31 : Berfatwakan Nafsu

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Senang saja mahu yakinkan Akma ini. Beri beberapa dalil ayat Al-Quran yang ditadabbur sesuka hati pun Akma akan terima kerana gadis itu cetek ilmunya.

Azan maghrib yang berkumandang menyapa ke gegendang telinga. Dengan pantas, Amir menaip pesanan buat Akma agar mengawalkan solat dan jangan terleka dengan dunia.

Akma sayang

Akma, jangan lupa
solat maghrib tu.

Ish, takkanlah Akma
nak lupa. Amir, kenapa
tak boleh beritahu Nafisah
tentang hubungan kita?

Sebab Nafisah tu strict sikit.
Islam kan mudah, takkanlah
hubungan antara lelaki dan
perempuan tak dibolehkan?
Kita bukannya berzina pun.

Alasan demi alasan diberikan buat Akma. Amir tersenyum sendiri. Buat hati sendiri pula disedapkan dengan tujuan untuk membimbing Akma ke jalan yang lurus. Buktinya Akma sejak dua menjak ini tak lekang dengan tudung labuh. Sedap saja mata Amir nak memandang.

Apabila dengan Atikah, nafsunya tidak begini. Dengan Akma pula, melihat gambar betisnya sahaja boleh membuatkan dia tidak keruan. Puasa sunat tidak lagi dibuatnya kerana dibimbangi akan terbatal dengan perbuatan sendiri.

Lelaki itu mendepakan tangan di atas katil. Dia menggeliat kecil lalu kembali menatap skrin telefon. Tak pernah dirasakan berdosa kerana dia tidak pernah pun menyentuh tangan Akma. Amir hanya meminta Akma untuk menghantar gambar selfie dalam tudung labuh sahaja.

Dari lekukan bibir munggil yang kemerahan. Hidung kecil Akma, ingin sahaja dicuitnya. Bentuk wajah Akma tampak cantik disarungkan tudung labuh koshibo.

Dengan gambar itu, nafsunya dapat dipuaskan setiap malam. Berkali tatap pun tidak jemu mata memandang. Iman senipis bawang tak mampu menanggung nafsu yang makin besar dibelanya setiap hari. Bangun subuh saja dia perlu mandi wajib.

Jari Amir terdetik untuk melihat last seen whats app rakannya, Badrul. Dua hari lamanya Badrul tidak bermain telefon. Kelas pun dia tidak hadir. Dikatakan Badrul sedang demam denggi sekarang ini dan terlantar di katil hospital.

"Padan muka kau, Badrul. Allah bagi bala dekat kau sebab kau tu banyak buat dosa," ujar Amir.

Mujur juga Badrul demam, Nafisah pula sibuk menjaga suaminya di hospital. Peluang itu akan digunakan untuk mendapatkan Akma. Biar Akma tergila-gilakannya.

Lelaki itu beralih pula pada peti perbualannya dengan Atikah yang semakin lama semakin dingin. Hangat cinta mereka tidak seperti dahulu. Sedikit pun Amir tidak kisah saat itu. Jika Atikah lari, Akma ada menunggu.

Amir bingkas berdiri. Dia mengambil wuduk dan menunaikan solat maghrib ala kadar sahaja. Al-Fatihah pun dibaca tunggang langgang kerana tidak mahu berenggang dengan telefon. Atas karpet sejadah pun dia boleh lupa sedang berada di rakaat ke berapa.

Telefon pintar disambar laju. Tubuhnya direbahkan ke atas katil bujang.

"Haih, Akma," keluh Amir.

Akma sayang

Amir, malam ni kita tak
boleh keluar.

Kenapa?

Saya sakit perut. Senggugut.
Tak larat nak jalan.

Alolo, siannya dia. Akma
selalu sengugut?

Em, ya.

Nak Amir belikan apa-apa?

Tak payah. Shahrul dah
belikan.

Shahrul? Kenapa Akma still
nak contact dengan dia?

Automatik kening Amir berkerut bengang. Dari mana datangnya Shahrul ni? Sibuk saja nak kacau laluannya.

Akma sayang

Dia kawan Akma.

Dah tu Amir ni?

Kita baru kenal, Amir.

Akma tak percayakan Amir?

Bukan macam tu...
Akma percayakan Amir.

Kalau percaya, jangan
dah layan Shahrul tu.
Buang masa je dengan
orang yang takde masa
depan macam dia.

Hm, okay. Maaf.

Jangan sedih, Amir tak
marah pun. Cuma tak suka
Akma layan lelaki lain.
Perempuan baik macam
Akma ni, hanya untuk
Amir. Akma yakin kan
yang Amir ni lelaki yang
baik?

Ya...

Kan Allah dah berfirman
mafhumnya perempuan yang
baik untuk lelaki yang baik.
Jadinya, mungkin kita ada
jodoh. Bila mana Akma dan
Amir dah setuju nak kahwin,
dah dikira tunang tau? Jadi
Akma milik Amir.

Betul ke Amir sayang Akma?

Ya Allah, sia-sia je la kalau Amir
tolong Akma dalam hutan semua tu semata-mata Amir nak tipu.

Baru beberapa hari dia sudah berjaya buat Akma akur begini. Hebat juga permainannya. Skrin ditelefon dikucupnya lembut.

Dia berbaring mengiring. Kopiahnya entah hilang ke mana. Perasaan sayang pada Akma makin mekar.

"Akma... Nafisah takde dekat bilik, kan? Boleh tak Amir nak call Akma?" Satu voice note dihantar pada gadis itu. Lenggok suara itu seakan merayu.

Tangannya menekan butang merah. Telefon ditekup pada telinga. Dinantinya dengan sabar.

"Amir, tak boleh lama tau. Sekejap lagi Nafisah nak balik," ujar Akma.

"Tak lama. Cukup dengar suara Akma sekejap pun dah ubat rindu Amir. Akma sakit perut lagi?" soal Amir sedikit bimbang.

"Ya."

"Rehatlah. Akma, rambut Akma paras bahu lagi ke? Amir teringat yang dalam hutan hari tu."

"Amir ingat lagi?"

"Mestilah ingat. Akma nampak cantik sangat. Pakai tudung pun cantik juga, tak pakai pun cantik." Jarinya melukis kosong di atas cadar katil.

"Akma cuba hantar gambar tak pakai tudung pula," sambung Amir.

"Ta-tapi tu aurat."

"Apa bezanya? Kalau depan lelaki je pakai tudung tapi depan perempuan freehair. Kenapa nak tunjuk baik depan lelaki je? Tak ada salahnya la kalau Akma tunjuk dekat Amir. Amir kan dah pernah tengok sebelum ni. Takde beza, kan?"

"Mana boleh... Ni aurat."

"Akma percayakan Amir, kan?"

"Percaya. Tapi..." Hujung suara Akma seakan sedang menahan tangisan.

"Jadi tak ada salah pun. Amir kan dah janji nak kahwin dengan Akma lepas habis belajar. Nanti dah kahwin, satu badan Akma halal untuk Amir," pujuk Amir. Kegusaran dalam hati Akma perlulah dihabiskan.

"Maaflah, Amir. Akma tak boleh."

"Tapi Akma dah tunjuk gambar betis Akma hari tu. Itu kan aurat?"

"Tu sebab lain... Sekarang ni Amir nak tengok saja-saja," tolak Akma.

"Okaylah. Kalau Akma tak nak hantar, Amir sebarkan gambar betis Akma ni dekat status whats app."

"Eh- Jangan."

"Akma tak nak, kan? Hantarlah gambar Akma yang tengah berbaring sekarang ni. Amir teringin nak tengok bakal isteri Amir." Amir tersenyum gembira. Nafsunya pada malam itu bakal dipuaskan dengan gambar Akma tidak bertudung pula. Lambat laun, biar Akma serahkan segalanya hingga tiada seurat benang. Rasanya memang tidak salah pun kerana acap kali dia bermimpi Akma tidur dengannya.

"Sorry, Nafisah dah balik."

Papp

Panggilan termati.

Amir menggeleng sahaja. "Lain kali ya Akma?"

***

Telefon itu diletakkan ke tepi. Akma hampir menangis kerana ketakutan. Bukannya tidak percayakan Amir, tetapi Badrul amat melarangnya untuk membuka tudung di hadapan lelaki. Takkanlah dia mahu ketepikan nasihat abang sendiri demi lelaki yang baru menjadi rapat dua tiga hari ini!

Dada diurut untuk bertenang. Bubur Mcdonald tidak berusiknya. Itu pemberian Shahrul yang hadir dan pergi tanpa sepatah kata. Marahkah Shahrul padanya apabila mengetahui dia sering bermesej dengan Amir?

Tetapi Shahrul pun membuat janji untuk menunggunya hingga tamat pelajaran seperti Amir. Nak dibandingkan Shahrul dan Amir, sudah tentu Amir lebih elok. Akma mengeluh berat.

Mesej yang baru diperolehinya adalah maaf dari lelaki berkopiah itu.

Amir Farhan

Akma, maaf pasal tadi. Amir
tak sedar apa yang Amir cakap.
Sebagai tanda maaf, kita keluar
ya esok?
Biar Amir belanja.

Tak boleh, nanti orang nampak.

Akma pakailah purdah yang
Amir bagi. Takde siapa akan
perasan. Janji tau kita
keluar esok?

Hati Akma tidak pernah tenang sejak rapat dengan Amir. Dia sering berfikir kesan perbuatannya. Ayat-ayat Amir ada saja nak menyedapkan hati, namun untuk melakukan perkara sorok-sorok begini sepertinya satu kesalahan. Nafisah pun tidak mengetahui Akma dan Amir makin rapat.

Tok tok

"Nafisah..." terkebil-kebil Akma memandang.

"Kenapa Akma? Maaflah malam baru balik." Beg sandang diturunkan. "Tadi saya temankan Badrul sampai dia tidur."

Air mata dikesat. Akma menarik nafas dalam. Dia berjalan ke arah katil Nafisah lalu mendakap tubuh kakak iparnya.

"Kenapa ni?" Hairan Nafisah. Tubuhnya dipeluk Akma lama. Dia tersenyum nipis lalu membalasnya. Rambut Akma yang bermain di wajah dibawa ke tepi. "Akma ada masalah, ya? Cerita la dekat saya."

"Nafisah... Boleh ke lelaki tengok aurat perempuan?" soal Akma polos. Dia meleraikan pelukan perlahan-lahan.

"Lelaki bukan mahram tak boleh tengok aurat kita. Aurat perempuan dengan lelaki bukan mahram ialah seluruh badan kecuali muka dan telapak tangan."

"Kalau dharurat?"

"Akma tahu kan babi tu haram untuk dimakan?"

Akma mengangguk.

"Tapi daging babi boleh dimakan ketika dharurat dengan syarat memang tiada makanan lain dan kalau kita tak makan daging tu boleh mati. Kalau makan pula perlulah sekadar mengalas perut bukan sampai kenyang. Jadi kalaulah seorang lelaki terpaksa melihat aurat wanita ketika dharurat yang kerana tiada yang lain boleh bantu wanita itu barulah harus. Cukup sampai situ. Kalau ada je orang lain boleh tolong, tapi dia sengaja nak tolong... Mana boleh. Ataupun memang dia je yang ada, tapi dia tolong dalam masa yang sama mengambil kesempatan pun satu isu juga," terang Nafisah dengan panjang lebar. Hati Akma tersentak dengan kejahilan sendiri.

"Tapi Akma, kalau nak perbahasan yang betul. Rujuk dengan Badrul. Badrul lebih tahu tentang agama daripada saya." Senyuman manis menyapa pandangan Akma. Rambut Akma diusap Nafisah. "Akma ada masalah ke?"

"Tak-Takde." Geleng Akma laju. Tapi Amir juga orang yang berilmu, bukan?

"Mana Badrul belajar semua tu?" soal Akma pula. "Boleh percaya ke Badrul tu?"

Kesangsian Akma hadir kerana fikirannya telah dicemari fatwa rekaan Amir.

"Badrul belajar di kelas fardhu ain dengan guru. Adat belajar seeloknya berguru. Ada orang rajin baca buku agama tapi tak rujuk guru pun, biasanya apa yang difahami lebih banyak salah dari betul. Sebab tulah saya ajak Akma ke kelas fardhu ain. Insya Allah, apa yang Badrul sampaikan tu betul. Sebab Badrul tak akan sewenang-wenangnya berikan jawapan sendiri. Kalau ada soalan yang dia tak tahu nak jawab, Badrul akan jawab tak tahu. Itulah yang ustaz dan ustazah ajarkan di kelas fardhu ain. Jangan berfatwa tanpa ilmu."

Nafisah mengenali Badrul sebelum mereka bernikah lagi. Dia sanggup menjadi isteri buat lelaki yang serba kekurangan itu kerana hati budi dan ilmu Badrul. Sekarang ini, tugasnya pula untuk mendidik adik susuan suaminya. Akma yang kelihatan terkelu itu ditarik ke dalam dakapan.

Segalanya masih baru buat Akma.

" Nak jumpa Badrul..." pinta Akma. Dia mahu ceritakan segala yang telah Amir katakan padanya. Dia mahu berada dalam pelukan abang susuannya itu. Air mata bergenang di tubir tanpa diduga.

"Badrul tak sihat lagi. Dia banyak tidur je. Nanti Akma datang la ya? Dia ada juga tanya pasal Akma." Tubuh Akma dibiarkan berada dalam pelukan. Lengan Akma ditepuk lembut. Dilayan gadis itu seperti adik kandung sendiri meskipun penat menemani suami di hospital sepanjang hari.

"Iya? Dia rindu Akma?" Kepala didongakkan sedikit. Pipinya comot dengan linangan air mata.

"Akma kan adik dia? Esok kita pergi tau."

Akma mengangguk setuju.

***
v

otexkomen
***
jadi kita nak buat apa dengan si Amir ni? dibiarkan makin menjadi-jadi. ni baru sehari dua Badrul demam, habis dia putar belit fikiran Akma.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro