BAB 55

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kereta jenama Audi yang dipandu olehnya berhenti tepat di hadapan rumahnya. Selesai mematikan enjin kereta, satu keluhan letih dilepaskan nya. Sehari suntuk ini, dia terpaksa temankan Kuza berbelanja sakan. Bagi tebus kesalahannya itu, terpak salah dia luangkan masa rehatnya hari ini semata-mata mahu bersama dengan Kuza.

Yurp, hanya itu sahaja yang mampu buatkan Kuza terpujuk. Nak tak nak, Ryle terpaksa turuti kehendak teman wanitanya itu. Kalau dah sayang, penat macam mana pun.. Ryle akan buat juga. Kalau tak sayang, memang dia akan melentinglah.

Sudahlah semalam, sehari suntuk dia terpaksa bersengkang mata menghayati skrip dramanya. Ryle memang jenis suka buat kerja yang terbaik untuk hasilkan sesuatu yang terbaik. Selagi dia rasakan dialog dan bicaranya tidak okay, maka Ryle akan cuba sampai dia dapat capai rentak dialog yang dia mahukan.

Setelah melepaskan lelah di dalam kereta, Ryle terus keluar dari perut kereta Audinya itu. Lampu ruang tamu yang maaih terpasang membuktikan masih ada manusia yang bersengkang mata dalam rumahnya. Senyumannya melirik. Itu pastinya Aysara.

Pintu rumah dibukanya mengguna kan kunci pendua. Buka sahaja pintu rumah, Ryle terdengar suara merdu mengisi keheningan ruang dalam rumahnya. Yurp, suara merdu yang sedang mengalunkan bacaan Al-Quran itu berjaya menjentik hati Ryle untuk menghayatinya dengan lebih dalam lagi.

Perlahan-lahan, Ryle mengunci pintu rumahnya. Dengan langkah penuh berhati-hati, diaturnya langkah merapati ruang tamu yang lampunya masih terang benderanh. Makin dekat dengan ruang tamu, bunyi alunan Al-Quran itu makin jelas menyerbu gegendang telinganya.

Ryle sudah ketap bibir. Terus mata nya melirik ke arah dua orang manusia yang sedang bertelekung di ruang tamu. Kedua-duanya adalah orang yang sangat di kenalinya.

Si gadis masih sibuk membacakan Al-Quran manakala gerangan nenda nya pula hanya tersenyum mendengarkan gerangan si gadis itu membaca Al-Quran. Lama Ryle berdiam. Entah kenapa, dia menghayati bacaan Aysara yang berjaya menusuk tangkai hatinya ketika itu.

Apa dah jadi pada kau ni, Ryle?! Huh, jangan.. jangan kau terpedaya dengan taktik perempuan itu!! Wake up, Ryle!!! Jangan termakan dengan semua ni...!!

"Ehem!"deheman kecil Ryle itu berjaya buatkan bacaan aku tadi mati.

Terus mataku menoleh ke arah Ryle yang sudah menyusun langkah kemas ke arah kami berdua. Puan Sri Maimon yang bertelekung juga turut memandang ke arah Ryle.

"En-Encik Ryle dah balik?" soalku sedikit terkedu melihat gerangan Ryle ada di situ.

Entah sejak bila pula dia balik pun, aku tak tahulah.

Dia mengerling ke arahku. Lelaki itu sudah berpeluk tubuh. "Hmm.. aku dah balik. Kau ada buat hal tak sepanjang jaga nenda aku?! Kau bagi nenda aku makan tak?! Kau dah mandi kan dia?"soal Ryle sudah membuat checklist satu persatu.

Aku pandang Ryle lalu senyuman nipis aku berikan padanya. "Saya dah buat apa yang encik Ryle suruh saya buat. Lagipun, Puan Sri tak banyak ulah pun." lapor ku sepanjang apa yang terjadi hari ini.

Ryle sekadar menganggukkan kepala. Sempat matanya menoleh ke arah Puan Sri Maimon yang sedang bertelekung. Atas bawah nendanya itu diperhatikan. Risau juga dia kalau ada luka penderaan ke apa.. Sebagai langkah berjaga-jagalah katakan.

Tak ada. Hmm.. langsung tak ada cacat cela. Malah senyuman yang menghias di bibir Puan Sri Maimon cukup membuktikan yang dia dijaga sangat rapi hari ini.

"Baguslah. Hmm.. kau dah boleh balik." arah Ryle sedikit bertegas. Wajah aku langsung tak dipandang nya.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Al-Quran yang berada dalam tanganku, aku letakkan semula ke tempat nya. Setelah itu, aku menghampiri Puan Sri Maimon yang masih bertelekung. Dengan penuh lembut, aku tanggalkan telekung nya itu. Tanpa aku sedar, Ryle perhatikan saja gelagat aku itu.

Selesai sahaja melipatkan telekung yang dipakai oleh Puan Sri Maimon, aku terus mencapai tangannya lalu aku kucup lembut.

"Saya balik dulu, puan Sri. Esok saya datang jumpa Puan Sri semula. Assalamualaikum." ucapku. Sempat dahi wanita itu aku kucup lembut.

Aku terus mengatur langkah ke arah bilik pembantu yang berada berhampiran dapur. Telekung yang aku pakai, aku ganti dengan tudung bawal. Setelah selesai memastikan semuanya dalam keadaan kemas, aku melangkah keluar dari bilik tersebut.

Sempat aku lihat kelibat Ryle yang sudah berdiri di sebelah Puan Sri Maimon. Langkah aku diperhatikan nya.

Akhirnya satu keluhan Ryle lepaskan. "Dah malam ini, kau yakin ke nak balik?" soal Ryle mendatar.

Aku ketap bibir. Terus aku menoleh ke arah Ryle. Sempat suasana gelap yang menyelubungi luar aku pandang. Huh!! Siapa aje yang tak takut kalau balik malam-malam macam ini?!

"Saya kena balik jugalah. Kalau saya tak balik, saya nak tinggal mana?" soalku sudah buat muka hairan.

Ryle mengeluh kecil. "Kau duduk aje kat sini. Dalam rumah ni banyak bilik. Kalau kau nak tumpang, aku boleh aje bagi." ujar Ryle perlahan.

Aku sudah terpinga. Erk, kenapa Ryle tiba-tiba berubah jadi caring ini?!
...
Jam yang sudah menuding angka 11 malam dipandang resah oleh Mina. Mundar-mandir dia apabila kelibat Aysara masih belum pulang ke rumah. Beberapa kali, nombor telefon Aysara dihubunginta namun masih tak mendapat jawapan.

"Haih, Aysara ni!!! Suka sangatlah buat aku risau. Ergh, kalau ya pun.. angkatlah phone itu." leter Mina sendirian.

Untuk kesekian kalinya, nombor telefon Aysara di hubunginya. Bunyi bip-bip yang menyapa halwa gegendang telinganya seakan memberikan harapan padanya. Macam ada peluang untuk panggilan nya kali ini mendapat jawapan.

"Mina!"

"Aysara!! Kau kat mana sekarang ni?! Kau kena culik ke?!! Apsal lambat sangat balik ni?!!"bertubi-tubi soalan dihamburkan Mina kepada Aysara. Punyalah risau dia bila tak dengar khabar kawannya yang seorang itu.

Di hujung talian, aku sekadar menarik senyum nipis. "Kau jangan risau. Aku okey aje. Tak kena culik atau apa. Sihat walafiat." balasku cuba meredhakan rasa resah Mina itu.

Mina menarik nafas lega. "Habis itu kau kat mana sekarang? Nak aku jemput tak?" soal Mina ingin tahu. Dia masih resah selagi tak dapat tahu keadaan kawan baiknya itu secara menyeluruh.

"Tak payahlah. Hmm.. sekarang, aku ada kat rumah Ryle. Dia bagi aku tidur dalam rumah dia sekejap." ujar ku cuba perlahankan suara ku. Takut-takut ada yang dengar pula. Bilik Ryle pun depan bilik aku aje sekarang ni.

Terkejut gamaknya bila Mina dapat tahu perkara itu. "What?!! Kau kat rumah Ryle sekarang?!"

Aku menganggukkan kepala. "Haah. Dia minta aku duduk dalam rumah ni sebab dia cakap dah malam."

"Omaigod, omaigod!!!! Sara.. itu petanda Sara!! Itu petanda...!!" kali ini nada Mina berubah teruja.

Dahi aku sudah berkerut. "Petanda? Petanda apa?!"

"Petanda yang Ryle dah start nak caring dengan kau!! Hmm.. bagus juga kau kerja dengan dia. Baru korang rapat sikit. Mungkin Tuhan sengaja rancang kau kerja dengan dia supaya korang jadi lebih rapat lagi kot."Mina sudah buat andaian.

Kali ini aku sedikit terkedu.

"Kau yakin ke dia caring fasal aku?" soal ku sudah berbelah bahagi.

Mina menganggukkan kepala di hujung talian seakan-akan mengiakan tebakannya yang satu itu. Senyumannya sudah meleret sampai ke telinga.

"Even Ryle itu macam masih tak dapat terima kau tapi aku rasa dia mula care fasal kau sebab kau mengandungkan anak dia sekarang ni. Mungkin bawaan budak kot yang buat dia macam itu. I don't know.." Mina sudah membuat penjelasan secara saintifik.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Perutku aku belai lembut. Tak semena-mena bibirku menguntum senyum nipis.

"Maksud kau.. anak aku dengan Ryle dah buat bonding?!" soalku cuba membuat kefahaman sendiri.

Mina terus menganggukkan kepala. "Maybe. Hmm.. lagipun anak mana yang nak tengok mak dengan ayah dia hidup tak sehaluan? Bagi aku lah, kau cubalah dapatkan hati Rylee itu. Even kau tak sukakan dia. Kau kena fikir fasal anak kau juga. Kau nak ke anak kau lahir tanpa ayah?!" kali ini kata-kata Mina berjaya buatkan aku termangu sendiri.

Lama aku terdiam. Hmm.. kalau boleh, aku memang nakkan anak aku hidup sempurna. Dapat kasih seorang ibu dan juga belaian manja daripada seorang ayah!

Sayang, ibu cuba.. okey?!
...


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro