Bab 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SESAMPAINYA dirumah,terus sahaja seorang remaja lelaki turun dari motosikal dan melangkah masuk ke dalam rumah.

Pintu utama dikuak.Dia menapak masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum,mummy."Beri salam oleh Har.

"Waalaikumusalam."Balas Puan Mikasya pada anaknya.

Puan Mikasya baru sahaja keluar daripada dapur bila terdengar bunyi deruan motosikal anaknya.

"Har dah makan?"Soal Puan Mikasya.

"Dah."Ringkas sahaja jawapan Har sambil menyalam tangan Puan Mikasya.

"Har naik dulu ye,mummy.Nak solat."

Seusai masuk ke dalam biliknya,Har terus baring mengadap syiling rumah.Tahun ni nak ambik SPM,tahun depan dah kena sambung belajar.

Har melangkah ke bilik air untuk mencuci badannya yang melekit.Dia baru sahaja lepas balik main bola baling.Atlet biasa la.

Terus dia mengambil wuduk dan solat.Tak elok tangguh-tangguhkan solat ni.

"Amiinn."Selesai Har mengaminkan doa.Dia teringat perbualan mummy dengan daddy dia,seminggu yang lepas.

"Abang.Kak Marissa ada telefon tadi.Dia kata mak ada sakit dan perlukan rawatan.Dia kata kalau rawatan sahaja takpa dia boleh tanggung tapi..."Puan Mikasya memandang wajah Tuan Hael.

"Tak dak sapa nak jaga Mak.Mak nak buat chemotherapy lagi.Kak Marissa kena balik England dah hujung minggu depan.Anak dia yang kecil tu demam teruk.Kita jaga mak ye,setahun ja."

"Abang tak kesah sangat sebab ada Hay boleh tengok syarikat tapi Har tu nanti dia kena pindah sekolah.Boleh ka?"Tuan Hael menyoal kembali Puan Mikasya.

"Takpa nanti kita pujuk dia ye.Kalau pasal Hani takpa,kita pujuk ja nanti ok la dia"

Tuan hael mengangguk.Bukan mereka tak kenal anak kedua mereka.Susah nak mesra sedikit dengan orang.

Har teringat dengan neneknya di kampung sedang sakit.Rindu menggunung.Kalau boleh dia tak nak pindah sekolah sebab nanti susah nak kena kenal-kenal,tempat baru,suasana baru dan yang paling penting ada ka yang nak kawan dengan dia sebab kata budak bandar kan semua sombong.

Itu apa yang dia fikir jelah,tak tahu lagi macam mana.Runsing tapi keputusan akhir ada di tangan Tuan Hael.Kalau dia kata A maka A la jawapannya.

Har melepaskan keluhan.Susah!Har terus melelapkan mata sekejap melepas rasa penatnya.













____













TOK!
Tok!

"Har."Panggil Puan Mikasya daripada luar bilik.

"Har,mummy masuk ni."Terus Puan Mikasya pulas tombol pintu dan melangkah masuk ke dalam bilik anak terunanya

Kemas!Bagus,walaupun lelaki tapi bilik kemas.Rumah mereka ni tak ada pembantu rumah sebab Puan Mikasya tak benar Tuan Hael ambik pembantu rumah.

Lagipun dia ada ja dekat rumah,masih boleh lagi nak jaga makan pakai anak-anak dan suaminya.

"Har,bangun.Har."Puan Mikasya menyentuh sedikit lengan Har yang berada di luar duvet.

"Hurmm."Har masih lagi sama,masih lagi di alam mimpi.

"Har.Maghrib dah ni."Puan Mikasya menepuk lengan Har.

"Ermm.mummy"Kata Har dengan suara macam budak-budak.Biasa la baru bangun tidur kan.

"Bangun pergi mandi,ambik wuduk nak solat maghrib.Cepat sikit."Puan Mikasya terus bangun daripada duduk di atas katil Har.

"Hah?Dah maghrib?Ok,ok.Har pergi mandi dulu."Har melangkah ke bilik air tak lupa tuala di ambil.

Selesai mandi,Har memakai baju melayu dengan kain pelikat.Hensem!Puji diri sendiri.Har pergi ke bilik solat untuk mengerjakan solat maghrib berjemaah.

Kelihatan Puan Mikasya dan Tuan Hael,seorang lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan lingkuhan lima tahun.Semua dah get ready nak solat tunggu dia jelah ni.

Tuan Hael sebagai imam dan mereka semua jadi makmum.

Pukul sembilan tepat kelihatan semua orang di meja makan menunggu Puan Mikasya dan seorang kanak-kanak tadi,Hani menghidangkan makanan.

"Hay,baca doa."Ujar Tuan Hael kepada anak lelaki sulungnya.Terus mereka semua menadah tangan.

"Hay,Har dan Hani kejap lagi semua ke ruang tamu ye.Daddy ada benda nak bincang."Kata Puan Mikasya.

Puan Mikasya menyusun pinggan sambil di bantu Hani.

Di ruang tamu,Har dan Hani duduk di sofa berkembar manakala Tuan Hael dan Puan Mikasya di sofa yang lain.Hay pula di sofa tunggal.

"Kamu semua tahukan nenek dekat kampung sakit?"Tuan Har menyoal anak-anaknya.

Dibalas dengan anggukkan mereka sahaja menunjukkan bahawa mereka tahu nenek mereka sedang sakit.

"Daddy dah buat keputusan untuk pindah ke kampung..."

"Habistu macam mana dengan Har dan Hani?"Soal Har pulak.

"Har dan Hani kena pindah sekolah.Pasal semua tu daddy dah uruskan dah.Minggu depan daftar sana.Dan Hay sahaja akan tinggal sini disebabkan dia kena jaga syarikat dekat sini."Kata Tuan Hael.

"Har tak nak pindah."Kata Har dengan nada biasa.

"No!Har kena pindah jugak."Puan Mikasya menyampuk.

"Tapi mummy..."Belum sempat di habiskan ayat.Tuan Hael dah mencelah.

"Keputusan daddy muktamad.Understand?"Hay,Har dan Hani mengangguk.Bila daddy dah kata macam tu,semua kena ikut.Tak boleh membantah.

"Yeayy nak pindah sekolah."Happy sekali Hani mengucapnya.

"Mummy,mummy.Hani akan dapat kawan baru kan?"Soal Hani dengan nada ceria.Periang.

"Ye,sayang.Hani akan dapat kawan baru,cikgu baru dan boleh jumpa nenek jugak."Kata Puan Mikasya.

"Har naik dulu."Har mengeluh kasar sambil menaiki tangga.

"Mummy,Hay naik dulu.Assalamualaikum."Hay menyalam tangan Puan Mikasya.Tentang Har dia tak perlu risau kan dah.Kalau Tuan Hael berkata begitu,jadi tak akan ada orang yang nak membantah.

"Hani,jom naik atas tidur."Tersenyum Puan Mikasya melihat kecerian anak perempuan tunggalnya itu.

"Jom."Balas Hani masih lagi dalam nada ceria.

Har tak nak pindah sekolah!Pindah?Ingat senang ka nak biasakan diri dengan tempat baru.Pening!

Har bersandar di palang besi balkoni.Tak lama kemudian,Hay melabuhkan duduk di kerusi berdekatan balkoni bilik Har.

Macam mana dia masuk bilik Har?Dia masuk jelah,adik dia yang sorang ni bukannya kunci pintu pun.

Kalau ketuk pintu pun dah tak dengar,almaklum la orang tengah marah.

"Kau ok tak ni,Har?"Tersentak Har dari lamunan.

"Ok ja.Kau kenapa masuk sini?"Har menoleh ke arah Hay.

"Saja aku nak tengok kau."

"Kalau aku nak tinggal dengan kau dekat sini boleh tak?"

"Tak boleh la,Har.Aku pun tak berani sangat dengan daddy.Kau tak nak jumpa Nek Pah ka?Tak kesian dekat dia?"

"Kesian.Mestilah nak jumpa dengan Nek Pah tapi..."

"Kau pindah ja sana.Aku kalau boleh nak jugak pindah sana tapi aku ada kerja dekat sini.Nak tak nak,kena duduk sini lagi."

Diam.

"Pindah ja,Har.Kau dapat luang masa dekat kampung lama.Nanti kita dah belajar jauh.Kerja lagi.Tak dapat dah nak luang masa dengan Nek Pah lama-lama."

"Betul jugak apa kau kata kan?Hurmm,aku pindah."

Hay tersenyum.Har ni mudah ja,pujuk ja dia.Terus jalan.

"Dah la,aku masuk tidur dulu.Kau jangan nak buat perangai tak nak pindah pulak."Har senyum sinis.

Main perli-perli orang pulak.

"Dah,berambus cepat-cepat sikit.Semak."













____













SHAKEEL dan Mawar membuat kerja sekolah yang diberi oleh guru.Warda jugak tak ketinggalan membuat kerja sekolah.

Kalau adik-adiknya tak faham,mereka boleh tanya dia tapi kalau dia tak faham tanya cikgu la jawabnya takpun kawan-kawan yang faham.

Mereka bertiga akan membuat kerja sekolah bersama walaupun berlainan tingkatan dan darjah.Adik-beradik saling tolong-menolong.

"Kak Warda.Yang ni buat macam mana?"Soal Shakeel dengan muka blur sebab tak dapat jawab soalan matematik darjah empat.

"Ouhh,yang ni buat macam ni"Warda meneruskan penerangan kepada Shakeel.

"Faham?"Namun soalan Warda tidak dibalas dibiarkan sepi.Faham dah Warda kalau adiknya tak menjawab maknanya dia tak faham la tu.

"Akak ajar sekali lagi.Fokus ok?"Warda mengajar adiknya sekali lagi.

"Faham.Faham.Kacang ja ni."Terus Shakeel menjawab tanpa sempat akaknya menanyakan soalan.

"Kacang tapi sampai dua kali akak Warda kena ajar."Kata Mawar.Sengaja nak mengusik Shakeel.

"Hehe.Susah la jugak tapi sikit ja."Tersenyum-senyum Shakeel mengangkat tangan peace kepada akak Mawarnya.

Pecah gelak mereka bertiga.Warda dengan Mawar tergelak dengan perangai adik bongsu mereka yang suka kacau rambut Warda dengan Mawar.

Lepastu apa lagi naik angin la kakak-kakak dia.Terus digeleteknya si Shakeel yang suka sangat cuit rambut dorang.

"Dah.Dah.Masuk tidur,esok sekolah."Kata Puan Yasmin yang duduk di atas sofa menonton televisyen bersama Encik Kamarul.

"Baik.Ibu"Jawab mereka serentak.Mereka terus mengemas kerja-kerja sekolah dan pakaian serta buku sekolah untuk esok supaya tak la tergesa-gesa esok pagi.

Masing-masing masuk ke dalam bilik masing-masing.Sempat Shakeel mengusik kakak-kakaknya.Ada-ada saja dia nak mengusik.



  









Comment |Vote

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro