Bab 14

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HARI yang ditunggu-tunggu telah tiba.Harini dimana mereka akan melihat kejayaan atas usaha mereka selama 5 tahun.

Satu-persatu nama dipanggil untuk mengambil sijil.Ada yang menangis,ada yang tersenyum gembira.

Warda mengenakan blouse putih,seluar berwarna khaki dan jugak shawl berwarna senada dengan seluar.Kasutnya senang ja,flat shoes.

Aisya jugak turut memakai blouse putih dan seluar berwarna hitam,senada dengan tudung bawalnya.

Tiba giliran pemilik 9A+.Satu-persatu nama dipanggil oleh juruacara.

Warda gementar tapi dia hanya buat-buat biasa.Aisya disebelahnya dihadiahkan senyuman tipis.

"Warda Arsya Binti Kamarul.Tahniah kerana menjadi kebanggaan sekolah dengan mendapat 9A+."

Warda melangkah ke atas pentas dengan mata yang berkaca.Dia tak sangka,dia dapat banggakan ibu dengan abahnya.

Hati dia sebak.Kata syukur tak dapat di kira.Bersyukurnya hanya Allah sahaja yang tahu.

Selesai sahaja Warda mengambil keputusan.Diteruskan lagi sehingga ke giliran terakhir.Aisya mendapat 7A+ dan 2B.

Kebanyakkan murid berjumpa dengan cikgu untuk mengucapkan ucapan terima kasih.Kata ucapan tahniah tidak berhenti-henti diucapan oleh cikgu dan rakan-rakan lain kepada Warda.

Apa yang penting dalam sebuah kejayaan adalah restu kedua ibu bapa.Solat lima waktu.Usaha.

Semua itu penting dalam kejayaan seseorang anak pelajar.Tanpa restu dan keredaan ibu bapa,hidup kita tidak akan berkat kerana keredaan Allah SWT terletak kepada keredaan ibu bapa kita.

Solat jangan tinggal.Solat itu tiang agama.Tanpa tiang roboh la rumah itu.

"Tahniah,Warda.Aku tahu kau boleh buat punya."Baru Aisya berkesempatan mengucapkan tahniah kepada Warda.

Sebentar tadi,Warda dikelilingi oleh fans nye.Almaklum la dapat 9A+.Warda dihujani tahniah.

"Terima kasih.Aisya.Kau kawan aku dunia dan akhirat.Tahniah jugak kau.Terbaik la result,gempak habis."Balas Warda.

"Aku tak sabar nak tunjuk dekat Ibu dengan Abah aku.Jom la balik cepat."Sambung Warda terus dia menarik tangan Aisya.

Diorang datang sekali dengan menaiki motosikal.Siapa yang bawak?Mesti la Aisya sebab Warda ni tak pandai bawak tapi kalau pandu kereta,dia pandai.Siap ada lesen lagi.












"ASSALAMUALAIKUM,ibu.Abah."Terjerit-jerit Warda.

Selalu dia lah perempuan melayu terakhir tapi kini lain pulak jadinya.Excited sangat tu.

"Waalaikumussalam."Jawab mereka.Family Warda sudah berkumpul di ruang tamu menunggu Warda pulang dari mengambil keputusan.

"Ibu.."Tak sempat nak habiskan ayat,Warda terus menangis teresak-esak.

"Kenapa ni,Warda."Soal Puan Yasmin.Encik Kamarul,Mawar dan Shakeel hanya menjadi pemerhati.

Warda hanya memberi slip keputusannya kepada Puan Yasmin.Mata Puan Yasmin turut jugak berkaca.Anak dia dapat 9A+.Bersyukur tak terhingga.

Puan Yasmin.Orang yang melahirnya ke dunia ini,mendidiknya tanpa jemu.Orang yang sentiasa memberi nasihat dan pendengar setia keluhan masalahnya.

Aishhh.Sesi habuk masuk mata.Puan Yasmin melangkah ke arah Encik Kamarul untuk menunjuk result Warda.

Terus Encik Kamarul mendepakan tangan.Warda berlari-lari anak ke Encik Kamarul.

Seorang lelaki yang hebat dan kuat.Orang yang membesar dan mengajar dia mengenal dunia.Satu-satunya lelaki yang menjaga dia sepenuh hati tanpa jemu melayan kerenahnya.Tanpa abahnya dia takkan wujud di dunia ini.

Sayangnya pada ibu dan abahnya tak terhingga.Kalau boleh nampak sayangnya sebanyak mana pun tak tahu dia.

"Tahniah anak abah."Tersedu-sedu Warda dalam pelukan Encik Kamarul.

"Tak adil.Mawar nak peluk jugak."Dia pun nak jugak.

"Shakeel pun."Tergelak mereka semua.

Mawar dan Shakeel pun turut join pelukkan kasih sayang itu.Sibuk ja diorang ni.Puan Yasmin hanya memerhati sambil tersenyum lebar.

"Abah belikan akak kereta ye.Pastu kejap lagi bersiap la semua kita pergi makan-makan sikit."Encik Kamarul bukannya orang kaya tapi kerana ingin menghadiahkan anaknya.

Lagipun duit yang di cari selama ni untuk isteri dan anak-anaknya jugak.

"Ermmm tak adil la,Abah."Muncung sahaja mulut Shakeel berkata.

"Shakeel nak jugak."

"Sibuk je kau ni,Keel."Mawar berkata.

"Kalau Shakeel dengan Mawar nak jugak boleh tapi lepas ambik SPM la sebab waktu tu baru kamu ada lesen.Dari sekarang dah boleh start dan usaha tu."Ujar Puan Yasmin.

"Betul ka Abah?"Encik Kamarul mengangguk mengiyakan soalan itu.












5 Tahun kemudian...

Alam universiti bukanlah alam yang mudah.Bila berjauhan dengan keluarga,sudah semestinya hati dihurungi perasaan rindu yang mencengkam.

Perasaan rindu hanya boleh diluahkan di dalam setiap doa.Mendoakan kesejahteraan yang dirindui.

Perasaan rindu membuak-buak hanya dikirimkan melalui doa.

Permula hari bagi semester baru untuk pembelajaran di universiti.Warda hanya mengenakan baju kurung moden yang berwarna hitam berbunga ungu tua dan memakai shawl berwarna ungu muda.

Simple!

Dia tidak mengenakan sebarang make up di mukanya.Shawl dililit ringkas dan menutup bahagian dada.

Dia berlalu keluar daripada rumah sewa sebelum masuk ke dalam perut kereta Myvi putih.Hadiah daripada Encik Kamarul,abah sempena mendapat 9A+.

Bersyukur tak terhingga bila Encik Kamarul membeli kereta untuknya.Memudahkan pergerakan ke universiti.

Tak perlu bersesak di dalam LRT,berebut-rebut tempat duduk di dalam bas.

Sebenarnya dia tinggal bersama rakannya.Memandang rakannya telah ke kelas awal pagi lagi.Jadi harini dia ke kelas lewat sedikit pukul 8.30 pagi.

Rakannya mengambil aliran yang berbeza daripadanya.

Seusai sampai di universiti,dia memandu mencari parking kosong untuk diletakkan.

Dimatikan enjin,langkah kaki diatur ke kelas.Sedikit berdebar.Dia hanya menghadiah senyuman.

"Assalamualaikum."Masuk sahaja ke dalam kelas.

Semua classmate memerhati dia sebelum dia berlabuh duduk ke tempat duduk.Selepas dia duduk,classmate sambung menyembang.

"Hi,Warda."Ucap Aira,classmate dari awal semester sehingga sekarang.

"Hi,Aira."Balas ringkas Warda sambil menghadiahkan senyuman kecil.

"Kau buat apa cuti haritu."Aira memerhati sekeliling apabila suaranya terkuat.

Nasib classmate yang lain hanya buat tak tahu sahaja.

"Aku tak buat apa pun.Aku balik kampung,lepas rindu dekat my family.Itu ja rasanya."Warda mengeluarkan buku nota kecil sebelum pensyarahnya masuk untuk mengajar.

"Ouhhh.Best la boleh balik kampung.Aku ni kampung pun tak ada."Sedih sahaja Aira bersuara.

Dia memang dilahirkan di bandar.
Atuk dan neneknya jugak dilahirkan di bandar.Dekat situ la bandar,dekat situlah jugak kampung.

"Hahaha.Best!Ada sawah padi.Ada air terjun.Hahaha.Kampung ni ada apa yang bandar tak ada.Ketenangan."Warda teringat akam semua yang ada dekat kampung.

Ibu.Abah.Adik-adik.Atuk.Nenek.

"Warda,kau nak tahu tak?"

"Tak nak."Warda membalas.

"Ishhh!Kau ni aku tak sempat lagi nak cerita."

"Aku tak kesah.Aku nak cerita jugak.Kelas kita ada budak baru."Aira tersengih-sengih bercerita.

Almaklum la budak baru lelaki.

"Ok."Malas-malas dibalas Warda.

"Tu je.Kau balas.By the way,budak baru tu lelaki.Tak silap aku la,dia baru balik daripad Dublin and sambung belajar dekat sini."Siapa tak kenal kaki gosip terkemuka tahun akhir ni?Siapa lagi kalau bukan Aira.

Orang suka panggil dia Mak Cik Murai.Semua berita,semua dia tahu.Haishhhhh!Boleh jadi wartawan hebat ni.

Tapi sayang,Aira ambik bahagian business management.

"Ok la tu.Nanti kau ajak mamat tu sekali gosip dengan kau."

Pap!

Kan dah kena.Terus ditampar tangan Warda sebab mengutuk dirinya.Dia bukan bergosip dia membawang ja.Ehh bukan sama ja ka?

"Kau ni.Aku cita,kau main-main pulak."Muka dah muncung sedepa dah.

"Kau ni,aku gurau jelah.Kenapa yang cengeng sangat ni?"Tak sempat membalas pertanyaan Warda.

Pensyarahnya masuk dengan langkah yang kemas dan berhati-hati.Almaklum la pakai heels.

"Ok.Assalamualaikum semua."Salam dibalas dalam hati oleh pelajar-pelajar yang berada di dalam kelas itu.

"Semester kali ni,kita ada budak baru.So Har,silakan."

Lelaki itu melangkah penuh gagah dan berlagak.Dia membetulkan suara sebelum memperkenalkan diri.

"So first of all,my name is Har Mikael.As you guys know I'm studying at Dublin before I has here and I hope you guys can get along together with me.Just call me,Har."Har berjalan duduk di sebelah Warda.

Tak terkata Warda.Tadi sempat jugak mulut dia ternganga luas.Rasanya dah berapa ekor setan dah masuk.

Nasib baik ada Aira sedarkan dia.Dia pejam mata seketika.Berharap lepas dia buka mata bayangan lelaki itu hilang.

Ternyata tidak.Lelaki itu mengambil tempat di sebelanya.

"Warda,aku dah kata dah mesti handsome.Kau jangan cuba nak berdalih ye,Warda.Kalau Har tu tak handsome,tak dak nye kau nak ternganga sampai macam tu."Bisik Aira pada Warda.

Nak bisik kuat-kuat?Lelaki itu ada sebelah.Jadi bisik perlahan-lahan.

"Hi,pretty."Har senyum mesra ke arah Warda.

Warda mengalih mukanya sedikit ke arah Har.Tersenyum-senyum!Nak kaki kot.

"Assalamualaikum."Ucap Warda tenang.

Setepek!

Kan dah kena.Lain kali apa-apa pun bagi salam dulu.Kan diri sendiri dah malu.

"Waalaikumussalam."Har membalas dengan merubah wajah daripada tersenyum terus kepada serius.

Warda simpul gelak dalam hati.

Mereka memberi fokus kepada pensyarah.Pensyarah memulakan pembelajaran sehingga masa tamat.
















Comment | Vote
Part english tu kalau salah bagitau je.
Sorry kalau hambar
Thank you read my story❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro