12: Gores Hati

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Sekejap. Aku nak kenalkan kau dengan kawan lama aku." Akma berhenti melangkah di tengah-tengah koridor. Di mesin ATM kelihatan Badrul sedang beratur untuk mengeluarkan wang dalam satu barisan.

"Siapa? Badrul?"

" Mana kau tahu?" Akma menoleh ke arah Badrul.

"Yelah kan, semalam dia siap belikan makanan," ujar Shahrul dengan nada perlinya. Sekali dengar seperti mak cik bawang yang tengah menyindir. Cuba dikeraskan suara sekalipun bunyinya masih sama.

"Kau ni sibuk je nak stalk aku. Tapi kan... Kau mesti tak percaya dia tu kawan baik aku. Kitorang selalu main sama-sama dulu."

Sepanjang Akma bercerita, jelas sangat bahawa gadis itu punyai satu rasa terhadap Badrul. Shahrul diajaknya untuk duduk di bangku yang berdekatan sementara menunggu Badrul.

" Badrul selalu ada bila aku susah. Aku kan anak tunggal, jadi aku takde kawan dalam rumah. Rumah Badrul lah tempat aku lepak bila habis sekolah. Sampaikan semua crush dia bencikan aku tau." Akma tertawa sendiri mengenangkan memori lama.

"Then, kenapa terpisah? Baru sekarang nak jumpa padahal dah tiga tahun kita belajar dekat kolej yang sama."

"Entahlah, Sherry. Aku pun tak tahu. Mungkin baru sekarang ni aku berjodoh dengan dia." Bahu terjongket sekali. Susuk tubuh Badrul yang tinggi lampai ditatapnya.

"Akma, boleh tak aku nak minta satu benda?"

"Apa?" Akma tidak menoleh. Punya dilihat Badrul takut hilang dari pandangan mata. Memang benar itu Aminnya, ini bukan mimpi.

"Berhenti panggil aku Sherry. Kau buat aku rasa macam aku ni perempuan." Suara Shahrul makin perlahan. Semua lelaki yang mendekati Akma seorang yang maskulin. Tidak lembut seperti dirinya. Hingga menyebabkan dia rasa terhina secara halus.

"Aik? Bukan selama ni kau suka ke? Ala, tak best lah panggil Shahrul. Shery best sikit, kan? Kan?" Sengih Akma. Matanya sudah beralih pada Shahrul.

"Akma, aku tak suka."

"Uuu... Nak jadi abang-abang ke sekarang ni?" Kagum Akma. Tawaan halusnya menyakitkan hati Shahrul.

"Ya, aku memang lelaki pun. Memang aku abang."

"Kau ni tak relakslah. Gurau sikit pun nak terasa." Sikunya menolak tubuh Shahrul dari sisi. Lelaki itu sudah tak mahu memandang Akma.

"Aku betul-betul tak suka."

"Okay, Shahrul Ridzwan. Dah? Puas? Jangan nak merajuk pula. Aku takde masa nak pujuk lelaki macam kau." Akma cuba mengintai wajah Shahrul yang tertoleh ke arah sana.

"Kau suka Badrul?"

"Suka. Aku sentiasa sayangkan dia sejak dulu." Gadis itu menjatuhkan kepala beberapa kali. Badrul masih belum selesai mengeluarkan duit.

"Sayang yang macam mana?"

"Sayang yang... Aku boleh menangis kalau dia lukakan hati aku walaupun kerana perkara kecil. Sayang yang aku tak sanggup nak kehilangan dia lagi." Akma tersenyum sendiri. "Tapi kau takkan faham maksud aku sebab kau tak pernah ada makwe."

"Tapi aku ada kau."

"Aku ni kawan kau je. Badrul dan aku pula lebih rapat daripada kau dan aku. Dia tahu segalanya tentang aku. Kau pula baru tiga tahun kenal aku. Nak dibandingkan dengan Badrul... Jauh sangat bezanya. "

Kata-kata ini meletakkan jurang yang dalam antara persahabatannya. Shahrul terdiam di situ. Salahnya juga kerana menanyakan soalan yang bakal menoreh hati sendiri. Akma kelihatan gembira meskipun sekadar menatap Badrul dari jauh.

"Kau nak pergi makan ke tak ni? Lama sangatlah tunggu Badrul tu. Aku dah lapar," ujar Shahrul. Cuba menyorokkan perasaan yang bergelodak. Asalkan Akma gembira, dia juga akan tersenyum sama.

"Nak... Tapi nak jumpa Badrul. Dia dah janji nak keluar dengan aku kalau ada masa." Muncung Akma. "Kalau kau nak makan sangat, pergilah. Aku nak duduk sini." Akma berkeras mahu menanti rakan lamanya. Tangannya mengibas-ngibas tanda menghalau Shahrul pergi.

Shahrul tidak dapat berkata apa-apa. Dia menarik nafas dalam lalu bingkas berdiri.

"Eh, nak pergi mana?" Akma kaget. "Jangan tinggal aku."

"Pergilah jumpa Badrul. Aku tak nak kacau."

Dahi Akma berkerut seketika. Tidak pernah dia melihat wajah tegang Shahrul. Kebiasaannya Shahrul akan ceria sahaja. Sampaikan nak panggil Shery pun dia tak suka? Pelik.

Apabila ditoleh ke arah mesin ATM, Badrul sudah tiada. Akma jadi gelabah. Dia menyandang begnya dan membuka langkah ke seberang. Matanya dililaukan mencari kelibat Badrul.

Tali beg digenggam kuat.

Badrul sedang bersama-sama seorang perempuan di luar bangunan. Susuk tubuh itu dapat dilihat menerusi dinding kaca yang jernih di pintu utama. Akma bergegas keluar dengan langkah yang besar. Mujur hari ini dia pakai jeans, bukannya baju kurung moden. Mungkin itu rakan sekelas Badrul.

"Nafisah?"

Nafisah terkejut lalu menyorokkan barang pemberian Badrul di sebalik tudung labuhnya. Tangannya menggenggam sesama sendiri.

Akma mula mencurigai sesuatu. Ada yang tidak kena di situ. Dia menoleh ke arah Badrul pula. "Amin, jom kita pergi makan. Nak?"

"Aku nak kena hantar Nafisah balik hostel dulu. Dia tak larat. Lepas tu kita pergi makan ya?" balas Badrul. Jelingan Akma membawa satu makna.

"Okay. Kita hantar Nafisah dulu." Akma bersetuju sahaja. Hatinya tidak tenteram melihat Nafisah berduaan dengan lelaki kesayangannya. Pelik sahaja gadis bertudung labuh begini sibuk mahu lelaki bukan mahram hantarkan ke hostel. Mana hilangnya malu seorang Nafisah?

"Kau kenapa? Muntah lagi?" soal Akma buat Nafisah. Mereka bertiga berjalan ke kawasan parkir kereta yang berbumbung tidak jauh dari situ.

Nafisah mengangguk kecil.

"Lain kali janganlah pergi kelas kalau tak larat," pesan Akma. "Nanti menyusahkan orang je. Tengok, Badrul yang kena hantarkan kau balik. Mana kawan-kawan sekelas kau yang lain?"

"Yang lain dah pergi makan luar. Saya je yang ada dekat kelas lagi."

Akma mencebik. Sengaja ya Nafisah meraih perhatian Badrul. Akma kenal sangat sikap Badrul yang mudah bersimpati dengan kelemahan perempuan. Dia masuk ke dalam kereta Badrul, mata tidak lepas mencerlung ke arah Nafisah.

"Akma, aku ada hal lah lepas ni." Badrul membuka mulut selepas melihat notifikasi mesej.

"Nak ke mana?" soal Akma.

"Ada hal dengan kawan. Macam ni lah, aku hantar kau dan Nafisah balik lepas bungkus makanan dekat kedai."

Kereta itu berhenti di mana-mana kedai makan yang terdekat. Badrul dan Akma menapak keluar manakala Nafisah dibiarkan di dalam kereta untuk berehat.

Mata Akma bersinar-sinar melihat deretan lauk masakan panas. Ayam goreng yang baru diangkat masih berasap.

" Eh, biar aku yang cedokkan lauk untuk Nafisah." Bekas makanan bertukar tangan. Gadis itu berjalan perlahan-lahan memerhatikan makanan yang ada. Terhidang pelbagai masakan laut mahupun darat. Semuanya menggiurkan.

"Amin, ingat tak kita selalu makan ni?"

"Ingat." Badrul tertawa halus. Itu telur dadar, makanan mereka di rumahnya sewaktu petang. Kebiasaannya, bonda Badrul masak itu sahaja kerana ketiadaan lauk.

Tangan Akma mencedok telur dadar itu ke dalam bekas makanan sendiri. Yang milik Nafisah masih kosong tak berlauk.

Tanpa diminta, Badrul mencedok pula sayuran untuk masuk ke dalam bekas makanan di tangan Akma. Akma mengetap bibir terkilan.

"Amin..."

"Makan sayur ni. Baru kau cepat besar." Sengaja Badrul buat begitu.

"Aku tak sukalah," bentak Akma. Dia mahu meletak kembali namun cepat-cepat dihalang Badrul.

"Akma, makan. Sayur tu dah ambil tak elok letak balik." Tangannya bersentuhan dengan Akma.

Akma malu. Dia tidak berkelip melihat Badrul memegang kekura tangannya yang cuba membuang sayur itu. Kepala dijatuhkan beberapa kali. Dia akur untuk makan apa sahaja.

" Ha, macam tu lah. Kau kena berisi sikit. Baru cantik." Badrul menyimpulkan senyuman manis. Dia kembali melihat lauk pauk. "Sini aku pegang bekas kau, kau ambilkkan lauk untuk Nafisah pula."

Gadis itu sudah lama menanti Badrul untuk kembali dalam hidupnya. Tiga bekas makanan dibayar oleh Badrul. Duit huluran Akma ditolak baik.

***

"Nafisah, aku minta maaf sebab cakap kasar-kasar dengan kau siang tadi," ujar Akma. Jarinya berlaga sesama sendiri. Tubuh Nafisah yang sedang tidur membelakanginya dipandang, yakin gadis itu belum melelapkan mata lagi.

Tiada jawapan daripada Nafisah. Akma melihat kaki Nafisah yang tidak berstoking lagi. Pasti Nafisah belum tidur. Sudah menjadi rutin buat Nafisah untuk memakai stoking sebelum tidur.

Makanan siang tadi hanya dijamah Nafisah separuh. Selebihnya ada di atas meja belajar. Nafisah tak mahu makan banyak, dia banyak berehat sahaja.

Bibir Akma tertarik membentuk senyuman nipis. Susahnya untuk dia berlembut dengan Nafisah kerana sudah terbiasa berkasar dengan semua orang sebelum ini.

"Kau kenapa? Muntah lagi?" Akma menyoal dengan kasar seolah melekehkan kesihatan Nafisah.

Nafisah mengangguk kecil.

"Lain kali janganlah pergi kelas kalau tak larat," pesan Akma. "Nanti menyusahkan orang je. Tengok, Badrul yang kena hantarkan kau balik. Mana kawan-kawan sekelas kau yang lain?"  Wajah Nafisah berubah mendung. Dia tak membalas apa-apa. Hatinya telah pun tergores dengan layanan Akma pada hari itu.

Sebatang pen putih dikeluarkan. Jari meluncur ke kanan dan kiri hingga laman diarinya terbuka.

22 April
Hari aku makan nasi sampai senak perut. Ni semua Amin punya pasal. Tengah malam ni pun aku sedang habiskan seketul burger yang aku beli petang tadi. Orang kata kalau makan malam-malam, nanti gemuk. Okay kita try dulu, kalau berat aku naik... Mesti cantik sikit. Berat aku sekarang ni 38kg. Rasanya dalam hujung bulan ni boleh langkau 40kg kalau hari-hari makan banyak macam ni.

Masa sekolah menengah dulu berat aku 45kg. Mungkin aku akan cuba dapatkan berat tu balik supaya nanti Amin akan lihat aku macam Akma yang dahulu.

Sekeping gambar makan tengah harinya dikepilkan bersama. Tak dilupakan gambar Badrul yang ditangkap secara senyap ketika lelaki itu sedang membayar makanan di kaunter.

Skrin Ipad itu dikucup Akma bahagia lalu dibawa ke dalam dakapan. Shahrul sudah dilupakannya. Dia tidak pun menanyakan khabar Shahrul yang pulang dengan wajah yang dingin.

***
votexkomen
***
Hit this story dengan komen Korang! Banyak3!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro