7 : Solat yang Perlu Diganti

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Muka kau makin cengkung la, makanlah," tegur Shahrul. Lingkaran hitam pada mata kawannya diperhatikan. Sesekali dia memandang hadapan untuk mengelakkan pensyarah mencurigai mereka sedang bersembang di tempat duduk belakang.

"Kau tu kenapa tak makan semalam? Diet? Pagi ni pun tak nampak muka kau dekat kafe," balas Akma.

Shahrul tertawa. Dia sedang dalam fasa menurunkan berat badan sendiri agar tubuhnya lebih fit. Sengaja dirahsiakan daripada pengetahuan Akma. Kasihan Akma asyik menadah sindiran kawan-kawannya hanya disebabkan berkawan dengan Shahrul. Jika rupanya segak sedikit, itu mampu menyenangkan persahabatan mereka.

"Aku ni takpe kalau tak makan. Banyak lemak lagi. Kalau kau tak makan, nak tinggal apa? Rangka?"

"Aku makanlah tadi." Nafisah beria membuatkan sandwich tuna kegemarannya buat sarapan sarapan pagi. Susut juga bungkusan roti di bilik mereka. Untung ada kawan sebilik yang prihatin dan baik seperti Nafisah.

"Semalam Amir cari kau."

"Ya?" Mata Akma membulat. "Dia nak apa? Nak kena penumbuk aku?"

"Entah. Bila tanya, senyap je mamat tu." Shahrul mengangkat bahunya. Kertas nota pensyarah diselak ke belakang apabila skrin layar menayangkan slide yang seterusnya.

"Ada la tu mulut becok dia nak perli aku. Dalam dunia ni dia je yang maksum. Harapnya macam tu lah. Entah-entah dekat belakang aku, dia tidur dengan perempuan." Biji matanya terguling ke atas tanda menyampah. Jari meluncur ke tepi bagi mengalih slide dalam Ipadnya.

Akma anak orang kaya. Shahrul pula hanya orang biasa-biasa. Dia tidak mampu untuk memiliki gadget canggih seperti Akma. Setiap hari harus berentap dengan printer yang terkadang suka mencari gaduh hingga lewat malam.

"Jangan benci sangat, nanti tersuka."

"Suka?" Akma berdecit. Wajah Amir dicari mata hitamnya. Nak tengok rupa lelaki yang maksum bakal ahli syurga itu. Kepala berkopiah adalah sasarannya. Pasti itu milik Amir Farhan. Lelaki nerd yang asyik mengambil tempat duduk paling hadapan di dalam dewan.

" Tengok tu dia tengah pandang sini," bisik Akma. Matanya kekal memandang wajah Amir dari belakang. Jangan ingat yang dia akan alihkan mata kerana ketakutan.

Amir juga tidak puas hati dengan kerlingan Akma.

"Amir Farhan, kenapa pandang belakang? Saya mengajar dekat depan ni," tegur pensyarah lelaki itu. Dia berhenti mengajar gara-gara perbuatan Amir yang berpaling lama darinya.

Akma ketawa jahat di belakang. Nak pandang sangat. Biar teleng terus kepala tu.

Senyuman nipis terbit di bibir Shahrul. Rasa cemburu itu ada tiap kali Akma menyebut nama Amir. Takut perasaan benci Akma akan beralih kepada cinta suatu hari nanti. Tiadalah ruang lagi buat dirinya jika nak dibandingkan dengan Amir. Amir itu budak serba pandai dan lengkap dengan agama.

"Sherry, kau termenung apa?" Kekura tangan Shahrul dicucuk Akma dengan Apple pennya tiga kali.

"Takde apa," dalih Shahrul. Dia menjatuhkan pandangan pada kertas notanya.

"Dakwat printer kau ada lagi?" Muka surat seterusnya kelihatan sudah pudar tulisannya. Akma menjongketkan kening.

"Nak habis dah. Nantilah aku beli," senyumnya. Akma masih prihatin perihalnya. Seorang lelaki yang lembut di kaca mata semua orang.

"Kau ni ada masalah ke? Mak kau sakit?" Akma menongkatkan dagu.

"Takde apa. Dah... Fokus apa pensyarah kata. Nanti kena repeat pula."

Lirikan mata teralih ke hadapan.

"Kalian perlu bentuk kumpulan yang terdiri daripada empat orang. Kumpulan ini akan dikekalkan hingga ke hujung semester. Setiap tugasan akan diberi kepada kumpulan yang sama. Jadi, presentation pun muka yang sama lah. Nak saya tentukan ahli atau kamu nak pilih sendiri?" Doktor Syafik menyoal.

" Pilih sendiri!" Itu dia laungan daripada Akma.

Pelajar lain turut memberikan pendapat yang sama. Kepala menoleh ke kiri dan kanan bagi mencari ahli kumpulan.

" Tapi saya rasa elok kalau saya yang pilih," senyum Doktor Syafik. Dia suka melihat semangat pelajarnya bagi membentuk kumpulan.

"Kalau kamu pilih sendiri, tak berkembanglah kenalan. Lagipun kita masih minggu awal pembelajaran, kelas ni pula ada hampir 200 orang. Apa kata kamu cuba berkenalan dengan kumpulan yang bakal saya berikan," sambung pensyarah itu.

Berkerut-kerut wajah Akma tidak puas hati. Firasatnya tidak baik. Dalam 200 orang, janganlah namanya disekalikan dengan Amir Farhan.

" Saya dah buat senarai nama semalam. Boleh check email masing-masing."

Dengan pantas, Akma memeriksa portal laman sesawang kolej. Nama dan kata kunci dimasukkan dengan peuh debaran. Peti masuk email ada satu notifikasi dari subjek Bahasa Melayu Kerjaya yang diambil semester ini.

" Akma... Akma... "

" Kita satu kumpulan," bilang Shahrul.

"Fuhh..." Dada diurut lega. Dia tersenyum sinis memandang kepala berkopiah di hadapan sana.

"Amir pun satu kumpulan dengan kita," sambung Shahrul.

"Apa?" Mata Akma membulat. Pandangannya berbalas dengan Amir.

Pasti Amir tahu yang mereka telah dijodohkan satu kumpulan hingga ke hujung semester buat subjek Bahasa Melayu Kerjaya.

"Bagus sangat. Sekumpulan dengan budak maksum." Pelipisnya diurut. Pening.

"Bahasa Melayu je pun. Kelas lain dia tak sama dengan kita. Kita je budak statistik dalam kelas ni."

"Oh ya? Bagus!"

"Kau suka air terjun?"

"Suka. Kenapa?" Perhatian Akma berjaya teralih dari terus memikirkan Amir Farhan.

"Hujung bulan ni ada kem dekat air terjun Panching, Pahang," ujar Shahrul. Kegemaran Akma ialah alam semulajadi. Selain kerap ke pantai, dia juga suka ke tasik bandar. Cuma untuk ke air terjun tidak berkesempatan lagi kerana di situ tiada air terjun yang terdekat.

"Pahang yang banyak hutan tu? Menarik..." Akma terkelip-kelip teruja.

"Tak takut kena culik dengan bunian?"

"Manusia pun tak nak culik aku," geleng Akma. "Tapi best juga kan masuk alam lain?"

"Tinggal sorang-sorang dekat pantai pun nak menangis. Ada hati nak- Aw, sakitlah." Bahu segera diusap.

Tamparan Akma menyinggah bahu lelaki itu. "Suka lekehkan aku lagi?"

"Tampar la tampar. Tangan aku juga yang bawa kereta kalau kau nak ke mana-mana."

"Ungkitlah lagi. Biar mulut tu senget kena strok."

"Sanggup kau doakan aku macam tu?"

"Nasiblah," jelir Akma. Dia tertawa halus dengan wajah cemberut Shahrul.

***

Keputusan kehamilan ditatap lama. Positif.

Biji mata Nafisah membulat terkejut. Lama dia duduk di mangkuk tandas duduk itu untuk berfikir seketika. Nafas halus dihembus.

Lelaki itu harus dihubungi bagi mengkhabarkan soal ini. Mereka perlu membuat pengesahan di klinik dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.

Langkahnya dibawa keluar. Alat uji kehamilan digenggam erat. Janganlah rahimnya dihuni satu benih kerana pengajiannya masih berbaki tiga semester. Setahun lebih lagi dia harus tinggal di hostel ini.

Tangannya menongkat kepala. Mata melihat kalendar di atas meja belajar. Diselak kalendar itu ke belakang. Sebulan sudah haid terakhir didatangi. Maknanya kandungan di dalam perut telah berusia sebulan sejak menjalinkan hubungan dengan lelaki itu.

Masuk bulan ketiga dan keempat, perutnya akan memboyot ke depan. Termenunglah si gadis melihat perut kempis sendiri.

"Assalamualaikum."

Cepat-cepat alat itu dibuang ke dalam tong sampah kecil di hujung kaki.

"Waalaikumsalam, Akma." Nafisah membalas dengan senyuman.

"Nak tahu tak?" Tiba-tiba dia  melangkah merapati Nafisah setelah pintu dikatup rapat. Wajahnya teruja untuk mengkhabarkan sesuatu.

"Nak," angguk Nafisah.

"Hujung bulan ni ada kem. Kau nak pergi? Sebab aku suka sangat pergi kem. Kalau aku pergi, nanti kau tidur sorang-sorang pula. Ikutlah sekali ya?"

"Eh, tak apalah. Saya okay je sorang-sorang dalam bilik. Kalau awak suka, pergilah. Saya tak biasa sangat dengan aktiviti outdoor." Tambahan pula dia sedang membawa satu nyawa dalam diam.

"Betul ni?" Akma memencilkan mata.

"Iya, betul. Awak pergi tak lama, kan?"

"Ada la dalam tiga hari. Baru ingat nak ajak kau sekali." Akma merundum sedih. Dia tidak mempunyai kawan untuk aktiviti lasak sebegitu. Rata-rata rakan perempuan bidang statistik hanya tahu melaram sahaja.

"Saya bukan jenis yang suka tidur dalam khemah. Nanti rasa melekit badan kalau tak mandi dekat bilik air. Kalau kem kan tak ada masa sangat nak menyiapkan diri. Mandi pun dalam lima minit je."

"Nampaklah rupa ni macam tak main panas je. Tahu duduk terperap dalam bilik, mungkin?" Jarinya membentuk bingkai gambar lalu dibawa ke hadapan wajah Sayyidah Nafisah.

Nafisah tersengih sendiri hingga menampakkan barisan giginya yang teratur. "Saya tak sukalah lasak-lasak."

"Ikut kau lah. Aku nak tanya something... Pasal haid aku. Kau tengah sibuk ke?" Akma berjalan ke katilnya lalu meletakkan beg sandang ke atas meja belajar. Tudung pemberian Akma telah menjadi kegemarannya untuk dipakai seharian.

"Tak pun. Kenapa dengan haid awak?"

"Aku dah hari ke 17 pun asyik keluar darah." Dia menggaru hujung keningnya yang tidak gatal. Tika Nafisah menggerakkan dia untuk solat subuh tempoh hari memanglah darahnya tiada. Ingatkah sudah suci namun selang beberapa hari haidnya datang lagi. Kali ini sudah melepasi hari ke-17. Ilmunya yang cetek tak mampu menjawab persoalan sendiri.

"Kalau dah melebihi tempoh 15 hari, hari seterusnya dikira darah istihadah. Awak kena mandi wajib dan solat seperti biasa bermula dua hari lepas. Tetapi... Awak kena pastikan darah itu dicuci dan tukar pad setiap kali masuk waktu solat. Bila dah ambil wuduk tak boleh lewat-lewatkan, kena segerakan solat."

"Susahnya..." keluh Akma. "Apa lagi yang aku kena buat kalau nak solat ni?"

"Satu wuduk hanya sah untuk satu solat fardhu."

"Mana kau belajar? Aku tak ingat pun sekolah kafa ada ajar." Sangsi Akma dibuatnya.

"Saya belajar dengan ustazah. Memang zaman sekolah diajar permukaan sahaja, bila nak amalkan pun ada yang tak lengkap sebab kita ini jahil. Jadi bila dah dewasa kenalah belajar sukatan ilmu yang selayaknya untuk diamalkan. Penting tau belajar pasal haid ni sebab berkait rapat dengan amal ibadah kita... Sah atau tidak solat... Yang mana kena ganti. Macam tu lah. "

" Hm... Jadi dua hari yang lalu sepatutnya aku mandi wajib? "

" Ya." Nafisah mengambil buku nota dan sebatang pen lalu dia berlabuh di sebelah Akma setelah diminta izin.

Nafisah mula melakarkan satu garisan yang mempunai jejari penanda hari pertama hingga ke-17. Gadis bertudung litup itu mengangkat wajah dan memandang Akma. "Tapi adakah 15 hari awak datang darah dikira haid semuanya?"

"Haid la, kan? Sebab haid kan memang maksimum 15 hari?"

"Tak juga. Sini saya tolong awak tengok balik."

Akma menggaru kepalanya. Pening.

"Antara hari pertama hingga ke-15, warna darah awak sama je ke? Atau awak ada nampak dua warna berbeza." Nafisah memulakan soal jawabnya.

"Ada..." Mata yang bulat dikecilkan. Pelipisnya diketuk-ketuk bagi mengingati warna darah sendiri.

"Hari pertama hingga ke sembilan warna dia merah pekat nak kehitaman... Tapi warna lepas tu merah cair sampai sekarang," bilang Akma.

"Makanya..." Nafisah menarik pennya. Hari pertama hingga ke sembilan ditanda dengan lorekan pen hitam. "Ini adalah hari awak haid. Selebihnya ialah istihadah."

"Apa?" Akma terkejut sendiri. "Aku ganti solat yang aku dah tinggal sejak hari ke sembilan?"

"Iya, awak. Tak apa. Awak ganti perlahan-lahan." Senyum rakannya.

Rahang Akma hampir tercabut. Lama tu. Hampir lapan hari dia telah tinggalkan solat dengan kejahilannya.

"Nanti saya bagi ya nota fiqh haid mazhab syafie. Nanti awak baca. Kalau ada lagi daurah fiq haid, kita pergi sama-sama. Dekat sana awak boleh tanya macam-macam."

"Okaylah, terima kasih." Mata Akma terpejam. Badannya direbahkan ke atas katil.

8 x 5 = 40

40 waktu solat yang harus diqada'kan. MasyaAllah, Akma. Lelah nak lawan dengan nafsu tidur nanti. Wajah diraupnya.

***
vote x komen
***
nak nota haid Nafisah? Ada dekat bab seterusnya tau!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro