda hanya diam dan buat-buat tak dengar sahaja.Malas dia nak layan,nanti semakin menjadi-jadi perangai orang belakangnya ini.

"Warda."Kali ini lebih keras lagi suara lelaki tadi.

Warda masih lagi diam kaku sambil menyiapkan kerja sekolah.Dia malas nak buat dekat rumah,jadi dia mengambil keputusan untuk siapkan dekat sekolah sebab kalau dah balik rumah macam-macam kerja nak dibuat dan yang paling utama ialah main handphone.

Kalau dah start main handphone,bom nak meletup dekat sebelah pun dia buat tak tahu ja.Bukan dia sahaja,dia rasa semua orang macam tu.

"Warda Arsya."Jarang-jarang orang panggil nama penuhnya tapi suara kali ni lebih keras dan lebih kepada nada nak marah.

Warda rasa menyampah dengan Har panggil nama orang tak berhenti.Mamat ni tak tahu penat ka?Setiap hari nak ajak dia gaduh.

Ada-ada sahaja perangai Har yang membuat dirinya geram dengan mamat tu.Warda pusing kepala ke belakang dan membuat mimik muka menanyakan 'apa' kepada Har.

Har dah tayang senyum kambing dia dah.Ada la tu dia nak buat hal.Ikutkan hati memang la tak nak layan tapi dah kalau dia tak menjawab,alamatnya sampai esok la mamat sengal ni nak panggil nama dia.

Tak kenal erti putus asa langsung.

"Warda..."Suara sahaja dileret-leret oleh Har.Har rasa kalau dia tak kacau Warda.Hidup dia sunyi,kosong.

Kalau kacau Warda,pergi sekolah pun bertenaga sebab ada kawan nak ajak gaduh.Warda ni,dia suka membebel.

"Tolong ajar aku kejap.Please."Sambil membuat mata comel supaya Warda ni berbaik hati nak ajar dia.

"Saya sibuk ni"Balas Warda nak tak nak.

"Warda.Ajar la aku.Kalau kau ajar aku,ilmu kau akan berkat lepastu kau tak akan lupa dah sebab apa?Sebab kau dah ulangkaji waktu kau ajar aku tu.Kau tak nak pahala ka?"Mood Har harini sedikit baik sebab dia tak menganggu ketenteraman Warda.

Warda berkerut dahi mendengar bebelan Har.Mamat ni membebel?Serius la?

"Yelah,yelah.Awak nak saya ajar apa?"Soal Warda.

"Soalan ni.Aku dah cuba buat tapi tak dapat jawapan."Mengeluh Har bila dah dekat 3 kali dia jawab soalan ni tapi jawapan yang dia dapat tak sama macam jawapan dekat belakang buku teks Addmath ni.

"Ouhhh yang ni ka?Kalau macam ni awak kena buat yang ni dulu pastu awak kena darab.Baru kira dia.Kalau tak buat macam tu takkan dapat jawapan."Terang Warda sehingga habis soalan itu.

Soalan ni,dia dah jawab semalam.Alhamdulillah dapat jawapan,jadi dia tak payah susah-susah pening kepala nak buat soalan.Kalau dia tak boleh jawab jugak,dia akan tanya cikgu.

Biar kita nampak tak pandai dalam kelas daripada kita tak pandai waktu exam,kan dah susah.Jangan malu bertanya,nanti sesat jalan kan dah susah.

Hari ni mood Har baik,jadi Warda berasa amat lega sebab tak nampak tanda-tanda Har nak ajak gaduh.

"Ok.Awak faham tak ni?Muka teruk gila."Soalan ni susah sikit bagi Har tapi dengan adanya nenek kebayan depan dia ni.

Dia dah faham.

"Faham.Tak la susah sangat tapi dia berbelit sikit.Sikit ja pun."Warda hanya mengangguk.

"Warda,sebenarnyakan aku ni dah lama dah ni nak cakap.Ermm..."Har berhenti nak buat Warda tertanya-tanya.

"Atas kepala kau ada lipas.Aku bukan.."Tak sempat Har nak habiskan kata-katanya.

"Arghhhhhhh!!!Lipas.Wei tolong aku."Menjerit Warda.Warda dah la geli dengan serangga berwarna hitam itu.

Semua mata pelajar dalam kelas itu memandang Warda yang tiba-tiba menjerit.

Tak lama kemudian,terdengar hilaian tawa yang semakin kuat dari Har.Warda dengan muka bengang dia,habis merah satu muka dia.

"Awak tipu saya.Awak ni jahat la.Awak tahu tak saya takut lipas sangat-sangat.Sukanya awak gelakkan saya.Tak apa,tak sampai lagi hari awak.Kalau sampai hari awak,orang buat macam tu dekat awak.Baru awak rasa."Warda kembali duduk di atas kerusinya.

Malas dia nak layan Har,perangai macam budak-budak.Tak matang langsung.

Terhenti gelak Har bila Warda cakap macam tu tapi tak lama kemudian dia sambung gelak ja.Tersentap jugak dengan ayat Warda tadi tapi Har kesah apa dia.

Sekarang waktu pembelajaran Biologi tapi cikgu mc pulak.Tak ada siapa-siapa ganti sebab dah mereka besar.Cikgu dah boleh harap dah dekat mereka untuk jaga diri masing-masing.













____












HARI ini merupakan minggu terakhir mereka belajar sebelum mereka menghadapi peperiksaan SPM.SPM ini akan menentukan hala tuju masa depan mereka.

SPM jugak merupakan peperiksaan akhir sebelum mereka melangkah ke universiti.Penat lelah mereka berhempas pulas belajar selama lima tahun di alam sekolah menengah.

"Aisya."Panggil Warda dijawab perlahan oleh Aisya.

"Minggu depan nak SPM dah kita.Maksudnya nanti kita dah kena berpisah la kan?"Soal Warda.

"Ha'ah kan,tak sangka aku minggu depan kita dah SPM dah.Hehe."Ujar Aisya.

"Nanti saling merindui la kita ye."Sambung Aisya kembali.

"Aku harap sangat kita dapat masuk U yang sama.Kalau tak dapat masuk sekali tak dak rezeki la kita nak belajar sama-sama."Warda mengeluh perlahan,hanya dia saja yang boleh dengar keluhannya itu.

Tak sampai hati nak tinggalkan sahabat baiknya.Dah la macam belangkas pastu tiba-tiba kena berpisah.Sedih?Siapa ja yang tak sedih tapi demi segulung ijazah dia sanggup korbankan.

Kena tinggal kawan-kawan,kena duduk jauh daripad family dan kena tinggal bilik dia.Huarghhhhh nak nangis ni.

"Ehem,ehem.Ok memandang hari ni hari terakhir kita belajar sebelum kita menghadapi ujian besar,SPM aku nak mintak maaf dekat korang kalau ada salah dan silap aku sepanjang kita belajar."Warda memohon maaf.

Kita ni manusia tak lari daripada melakukan kesilapan.Kita jugak tak sempurna.Sempurna mana pun dia dekat depan mata kita,ada jugak secebis kekurangan yang ada pada diri dia yang kita tak nampak.

"Aku pun nak mintak maaf jugak."Kata Anis rakan sekelas mereka ataupun Aunty Onion.

Suara mereka diselang-seli memohon kemaafkan kecuali Har.Dia dari tadi hanya duduk dan lihat sahaja.Lagipun,dia baru tahun ni duduk dalam kelas ni.

"So kita kosong-kosong yelah ye."Kata mereka semua dicantas oleh Arman selaku ketua kelas yang berwibawa.

"Ha ok."Balas mereka semua.Mereka kembali bergosip seperti sedia kala.

Warda toleh ke arah Har.

"Har.Saya mintak maaf kalau terkasar bahasa ataupun saya ada sakitkan hati awak."Warda malu nak mintak maaf tapi sebab dia banyak sangat mengutuk Har.

Jadi dia beranikan diri nak mintak maaf.Sapa sahaja yang mampu tahan diri daripada mengutuk mamat semgal ni.Ada saja akal dia nak ganggu orang.

Tapi pelik jugak Warda sebab dia sahaja orang yang Har suka cari pasal

"Hah?Ok,aku maafkan tapi..."Kening Har sengaja diangkat-angkatkan.Hishhh orang tahu la kening tu cantik.

"Dah alang-alang hari last.Apa kata petang kejap lagi kau masak something dekat aku pastu hantar dekat pondok tepi sawah padi."Muka Warda dah berkerut-kerut.

Mamat ni nak maafkan dia ke tidak kalau tak nak maafkan sudah la.Ni nak suruh orang masak pulak dekat dia.Banyak hensem muka dia.Ehhhh,hensem ka?Lantak la.

"Tapi..."Belum sempat Warda menghabiskan kata-katanya.

"Tak dak tapi,tapi.Kau nak aku maafkan ke tidak ni?"Har duduk menyilang kaki kanan di atas manakala kaki kiri di bawah.

"Ada pulak nak maafkan orang macam tu."Gumam Warda perlahan tapi dapat didengari oleh Har.

"Ada la dan orangnya adalah aku.So kira jadi la ni?"Mintak macam-macam mamat ni.

"Ha ok."

"Ehhh,kejap.Saya hantar lepas Asar la ye?"Soal Warda.

"Ha boleh tapi aku bawak adik aku sekali."Lama dah Hani nak ikut pergi.

Adik dia maksudnya Hani la kan.Ok la jugak tak dak aku sorang-sorang nanti.Pastu nak kena duduk dengan Har ni berdua-duaan.

Seram jugak.














Vote | Comment
1291 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro