BAB 69

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Filem Avengers yang bertayang di kaca televisyen aku pandang dengan fokus. Aku kalau bab filem aksi ni memang tak boleh dipisahkan. Sejak zaman Iron-Man sampailah ke siri Avengers yang terbaru ini memang aku akan follow. Kadang, sampai berharap aku boleh jadi salah satu anggotanya. Berangan di siang hari itu, perkara biasa.

"Tengok apa itu?" sapa seseorang dari belakang.

Terus hilang fokus aku apabila suara garau itu menyapa gegendang telingaku. Yurp, siapa aje yang ada suara garau dalam rumah ni kalau bukan dia.. Huzryle Khayril?!

Tanpa izin, Ryle terus melabuhkan punggungnya bersebelahanku. Terkedu aku dibuatnya. Walaupun wajahku tak menghadap Ryle namun aku sudah melirik batas jasad kami. Ryle sengaja mendekat, mahu merapatkan lagi 'halal gap' antara kami berdua.

Bila aku kesot ke tepi, Ryle juga turut menganjakkan punggungnya untuk mendekat. Beberapa kali juga aku buat begitu sehinggalah akhirnya aku buat keputusan untuk pergi dari situ.

Baru sahaja aku mahu bangun, Ryle terus menarik tanganku agak kuat menyebab kan aku hilang keseimbangan. Baru sahaja aku mahu jatuh terduduk, Ryle sudahpun menadahkan pehanya.

Tak semena-mena, aku jatuh terduduk atas riba lelaki itu. Bukan main gamak lagi terkejut aku waktu itu. Gulp! Duduk atas riba Ryle. Aku sudah panas pipi.

"Kan bagus macam itu, duduk elok-elok atas riba aku." tutur Ryle masih tak melepaskan tanganku.

Aku sudah mulai merona merah. Ni, kalau ibu nampak, mau malu tujuh keturunan aku dibuatnya! Isy, Ryle ni pun satu! Time ibu ada kt rumah jugalah dia nak menyakat!!

"Saya nak pergilah. Lepaslah.." bisik ku sudah cuba mahu meloloskan diri.

Namun, Ryle cuma pekakkan telinga nya sahaja. Dia melepaskan tangan ku lalu lembut tangannya melingkar memeluk pinggangku. Aku terpaku.

Aku dapat rasakan kepala Ryle menekur ke belakang badanku. Hembusan hangatnya menyapa kulit belakangku dan ia sangat menghangatkan ku.

"Aku minta maaf."bisiknya perlahan namun ia berjaya ditangkap oleh halwa telingaku.

Untuk seketika aku diam. Aku yang tadinya meronta akhirnya memati kan tindakan ku itu. Entah kenapa, aku beranikan diri menggenggam tangan Ryle.

Ryle dibelakangku sudah menunjuk kan reaksi tergamam bila tanganku menyentuh tangannya.

"Saya yang patut minta maaf."ucap ku perlahan.

"Aku.."

Belum sempat Ryle mahu membalas, sorakan ibu dari dapur buatkan kami terus bangun serentak. Bukan main gamak lagi kami berdiri. Bila tengok depan mata, confirm ramai yang gelak. Gelabah betul!

Ibu keluar dari dapur sambil membelek senarai barang dapur yang dia mahukan. Setelah itu, matanya beralih memandang kami berdua. Pelik bila tengok menantu dengan anak berdiri sambil tayang sengih kerang.

"Kenapa Sara dengan Ryle ni? Semangat betul bila ibu panggil." tebik ibu hairan. Yalah, selalunya aku lah yang paling luak nak dengar arahannya itu. Malas.

Aku masih tayang senyum kerang. "Tak adalah, ibu. Erm.. ibu suruh beli apa ni?"soalku mahu menepis andaian ibu.

Terus aku merapati ibu. Ryle pula masih berdiri tidak berganjak. Mata nya ralit memerhati aku dari belakang. Tiba-tiba senyum senget nya menyinggah.

"Ini, barang-barang yang ibu nak suruh kamu beli. Cepat pergi beli. Kalau tidak, lambat lauk ibu nak siap nanti." ujar ibu sambil menyerahkan senarai barang yang mahu dibeli.

Aku sambut huluran ibu itu. Untuk seketika, senarai barang itu aku belek.

"Kalau macam itu, Ryle temankan Sara sekalilah. Bolehlah sambil-sambil itu, Ryle makan angin kejap." celah Ryle sudah mengukir senyum mengharap.

"Ha, boleh juga itu. Kamu pun mesti bosan kan duduk dalam rumah aje, Ryle?" soal ibu mahu berdiri di pihak Ryle.

"Tak. Awak tak boleh pergi. Semua orang kampung tak tahu yang awak ada kat sini. Kalau orang nampak awak datang sini, saya takut masalah lain pula akan timbul. Tak apa. Saya pergi seorang." aku sudah berkeras mahu sendiri.

Ibu turut sama menganggukkan kepala. "Betul juga apa yang Sara kata itu, Ryle. Tak apalah, kamu teman ibu memasak aje. Semangat sikit ibu nak memasak kalau kamu ada." amboi, datang dah gatal ibu itu.

Ryle mengukir senyum hambar. Mata bundarnya memandang wajah ku. Terselit reaksi risau di wajahnya. "Kau yakin kau boleh pergi sendiri?" soal Ryle ingin tahu.

Aku tarik senyum nipis. "Awak jangan risaulah. Bukan sekali dua saya buat kerja ni. Hmm.. saya pergi dulu." ucapku lalu menyambar tudung sarung yang tergantung di pintu bilikku.

Setelah itu, aku melangkah keluar dari rumah. Sesekali aku pandang wajah risau Ryle. Senyuman ku meleret. Terharu pula bila dia ambil berat fasal aku.

"Ryle jangan risaulah. Sara itu memang rajin pergi kedai walaupun semua itu ibu yang paksa. Dia okey aje. Meh, tolong ibu kat dapur." ajuk ibu memandang ke arah Ryle.

Lelaki itu masih tayang muka risau nya. Terus wajah ibu dipandangnya. "Ibu, kalau Ryle ikut Sara boleh tak?"

"Kalau orang kampung tahu kamu ada kat sini, macam mana?" soal ibu sedikit resah tentang perkara itu.

"Ryle tahu nak handle benda itu, ibu. Erm, Ryle ikut Sara tau ibu." ujar Ryle lalu terus pergi menyiapkan dirinya.

Ibu yang melihat Ryle terkejar-kejar keluar dari rumah sambil memakai hoodie dan mask hanya mampu geleng kepala. Senyum manisnya meleret.

"Untung betul anak aku ni. Ada suami sayang dia. Sebiji betul macam arwah ayah Sara. Tak pernah tak sayang.."tutur ibu sendirian sebelum pergi ke dapur semula.

Macam mimpi pula, bermenantu kan artis kesayangan. Hmm.. Untung badan orang kata.
...
Entah kenapa, sedari tadi aku rasakan ada seseorang yang memerhati aku dari jauh. Sekali-sekala, perhatianku aku alihkan ke kiri, kanan depan dan juga belakang namun langsung tidak terlihat kelibat sesiapa di situ.

"Sara."

Pantas tangan kasar itu mencapai lengan tanganku lalu menarik tubuhku jauh dari pandangan umum.
Suasana yang ditumbuhi semak samun itu memang bukannya jalan selamat untuk pergi ke kedai runcit Pak Mustafa tetapi ianya adalah jalan singkat aku ke sana. Selalu juga aku ambil jalan itu untuk ke sana tetapi entah kenapa, ianya jadi tak selamat.

Bila aku lihat wajah Firzan depan mata. Terus aku berura-ura mahu melepaskan diri. Beberapa kali aku meronta minta dilepaskan namun Firzan makin erat memegang tanganku. Sakit.

"Lepaslah!!"aku sudah menjerit namun Firzan pantas menekup mulut ku.

"Aku dah cakap cara lembut. Kau taknak dengar. Bila aku guna cara kasar, baru kau nak merayu!" gertak nya. Nadanya memang tak waras.

Air mataku mengalir deras. Tangan ku cuba untuk melepaskan diri dari Firzan namun kekuatanku amatlah terhad. Aku hanya mampu merayu dalam tangis.

Senyuman Firzan meleret. Sangat sinis. Pipi aku dipegang nya lalu mulut nya sudah berura-ura mahu mengucup pipi ku.

"S*al!!!"

Satu tendangan padu berjaya mengena pinggang Firzan membuat kan tubuh lelaki itu jatuh tersungkur. Tubuhku juga hampir jatuh namun pantas ada tangan yang menarikku untuk jauh dari jasad Firzan.

Air mataku yang mengalir deras aku kesat. Aku pegang baju lelaki berhoodie itu. Rasa takut yang menguasai diriku benar-benar buat kan aku rasa lemah.

"Kau siapa nak kacau sweet time aku dengan girlfriend aku?! Kalau kau nak laukkan dia, janganlah sorang bro. Kongsi." serakah Firzan dengan sengih sinisnya.

Ryle yang mendengar kata-kata Firzan itu sudah panas hati. Baru sahaja Firzan mahu berdiri, satu sepakan berjaya mengena bawah dagu Firzan. Sekali lagi, Firzan tersungkur dan kali ini bibirnya pecah.

Kelihatan darah pekat membasahi luka nya itu.

"Kau siapa hah, s*al!!! Kalau berani, tunjuklah muka kau!" cabar Firzan masih berani bertentang mata dengan Ryle.

Ryle kacip gigi geram. Tak semena-mena tangannya menggenggam tanganku erat. "Kau yakin kau tak menyesal kalau dapat tahu aku siapa?" soalnya seperti mengugut.

Aku tergamam. Yurp, dari suara nya aku tahu siapa pemilik suara tersebut. Huh.. Ryle?!

Sengihan Firzan menyinis. Gigi nya yang berdarah bertayang. Sekali pandang, memang menyeramkan reaksi nya itu.

"Menyesal? Pfft.. buat apa nak menyesal tengok muka manusia yang bakal jadi mangsa tibai aku?" sinis Firzan menjawab.

Aku hanya mampu ketap bibir. Tangan Ryle aku genggam erat. Sesekali mataku menikus memandang wajah Firzan. Huh.. Kalau lah aku dapat bunuh dia, aku akan bunuh dia di situ juga! Lelaki tak guna!! Perosak kaum hawa!!

Di balik topeng mulutnya, Ryle tarik sengih. Perlahan-lahan, dia tanggal kan topeng mukanya lalu wajah nya disuakan memandang Firzan. Senyum sinisnya terukir.

Terlihat wajah cuak Firzan bertayang.

"Aku Ryle, suami dia.Huh?! Ooh.. Kaulah kan lelaki celaka yang kacau hidup aku dengan Sara? Berapa banyak kali lagi kau nak rosakkan hidup dia hah, s*al?!" gertak Ryle sambil langkahnya menghampiri Firzan perlahan.

Firzan mengundurkan tubuhnya ke belakang. Cuak dia bila Ryle makin mendekat.

"Aku buat semua itu sebab aku sayangkan dia. Sepatutnya dia jadi milik aku, bukannya kau!" balas Firzan masih mahu mengelak dari dekat daripada Ryle.

Ryle kacip gigi menahan geram. Terus tangannya menarik kolar baju Firzan. Tubuh Firzan terus berdiri menghadap Ryle. Wajah Ryle sudah membengis.

"Kalau kau sayangkan dia, kau takkan rosakkan dia lah, bodoh!!! Lelaki macam kau ni memang patut masuk kubur!"jerkah Ryle marah. Dua kali tumbukan dia berikan ke pipi Firzan sehinggalah tubuh Firzan jatuh ke tanah.

Baru sahaja Ryle mahu menyepak kepala Firzan, pantas aku melarang. Tubuh Ryle aku tarik. Risau pula kalau dia perhabiskan nyawa Firzan kat situ juga.

Erm, bukan risau kalau Firzan mati tapi aku risau kalau Ryle tamatkan riwayat Firzan, Ryle akan kena penangan penjara. Aku taknak benda itu jadi.

Tubuh sasa Ryle aku tarik meninggal kan Firzan di belakang. Ryle mendengus geram. Sempat kerlingan maut dia berikan sebelum akhirnya wajah aku dipandang nya. Mask mulutnya dipakai semula.

"Dia ada apa-apakan kau tak?!" soal Ryle dengan suara lembut.

Aku ketap bibir. Air mataku cuba aku tahan sambil pandangan ku aku tundukkan memandang lantai tar.  Dengan paksa, aku gelengkan kepala.

"Maafkan aku sebab lambat." ucap Ryle sedikit lirih.

Pandanganku terasa kabur. Akhir nya, air mataku mengalir deras. Huh.. Ryle selamatkan aku daripada Firzan.

Terima kasih, ucapku dalam hati.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro