BAB 26

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Ketukan bertalu pada pintu hanya aku biarkan menyapa halwa telinga ku. Bukannya aku tak tahu siapakah gerangan yang berada di luar sana. Tak lain dan tak bukan pasti si Mina itu, kawan aku sejak sekolah menengah.

"Sara!!!" laungnya apabil pintu rumah terbuka. Lagak suaranya seakan terkejut melihat keberadaan aku di situ.

Tanpa salam ataupun apa, Mina terus menyerbu masuk ke rumah dan mengambil tempat bersebelahan ku. Tindakannya itu sedikit sebanyak mengganggu perhatian aku untuk seketika. Tak senang aku mahu menonton program kecantikan yang sedang bersiar di kaca tv.

"Aphal kau ni?" soalku bila lihat tindakan Mina yang sudah membelek seluruh tubuh aku.

Tangan aku diangkatnya, wajah aku dibeleknya dan tak terkecuali juga kakiku. Terus aku menepis lembut tangan Mina yang seakan-akan orang sawan minta pelempang. Nasib baik kawan, kalau tidak sudah singgah setepek ke pipi merahnya itu.

"Mana kau pergi semalam? Risau aku tunggu kau tahu tak.. Tak balik, balik!" gerutu Mina dalam nada risau. Jelas wajah resahnya terpampang.

Kali ini aku sudah mengetap bibir. Tak mungkin. Takkan mungkin aku akan ceritakan segala pahit dan perit yang aku lalui semalam.

Dari hampir menjadi mangsa rogol Firzan sampai lah aku tahu bahawa aku sekarang sudah bergelar isteri kepada seorang lelaki yang kini sudah menempah nama di dunia industri. Aku yakin yang Mina takkan percayakan cerita karut ku itu. Yurp, tersangatlah karut.

"Aku jumpa kawan lama aku semalam." beritahuku dalam nada cuba aku spontankan.

Dahi Mina sudah berkerut. "Kawan kau?"

Laju aku menganggukkan kepala. Sempat aku larikan pandangan aku daripada bertemu sepasang mata Mina dan aku pasti yang aku akan pecahkan rahsia kalau mata aku dan mata Mina bersua. Itu adalah pasti.

"Kawan aku masa diploma dulu." aku jawab dengan tenang.

"Then? Kenapa kau tak balik rumah?" soal Mina sudah mulai hairan.

Aku menarik nafas dalam. Akhirnya, aku beranikan diriku menentang mata Mina. Percaya diri, Sara. Kau kena pandang mata Mina supaya dia takkan curigakan apa-apa daripada kau. Bisikku cuba menyemangatkan diri sendiri.

"Kau faham sendiri kan.. Kalau dah jumpa kawan lama, mana nak reti balik dah. Dia ajak aku duduk rumah dia semalam. Bangun-bangun aje, dah terlajak siang jadi aku pun.. tak pergi kerja." spontan aku menyusun ayat pembohongan ku.

Wajah Mina masih tak berubah. Ada perasaan was-was pada riaknya untuk percayakan aku. Walaupun agak cuak juga bila wajah Mina itu menyapa, jadi aku berlagak selamba. Ingat! Yang penting selamba.

"Apsal kau tak call aku?" soal Mina lagi seakan-akan detektif muda yang diberi amanah untuk ambil tahu butiran hidup aku. Pfft..

"Phone aku habis bateri." balasku spontan.

Dan, akhirnya Mina mengangguk perlahan. Wajahnya dipaling menghadap ke arah televisyen yang masih terpasang. Remote control yang ada di sebelahku dicapainya lalu satu persatu saluran tv ditukar nya.

Aku disebelah Mina sudah melepas kan nafas lega. Phuh.. nasib baik Mina tak banyak tanya banyak benda tadi. Kalau tidak.. gagap aku nak menjawab.

"Tak kisahlah apa yang jadi pada kau semalam tapi yang penting kau sihat walafiat kat sini. Itu yang aku nak dengar." ujar Mina sambil menikmati cikedis yang aku buka.

Aku tidak menyahut kata-kata Mina. Aku juga turut sama beralih menonton televisyen yang sedang memaparkan iklan Dunkin Donut. Cikedis yang aku buka juga, aku turut nikmati.

"Kau tahu tak semua orang risau fasal kau. Aku ingat kau pergi mana lah, kena culik ke.. kena rompak ke? Risau aku." tutur Mina dalam nada yang terselit kesal.

Entah kenapa aku rasa bersalah pula bila Mina katakan begitu. Sebagai seorang sahabat, dia memang banyak fikirkan fasal keadaan aku berbanding keadaan dirinya sendiri. Mungkin, kerana itulah aku teramat sayangkan Mina.

"Aku minta maaf. Sorrylah, Mina sebab buat kau risau." ujarku sudah serba salah.

Mina sekadar menarik senyum nipis. "Tak apalah weiyh. Aku tak kisah pun. Apa yang penting sekarang, kau selamat sampai rumah. Itu aje." balas Mina ikhlas. Bahuku diurut nya.

Habis sahaja iklan bertayang, drama lakonan Ryle memenuhi ruangan tv. Serentak itu, aku terimbau kenangan semalam. Huh!! Detik-detik aku lari kan diri bersama Ryle sampailah ke waktu pernikahan kami. Aku sudah ketap bibir.

"Handsomenya Ryle. Comel!!" puji Mina tatkala wajah Ryle bertayang di kaca tv.

Aksi gediknya itu buatkan aku rasa menyampah. Wajah Ryle dalam tv aku pandang rasa benci. Teringat pula aku pada kata-kata Aini yang mengatakan Ryle fitnah aku ada buat sesuatu dengannya?!! Huh!!!

"Huh, bukan bagus sangat pun lelaki itu." spontan ayat perli itu aku hamburkan dengan wajah tak puas hati.

Mina yang mendnegar perlian aku terus menoleh ke arah aku yang sudah pandang tajam ke arah tv. "Pfft.. kau, kalau nak benci dia boleh tapi jangan perli. Dia baik tau!" Mina sudah berdiri di pihak Ryle.

Aku sudah mencebik. "Baik. Apa guna depan tv aje, baik tapi belakang perangai macam huh!!" aku masih memuntahkan sindiran ku.

Dahi Mina sudah berkerut. "Kau ni bercakap macam dah pernah jumpa dia depan mata pula. Hello, Sara.. Kalau jadi haters tu, mulut sopan sikit okay?!" Mina sudah lantang membela artis kesayangannya.

Oops, aku lupa. Mina akan berpaling tadah daripada aku hanya disebab kan seorang artis itu. Yurp, artis yang sudah sah menjadi suami aku itu. Erk!
...
Mimpi malam tadi benar-benar mengganggu tidur lenanya. Sudah dua hari rasanya mimpi itu menghantui Ryle sehinggakan Ryle rasakan masih rasakan mimpi itu benar-benar berlaku.

Dia termimpikan dia dalam sebuah rumah yang besar bersama seorang perempuan dan juga dua orang anak lelaki. Wajah kanak-kanak lelaki itu memang tak ubah seperti wajahnya namun riak wajahnya sedikit comel. Mereka berlari sakan dalam rumah itu.

Yang sadisnya itu, Ryle tersenyum tengok budak itu berlari. Apakah? Apa yang seronoknya tengok kanak- kanak ribena berlari?

"Abang, kita akan besarkan diorang sama-sama. Hmm.." ujar gadis itu sambil kemas menggenggam tangan Ryle. Ryle pula membiarkan.

Gadis itu tak semena-mena melentok kan kepalanya ke dada Ryle. Sekali lagi, Ryle sekdar membiarkan. Dia masih leka seronok melihat 'anak-anak' nya itu berlari sakan.

Erk?!!!

"Woi?!!!"

Sentakan suara garau itu terus menghancurkan lamhnan panjang Ryle. Nasib baik Ryle bukan nya jenis yang kuat melatah jadi dia terkejut tapi gaya cool gitu. Sentakan Afzal itu bukan pada suara sahaja, malah lelaki itu juga turut sama menghentak meja.

"Diamlah, sengal.." spontan ayat pedas itu meniti dari mulut Ryle.

Kata-kata Ryle itu bukannya mengundang rasa marah dalam diri Afzal malah lelaki itu sambut hinaan Ryle itu sebagai suatu bahan yang boleh dibawa ketawa.

Tempat duduk kosong bersebelahan Ryle, didudukinya. "Sengal terus kau panggil aku? Hm.. nampak sangat termenungkan masa depan kan?!" Afzal buat tebakan.

Ryle sekadar mencebik tak minat. Terus dia alihkan perhatiannya memandang ke arah buku skrip yang sedari tadi dipegangnya tapi langsung tak dibelek.

"Kau tak payah sibuk."mendatar Ryle bagi amaran. Matanya membelek buku skrip depan matanya.

Afzal sekadar menganggukkan kepala. Dia faham sangat dengan Huzryle Khairyl ini. Kalau mendatar aje nadanya itu, memang ada benda lah yang sahabat nya itu simpan. Telepati sahabat, selalu mengena.

"Kau ada problem ke?" soal Afzal acah ambil berat sikit. Tunjuk sikit kebergunaannya sebagai sahabat sikit. Hehe..

"Tak ada." balas Ryle ringkas. Nada nya seperti tiada apa-apa yang berlaku dalam hidupnya.

Afzal gigit bibir. Menyesal pula rasa nya dia berlagak ambil berat fasal hidup Ryle. Bukannya dia tak tahu yang Ryle ini memang jenis tak suka kongsi masalah. Huh, lupa pula fasal hal itu.

"Fine. Hmm.. aku datang sini pun sebab nak beritahu kau something. Tiga minggu depan, kau ada rancangan bercuti dengan Astro Ria." ujar Afzal tidak mahu panjang kan topik tentang masalah Ryle itu.

Kali ini kata-kata Afzal berjaya memancing minat Ryle. "Maksud kau, rancnagan 'Jom Bercuti Bersama' itu ke?" duga Ryle cuba memastikan.

Serentak itu, Afzal bertepuk tangan menandakan jawapan Ryle itu memang betul belaka. "Ya, rancangan itulah. Kau nak tak? Kalau kau nak, aku boleh proceed." beritahu Afzal sudah teruja.

Ryle sudah berkira. Memandangkan sekarang dia perlukan ruang untuk berehat jadi, Ryle sudah mulai buat pertimbangan.

"Kat mana?" soal Ryle ingin tahu.

"Katanya Sydney."ujar Afzal dalam nada fifty-fifty.

Ryle menganggukkan kepala. "Kalau macam itu, aku akan terima pelawaan itu." jawab Ryle sudah buat kata putus.

"Baik bos!" Afzal buat tabik askar. Kononnya, pekerja beretika lah itu. Pfft..
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro