24 : Hati yang Gelap

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Usrah? Sorry la Badrul, aku ada dekat luar ni. Lain kali eh?" Han tersengih sahaja. Dia cepat-cepat mematikan panggilan kerana berada di dalam panggung wayang. Tangannya ditarik Mila untuk duduk di kerusi berpasangan di hujung dewan. Lelaki itu melabuh di situ setelah mematikan telefon. Takut nanti Badrul telefon berkali-kali.

Tangannya melingkar di bahu Mila. Mata melihat skrin layar yang terbentang luas. Pada malam ini dia seharusnya menghadirkan diri ke perjumpaan usrah yang keempat. Tak mengapalah, bukannya selalu ponteng.

Gadis di sebelahnya ditarik bersandar pada bahu. Iklan demi iklan dimainkan sebelum filem yang sebenar bermula. Dalam diam, ekor matanya mengintai wajah Mila yang sedang khusyuk menonton.

Jumpscare yang tiba-tiba menerjah mengejutkan Mila. Dia mendakap tubuh kekasihnya. Sebelah mata masih mahu melihat skrin layar.

Han meneguk liur sendiri. Segala lekuk tubuh terasa. Dia mengalihkan pandangan ke tepi. Lengan Mila melingkar di lengan kekarnya.

Lama ditahan rasa itu.

Akhirnya dia mula mengusap bahu Mila dengan ibu jari. "Takut?" soalnya.

"Takutlah. Hantu tu asyik terkam," bisik Mila. Dia masih mengecilkan diri di sebelah lelaki itu. Hangat badan mereka berkongsi membuatkan Han makin tidak keruan.

Tika Mila sedang khusyuk menonton ada tangan yang menjalar di rusuknya. Bulu romanya meremang tegak. Dia segera menjarakkan tubuh tetapi Han pula sebaliknya. Tubuh Mila dipaksa duduk berdekatan. "You nak pergi mana?"

"Ke-kenapa you pegang I punya?" Nafas Mila gugup. Telapak tangan lelaki itu kekal utuh memegang pinggangnya.

"Salah ke?" Sengaja ingin menguji gadis kacukan itu.

"Tak. Tapi you mana boleh pegang sesuka hati. Kita belum kahwin..." Mila tertunduk malu. Tangan Han cuba merabanya dalam gelap sekali lagi.

"Duduk diam-diam..." bisik Han. "Sekejap je."

Air mata Mila bergenang di tubir. Lelaki di sebelahnya sedang memegang tubuhnya yang masih suci tanpa rasa bersalah. Nafsu serakah Han makin bergelora.

"Ber-berhenti..." rayu Mila. Lengan lelaki itu ditolaknya.

"Tak best la macam ni. Kita pergi cari tempat untuk baring nak? Dalam kereta I pun boleh." Pipi kekasihnya diusap lembut. Air mata Mila diseka.

"Han, I tak nak." Mila menggeleng.

"Malam ni je. Malam lain I tak buat dah..." rayu Han. Gelora nafsunya tak dapat dihentikan. Matanya meminta simpati. Dipandang ke dalam anak mata Mila.

Jantung Mila berdegup kencang. "Tak boleh. Na-nanti-"

Jari telunjuk diletak pada bibir Mila. "Dalam kereta I tak ada siapa nampak," bisik Han dengan suara gemersiknya.

"Kita dah lama couple. Sekali pun I tak pernah sentuh you. Sekarang ni I dan sentuh, berilah I rasa semuanya. Kali ni je." Pipi Mila dikucupnya.

Air mata gadis itu berlinang kerana Han masih merabanya tidak henti. Hingga filem berdurasi dua jam itu habis, baru agaknya Han akan mengalihkan tangan.

" Please... " Han memujuk lagi. "I takkan beritahu siapa-siapa. Ni antara kita je. Satu malam sahaja."

Maruahnya dicarik. Han tidak berputus asa memujuk. "I takut..."

"I ada. You percayakan I, kan?" Kepala Mila pula dipeluknya memujuk. Belakang gadis itu diusap agar tangisannya reda. "I takkan buat you mengandung. I cuma nak seronok-seronok dengan you."

"Boleh tak ni?" Pelukan dilepaskan Han.

"Malam ni je. Janji?" Mila menunduk melihat tubuh sendiri. Meskipun Han sudah menjarakkan diri, terasa tangan lelaki itu masih ada.

"Ya, honey. One night stand. Nanti I hantar you balik." Selendang Mila dibaikinya. "Kita keluar jom?"

Pasangan itu melangkah ke luar pawagam di tengah-tengah tayangan. Mila sedang ketakutan menahan rasa. Benarlah kata Akma. Han akan memerangkapnya hingga dia sendiri tak mampu untuk melepaskan diri.

Sepanjang melangkah keluar lift, Han melingkarkan lengannya pada pinggang Mila. Mila diam tak berkutik. Senyuman lelaki itu tertarik hingga telinga. Tidak sabar rasanya mahu melepaskan rasa yang sudah lama terpendam.

"Jangan takut. Sekejap je," ujar Han bagi menenangkan hati mangsanya. Kunci kereta dikeluarkan. Satu punat ditekan dengan sebelah tangan lalu dia membuka pintu di sebelah tempat duduk pemanduan. Mila dipersilakan untuk duduk di situ.

Tinted tingkap kereta Sport Han yang gelap menyukarkan sesiapa untuk melihat apa yang bakal mereka lakukan di kawasan parkir kereta ruangan basement.

"Bukalah tudung you dulu," Han menanggalkan selendang yang membaluti Mila perlahan-lahan. Air mata Mila tidak akan kering mengenangkan nasibnya sekejap lagi.

"Kenapa macam takut je? You kan dah selalu free hair dalam instagram. Sekejap you pakai, sekejap tak pakai. Cuba you cakap, salah I ke untuk rasa macam ni? Sedangkan you yang pakai baju ketat-ketat. Setiap malam I tahan diri dari tergilakan you." Han mengangkat bahu tidak bersalah.

" Han, I tak nak. Hantar I balik hostel," balas Mila. Lama dia berfikir.

Pendingin hawa kereta dihidupkan. Lelaki itu mencapai sepeket serbuk dari poket kerusi secara senyap. Mila sudah buat dia begini, takkanlah kucing mahu lepaskan ikan yang sudah ada depan mata?

" I faham you tak biasa. Mana air mineral yang I beli tadi? You minum dulu ya? Tenangkan diri. Nanti I hantar you balik. No big deal pun." Han tersenyum manis.

Mila mengangguk lemah. Dia menghela nafas lega.

Sebotol air mineral yang baru dibeli dibukakan Han. Serbuk putih itu dimasukkan secara senyap, dia akan pastikan Mila yang akan menyerah diri padanya selepas ubat itu mengalir ke dalam badan.

Air yang dihulurlan disambut Mila. Dia meneguk sekali. Rambutnya dibelai Han lembut.

"Minum la lagi. Bibir you kering tu," pujuk Han.

***

Badrul sedikit kesal melihat kesemua anak-anak usrahnya sedang memberi alasan untuk pertemuan malam ini di group Whats App. Minggu lepas juga mereka asyik bermalasan. Hanya dua ke tiga orang sahaja yang terpacak dengannya di surau.

Telefon pintar dimatikan.

Dia termenung sendiri. Dapat juga dibeli makanan yang diidamkan Nafisah yang sedang hamil dua bulan. Mengidam pizza waktu-waktu begini, Badrul terpaksa akur memenuhi permintaan isteri. Mujurlah usrah pada malam ini dibatalkan.

Mata hitam lelaki itu disajikan oleh sosok tubuh yang amat dikenali. Gerombolan pengunjung pusat membeli belah yang keluar dari lift itu dilihatnya kaku. Dia mempercepatkan langkah ingin menyaingi langkah Han. Han sedang menuju ke kawasan parkir di bawah sana bersama kekasihnya.

Badrul terkesima. Tangan Han yang asalnya pada pinggang si gadis telah turun makin bawah sepanjang berjalan di lobi. Tiada siapa yang perasan kelakuan Han kecuali Badrul.

Han sedang meraba seorang gadis di hadapan matanya sendiri. Sebuah kereta diyakini milik Han menjadi hentian lelaki itu. Gadis tadi dijemput masuk ke dalam kereta. Wajah Han tampak lain.

Badrul tidak pasti apa yang harus dibuat. Wajah Mila dilihatnya ketakutan sahaja tadi manakala Han seperti berniat jahat. Kotak piza diletakkan ke atas bumbung kereta Kancil berdekatannya.

Cermin gelap kereta Han menyukarkan Badrul untuk melihat perbuatan mereka. Dia melangkah ke arah kereta itu penuh rasa curiga.

Dalam langkah Badrul menghampiri, rakannya telah ketawa kepuasan. Serbuk itu mula menampakkan kesan. Mila pada awalnya sahaja melawan keras, selepas beberapa minit gadis itu merelakan sendiri untuk Han membuat apa-apa.

Tok tok

Tok tok

Badrul berdiri terpacak di luar. Sekali lagi cermin kereta diketuk.

"Badrul?" Mata Han terbeliak. Bajunya telah hilang ke lantai kereta.

Tanpa berfikir panjang, penyelak kereta dibuka Badrul dari luar. Dia menghumban tubuh rakannya yang tidak berbaju ke lantai simen. Keadaan Mila dalam kegelapan tidak diketahui lagi. Fokusnya sekarang ini hanya pada Han.

Leher lelaki itu dicengkamnya kuat. "Kau nak buat apa dekat Mila?" soal Badrul keras.

"Nak buat apa lagi? Buta?" Han tersenyum sahaja.

Tumbukan Badrul mengenai wajah Han sekali lalu dia membiarkan rakannya mengerang di atas lantai. Bergegaslah lelaki itu ke pintu yang sebelah lagi. Dia membuka dengan tangan yang menggigil.

"Ya Allah, jangan cakap aku dah terlambat," bisik hati Badrul.

Tubuh Mila yang elok berbaju disajikan pada Badrul. Gadis separa sedar itu menggeleng lemah. Mulutnya memanggil Han berbisik. Entah apa yang Han telah memaksanya minum hingga dia tidak mampu berbuat apa-apa.

" Mila, buka mata," panggil Badrul.

Mila terkelip-kelip memandang. Air matanya berlinang dengan lebat kerana disangkakan Han telah memperkosanya. Kepalanya berpinar, hati itu penuh penyesalan.

"Kau buat apa dekat Mila? Kau rogol dia?" Hati Badrul menjadi panas. Sekali lagi dia gagal untuk menyelamatkan seorang gadis. Kakinya melangkah ke arah Han yang menekur lantai.

Air mata lelaki itu menitis dengan sendiri.

"Badrul... Apa aku dah buat?" soal Han. Dia masih terduduk bersandar di dinding kereta sendiri. Syahwatnya bergelut dengan diri. Dia sayangkan Mila tetapi begini pula jadinya. Akal logik telah hilang di saat syaitan asyik berbisik.

"Han, apa kau buat dekat Mila?"

"Aku tak rogol dia lagi," geleng Han berkali-kali. Jujur, dia tidak sempat melepaskan nafsunya. Mila hanya terminum ubat yang memabukkan bagi memudahkan kerja Han pada malam itu.

"Apa kau buat?"

"Aku pegang dia." Han mengangkat wajahnya. Fikirannya sedang bercelaru. Mila asyik menguji nafsunya hingga tidak terkawal. Dia lemah apabila Mila memeluk lengannya. Dia lemah apabila Mila memakai baju yang menampakkan bentuk pinggul dan dada.

"Apa aku kena buat sekarang ni, Badrul? Aku berdosa. Aku raba anak orang." Wajah diraup Han. Dia memandang Badrul, Badrul sahaja harapannya. Kalau ibu bapa Mila tahu, pasti nanti dia akan dipenjarakan. Mila pula sedang trauma di dalam kereta.

"Kau sayang Mila?" soal Badrul. Dia terduduk di sebelah Han.

"Sayang."

"Kahwinlah dengan dia. Jangan biarkan dia rasa jijik dengan diri sendiri. Tebus balik dosa kau pada dia." Bahu Han ditepuk Badrul.

"Aku student lagi..."

"Han, dalam Islam ni kalau kau tak boleh tahan nafsu kau, kau dah dikira wajib berkahwin. Itu pun kalau kau mampu dari segi kewangan dan lain-lain. Aku tak rasa kau ada masalah duit," geleng Badrul.

"Ya, memang. Tapi aku ni jahil. Buatnya dah kahwin pun perangai macam ni..."

"Bila kau diuji dengan nafsu, sekurang-kurangnya kau ada tempat yang halal untuk salurkan andai kau dah berkahwin."

"Mila nak ke kahwin dengan aku?"

"Bincanglah dengan dia esok. Korang pun dah lama couple. Halalkanlah dengan pernikahan. Aku tak nak kau jadi macam ni... Aku tak nak." Badrul pula yang menitiskan air mata. Dia mengesat matanya yang mula kabur.

"Aku rasa aku gagal jadi kawan kau," luah Badrul. Bodohnya dia kerana tidak menarik Han dari awal. Tapi apa-apa pun dia hanya mampu menasihati, Hidayah milik Allah jua.

"Kalau kau rasa dengan kahwin yang terbaik, aku akan cuba. Tapi kau jangan biar aku jadi makin teruk lepas ni. Aku merayu," pinta Han.

"Aku takkan biarkan kau lepas ni. Aku akan bawa kau sama-sama," balas Badrul.

Bahu Badrul menjadi tempat lelaki itu melepaskan tangisan. Dia teresak-esak menyesal dengan perbuatannya yang selama ini melayan video pornografi. Langsung tidak mengendahkan suruhan Ilahi untuk menundukkan pandangan. Kini hatinya telah gelap dan hanya mahu mencari mangsa untuk memuaskan diri. Pada malam itu juga dia tersentak.

Rasa malunya memuncak melihat lelaki itu. Apatah lagi apabila Badrul megalirkan air mata kerananya.

***
votexkomen
***
Nasib baik Badrul ada. Macam mana pula dengan Amir? 😣

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro