Banjir 2021

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

17.12.2021 - banjir akan berlaku di selangor, aku diberitahu. Aku hanya 'hmm'. Nanti akan kami angkat apa yang patut, alihkan apa yang perlu. Bukan musim pun, tetap banjir juga jadi apa yang perlu dislmtkan, memang dah tahulah. Aku keluar, makan - makan dgn satu kelompok rakan sampai hampir tgh mlm dan balik dalam hujan. Tidak begitu lebat. Aku telefon ke rumah bertanyakan keadaan. Hujan dan mereka yang dirumah sudah memulakan gerak kerja. Aku lega.

Oh, ada tamu dirumah rupanya dan mereka pulang sebaik aku sampai. Berpapasan saja di depan pintu sambil masing - masing membuat komen tentang hujan dan ramalan cuaca. Sebaik tetamu hilang dari mata, air sampai ke tapak kaki. Laju saja masuk dari celahan pintu yang belum pun tertutup sempurna. Demi keselamatan, meskipun sudah jam 12 mlm, nenek dihantar ke kampung sebelah. Di sana, banjir jarang berlaku dan kalau naik air pun, dihalaman saja.

18.12.2021 - 12.30 mlm, air sudah bergenang dibuku lali dan masih terlihat arus deras yang menerjah masuk dari bawah pintu. Keadaan masih tenang. Belum lama sampai ke paras buku lali, air naik ke paras betis. Cepat betul! Semakin ligat menyelamatkan segala apa yg boleh. Toleh sekali lagi, lutut sudah tenggelam. Katil nenek dan kerusi diruang tamu mulai beralih tempat. Pukul 1.30 pagi, air atas sikit dari lutut. Tak sempat terkjut, air naik lagi dan lagi! Tak sampai tiga jam air sudah paras peha, 2 peti sejuk berenang kuak lentang, 1 tong gas buat head dive dan sebuah kereta berendam... Melihat kepada cuaca yang msih hujan, kami tinggalkan saja semuanya berapungan. Nak selamatkan macam mana lgi? Syukurlah ada tingkat atas, kalau tidak mana kami nak tidur?

3.45 pagi, dapat maklumat mengejutkan... Nenek dan ahli keluarga yang lain dikampung sebelah, dipindahkan ke pps!! Maksudnya apa? Ya... Mksudnya rumah - rumah disana, dinaiki air! Ini memang banjir diluar jangkaan!

18.12.2021 - 7 pagi, air surut sampai paras buku lali. Pagi itu, almari didpati tumbang, menimpa peti sejuk dan dapur masak. Situasi almari, kritikal dan terpaksa dinyahkan dari dapur. Almari rendah yang ditimpanya itu pun, mohon bersara juga tapi nantilah dulu. Sesi berkemas dan mencuci pun bermula...

Nenek pula kemudiannya, dibawa kerumah lain, yang sudah dibersihkan dari kesan2 banjir, untuk keselesaannya. Manakala yang lain, terkandas di pps sampai 3 hari!

Ini banjir terburuk buat kejiranan kami stakat ini dan aku berdoa, ia tak berulang lagi. Semoga semua yang terjejas akibat banjir, dalam keadaan tertolong, selamat, sihat dan kuat mental. Insyaallah, DIA akan menggntikan kerugian dan khilgn kalian dgn nikmat yang lebih baik, aamiin🍓

Catatan kenangan bnjir sabtu, 18.12.2021.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro