BAB 42

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Selesai sahaja mengemas meja makan pelanggan, aku terus membawa pinggan mangkuk kotor ke dapur. Setelah itu, aku keluar semula. Semenjak cuti lima hari ini, tiba-tiba pula aku rasa malas sangat nak bekerja. Haih, apalah nak jadi kat kau ni, Sara?!

"Weyhhh!!!" laungan kecil Julia sedikit sebanyak menyentakkan aku yang ketika itu baru sahaja mahu keluar dapur cafe.

Terus aku mengalihkan pandangan ku ke arah Julia yang sudah dikerumuni Vivian dan juga Mina. Mereka berdua pun tidak mahu ketinggalan dengan topik yang mahu Julia bawakan. Aku juga yang diserbu rasa ingin tahu juga turut mengatur langkah ke arah mereka bertiga.

Sempat juga mata aku meliar mencari kelibat Ilham. Takut-takut dia lalu lalang.

Owh, yurp!! Sepanjang minggu ni, Encik Nordin tidak ada kat cafe ni jadi Ilham mengambil alih tugas pengurus cafe ini buat sementara waktu. Boleh aku katakan Ilham ni sempoi saja handle cafe.

Kadang kalau dia tak ada kerja, dia juga akan pantau kami. Tapi pantaunya itu tak adalah se'strict' encik Nordin. Pantau nya itu sampai boleh ajak kami bergurau senda. Boleh tahan kelakar juga dia. Sudah lah kacak, kelakar pula itu. Ehemm..

"Apsal ni?"soalku sudah merapati Julia yang sedang melihat telefon nya. Mina dan Vivian juga tumpang sekaki mahu tahu apa sebenarnya yang terjadi.

Namun tak lama lepas itu, bibir mereka berdua melirik senyum teruja.

"Wah, episod percutian kau dengan Ryle dah ada iklan lah weiyh?! Lusa!!! Weiyh, tak sabarnya nak tengok!!!" sorakan gembira Vivian itu berjaya buatkan yang lain memandang ke arah kami berempat.

Aku yang terkejut gamaknya sudah buntang mata. Pandangan mata sekeliling langsung aku tak peduli. Sekarang ini, rasa terkejut aku lebih penting!

Ya Allah, malunya tengok muka sendiri dalam tv!

"Wah!! Aku jealous lah. Nak tengok tapi tak sanggup!! Mesti sweet habis kan?!"celah Julia sudah tayang muka kecewa.

Mina tarik sengih. "Korang jangan risau. Sara sendiri yang jamin episod itu takkan buat kita geli-geli. So, jangan nak jealous sangat, eiyh." ujar Mina sudah mulai rasa yakin.

"Tapi, korang terpaksa tengok aku gedik-gedik sikitlah. Tahan eiyh. Confirm ramai kecam aku lepas ni." aku sudah mulai fikir buruknya.

Bila kira-kira balik, boleh tahan banyak jugalah episod aku terkinja-kinja macam budak baru lepas telan pil riang. Gedik minta kaki pun ada. Hmm.. redha lah Sara.

"Kau gedik dengan Ryle ke?" Vivian pula buat muka was-was.

Aku tarik sengih kuda. "Kalau dah nama rancangan itu, rancangan bercuti dengan dia.. dengan dia lah aky menggedik. Haih, cuba logik sikit soalan." tebikku main loya buruk.

Aku fikir mereka akan sama berhuhu haha dengan aku tapi nampaknya aku silap, ketiga-tiga mereka tayang muka singa kelaparan. Yurp, perempuan kalau jealous lebih menyeramkan daripada singa betina kematian laki. Contoh terdekat, mereka bertiga.

"Kalau kau over dalam itu, aku taknak teman kau makan."ugut Vivian buat muka minta setepek.

Pfft..kisah?

"Alah, bukan aku pun yang nak menggedik dengan dia tapi si pengarah sementara kat situ yang suruh aku menggedik. Kalau aku tak menggedik, dia saman aku. So, daripada buang duit, lebih baik aku buang malu kan?!" ujarku spontan. Riakku sudah membela diri.

Ketiga-tiga mereka sama-sama mengangguk. Mungkin mereka juga bersetuju dengan pendapat aku.

"Tapi, gedik kau itu ada tak sampai sentuh dia ke apa?!"soal Julia masih was-was.

Aku pusingkan bola mata aku. "Aku kenal okey batas lelaki perempuan ni. Desperate sangat tu kalau nak sampai pegang lelaki yang ermm.. yalah, lelaki yang bukan mahram kita."di hujung ayat aku perlahan kan suara aku.

Bukan mahram?

Mina tayang muka puas hati begitu juga dengan Vivian dan Julia. Lega sikit hati aku.

"Baguslah kalau macam itu. Kalau tidak.." belum sempat Mina mahu menghabiskan bicaranya.

Ketiga-tiga kami terus tergamam apabila terlihat kelibat Ilham yang datang menghampiri. Buntang terus mata kami bertiga apabila Encik Boss sudah mari. Phuh.. merecik!

"Kalau tidak apa, Mina?" soalnya dalam nada bersahaja tapi pada pendengaran kami ianya cukup mengugut.

"Er.. bi-bila Encik Ilham da-datang ni? Kami tak nampak pun?!" Mina sudah buat coverline baik punya.

Aku dan yang lain sudah tarik sengih. Sempat juga mata aku mengerling ke arah pelanggan yang datang. Merea juga tidak mahu lepas melihat adegan pekerja dimarahi boss. Dasar pelanggan!

"Dah lama dah datang. Cuma tunggu korang berempat perasan aje. Uihh.. meriah betul gossip korang ni." sempat ayat perlinya dihamburkan.

"Ka-kami.. erm, er.."Julia cuba buat ayat kukuh namun ayat itu bagai tersekat di kerongkong.

Ilham sudah mula gelengkan kepala. Dia sudah berpeluk tubuh. "Saya lepaskan korang untuk kali ini tapi.. lepas ni, jangan harap." ujar Ilham bernada mendatar. Sempat matanya mengerling ke arah Mina yang sudah menikus depan matanya.

"Ha, Mina.. disebabkan awak ketua kepada pasukan bawang awak ni. Saya nak awak buatkan air untuk saya sekarang! Hantar ke pejabat saya. Saya bagi masa 10 minit aje!" arahnya sebelum berlalu meninggal kan kami berempat terpinga-pinga.

Mina sudah tayang muka cuak. "Weiyh, amenda ni?! Julia yang start kan dulu, aku pula yang kena!!! Isy, manalah aku reti buat air ni." tebik Mina sudah buat muka cemas.

"Alah, kau buat ajelah air apa yang kau suka. Asal dia dapat minum sudahlah." aku sudah bagi cadangan.

"Air apa yang kau reti buat?" soal Julia ingin tahu.

"Air te'o!" sebut Mina lantang. Kalau dah cuak macam itu lah jadinya, terkuat pula bagi jawapan.

Tak fasal-fasal Mina tunduk cara Jepun kepada para pelanggan yang hadir. Kelat aje muka dia itu.

"Cepat pergi buat air te'o!! Nyawa kitorang sekarang ni ada dalam tangan kau, Mina. Fighting!!!" seru Vivian sebagai pemangkin semangat.

Mina sudah tayang muka sebal. Tak fasal-fasal aku juga yang kena buat air! Huh!!
...
"Ryle, mama I dah minta you datang rumah.Since sekarang ni pun, I dah tak busy sangat, so can we proceed to our next stage?!" cadang Kuza mengambil tempat bersebelahan Ryle.

Ryle yang ketika itu sedang sibuk menyuapkan bubur ke mulut Puan Sri Maimon diam sejenak. Perlahan- lahan dia membantu nendanya itu untuk makan.

"You, dengar tak apa yang I cakap kan ni?"Kuza sudah melenting bila soalannya masih tak mendapat jawapan daripada Ryle.

Sempat juga matanya menjeling ke arah Puan Sri Maimon. Haih, entah bila orang tua itu mahu mati pun tak tahulah! Kuza bukan suka sangat jaga orang tua ni. Lagi-lagi orang tua yang cacat macam Puan Sri Maimon ni!

"I dengar. Wait, I nak suapkan nenda I makan sekejap. Later we will discuss about it." balas Ryle mengalihkan pandangannya ke arah Kuza yang sudah berpeluk tubuh.

Kuza sudah buat taktik. Mulutnya memuncung panjang. Ergh!!! Ini yang dia tak suka ni kalau Puan sri Maimon ada dalam perbincangan mereka berdua. Mesti Ryle lebihkan nendanya itu daripada Kuza. Huh!!

"You semenjak dua menjak ni dah macam tak kisah dengan I aje kan Ryle. Hmm.. you ni betul ke masih cintakan I?" Kuza sudah buka suara.

Ryle mengeluh perlahan. Bubur nasi yang tadinya dipegang diletakkan atas meja kopi. Susah betullah kalau nak pujuk perempuan ni. Huh..

Senyuman pendek Ryle ukirkan lalu pipi Kuza disentuhnya perlahan. Kuza masih buat muka monyok. Hmm, merajuk!

"Babe, siapa kata I tak sayangkan you? I sayangkan you tau. Tak ada perempuan lain yang dapat gantikan you dalam hati I. So, stop thinking like that." Ryle bagi amaran kecil.

"Kalau betul you sayangkan I, you takkan diam bila I tanya fasal our next stage kan?"

Ryle hanya ketap bibir. Serba salah dia mahu menjawab. Pelik. Selalunya dia yang teruja nak bincang fasal kahwin ni tapi hari ini, lain pula dia rasa. Entahlah, macam taknak discuss dulu fasal kahwin ni.

"You nak I jumpa parent you bila?" soal Ryle memandang wajah Kuza.

Senyuman Kuza bertambah mekar. "Lagi cepat lagi bagus. I nak lusa, you dah jumpa parent I!!" ujar Kuza sudah buat keputusan..

Ryle hanya menarik senyum nipis. "Okay babe. For you, I will do it." tutur Ryle dengan nada manis.

Terus Kuza melentokkan kepalanya pada bahu Ryle. Sempat ekor mata nya menjeling ke arah Puan Sri Maimon yang sudah beri pandangan tajam ke arahnya.

Sengihan sinis terukir di birai bibir nya. pfft.. lepas aku dapatkan Ryle, aku akan hapuskan dia pula...
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro