BAB 36

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"So, akhirnya kita sampai juga kat Luna Park Sydney ini kan, Sara? Hmm.. Sara suka tak pergi tempat-tempat yang macam ni?"soal Ryle dengan senyuman lebar.

Bunyi bising roller coaster yang membingitkan telinga itu sedikit sebanyak buat aku rasa kecut perut. Ditambah lagi dengan laungan orang-orang yang ketakutan itu, makin meremang bulu roma aku dibuatnya. Dalam senyum palsu ku, aku alihkan semula mata ku memandang ke arah Ryle yang sedang menanti bicaraku.

"Suka-suka. Tapi, Sara takut naik rollercoaster itu." haih,tak fasal-fasal aku terpaksa jadi budak gedik yang nakkan si Ryle itu.

Semuanya gara-gara si Syukri tegur cara aku yang bercakap macam tak rela keluar dengan Ryle. Dia kata semangat aku itu tak ada dan buat rancangan bercuti dengan Ryle itu sedikit hambar. Eh, wait?!! Memang aku tak rela pun nak keluar dengan mamat itu. Kalau tak disebabkan taknak kena saman, jadi nak tak nak aku terpaksa juga ikut diorang.

"Sara kalau ya pun tak suka dengan Ryle, jangan tunjuk sangat. Kalau rating program ni jatuh, awak pun kena juga tau." pujuk Syukri apabila sudah hampir empat kali scene di opera house itu asyik gagal memuaskan hati Syukri.

Jadi nak tak nak, aku terpaksalah berlakon jadi budak gedik yang desperate sangat nak keluar dengan Ryle. Kalau Syukri suruh lompat-lompat manja, aku pun ikut. Kalau Syukri suruh buat muka comel pun aku ikut. Huh, tak sangka jadi pelakon ni memenatkan diri sendiri. Haih, tersangatlah palsu dan aku langsung tak suka!

"Sara selalu ke naik roller coaster? Kalau selalu, apa kata Sara teman Ryle main rollercoaster. Nak tak?!"ajak Ryle sudah teruja. Yurp, teruja mengenakan aku yang sudah telan liur.

Sengihan kerang aku tayang. Sempat ekor mataku mengerling ke arah kamera yang masih asyik merekod setiap perbuatan aku yang bakal ditayangkan di kaca televisyen seluruh rakyat Malaysia nanti. Erk? Dia ni...!!! Saja aje!!

"Erm.. taknaklah, Ryle. Sara takut. Tak apa, biar Ryle yang naik.. Sara tengok dari bawah aje." balasku tidak mahu nampak hambar.

Aku nampak sengih perli Ryle melirik. Kan dah kata, dia memang sengaja nak kenakan aku?!! Dasar lelaki tak guna!!

"Tak bestlah kalau naik sorang. Kalau Sara duduk sebelah Ryle mesti seronok. Jom!!" sorak Ryle dan terus berlari masuk ke dalam theme park itu.

"Sara, ikut Ryle lari sekali."bisik Syukri dari jauh.

Aku mengeluh dalam hati. Tak fasal-fasal aku jadi budak Ribena minta penampar. Dengan akurnya, muka bahagia aku tayangkan sambil kakiku ini berlari-lari anak membuntuti Ryle dari belakang.

"AND CUT!!!" laung Syukri menamatkan scene tersebut.

Ryle sudah galak ketawakan aku di depan manakala aku pula sudah memuncung di belakang. Ih, tak gunanya mamat itu. Sengaja dia nak kenakan aku. Kalau tak disebabkan keimanan aku yang masih tebal ini, dah lama aku sekeh kepala dia itu. Biar padan!!!

"Nice job,Sara. Nampak tak hambar sangat."puji Syukri sambil bertepuk tangan.

Aku sekadar menarik senyum nipis. Sesekali ekor mataku melirik ke arah rollercoaster yang jelas buatkan aku kecut perut. Huh, jangan cakap aku kena naik benda itu dengan Ryle?!! Weiyh, aku masih nak nikmati hidup aku lagi!! Tak puas..

"Saya kena naik benda itu ke ?"soalku sudah memandang ke arah Syukri yang sedang melihat rakaman scene tadi.

Syukri terus memandang ke arah aku. "Of courselah Sara kena naik. Since, Ryle dah cakap mesti semua orang nak tahu apa yang jadi kat korang berdua atas itu."beritahu Syukri.

Ryle menghampiri ku. Jelas wajah puasnya kerana berjaya mengenakan aku. Ish!! "Alah, relakslah. Setakat roller coaster pun nak kecut. Belum try benda lain lagi." pintas Ryle sengaja mahu mencari fasal.

Aku terus mengerling ke arah lelaki itu. Arghhhh!!! Ada tak sesiapa kat sini memiliki stapler? Aku rasa nak ketiplah mulut dia yang macam hareem itu!! Satu hari ini, kerja dia nak bahan aku aje? Dah puas hidup ke apa mamat ni?

"Kalau cut benda itu tak boleh ke?"aku sudah bagi cadangan.

Syukri sekadar menggelengkan kepala. "Nope. Kita kena shoot juga. Later, kitorang akan bagi kamera peribadi kat korang berdua. Sepanjang roller coaster,korang kena rekod." arah Syukri jelas. Muktamad saja keputusannya itu.

Ryle sudah ketawa kecil bila lihat muka cuak aku sudah bertayang. Hah!!!! Tak naklah macam ni! Kalau time naik rollercoaster itu, aku jatuh macam mana? Habislah aku. Aku sudah mulai overthinking. Cuak aku itu rasa macam nak menangis aje sekarang tapi memandangkan sekarang aku ni dengan lelaki jadi, aku tak boleh cengeng. Lagipun kalau aku nangis, Ryle mesti akan bahan aku.

Sepanjang dalam taman tema itu, banyak permainan yang aku dengan Ryle main dan kebanyakannya memang sengaja Ryle cadangkan untuk nak kenakan aku. Berapa kali aku meraung setiap kali main game cabut nyawa itu. Wargh!! Bencinya!!!

"So, lepas ni rollercoaster."teruja Ryle apabila sebut binatang yang seekor itu.

Aku yang sudah pening kepala kerana terlalu banyak menjerit hanya sekadar tarik sengih aje. Suka hatilah. Yang penting, balik hotel ini aku nak rehat. Bisikku dalam hati. Kepalaku yang sedikit sakit, aku urut perlahan. Hmm.. pening betul lah layan fake people ini!

Setelah lama menunggu, akhirnya tiba giliran kami menaiki rollercoaster. Aku sudah mulai rasa seram sejuk manakala Ryle pula sudah riang gembira kerana berjaya mengenakan aku. Tempat duduk kosong bersebelahan aku ditepuknya lalu senyum sinisnya melirik.

"Meh,duduk sebelah Ryle." ujarnya.

Aku menggeli dalam hati. Patutlah dia dapat award pelakon lelaki terbaik. Lakonannya memang mantap sampai tak ramai yang sedar sebenarnya niat dia itu sengaja nak memperdajalkan aku! Dengan sengih paksa, aku ambil tempat bersebelahan Ryle. Seorang lagi kru mengambil tempat di belakang kami berdua.

"Ryle jamin mesti Sara akan suka.Confirm!" ujarnya apabila rollercoaster itu mulai perlahan-lahan bergerak.

Aku pula di sebelahnya sudah kaku tak tahu nak buat apa. Tegang aje aku kat sebelah dia. Senyum aku pun nampak sangat tak ikhlasnya. Terus aku pandang Ryle sebelah aku. "Haha.. ha suka sangat." ayat skrip yang Syukri bagi itu aku tuturkan dalam nada tegang.

Ryle tersengih apabila memandang wajah kecut aku. Aku yang dah rasa macam orang tak bernyawa itu langsung tak perdulikan dia yang di sebelah aku. Tinggi!! Aku sudah pejam mata rapat bila rollercoaster itu menjunam turun ke bawah. Beberapa kali aku menjerit ketakutan. Ryle pula sudah galak bersorak gembira. Aku sudah minta nyawa lebih aje waktu itu. Tak kuat..

Setelah 3 minit menjerit sakan atas itu, akhirnya rollercoaster berhenti. Aku sudah pening lalat. Pandangan ku terasa berpusing-pusing ketika ini. Erk!! Nak muntah..

"Best tak Sara?"soal Ryle yang masih mengambil tempat di sebelah ku.

Sengih paksaku bertayang. "Erm.. best." ayat skrip untuk kesekian kalinya.

....

Wajah risau Ryle sudah bertayang sambil matanya tak henti-henti melilau ke bilik Aysara. Selesai sahaja menamatkan shoot, Aysara terus mengadu yang dia pening kepala. Semua orang dah gabrah semacam. Ryle pula tunjuk muka tak bersalah tapi dalam hati dia sudah cuak. Siapa tak risau kalau macam itu? Kalau mati macam mana?

Akhirnya Syukri bersama seorang doktor perempuan melangkah keluar dari bilik Aysara. Ryle yang masih menunggu di luar sudah mulai bergegas mendapatkan Syukri. Doktor perempuan yang berkulit cerah dan berambut blonde itu dipandangnya.

"How's about Sara condition? That she's fine?"soal Ryle tanpa menunggu bicara Syukri.

Doktor tersebut menarik senyum. "Yurp, she's fine but she need some rest. For now, don't let her to do anything."ujar doktor tersebut dengan slang tempatannya.

Syukri meminta salah satu kru yang ada untuk menemani doktor tersebut ke keretanya. Akur, salah seorang kru nya menuruti arahannya.

Akhirnya, hanya tinggal Ryle dan Syukri sahaja disitu. Wajah Syukri nampak tenang manakala Ryle pula sudah cuba untuk tenangkan diri walaupun sedikit. Lega juga dia bila dengar Aysara tak apa-apa. Kalau kena saman, hmm.. itu yang dia risau itu. Erm, ye ke hanya sekadar takut kena saman aje?!

"Kau pun pergilah rehat. Sara okey aje. Tadi, sempat dia bercakap dengan doktor itu. Hmm.. Esok dia still boleh shoot."ujar Syukri lalu menepuk bahu Ryle perlahan.

Ryle sekadar tarik sengih. "Aku risau juga tengok dia tadi. Hmm.. baguslah dia tak apa-apa sekarang ni."ucap Ryle dalam lega.

"Semua risau weiyh. Kalau Sara cedera, kitorang juga yang rugi. Bukan takut burukkan nama kitorang aje, takut juga nanti nak kena tanggung saman. Habis aku kena buang nanti. Kau faham kan industri kita sekarang macam mana kan? Benda kecil pun jadi besar." spontan Syukri meluahkan kerisauannya.

Ryle hanya menarik sengih. Nampak tak? Syukri memang jenis yang pentingkan diri. Dia nak selamatkan Aysara pun sebab nak selamatkan jawatan dia dalam syarikat penerbitan. Semuanya palsu belaka. Dunia memang tak sebersih mana pun sebenarnya. Hanya dipenuhi dengan manusia yang bertopeng.

...



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro