8: Dari Mata Rosaknya Hati

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Badrul melajukan langkah ke sebuah bilik. Diketuk daun pintu beberapa kali. Bilik itu berada di aras yang sama dengannya. Apabila ditolak pintu, rakannya sedang duduk di meja belajar.

"Han, boleh aku masuk?" Kepala terjengul melihat Han.

Anggukan yang diberikan membuatkan Badrul melangkah ke bilik lelaki itu.

"Tengah buat apa?" soal Badrul

"Takde apa."

Skrin komputer riba kosong sahaja dengan gambar skrin layar. Langkahnya dibawa lebih dekat untuk memerhatikan sesuatu yang disorok Han tika kehadirannya.

"Kenapa datang sini?" Han tidak selesa dengan kehadiran Badrul. Hairan lelaki ketua aras itu hadir tanpa angin dan ribut. Ketua aras merangkap abang naqibnya.

"Aku dapat aduan yang kau layan web porno," tanpa berselindung Badrul menyatakan hasrat.

"Siapa report?" Han sedikit terkejut. Niat untuk melayan satu video pada petang itu terbantut.

"Aku kan naqib kau. Janganlah terkejut." Badrul tersenyum nipis. Dia terduduk di birai katil bersemi rasa kecewa di hati. Han tidak hadir ke majlid ilmu fiqh solat tempoh hari. Bila diajak, hanya alasan demi alasan diberikan.

"Aku saja je tengok, bukannya aku buat zina pun." Skrin komputer riba terkatup rapat. Rimas dengan orang yang menjaga tepi kain.

"Seronok?"

"Ya. Dapat puaskan nafsu," jujur Han. Dengan melihat adegan maksiat nafsu serakahnya menjadi puas. Ketagihan melihat video lucah menjadi setiap hari tidak terkawal lagi.

"Kalau kau rasa takde tempat nak puaskan nafsu kau, kenapa tak kahwin je dengan makwe kau?"

Han menggeleng laju. "Gila apa? Aku baru 22 tahun. Bangun pun lambat, inikan pula nak jaga anak orang."

Jawapan itu membuatkan Badrul menarik nafas dalam. "Jadi kenapa kau ada makwe kalau takde niat pun nak kahwin?"

"Sebab aku tak nak rasa sunyi. At least adalah orang yang tanya makan minum aku. Ada tempat aku boleh cari perhatian. Kalau takde girlfriend, rasa tak up to date." Mata melihat kepingan polaroid yang terlekat pada dinding. Mila ada di situ di dalam gambar sedang tersenyum. Syamila binti Adnan, kekasihnya sejak dua tahun yang lalu.

"Dengan tengok video porno hari-hari, tak mustahil suatu hari nanti kau akan berzina dengan makwe kau. Jujurlah aku tanya, pernah tak kau tengok makwe kau dengan syahwat?"

Perbualan petang itu bukanlah kosong semata-mata.

"Pernah. Dia pakai baju elok, tapi aku boleh tengok dia seolah takde seurat benang dengan imaginasi aku. Malam-malam pun aku boleh terbayang dia berzina dengan aku." Han malas hendak berbahas isu itu. Isu itu hanyalah antara dia dan Allah. Tiada kaitan dengan Badrul Amin.

Kawan Mila tempoh hari, dia telah mencuba untuk lakukan sesuatu. Apabila kepala gadis itu bersandar pada bahunya, automatik nafsunya teransang dengan mudah. Bahananya satu penumbuk memakan dagu, padahal dia baru hanya membelai pipi gadis bertudung litup itu.

"Itulah yang akan membentuk minda kita kalau tengok video lucah hari-hari. Ada juga orang yang baca novel lucah, imaginasi dorang akan terbayang benda-benda ni. Kalau tengok otaku pula, ada yang tengok anime lucah dengan alasan itu bukan manusia. Sedangkan Allah menyuruh kita, lelaki beriman supaya menundukkan pandangan daripada perkara yang mendatangkan dosa. Tak kiralah kau tengok manusia atau anime, kedua-dua tu boleh meransang syahwat. Aku sendiri lelaki, jadi aku tahu macam mana lelaki berfikir. Dari mata, turun ke hati. Dari mata jugalah rosaknya hati. Hati ni kalau dah rosak, susah dah nak cari ganti."

Han tidak bersetuju. " Aku cuma tengok je. Salah? "

" Salah. Berdosa. "

" Kalau aku tengok dengan tujuan sains?"

Badrul menggeleng. "Jangan tegakkan benang yang basah. Aku pun belajar sains, tapi takde pula pensyarah suruh tengok cara orang berzina. Sebab itu satu maksiat terkutuk. Akhir hari nanti, kau hanya akan tengok perempuan sebagai alat untuk puaskan nafsu. Jadilah kelompok lelaki yang hanya melihat perempuan sebagai tempat puaskan nafsu. Tak kira adik perempuan atau ibu, mata mereka melihat perempuan atas dasar nafsu. Tengok perempuan berniqab berjubah pun nanti boleh naik syahwat. Sebab hati yang dah lama rosak."

Ada saja di akhbar harian menceritakan lelaki merogol nenek tua. Kanak-kanak sekolah rendah turut menjadi mangsa sasaran. Inilah yang paling digeruni. Lelaki yang dilihat sebagai seorang pelindung menjadi musuh dalam selimut.

"Cuba kau cakap macam mana aku nak puaskan nafsu aku kalau bukan macam ni? Pergi langgan GRO?"

"Berpuasalah. Sibukkan diri dengan perkara keagamaan."

"Kau cakap senanglah. Aku ni bukan kaki masjid macam kau."

"Ikutlah aku bila aku ajak pergi majlis ilmu. Tenangkan hati dekat sana. Biarlah kau tak faham apa pun, asalkan kau duduk dalam taman syurga. Dekat situ, hati yang kusut akan jadi tenang. Aku sedih kau tak datang hari tu-"

"Tak nak aku," potong Han. Lutut dipeluk, matanya menekur lantai.

"Aku tegur hari ni sebab aku sayang kau. Aku tak nak nanti kau terpesong jauh. Aku sayang kau sebagai kawan aku."

"Dah la, keluar."

"Ingat, mata ni ada dosanya. Bukan nafsu yang kawal kita tapi kita yang kawal dia dengan keimanan. Macam mana nak jadi orang beriman? Nanti datanglah cari aku lagi kalau kau berminat." Badrul bingkas berdiri. Dia beransur keluar bilik setelah berbual dengan anak usrahnya. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

Sejujurnya dia sendiri tak mahu jadi ketua naqib. Tetapi andai diberikan pada orang lain, takut ada yang membawa fahaman wahabi ke dalam usrah. Nampak berkopiah elok, padahal mengimani dengan akidah wahabi. Kerana itulah Badrul berdiri sebagai naqib.

"Bad," tegur Amir tika kaki melintasi bilik seterika.

"Dah habis kelas?" Badrul berhenti melangkah.

"Baru je. Ha, nama penuh budak tu Saidatul Akma." Baju yang siap digosok disangkutkan pada penyangkut. Nama itu pun diketahui hanya kerana senarai kumpulan Bahasa Melayu Kerjaya.

"Binti?"

"Nak melebih-lebih pula... Kau tengoklah sendiri." Amir menyerahkan telefon pintarnya pada tangan Badrul. Dia hendak menggosok baju yang lain pula. "Buka galleri, tengok folder screenshoot."

Deretan nama pelajar menjadi tatapan Badrul. Dia tidak berkelip pada satu nama.

"Dah? Puas?" soal Amir kembali. Lama pula Badrul memegang telefonnya.

"Dah. Terima kasih."

Itulah Akmanya.

"Aku tengok kau ni berminat sangat dengan dia. Kau suka dia ke?"

"Aku gerak dulu. Terima kasih tau." Bahu Amir Farhan ditepuknya sebelum beransur pergi.

***

Akma tidak berkelip melihat uraian rambut Nafisah yang panjangnya hampir mencecah paras punggung. Dia terpesona dengan rambut hitam berkilau itu.

"Aku ingat ke kau botak selama ni." Beg sandang diletakkan. Kakinya melipat bersila di atas lantai menghadap Nafisah.

Nafisah berkerut dan menggeleng kecil.

"Kau nak potong rambut ke?" soal Akma. Tudung dicampak ke tepi. Dia mahu melihat raut Nafisah tanpa tudung ini. Kali pertama Nafisah membuka tudung di dalam bilik.

Nafisah melihat gunting pada tangannya. "A ah."

"Janganlah. Sayang..." rayu Akma. Dia pula yang melebih-lebih. Gunting pada tangan Nafisah dirampas.

"Awak, saya nak gunting yang dekat sideburns je. Pulangkan balik."

"Oh, hehe." Akma tersengih.

Tingkah laku Nafisah yang mengukur bahagian yang hendak dipotong menggunakan benang menarik perhatian Akma. Tekun saja dia melihat.

Benang putih itu diletakkan pada tengah-tengah anak rambut di dahi lalu dibawa ke belakang telinga. " Awak, tolong sikatkan yang bawah benang ni ke bawah."

Akma akur sahaja. Benang itu membuat pembahagi menyerong dari tengah dahi ke belakang telinga. Bahagian rambut yang berada di bawah garisan benang disisir terjuntai keluar.

Kedua-dua belah sideburns diperlaku begitu. Kemudian, Nafisah mengambil gunting dan mula mengerat juntaian rambut sisinya hingga ke paras rahang.

"Kenapa kau potong?" soal Akma penuh tanda tanya. Helaian rambut yang jatuh dipandang sayu.

"Supaya nanti senang nak ambil wuduk," Nafisah tersenyum manis.

"Oh, ya?" Hujung kening yang tidak gatal digaru.

"Wuduk kan kita kena basuh seluruh muka. Bahagian pada sideburns ni juga perlu dibasahi air wuduk. Kalau rambut saya terikat, sideburns saya pun terikat ke atas sekali. Nanti tak kenalah air, kan? Tak sah pula wuduk nanti."

Wajah terpinga-pinga Akma memang begini. Rambut sendiri disentuh pula.

" Macam ni... Apa yang pernah saya belajar... Kita belajar had muka iaitu dari tempat tumbuh kebiasaan rambut ke dagu untuk panjang. Jika lebar pula dari anak telinga ke anak telinga. Kawasan ini wajib untuk dibasuh. Pada berbahasan sideburns, ulamak telah mengajarkan sampai had mana kita perlu basuh ketika berwuduk. Kaedahnya, kita ambil benang letakkan dekat tumbuh kebiasaan rambut dan sampaikan ke puncak telinga. Apa sahaja bulu-bulu atau bahagian yang pada bawah garisan benang tu maka wajib basuh kerana ia dikira muka."

"Kalau rambut aku ni?" Akma menjongketkan keningnya.

" Sini saya tengok." Nafisah merapati Akma. Tangannya khusyuk memisahkan bahagian yang perlu dikenakan air wuduk dan yang tidak perlu.

Saat itu Akma terdiam. Rasanya seperti dia sedang punyai kakak kandung. Bau losyen menusuk ke rongga. Nafisah gemar memakai losyen setiap hari, lain sangat nak dibandingkan dengan Akma.

"Awak nak saya guntingkan?" soal Nafisah.

Akma mengangguk. Buat beberapa detik, bunyi guntingan mengisi benak. Sideburnnya menjadi sedikit pendek dan sukar nak diikat ke belakang.

"Nafisah, aku peliklah..."

"Kenapa?" Rambut-rambut itu disatukan di atas surat khabar dan dibungkus.

"Dulu aku ada juga kakak naqibah. Tapi dia sibuk nak suruh solat dhuha lah... Qiamulail, baca quran 1 juzu' setiap hari dan macam-macam lagi. Tapi bila aku satu usrah dengan kau, kau takde pun bagi tugasan macam tu," jujur Akma. Nak suruh dia baca Al-Quran 1 juzu' setiap hari, sampai hujung semester pun dia akan cari jalan untuk mengelat.

"Sebab... Saya nak kita sudahkan yang wajib dahulu. Tu semua kan sunat?" jawab Nafisah.

"Wajib?"

"Ya, sayang. Tak semua orang tahu cara solat yang sempurna lagi. Sebab tulah saya nak anak-anak usrah saya pergi belajar dahulu. Buat apa saya suruh orang baca 1 juzu' al-Quran kalau bacaan al-Fatihah dia dalam solat pun tak betul lagi. Yang paling afdhal ialah kita sempurnakan yang wajib dahulu. Contohnya perbaiki bacaan Al-Fatihah, belajar wuduk yang sempurna... Sebab inilah yang akan menjadi asas seseorang muslim. "

" Aku suka macam ni daripada orang desak aku suruh solat dhuha setiap hari. "

" Dhuha itu banyak fadhilatnya. Tapi buat masa ni kita belajar solat lima waktu yang sempurna dulu. Ada orang tak tahu rukun solat, dia main je solat dengan niat asalkan solat. Tak nak lah macam tu. Kita kena beramal dengan ilmu yang betul. " Tangan Akma dipegangnya.

" Terima kasih." Akma tersenyum sekali. Hatinya terasa makin dekat dengan Islam dengan cara yang lembut begini. Memang ada orang mampu untuk solat Dhuha setiap hari, namun keimanannya tak setinggi mereka. Solat lima waktu pun tunggang langgang dan harus diperbaiki.

***
votexkomen
***

Semoga bermanfaat buku ni!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro