Bab 28

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tidurku malam itu serba tak lena. Pusing kiri tak senang, pusing kiri pun sama. Akhirnya, aku beralah. Terus aku bangun daripada baring ku. Kenapa dengan kau ni Aysara?!! Kenapa wajah encik Ilham itu aje yang asyik terbayang dalam kepala kau ni?!!

"Ini anak saya, Ilham. Memandangkan tiga minggu lagi, saya tak ada di cafe jadi dia bakal mengambil alih tugas saya sepanjang keberadaan saya di luar negeri. Tolong beri kerjasama yang baik kepada dia, ya." ujar Encik Nordin memperkenalkan lelaki itu kepada semua staf di dapur.

Lelaki itu memberikan tundukan lalu senyum manisnya menghiasi. Melihat kan senyumannya, entah kenapa.. aku rasa cair semacam. Serious, tergugat iman aku bila nampak dia senyum!

"Sila beri tunjuk ajar pada saya. Saya masih baru dalam hal pengurusan ni." tutur lelaki itu merendah diri.

Satu persatu wajah kami dipandang nya sehinggalah akhirnya mata aku dan matanya bertemu. Terpaku aku di situ. Senyumannya makin lebar apabila melihat aku.

"Saya harap cik Sara pun sudi bantu saya waktu itu." ujarnya memandang ke arah aku.

Sudi, encik Ilham! Saya sudi asalkan saya dapat berdamping dengan encik Ilham. Sekejap pun tak apa, asalkan saya dapat tengok encik Ilham depan mata!! Aku sudah mulai buat imaginasi melangit.

Bagi aku, encik Ilham itu memang seorang lelaki yang sempurna. Bukan setakat fizikalnya sahaja yang menawan malah mutu sikapnya yang merendah diri dan baik tutur bicaranya itu juga buatkan gadis yang memandangnya juga turut terpseona. Salah seorang gadis itu semestinya aku!

Sedang aku leka termenung sambil tersengih-sengih sendiri, aku langsung tidak menyedari kehadiran Mina ke dalam bilikku. Lampu bilikku dibukanya.

Mina sudah pandang hairan apabila melihat aku yang sedari tadi tak berhenti tersengih. Punggungnya sudah dilabuhkan di birai katil bujang   namun riak aku yang masih termenung sakan itu seperti tidak sedar bahawa ada dia di situ.

"Woi!!!" spontan suara serak-serak basah Mina mematikan keamanan dalam bilik aku.

Terkejut beruk aku dibuatnya. Nafasku yang tadinya teratur terus turun naik, jantungku pula sudah hebat berdegup laju. Semuanya gara-gara kesengalan Mina yang suka mengejutkan aku tak kena masa dan tak kena waktu.

Melihatkan reaksi aku itu, spontan tawa Mina berhamburan. Suka betul dia apabila melihat aku terkejut begitu. Tak guna betul!!! Dia ketawa kan aku siap peluk perut lagi itu. Aku di sebelahnya sudah mengacip gigi menahan geram. Siapa aje yang suka kalau diri sendiri kena gelak dengan member?

"Kau ni apahal, hah?!! Masuk-masuk tak bagi salam lepas itu suka hati kau aje kejutkan aku macam itu?! Sukalah kau, tengok aku mati mengejut kat sini?!" gertakku dalam nada marah.

Mina masih galak mentertawakan  aku. Bunyinya juga seakan-akan tiada tanda mahu redha. Gamak betul dia bila berjaya kenakan aku. Dasar, member tak berhati perut..!!

"Heiyh, aku cakap salam okay. Kau itu aje yang dreamnight over sangat. Nampak itu? Langsung tak perasan yang aku bagi salam." balas Mina apabila tawanya serba sedikit semakin redha.

Aku tidak membalas. Mungkinlah kot.. Hmm, salah kau juga Sara. Kalau kau alert dengan salam yang Mina bagi tadi, confirm kau tak kena bahan dengan dia kaw-kaw macam ni. Phuh..

"Hmm.. apsal kau datang semak dalam bilik aku ni?" terus aku beralih ke topik lain apabila merasakan diri ini malas mahu bahaskan benda yang merapu.

Perempuan ni lain macam sikit. Benda remeh pun boleh jadi topik serius kalau dibahaskan dengan lebih dalam dan terperinci. Contoh yang paling dekat sekarang ini adalah topik bagi salam.

Terus Mina mengukir senyum menyeringai. Telefon pintar jenama iPhonenya tak semena-mena ditayangkan kepada aku. Aku sudah berkerut dahi dengan tindakan Mina itu. Sesekali aku belek skrin telefon nya untuk mencari jawapan.

"Apa ni?" soalku masih tak faham.

"Aku dah calonkan nama kita untuk tersenarai dalam peminat bertuah yang akan pergi bercuti dengan Ryle itu~~."kata-kata Mina berjaya buat kan aku ternganga habis.

Hilang kata aku dibuatnya bila gadis itu kata begitu. "Apa maksud kau dengan kita? K-kau calonkan nama aku?!!!" soalku dalam nada yang sedikit menggertak.

Kalau betullah telinga aku tak salah dengar dan apa yang Mina katakan itu semuanya berul belaka.. huh, aku takkan teragak-agak halau Mina dari rumah ni walaupun kenyataannya ini adalah rumah dia. Huh!!!! Suka hati dia aje nak masukkan nama aku macam itu aje! Kalau minat, minatlah seorang!! Janganlah nak libatkan aku pula!!!

Dengan rasa tak bersalahnya, Mina anggukkan kepala. "Yurp, aku calon kan nama kau sekali dalam ni."

"Weiyh?!! Apa kau ni?! Kenapa kau nak calonkan nama aku pula?!" gertakku dalam nada tak puas hati. Geram sangat-sangat.

Mina tersengih. "Kalau aku tak dapat tapi kau yang dapat. It's okay. Sekurang-kurangnya salah seorang daripada kita dapat pergi 'honeymoon' dengan Ryle!!" teruja Mina membayangkan perkara itu.

Aku sudah mendengus geram. "Huh, apa yang aku tahu.. kalau nama aku naik, aku cari kau dulu. Faham?!" ugutku dalam nada tak puas hati.

Mina angkat kening. Dia sudah pandang hairan dengan aku. "Chill lah, aku tak yakin yang nama kau akan naik. Kalau naik pun kau cakap aje lah kau ada hal time tu. Kan senang? Lepas itu, passlah benda itu kat aku. Dengan senang hatinya aku akan terima." ujar Mina dengan senyuman gembira.

Aku sudah mencebik. Hmm.. suka hati kaulah Mina. Yang penting, aku taknak jumpa dengan mamat itu! Taknak!!!
...
Selesai sahaja membayar tambang teksi, aku terus mengatur langkah menuju ke arah cafe. Dahiku mulai berkerut tatkala aku lihat ramai orang yang mengelilingi cafe tempat ku bekerja. Tak lupa juga teriakan para kaum hawa yang seperti histeria melihat hantu.

Di luar cafe juga aku lihat beberapa buah kereta jenama mewah terparkir di tempat parkir yang disediakan. Dan, itu menambahkan rasa ingin tahu aku tentang apa sebenarnya yang terjadi dalam cafe tersebut.

Aku masuk melalui pusuan ramai orang yang menghalang laluan pintu masuk aku menuju ke dalam cafe tersebut. Boleh tahan semak jugalah bila merempuh kerumunan orang ramai ini. Entah apalah yang diorang semua ni nak tengok sangat agak nya?

Encik Nordin keluarkan resipi baru minggu lepas pun tak seramai ni pun orang tengok. Hmm..

Masuk sahaja ke dalam cafe, aku lihat beberapa orang mengerumuni suatu rempat. Tak terkecuali tiga individu yang memang aku rapat dalam cafe ini; Julia, Mina dan Vivian. Lebar sahaja senyuman mereka aku lihat. Siap terloncat pula itu. Pfft.. tak sedar dengan umur.

"Sara.." seruan suara garau itu terus menarik perhatianku. Serta merta aku pusingkan badanku ke belakang di mana punca suara itu datang.

Terlihat kelibat Encik Nordin menghampiriku. Sesekali matanya mengerling ke arah kerumunan orang di suatu sudut. Bila lihat mata Encik Nordin ke situ, aku pun turut mengerling ke situ untuk seketika sebelum aku pandang encik Nordin semula.

"Kenapa ramai sangat orang ni, bos?" soalku mahu tahu.

"Ada orang buat shooting kat sini. Ramai itu sebab.."

Belum sempat Encik Nordin  menghabiskan bicara nya, ada seseorang menyeru dari arah belakang. Terus aku dan Encik Nordin menoleh ke arah kelibat seorang lelaki yang sedang menghampiri kami berdua. Dia seperti sedang memegang sesuatu dalam tangannya. Buku kot?!

"Ya, Dato'? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" soal Encik Nordin mulai berbasa basi.

Lelaki itu menarik senyum memandang Encik Nordin. Aku yang berdiri bersebelahan Encik Nordin turut membalas senyumannya. Sempat juga aku belek dia atas bawah. Nama saja Dato' tetapi pakaiannya tampak biasa.. mesti merendah diri orangnya ni, tebakku.

"Saya nak hired seorang pekerja awak untuk jadi pelakon tambahan sekejap. My actors busy pula tiba-tiba jadi kami tak cukup kaki tangan untuk ambil watak itu." ujar Dato' tersebut.

Selepas itu, matanya melirik ke arah aku. Dahinya berkerut. Tak semena- mena dia membelek aku atas bawah sebelum dagunya disapu perlahan. Aku sudah rasa tak selesa bila lelaki tua itu buat begitu.

"Pekerja awak ke Nordin?" soal nya masih membelekku.

Encik Nordin menoleh ke arahku. Setelah itu, matanya memandang ke arah lelaki tersebut. "Betul, Dato' Irman. Ini pekerja saya, Sara." sempat dia perkenalkan aku pada lelaki itu.

Dato' Irman sekadar mengangguk kan kepala. "Awak nak ambil part dalam drama saya tak? Kerja awak tak susah.. awak cuma jadi pelayan dalam 1 scene aje then done. Gaji awak kami akan bagi cash hari ni." tawarnya dalam nada terdesak.

Aku sudah tergamam. Apakah? Nak berlakon pula dah?! Berlakon itu means.. muka aku kena masuk tv kan?! Uhuks.. no way!!

"Tak apalah, dato'. Saya nak buat kerja saya aje. Hm.. kawan-kawan saya yang lain ada. Kalau dato' nak, saya boleh panggilkan diorang." aku sudah mulai berbasa basi.

"Dato'.. kita dah boleh start shoot." laung seorang lelaki dari tempat penggambaran.

Lelaki itu sudah angkat tangan tanda okay. Wajah aku dipandangnya semula. "Tak ada masa dah. Saya nak awak ambil role ni. Okay?!" tanpa menunggu persetujuan aku, lelaki itu terus mengatur langkah meninggal kan aku terpinga-pinga.

Urgh! Kenapa hari ini nasib aku malang sangat?!
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro