BAB 45

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Suasana lokasi shooting kali ini agak mendamaikan buat Ryle. Suasana taman yang sangat lenggang di pagi hari itu sedikit sebanyak buatkan fikiran Ryle yang kusut jadi tenang. Selesai saja membuat scene nya terus Ryle melabuhkan punggung nya di atas tempat duduk yang di sediakan di taman itu.

Sesekali matanya menjeling ke arah pelakon-pelakon yang masih membuat penggambaran tidak jauh dari tempatnya. Memandangkan scene pelakon lain masih panjang, jadi Ryle manfaatkan masa itu sebaik mungkin dengan duduk menenangkan diri buat seketika.

Udara pagi itu dihirupnya perlahan sambil telinganya menikmati muzik alam yang dimainkan oleh burung yang berkicauan. Yurp, terapi neutral seorang Huzryle Khairyl.

"Amboi, yoga ke?"teguran seseorang dari arah sisinya buatkan tumpuan Ryle untuk menenangkan diri jadi tergendala.

Terus matanya dialihkan memandang ke arah si empunya suara. Satu keluhan pendek dia lepaskan apabila melihat Afzal datang bersama plastik merahnya. Bau haruman roti canai menyapa batang hidungnya.

"Yoga dengan terapi pun kau tak tau beza ke? Kalau yoga badan aku melentik, kau nampak badan aku melentik ke sekarang ni?!" jawab Ryle dalam nada menjengkelkan.

Terus Afzal tarik sengih. Niat tadi nak ajak berhuhu-haha tapi nampak nya niat huhu hahanya itu dipandang serius oleh Ryle. Haih, susahlah dapat member kaki serius ni.

"Alah, kau ni pun macam tak pernah bergurau waktu pagi. Hmm.. ni aku ada bawakan roti canai baik punya dari mamak. Orang kata roti canai kat sini sedap. Itu aku nak pekena sekali itu." ujar Afzal lalu melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan Ryle.

Meja yang dipenuhi daun-daun kering itu dibersihkannya lalu plastik merah berisi roti canai itu diletakkan di atas meja.

Terus Afzal mengeluarkan roti canai telurnya. Mukanya yang tampak berselera itu hanya dipandang kosong oleh Ryle.

"Kau taknak makan ke, Ryle?" soal Afzal apabila merasakan dia saja yang gelojoh nak bersarapan sekarang ni.

"Kau beli roti canai apa untuk aku?"

"Macam selalulah. Roti canai sardin." balas Afzal yang sudah sibuk membuka ikatan kuah dal.

Ryle sekadar menganggukkan kepala. "Kau makanlah dulu. Aku kenyang lagi ni. Baru tibai nasi lemak sebelum syooting tadi." beritahu Ryle.

Afzal tidak menyahut. Rasa laparnya lebih penting daripada berita Ryle dah makan ke belum. Kalau pasal perut, masing-masing punya hal..

"Ha, Ryle. Dua bulan depan Osman Ali, pengarah telemovie itu ada tawar kan kau job untuk cerita dia. Kau nak tak?" soal Afzal sambil mulutnya masih leka mengunyah roti canai bersama kuah dal.

Ryle mengeluh perlahan. Terus wajah Afzal dipandangnya. "Aku rasa lepas ni kau dah boleh kosong kan kot semua jadual aku untuk dua bulan seterusnya." kecewa saja nada suara Ryle kali ini. Tak semangat.

Dahi Afzal sudah berkerut. "Apsal pula? Kau nak pergi holiday lagi ke?"

Ryle sekadar menggelengkan kepala. Senyum tipisnya terukir. Kelihatan riak beremosi bermain pada wajah tampan milik Ryle.

Kali ini, Afzal sedikit tergamam apabila dia dapat baca maksud tersirat daripada butir bicara Ryle. Riak wajah terkejutnya tidak dapat lagi disembunyikan.

"Kau still nak teruskan niat jadi CEO syarikat ke? Bukan waktu itu kau cakap kau nak minta tangguh sebulan lagi ke?" soal Afzal sedikit tersentak.

"Aku dah cakap dah tapi masalah nya diorang cakap kalau aku still minta tangguh, jawatan CEO itu akan kosong. Banyak projek diorang yang tergendala disebabkan tak ada orang atasan yang nak handle." ujar Ryle dalam lemah.

"Tak ada orang nak ganti buat sementara waktu ke?"

Ryle hanya gelengkan kepala sebagai tidak. "CEO yang kena pecat baru-baru inipun diorang cakap tak boleh harap. Semua kat situ minta aky yang jadi CEO since kau faham kan. Papa aku adalah CEO terbaik kat situ dulu dan diorang pun fikir, aku sama macam papa."

Kali ini sebuah anggukan kecil Afzal berikan. Sebenarnya banyak juga soalan yang dia nak tanya tapi memandangkan sekarang ni Ryle nampak sedikit beremosi jadi Afzal tak nak kacau mood kawannya yang seorang itu.

"So, bila kau nak beritahu ni pada peminat kau?" soal Afzal cuba beralih topik.

Ryle menarik nafas dalam. "Maybe lepas habis aje syooting untuk drama ni, kau dah boleh susun jadual untuk pertemuan aku dengan wartawan kot." Ryle bagi cadangan.

Afzal menganggukkan kepala. Nak tak nak, dia terpaksa ikut juga pada perintah Ryle yang satu itu. Setelah dua tahun berkecimpung dalam dunia hiburan, akhirnya Ryle buat keputusan untuk tinggalkan dunia glamornya itu. Afzal faham.

Sudah lama dia jadi kawan Ryle. Luar dalam Ryle dia tahu. Walaupun Ryle jenis perangai tak serupa bikin namun lelaki itu memang jenis dengar kata orang tuanya. Walaupun Ryle sudah kehilangan orang tuanya, namun dia masih rasakan tanggung jawabnya sebagai seorang anak. Itulah yang bagusnya Huzryle Khayril yang orang tak nampak.

Kerana tidak mahu terbawa emosi, Ryle akhirnya terus mencapai bungkusan roti canai sardinnya. Yurp, daripada dia fikirkan benda yang tak ada jalan penyelesaiannya, lebih baik dia makan, kan?!

Buka sahaja bungkusan, bau haruman roti canai sudah menyapa batang hidung Ryle. Sempat juga ekor mata Afzal melirik ke arah roti canai Ryle. Hmm.. nampak sedap.

Terus tangan Ryle mencarik roti canai tersebut lalu dicicahkan ke kuah dal. Baru kunyah sekali, Ryle sudah buat muka toya.

"Erk.. apsal kelat aje rasa ni. Tak serupa roti canai sardin langsung!" gertak Ryle yang sudah buat muka terpaksa telan roti canai yang dikata kan kelat itu.

Afzal kerut dahi. "Biar betik kau ni?! Meh sini aku rasa."

Terus Ryle menolak roti canai tersebut kepada Afzal. Wajah tak suka nya itu masih bertayang. Afzal cari sedikit lalu dicicahkan ke kuah dal sebelum dimasukkan ke dalam mulutnya. Dia sudah buat muka hairan.

"Okey aje aku rasa. Sedap pula itu. Haih, kau ni.. pelik aje, Ryle." Afzal sudah menebik.

Ryle masih tayang muka toya nya itu. Roti canai Afzal pula dicariknya lalu dicicahkan ke kuah dal. Ryle terus buat muka biasanya semula. Dia sudah berkerut.

Selalunya dia bukan penggemar roti canai telur tapi entah kenapa roti canai Afzal itu dia suka. Bau sardin pun buat dia rasa loya.

"Kau ambillah roti canai sardin itu. Kau bagi roti canai telur kat aku." Ryle sudah bagi cadangan.

Afzal sudah buat muka bila Ryle tayang muka innocent nya itu. Nasib baik, member. Kalau tidak, mau dihumban masuk tasik yang jaraknya hanya beberapa meter dari mereka berdua.

"Fine." Afzal mulai beralah.
...
Kepala aku yang sedikit sakit, aku urut perlahan. Tak semangat pula aku nak buat kerja hari ini. Sejak bangun pagi tadi, aku asyik tak henti-henti diserbu rasa sakit kepala. Buat kerja pun tak semangat macam selalu.

Huh, apa kena dengan aku ni?

Selesai sahaja menghantar makanan yang dipesan, aku terus bergerak ke arah kaunter di mana Vivian sedang berada. Sesekali kepalaku yang masih sakit aku urut perlahan. Hmm.. tak sukalah macam ini.

"Kau dah kenapa ni, Sara? Dari tadi aku tengok dok urut-urut kepala aje. Demam ke?"soal Vivian dalam nada risau.

Aku tarik nafas dalam. "Aku pun tak tahulah kenapa. Sejak bangun tidur tadi, asyik pening aje. Mungkin aku nak dekat demam kot." aku buat andaian.

Tak berlengah, Vivian terus menepek kan tangannya pada dahiku. Dahinya sudah berkerut.

"Tak panas pun. Hmm.. apa kata kau minta rehat dengan encik Ilham. Takut kau pengsan ke apa. Susah nanti." Vivian usul cadangan.

Aku mengeluh perlahan. Kalau boleh memang nak minta rehat pun tapi memandangkan hari ini, sudah dua kali aku minta rehat jadi aku rasa segan lah pula. Hmm.. mungkin pening biasa aje kot. Kot?

"Huaa...korang!!!" lantang suara Mina itu menganggu perbualan aku dengan Vivian. Mata kami berdua terus beralih ke arah Mina yang sudah tunjuk muka penat plus sebal.

"Apsal kau ni? Datang, datang terus melalak. Haih.." cebik Vivian.

Aku yang berdiri di pihak Vivian juga turut rasakan benda yang sama. Mina ni kalau sehari tak merengek memang tak sah. Sudahlah, aku tengah pening kepala sekarang ni. Hmm.

Mina masih tayang muka manjanya. Kesal pun ada juga. "Isy, aku tak suka betullah dengan Encik Ilham itu. Dia torture aku buat itu ini. Benci betullah. Benci, benci, benci!!!" gerutu Mina sudah menghentak-hentak kaki.

Aku yang masih mengurut kepala sudah saling berpandangan dengan Vivian. Senyum penuh tersirat kami terukir. Hmm.. dah ada tanda itu.

"Orang kata kalau ada lelaki kacau kita itu, maksudnya dia berkenan lah itu dengan kau." Vivian ujar pendapat.

Kali ini Mina buat muka tak puas hati. "Suka? Pfft.. kalau torture itu bukan suka, tapi.." belum sempat Mina menghabiskan bicaranya, terus deheman kecil dari belakangnya buatkan Mina kelu lidah.

"Kalau bukan suka, apa?" suara garau itu buatkan kami bertiga jadi kaku. Nak-nak lagi si Mina yang sedari tadi sibuk mengata belakang. Nasib kaulah Mina..

Perlahan-lahan Mina menoleh ke belakang dan dia mendapati kelibat Ilham di belakang. Telan liur Mina dibuatnya. Argh, sudah!! Sudah tak ada kata selamat lagi buat Mina. Gulp!!

"Eh, encik Ilham. Bila encik Ilham bertandang ni? Kata tadi nak keluar?!" Mina buat coverline. Sengih kambing ditayangnya. Paksa.

Ilham sekadar mengukir senyum nipis. Wajah Mina dipandangnya penuh makna sebelum akhirnya wajah kami berdua pula yang menyinggah matanya.

"Memang ingat nak keluar tadi tapi saya nak salah seorang dari kamu bertiga teman saya. Banyak barang yang saya nak kena beli ni. Kalau pergi berdua cepat sikit siap." ujar Ilham tak terlihat wajah marahnya.

"Mina boleh temankan Encik Ilham." Vivian terus usulkan nama Mina. Aku yang mendengar sudah tarik sengih bila tengok muka Mina yang sudah kecut.

Terus Ilham pandang wajah Mina. "Memandangkan tadi awak sempat nak buka gosip buruk fasal saya lebih baik awak ikut saya."

"Eh, tak boleh encik Ilham. Sekarang kan masa rehat saya? Kalau encik Ilham ajak saya keluar beli barang, saya boleh saman encik Ilham sebab kacau waktu rehat saya." lantang Mina menolak.

Ilham tarik sengih perli. "Berani ke awak saman saya, cik Mina?" nada nya seakan mengugut.

Mina sudah telan liur. Kasihan pula aku tengok si Mina ni. Kalau sehari tak kena usik dengan encik Ilham memang tak sah. Memang kalau lelaki dah suka, dia akan selalu sakat ke?!

"Tak apalah, encik Ilham. Biar saya yang teman encik." aku sudah pelawa diri.

Kedua-dua pasang mata Mina dan Ilham sudah pandang ke arah aku. Muka Mina jelas terpapar riak wajah terima kasih. Inilah sahabat dunia akhirat. Pfft..

"Kau bukan sakit kepala ke, Sara?" soal Vivian sudah risau.

Aku sekadar menggelengkan kepala. "Sakit kepala aku dah tak teruk mana dah. Boleh kot teman encik Ilham beli barang sikit." ujarku cuba mereda kan kerisauan Vivian.

Encik Ilham sekadar mengangguk kan kepala. "Kalau macam itu, jom kita pergi sekarang. Cepat kita pergi, cepat sikit kita balik." tutur lelaki itu perlahan.

Aku sekadar menganggukkan kepala.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro