BAB 73

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Selesai sahaja majlis itu, aku dan Ryle jalan bergandingan menuju ke arah kereta kami.

Entah kenapa, aku rasa lega sangat hari ini. Akhirnya, tiada lagi perkara yang menjadi rahsia. Semua fasal aku dan Ryle akhirnya terungkap.

Setelah Ryle menjawab bbeberapa soalan cepumas yang diberikan wartawan, aku rasa terharu. Semua jawapan itu aku rasakan memang datang daripada hatinya yang paling dalam. Tipulah kalau aku tak diterpa rasa sedih waktu itu? Rasa nak menangis aje bila dengar ayat sweet sawit yang  Ryle lontarkan pada media.

Dia jawab soalan itu dengan tenang dan senyuman yang terukir di birai bibirnya nampak bahagia. Tangan aku pun dia asyik pegang aje. Dia tak kisah pun orang nampak. Apa yang Ryle tahu dia nak orang nampak betapa sayangnya dia pada aku.

"Now, semuanya dah selesaikan Sara. We have a happy ending, today."ujar Ryle. Tangan gatalnya sudah meliar memeluk pinggangku.

Aku hanya menarik senyum nipis. Malu pula nak pandang muka Ryle. Tangan aku rajin membelai perutku yang sudah nampak buncitnya. Entah bilalah aku nak rasa baby bergerak-gerak agaknya?

Ryle yang melihat tindakan aku itu turut sama menggenggam tanganku yang menyentuh perut. Senyumannya terukir.

"Abang harap anak kita dapat membesar jadi orang yang lebih baik daripada abang." ujar Ryle dalam nada sedikit sebak.

Aku ketap bibir bila mendengar kata-katanya itu. Wajahnya aku pandang. "Abang janganlah cakap macam itu. Abang lah orang yang terbaik yang pernah datang dalam hidup saya. Mesti anak kita bangga dapat abang sebagai ayah."luahku sudah menyandarkan kepala ke lengan sasa milik Ryle.

Lelaki itu sekadar membiarkan sahaja. Tangan yang tadi memeluk pinggangku, Ryle alihkan. Kali ini bahuku dipeluknya sambil ubun kepalaku dikucupnya perlahan.

"Thanks sebab cakap macam itu. Abang harap dia banggalah dapat abang. Nanti kalau dia dah besar, abang nak suruh dia masuk teater."Ryle sudah luah angan-angannya.

Aku sudah menggelengkan kepala. "Nope! Sara nak dia main bola. Kalau dia masuk teater nanti, dia jadi tak macho."aku beri pendapat.

Ryle sudah buat muka tak puas hati acah-acah. Langkah kami mati lalu dia sudah bercekak pinggang persis makcik yang garang. Aku tersengih aje tengok perangainya itu.

"Habis, Sara nak cakap abang tak macho lah sebab abang budak teater? Sanggup cakap macam itu.."

Aku sudah geleng kepala. Haih, susah betullah tengok si para lelaki ini merajuk. Fakta terbaru, kaum Adam ni dipujuknya agak geli-geli sikit. Kena bermuqadimah cinta, belanja makan, belanja minum baru dia terpujuk. Lagi-lagi si Ryle ni. Mengada!

"Abang macho lah. Siapa cakap abang tak macho? Meh, Sara marah dia."sempat pula aku menyakat.

Ryle mencebik. "Suka macam itu. Dia yang cakap, dia pula yang tak mengaku." luah Ryle dalam nada tak puas hati.

Aku sudah pusing bola mata. Sabarkanlah hati hamba-Mu ni, Ya Allah. Bapak budak dah terbawa perangai budak ni kenapa? Lagi budak daripada perangai budak, aku rasa.

"Kalau ya pun nak drama, janganlah kat tempat parking. Pleaselah." teguran itu berjaya menjedakan 'teater kecil' kami berdua.

Aku dan Ryle sama-sama memandang ke arah punca suara tersebut. Aku lihat kelibat Ilham dan Mina jalan bergandingan menuju ke arah kami berdua. Ryle yang tadi kononnya merajuk terus mematikan lakonannya itu. Senyumannya menyinggah bila lihat Mina dan Ilham menghampiri.

"Aku ingat korang berdua dah balik? Tak nampak pun kelibat."sapa Ryle mesra.

Mina menggelengkan kepala. "Ada aje kat situ tapi tadi ada masalah sikit. Itu yang menghilang sekejap itu." balas Mina bersuara.

"Ni korang dah nak balik ke?"soalku ingin tahu.

"Haah, aku ada benda nak kena buat lepas ni."jawab Ilham pula.

"Sibuk nak buat preparation wedding lah itu."sempat Ryle menyakat.

Ilham dan Mina hanya tersenyum malu-malu kucing. Aku yang tengok merpati sejoli itu hanya  mampu tumpang gembira. Yurp, tak sangka Mina akhirnya dapat bahagia dengan pilihannya. Siapa yang tak gembira kan kawan baik sendiri bakal berkahwin?

"Thanks. Erm, by the way Ryle. Aku suka dengar cara kau jawab soalan diorang. Nampak betul karisma kau. Proud of you. Dah nampak dah masa depan syarikat ni. Confirm cerah." ujar Ilham sempat mengusik Ryle.

"Untunglah dia dapat suami yang bela dia. Erm, seronok betul aku tengok kau atas pentas itu, Sara. Dok senyum-senyum.." Mina pula sudah mulai mengusik aku.

Aku terus tampar tangan Mina. Tanpa aku sedar, kerongsang besar yang dipakainya tertanggal lalu jatuh ke tengah jalan. Mina sudah buat muka marah acah. Ingat aku takut.

"Kau ni, semenjak mengandung ni makin kuat pula aku rasa. Isy, pi ambik.." marah Mina acah-acah.

Aku sekadar mencebik. "Hek eleh, macam tak biasa pula dia."perliku.

Tidak menunggu masa yang lama, aku menyusun langkah ke tengah jalan. Kerongsang yang dipakai Mina aku ambil. Tanpa aku sedar, ada sebuah kereta meluncur laju menuju ke arahku. Tiada sebarang petanda yang dia akan berhenti.

Entah kenapa, kakiku terasa terpaku tatkala kereta itu laju menghala ke arahku. Aku dengar suara yang memanggil namaku namun disebabkan rasa debarku, aku langsung tak menoleh ke arah mereka. Makin mendekat kereta itu, aku lihat kelibat yang berada dalam kereta itu. Kuza!!!

"Sara!!!" sorak suara lantang itu sebelum menolak tubuh aku ke tepi.

Aku jatuh terduduk di atas jalan. Tergamam aku tatkala melihat apa yang terjadi depan mata aku. Jasad Mina dilanggar dan digilis oleh kereta itu depan mataku. Aku tersentak saat melihat jalan dihadapanku sudah penuh dengan darah.

"Sara.." itu sahaja ayat terakhir yang aku dengar keluar dari mulut Mina sebelum akhirnya matanya terpejam rapat.

Ryle mendapatkan aku manakala Ilham pula mendekati jasad Mina yang sudah tidak bernyawa di atas jalan. Aku nampak air mata jantannya mengalir deras. Jasad Mina dipangkunya dalam pelukan.

"Mina!!!"raungan jantan Ilham bergema. Nadanya merintih. Berkali-kali tubuh Mina digoyang kannya namun langsung tak mendapat sahutan daripada jasad Mina.

Air mataku mengalir deras. "Mi-Mina.."

...

Bibirnya sudah digigit. Kejadian tadi sedari tadi asyik menghantui fikirannya. Dia lihat jelas bagaimana tubuh Mina dilanggarnya depan mata sebelum kereta yang dipandunya menggilis jasad gadis itu. Kukunya sudah digigit. Perasaan resahnya mulai merasuk.

Kerana cemburu, dia panas hati melihat Aysara bersama Ryle. Gadis itu tak layak bersama Ryle. Entah jiwa siapa yang merasuknya, Kuza hilang warasnya. Bila rasa benci mulai bersekutu dengan rasa cemburu yang sudah bermaharajalela dalam jiwa, yurp.. Kuza pilih untuk jadi manusia yang sanggup lakukan apa sahaja demi cinta.

Dia fikir dia dapat bunuh Aysara namun dia silap. Orang lain yang dia mahu langgar, orang lain pula yang mendapat akibatnya. Tak semena-mena, Kuza mengusutkan rambutnya yang sudah didandannya itu.

"Huh?! S*al!! Sepatutnya perempuan itu yang mati!!!" Kuza sudah sumpah serapah dalam kereta.

Fokusnya pada jalan sudah mulai beralih. Fikirannya sedari tadi asyik teringat tentang kejadian tadi. Kuza sudah diterpa rasa gelabah. Rasa risaunya pula silih berganti.

"Apa yang kau dah buat ni, Kuza? Kau sedar tak yang kau dah bunuh orang?!" gertaknya pada diri sendiri.

Akal warasnya menerpa. Kuza ketap bibir. Peluh dingin sudah membasahi satu badannya. Akhirnya, air matanya mengalir deras. Rasa kesalnya bersarang dalam hati.

"Apa yang kau dah buat ni, Kuza?!  Apa yang kau dah buat ni, hah?!!!"berkali-kali dia tanyakan soalan itu pada dirinya sendiri.

Tanpa Kuza sedar, kereta yang dipandunya memasuki jalan bertentangan. Air matanya yang mengaburi pandangan buatkan fokusnya pada pemanduan mulai hilang. Air mata kesalnya deras mengalir.

Pon!!!!

Itulah hon kali terakhir yang Kuza dengar sebelum akhirnya kereta yang dipandunya dilanggar dari arah hadapan oleh sebuah kereta yang dipandu dari arah bertentangan. Beberapa kali keretanya berpusing sehinggalah kereta jenama BMW yang dinaikinya jatuh ke dalam gaung yang hanya dipagari besi pembahagi jalan.

Tubuhnya yang sudah berdarah menyukarkan pergerakan Kuza. Air mata kesalnya mengalir. Mulutnya sudah banyak memuntahkan darah pekat. Pandangannya terasa kabur. Rentak nafasnya juga makin kencang.

Dalam samar-samar, Kuza nampak kelibat Ryle yang sedang tersenyum memandang ke arahnya. Air mata Kuza berlinangan. Air mata bahagia.

"R-Ryle.."

Perlahan-lahan Kuza menutup mata. R-Ryle, jangan tinggalkan I..

...







Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro