Bab 18

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

KEADAAN dalam hall sedikit bising selepas kertas exam dikutip.Semua orang menarik nafas lega kerana dapat menyelesaikan cabaran semester akhir.

Alam Universiti telah pun tamat.Kebanyakkan daripada mereka akan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Rindu yang tidak tertanggung ini dapat dilepaskan melihat muka syurga mereka.

Warda mengorak langkah menuju ke luar hall.Anis berada di samping Warda.

"Alhamdulillah.Tamat sudah semester kita kali ni."Ucap Anis sambil mengeliat kecil.

Dewan sunyi sepi apabila semua orang sudah beransur pulang.Merdeka.

"Alhamdulillah.Balik ni kita kena packing barang la sebab nanti nak kena pergi kem."

"Aku nak call dengan ibu aku jap.Kau balik la dulu."Kata Warda.

Lagipun diorang datang ke Universiti hari ni naik kereta asing-asing.Anis mengangguk dah terus balik.

Mengantuk sangat-sangat.Balik nanti nak qada tidur.Dah dekat 2 minggu jugak tak boleh tidur cukup 8 jam.

Suka sangat study last minute.Itu la padahnya.

Tangan Warda mengambil telefon dan nama Puan Yasmin didailnya.Panggil di sambung beberapa saaat sebelum dijawab.

"Assalamualaikum,ibu."

"Waalaikumussalam,Warda."Jawab Puan Yasmin.

"Ibu,Warda join camp.Rasanya lewat sikit balik dalam dua tiga hari mungkin."Beritahu Warda.

Dia dah bagitau hari tu tapi dia nak bagitau jugak lagi sekali.Tak nak buat Puan Yasmin risau.

"Haa,takpa.Pergi kem tu elok-elok la."Kedengaran di corong telefon Encik Kamarul memanggil Puan Yasmin.

"InsyaAllah.Tu abah dah panggil."

"Haa,ibu letak dulu.Assalamualaikum."Terus diletak telefon itu.

Warda menjawab salam dalam hati.Rasanya tak ramai yang mengikuti camping kali ni.Mesti semua nak balik lepas rindu yang berbulan-bulan mencengkam.

Entah macam mana dia terlebih rajin nak ikut. Sedangkan dia pun macam rakan-rakan dia yang lain jugak.Malas.

Mungkin sebab ini kem yang terakhir sebelum semua orang masuk ke alam pekerjaan.Tapi lain pulak untuk dia.Kalau dia nak mengejar cita-citanya,dia perlu lagi belajar.

Lambat lagi la dia nak bersuami.Tak terfikir lagi pasal kahwin walaupun banyak rakan-rakan dia kahwin waktu belajar.

Macam best ja.Tapi ramai sekarang ni salah tafsir tentang perkahwinan.Macam-macam.Itu la jadi bila ilmu di dada tiada tapi hendak berkahwin.

Warda tergeleng-geleng kepala sebelum matanya meliar sekeliling melihat siapa yang ada.Nasib tak dak orang.

"Apa yang kau mengarut ni,Warda.Fikir sampai kahwin.Lambat lagi la."Warda meneruskan langkah ke kereta.

Dia meloloskan diri ke dalam perut kereta.













____












BEG-beg pakaian masing-masing dimasukkan ke dalam perut bas.Nama diambil sebelum menaiki bas.

Warda duduk di sebelah tingkap.Tak lama kemudian ada seseorang duduk di sebelahnya.Anis duduk di dibelakangnya.

Bas yang mereka naik ini sedikit kosong kerana yang mengikuti kem ini seramai 30 orang sahaja.

Warda hanya mengabaikan orang disebelahnya.Malas nak ambik tahu.Mata dia ralit memerhati jalan ke Kayangan Baik.

Dah lama dia tak pergi kem mana-mana.Rindu pulak zaman pergi kem ja kerja.

Kem kepimpinan la.Kem Uniform la.

Baru sahaja dia nak pegang phone,dia perasaan macam ada orang sebelah dia ni tenung macam nak telan orang.

Senyum diukir sebelum kepalanya ditoleh.Tak lama kemudian senyum dia mati.Terus jadi senyuman pahit sepahit kopi.

Har Mikael!

Gila apa mamat ni nak duduk sebelah dia.Nasib sit bas ni luas.So masih ada lagi ruang jarak diantara dia dengan Har.

"Kenapa tengok macam tu dekat saya?Kenapa awak duduk sini?Sit lain tak dak ka?Awak tau tak haram ni?"Soalan ditanya seperti senapang patah berdas-das.

"Wow..wow..relax.Satu persatu aku jawab.Sabar ehhh."Sebelum menjawab soalan tu sempat Har buka penutup tin minuman pepsi.

Terus diminum.Dahaga,nak jawab soalan Warda yang panjang lagi.Warda diam memerhati dan masih lagi menunggu jawapan daripada Har.

"So first.Ehhh!Soalan kau.Jap aku nak recall jap."Dagu diusap dengan tangan kiri sambil mengingati kembali soalan Warda.

"Kau tanya kenapa tengok kau kan?Kau tak payah perasaan la Warda.Aku tengok pemandangan dekat luar tu.Cantiknya ciptaan Allah.Pastu kau tanya lagi kan kenapa duduk sini?

Saja aku nak duduk.Lagipun sit ni bukan ada nama kau pun,sapa-sapa nak duduk pun tak kesah la.Kau tanya lagikan sit lain tak dak?Ada tapi dah sini paling dekat dengan pintu.

Kalau bab haram tu?Aku pun tahu,lagipun ni ada jarak.Aku masih lagi tahu macam mana nak beza halal dah haram."

Har menarik nafas panjang.Huishhhh!Panjang jugak jawapan dia.Siap ada huraian lagi.

Warda diam membisu.Apa yang Har cakap memang betul kecuali jawapan sit dekat dengan pintu.

'Biarkan abaikan dia'kata hati Warda.

Masing-masing membuat hal sendiri.Maybe mood Har baik sikit harini.Tak dak la ganggu.

Tak lama lepastu,Warda mengeluarkan novel daripada bag galas dia.Helaian demi helaian di baca dengan penuh teliti.Sesekali mulut mengukir senyuman dan terkumat-kamit memarahi plot cerita yang bikin hatinya panas.

Har masih lagi dengan phonenya.Rata-rata student dalam bas dah sampai ke alam mimpi.Lama jugak dia bersandar,dia bergerak ke hadapan sedikit mengeliat kecil.

Warda masih lagi fokus dengan pembacaan dia.Har yang bosan mula memikirkan sesuatu.

Tangan Har menarik novel daripada tangan Warda bila dia lihat Warda dah tersenguk-senguk.Dah ngantuk tu,tidur la.Haihhhh.

Mata Warda yang ingin terpejam terus mencelik segar bugar.Apabila dia mendapati novelnya ada di tangan Har.

Warda pelik sedikit.Berkerut-kerut muka.Har menutup novel dan membaca tajuk novel tersebut 'Bahagia Yang Tersimpan'.

Har kembali memandang Warda yang mencelik luas matanya.Har simpan ketawa dalam hati.

"Bagi balik novel tu."Arah Warda sambil menguap kecil.

Sempat tangan kecilnya menutup mulut ketika menguap.Tangan kecil dia cuba mencapai novel tersebut.

Har membawa lari tangan yang memegang novel itu ke sebelah kirinya lagi.Warda yang sebelah kanan menahan geram.

"Awak bagi la balik."Jerit Warda sedikit kuat.

Nasib kawan-kawan diorang yang lain tidak terjaga.Nanti bising pulak diaorang.

Malas bermain tarik tali dengan Har.Kejap dia acah-acah nak bagi,bila tangan Warda lagi beberapa cm dengan novel.Dia kembali bawak novel itu ke atas,kiri,kanan,bawah.

Sepatah pun tidak keluar daripada Har.Dia masih lagi ingin melihat muka Warda yang menahan marah.Merah je pipi tu.

"Tak nak bagi sudah.Ambik simpan,buat kenangan."Terus Warda membetulkan duduk dan bersandar pada kerusinya.

Hoodie loose berwarna pink lembut dipadankan dengan tudung bawal merah.Seluar pulak berwarna hitam.

Tangan bajunya ditarik sehingga tidak nampak tangannya.Bag galas diletakkan di atas paha.Terus dia memejamnya mata.

Ingin sama-sama sampai ke alam mimpi macam kawan-kawannya yang lain.Har hanya ambik simpan novel tu.

Nak bagi balik?Nak buat macam mana,beg galas Warda berada di atas paha Warda.Dia tak nak ganggu tidur.

Ada masa nanti dia bagi la.Ada masa?Lepas balik daripada kem ni,entah bila la boleh jumpa.Entah tidak.

Setelah sejam berada di atas bas.Naik kebas punggung.Letih.Sakit jugak la pinggang.

Apabila pemandu bas memberitahu mereka sudah sampai ke kawasan kem.Rakan-rakan yang lain bangun dan bergerak turun bas.

Yang tinggal di atas bas hanya Warda dan Har.Har nak kejut macam mana ni.

Tangannya digerak menghampiri hujung bahu Warda.Masih lagi berkira-kira nak kejut atau tak.Rasanya Anis dah turun.Kalau tak kejut kesian pulak

Dah la tadi dia saja-saja ja ambik tempat duduk Anis tanpa rasa bersalah,siap diarah lagi Anis tu duduk belakang.Macam-macam la perangai kau Har.

Akhirnya,dia mengambil keputusan untuk mencuit sedikit bahu Warda.

"Warda."Nama Warda dipanggil perlahan.

Warda yang tidur terus terjaga.Warda sekarang ni senang saja terjaga dari tidur.Dulu memang susah nak bangun,sekarang senang pulak.Biasa la dah tinggal jauh dari ibu.

Warda pandang sekeliling.Pandang tepi,semua orang dah ada bawah.Digosok matanya perlahan untuk menghilang silau mata.

"Dah sampai."Kata Har.

"Okay."












Vote | Comment

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro