BAB 8

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sepanjang perjalanan menuju ke rumah Mina, boleh tahan juga topik yang kami bualkan. Topik paling hot semestinya kejadian pelanggaran tadi antara aku dengan si mamat poyo itu. Kaw-kaw aku kutuk mamat itu belakang-belakang. Hope tersedak orang itu!

Motorsikal jenama Yamaha yang dinaiki oleh kami berdua akhirnya tiba di hadapan rumah apartment lima tingkat. Di sekitar apartment itu, aku lihat ada taman permainan di mana tempat untuk anak-anak bermain dan bersuka ria. Senyum ku simpul bila lihat suasana itu. Tersangatlah meriah dan tak adalah sunyi sangat.

"Sorrylah kalau kau tak selesa dengan rumah aku ni. Well, aku ni tak senang so mampu sewa rumah macam inilah." ujar Mina yang sudah berdiri di sebelahku. Tangannya pula sedang ralit menanggalkan topi keledar yang melindungi kepalanya.

Aku alihkan pandanganku padi Mina. Senyum sindir ku terukir. "Rumah ni lebih elok kalau nk compare dengan rumah kayu aku kat kampung itu. Haih, kau ni pun.. aku okay ajelah." ujarku sudah memeluk bahu Mina.

Gadis itu menarik senyum. Topi keledar yang sudah ditanggalkan dari kepala dikepitnya di celah tangan lalu tanpa menunggu masa yang lama, aku dan Mina saling bergandingan menuju ke arah tangga.

Mina kata rumahnya itu cuma lima tingkat jadi orang yang bina rumah ni nak jimatkan kos so dia lebih prefer untuk buat tangga daripada lif. Hmm.. lenguh jugalah aku nak memanjat tangga ni. Nasib baik rumah sewa si Mina ni tingkat dua jadi tak adalah lenguh mana.

Tiba sahaja di hadapan rumah sewa Mina, Mina terus membuka pintu rumahnya. Buka sahaja pintu, aku terpegun untuk sejenak. Tak sangka pula si Mina ni pandai menghias rumah, cantik.

"Inilah rumah aku. Kecil sikit tapi bolehlah untuk dua orang tinggal. Bilik aku sebelah bilik kau tau. Kat sana tu.." jari telunjuk Mina terus menghala ke salah sebuah pintu yang tertutup rapat.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Barang yang aku bawa terus aku angkat lalu aku bawa masuk. Langkah kakiku aku turutkan membuntuti Mina menuju ke arah bilik aku itu. Pintu bilik dibukanya dan ruang dalam bilik itu menyapa pandanganku.

Kecil tapi boleh tahan selesalah. Not so bad I think. Bolehlah untuk aku seorang.

"Ini bilik kau. Sebelum ini, ada kawan aku duduk sini tapi lepas dia berhenti kerja, terus bilik ni kosong. So, ini bilik kau sekarang. Sorrylah kalau kecil." ujar Mina dalam nada serba salah.

Aku melirik senyum. "Aku tak kisah pun. Asal ada bilik pun okay. Hmm.. kecil tapi selesa. Bolehlah ni untuk seorang." balasku cuba menyedap kan hati Mina.

Dia tersengih. Birai katil bujang itu didudukinya manakala aku pula sudah mulai duduk bersila di lantai mahu menyelongkar barang-barang yang ada dalam beg pakaian yang aku bawa. Tatkala aku mengeluar kan baju aku yang sudah kotor dengan air cappucino itu, Mina terus terjerit kecil.

Tergamam aku dibuatnya. Terus aku alihkan pandanganku ke arah Mina.

"Aphal?" soalku.

"Itu. Kenapa kotor sangat baju kau itu? Kalau ya pun tak rajin, hantarlah dobi.." balas Mina masih buat muka suspens. Matanya tak henti meralit baju kotor yang aku pegang itu.

Aku mengetap bibir. Baju kotor yang aku pegang tu terus aku bawa mendekati Mina.

"Kalau kau nak tahu, lelaki yang aku cerita kat kau itulah yang buat benda ni kat aku. Tengok ni. Habis kotor baju ni. Huh!!!! Tak guna betul. Sudahlah ni baju yang baru aku beli." aku sudah mulai buka cerita runtun jiwa.

Mina sekadar menganggukkan kepala. "Lelaki jenis apalah yang tak mengaku salah sendiri itu? Kalau dah buat salah tapi minta maaf tak apalah juga.. Ini, main lepas tangan aje. Aku pula yang rasa nak sepak mamat yang kau cakap itu." Mina sudah mulai berdiri di pihak aku.

"Kalau kau rasa nak sepak, aku pula rasa nak kerat. Huh!!! Lepas itu, ada hati pula itu dia nak saman aku.. tak guna." balasku sudah buat memek tak puas hati.

"Apa susah. Kalau dia saman kau, kau samanlah dia balik. Kan?" ujar Mina beri pendapat.

Aku mendiamkan diri. Tidak mengangguk tidak menggeleng. Memang senang kalau saman orang tapi susah kalau bukti itu tak ada. Hmm.. walaupun aku ada buat salah tadi tapi memandangkan kita seorang perempuan so, kita betul. Like others say, women always true.

"Malaslah aku nak saman orang ni. Tak ada kerja aku." spontan aku bagi jawapan.

Mina menarik sengih. Terus dia bangun dari katil. Jam tangan yang membaluti tangannya dibelek sejenak dan tak semena-mena bibir nya mengukir senyum teruja.

"Suka hati kaulah, Sara. Ermm... aku nak tengok drama Ryle ni. Kau nak join sekali tak?" soal Mina sudah memandang ke arahku.

Pfft.. aku ingat bila aku keluar rumah, artis itu takkan menghantui aku tapi nampaknya Mina pun minatkan artis itu. Huh!! Nasiblah. Aku pindah pun still dalam Malaysia so memang nama Ryle itu akan selalu ada di sekifar aku. Hmm.. lakonan pun bukan bagus sangat mamat tu, cebik ku dalam hati.

Aku menarik nafas dalam. Kakiku aku halakan ke arah beg pakaian ku yang masih terbuka. "Tak apalah. Aku tak berkenan lah nak tengok drama dia itu." balasku dengan nada selamba.

Terkejut Mina dibuatnya. "Seriouslah kau taknak tengok? Kau tak minat Ryle ke?"

"Isy, pleaselah.. daripada aku buang masa tengok manusia yang langsung tak ada kaitan dalam hidup aku, lebih baik aku lipat kain ni hah." tuturku yang sudah duduk bersila.

Mina mencebik. "Suka hati kaulah, Sara. Kalau nak tengok, cakap." ujar Mina sebelum jasadnya menghilang daripada pandangan mataku.

"Tak ada masa aku." balasku sebelum tanganku kembali melipat kain.

Yurp, daripada tengok si Ryle itu.. lebih baik aku lipat kain.
...
Telefon pintarku yang sedari tadi memekak minta diangkat, aku dekati. Sedikit sebanyak lagu 'Rindu Ibu' yang berkumandang di corong speaker itu menganggu kekhusyu kan solat Isyak yang aku lakukan sebentar tadi.

Nama yang tertera pada skrin telefon pintarku buatkan senyumanku menyungging. Haihlah, tak sampai satu hari.. ada orang dah rindu. Cuba bayangkan kalau setahun aku menjauh, haha.. mungkin kerinduan yang amat akan menanti.

"Assalamualaikum, Sara." ucapnya sebagai penghulur bicara.

Aku menarik senyum. Hmm.. sejujur nya aku pun rindu pada ibu walau pun tak sampai sehari aku jauh dari pada dia. Yurp, siapa yang tak rindu pada ibu sendiri kan? Insan yang banyak berkorban masa melahir, menjaga dan melayan karenah kita setiap masa?

"Waalaikummussalam, ibu. Haih, ibu ni.. tak sampai sehari Sara pergi, ibu dah rindu." aku cuba selitkan nada menyakat ibu.

"Hmm, mana tak rindu? Anak sendiri jauh dari ibu, memang ibu akan rindu lah. Kalau anak orang lain, mana tak nya ibu nak call. Ibu biar aje.." sempat pula ibu selitkan topik anak orang lain itu.

Aku menarik sengih. "Sara okey aje lah, bu. Dah selamat sampai kat rumah Mina, dia pun okey aje." ujar ku cuba meredakan gelisah ibu.

"Kamu dah tanya Mina kamu mula kerja bila? Jaga diri kamu itu baik-baik, Sara. Jangan lupa makan, jangan lupa solat.. Jangan keluar malam." sempat ibu beri peringatan kecil pada aku. Haha.. aku ni bukan nya kecil lagi sampai tak boleh fikir baik buruknya tapi tak apalah. Ibu risau sebab dia sayangkan aku, so.. dengarkan ajelah.

"Mina kata dia nak bawa Sara jumpa bos, esok. Kalau boleh, memang esok Sara nak start kerja. Hmm.. ibu ni. Ya, Sara takkan lupa." ujarku.

"Baguslah kalau macam itu. Kamu itu kerja elok-elok. Sekali-sekala itu balik kampung kalau cuti. Kalau ada apa-apa, beritahu ibu. Jangan diam kan aje." ibu sempat berleter untuk seminit dua.

Aku hanya senyum mendengar leteran ibu. "Okey, ibu. Sara dengar. Hmm.. ibu, Sara dah nak tidur ni. Sara tutup telefon dulu. Assalamualaikum." ucapku sudah mahu menutup bicara.

"Hmm.. yelah.Sebelum tidur itu, solat Isyak dulu. Waalaikummussalam." ucap ibu seraya itu menamatkan panggilan.

Satu keluhan pendek aku lepaskan. Tiba-tiba pula aku rindu rumah.
...
p/s》

Hye and Assalamualaikum guys. So, this is my new story. Masih baru dan masih tak menyentuh main idea lagi. Hmm.. lepas aje saya habis update 'Misi Memburu Suami' , saya ingat saya nak slow down sikit continue story sbb tetiba plk mood nak menulis itu down. InsyaAllah saya akan update story ni tpi bkn slalu maybe.

Thanks sbb baru buat cerita, ada yang dah baca. Thanks for those yang read dan vote. Saya tak mengharap pun story ni utk dpt sambutan hangat mcm 'Misi Memburu Suami' tapi saya harap akan ada yang enjoy.

Saya akan cuba untuk buat cerita ni looks interesting and fresh. So, setiap teguran dari segi tatabahasa, penggunaan BI dan juga some error yang saya pernah buat selama ni saya akan cuba reduce to make you guys feel comfortable. Hmm.. kalau saya terbuat salah itu, sorry okay. Saya budak yang baru belajar.

So, stay tuned😄

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro