Bab 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Arghhh!"

Jeritan nyaring itu mengejutkan penghuni kolej kediaman Victoria College. Seawal jam 3 pagi kolej kediaman pelajar wanita itu dikejutkan dengan penemuan jasad tidak bernyawa seorang pelajar perempuan oleh rakan sebiliknya. Ramai pelajar yang meluru keluar dari bilik masing-masing untuk menyaksikan sendiri keadaan mayat pelajar perempuan itu.

Mata Hannah terbeliak besar. Kaku badannya melihat keadaan mayat pelajar yang bernama Elice. Keadaan Elice sangat mengerikan dengan mata yang tercabut dari soket, tangan kanan patah da nisi perut yang hampir terburai keluar. Isi perutnya seakan ingin melonjak keluar menyaksikan keadaan Elice yang sangat menyayat hati.

Di belakangnya terdapat beberapa bisikan daripada pelajar perempuan yang lain. Ada yang berbisik ketakutan, menyesal dan sebagainya. Setapak demi setapak Hannah berundur menjauhi tempat itu. Matanya masih terpaku pada mayat Elice yang sudah ditutup dengan sehelai kain hitam.

Jika dibilang ini sudah masuk kejadian keempat yang berlaku sepanjang semester musim sejuk dibuka. Elice adalah mangsa yang keempat dan keadaan mayatnya sama dengan mayat tiga orang pelajar sebelum ini. Hannah bingung. Dia tidak tahu apa yang sedang berlaku di dalam kolejnya itu. Dan dia yakin pelajar yang lain juga begitu. Mereka semua tidak kenapa kejadian seperti ini berlaku dan siapa puncanya.

Air mata Hannah hampir menitis melihat keadaan Elice tadi. Elice adalah salah seorang rakan kelasnya. Malah dia juga rapat dengan gadis ceria itu. Namun kenapa Elice yang mejadi mangsa. Elice yang dia kenal tidak pernah bermusuh dengan sesiapa. Gadis itu sentiasa melayang orang di sekelilingnya dengan baik dan ramah. Atau ini adalah kes pembunuhan bersiri?

Jika begitu siapa mangsa yang seterusnya?

"AKU tak sangka yang Elice yang jadi mangsa seterusnya. Dia gadis yang baik. Kenapa dia dibunuh dengan kejam? Apa salah dia sampai kena bunuh macam tu?" Hannah pandang Sebastian yang sedang mengeluh berat.

Dia senyum hambar. Dia juga tiada jawapan kepada soalan Sebastian itu.

"Itulah. Kenapa dia yang jadi mangsa. Aku tak faham kenapa kejadian ini berlaku di kolej kita saja. Sedangkan banyak lagi kolej lain di bandar ni. Kenapa kolej kita? Kenapa?" Keluh Grace pula. Gadis itu meraup wajahnya beberapa kali.

"Korang tahu disebabkan kejadian ni aku jadi takut nak terus belajar dekat sini. Aku nak berhenti tapi ibu bapa aku tak benarkan. Mereka kata rugi kalau aku berhenti sekarang sebab aku tinggal satu semester lagi untuk tamat belajar." Keluh rakan Hannah yang lain, Zoey. Mimik muka gadis itu seakan ingin menangis.

"Bukan kau sorang je, Zoey. Aku pun nak berhenti juga tapi mama aku tak benarkan. Dia suruh aku bertahan sampai habis belajar. Tapi sekarang ni macam mana kita nak bertahan. Sudah empat orang pelajar kolej ni dibunuh dengan kejam. Pihak polis juga masih tak jumpa apa-apa klu tentang pelakunya." Hannah mencelah dengan suara yang berat.

Seperti rakan-rakannya yang lain, dia juga takut untuk meneruskan pelajaran di sini. Kejadian pembunuhan yang berlaku sepanjang semester ini menarik minat dia untuk meneruskan pelajarannya. Tapi mama dia tak benarkan dia untuk berhenti atau menukar tempat belajar kerana prosesnya sangat rumit dan membebankan.

"Jadi apa kita nak buat sekarang? Teruskan belajar macam tak ada apa-apa yang berlaku. Jujur aku kata, aku tak boleh. Setiap hari aku rasa takut. Tapi kita masih dikira bernasib baik."

Ayat terakhir Zoey menarik perhatian Hannah, Sebastian dan Grace. Mereka bertiga memandang wajah Zoey tepat.

"Apa maksud kau bernasib baik? Aku tak faham," ujar Sebastian dengan dahi yang berkerut seribu.

Hannah dan Grace mengangguk laju. Mengeyakan kata-kata Sebastian.

"Kalau korang nak tahu setiap pelajar yang akan menjadi mangsa pembunuhan kejam itu akan terima sekuntum bunga ros putih. Seminggu sebelum pembunuhan mereka sekuntum ros putih akan diletakkan dalam lokar mereka. Ros putih ini seolah-olah memberi petanda kepada mereka yang tak lama lagi mereka akan jadi mangsa seterusnya. Macam Elice. Seminggu sebelum dia dibunuh dia ada teriam sekuntum bunga ros putih yang diletakkan dalam loker dia. Sebab itu seminggu ni Elice banyak berdiam diri. Dia tak seceria seperti sebelum ini sebab dia dah dapat petanda yang dia akan jadi mangsa seterusnya," terang Zoey panjang lebar.

"Ros putih? Kenapa ros putih?"

"Mana kau tahu semua ni, Zoey? Kenapa kita orang tak tahu tentang ros putih ni?"

Soal Sebastian dan Grace serentak. Tepat mata mereka merenung wajah Zoey.

Zoey mengeluh perlahan. "Macam mana korang nak tahu kalau korang tak pernah nak ambil tahu tentang gossip sekolah ni? Cerita tentang ros putih ni dah lama tersebar dalam kalangan pelajar kolej ni. Mereka semua seboleh-boleh mungkin tak nak terima bunga ros putih."

Sebastian dan Grace saling berpandangan sebelum mereka berdua tersengih memandang Zoey. Ya, memang mereka berdua jarang mendengar gosip yang tersebar dalam kolej. Bagi mereka itu semua tak penting. Namun gosip tentang ros putih ini sangat penting. Mereka tak nak jadi mangsa pembunuhan kejam.

"Kalau korang nak tahu juga pembunuhan kejam ni berlaku selepas seorang pelajar baru masuk ke kolej kita awal semester dulu. Sejak dari dia masuk pembunuhan kejam ni berlaku. Ramai yang sabitkan dia dengan pembunuhan tu. Ada yang kata dia dalang di sebalik semua pembunuhan yang berlaku di kolej kita ni."

Dahi Hannah berkerut-kerut. Sedari tadi dia mendengar perbualan tiga rakannya itu. Sekejap tentang ros putih. Sekejap tentang pelajar baru masuk. Tanpa menyampuk, Hannah terus mendengar.

"Pelajar mana? Lelaki atau perempuan?" soal Sebastian dengan riak wajah yang ingin tahu.

"Lelaki. Dia masuk awal semester musim panas ni. Orang kata sejak dia masuk banyak kejadian pelik yang berlaku. Sebelum pembunuhan itu berlaku, kolej kita pernah digegarkan dengan kehilangan seorang pensyarah tapi nasib baik pensyarah tu selamat dijumpai. Lepas kejadian pensyarah tu, kes serangan ke atas pengarah kolej pula berlaku. Yang paling hangat dan terbaru kes pembunuhan empat pelajar perempuan."

Sebastian dan Grace mengangguk.

"Siapa pelajar lelaki tu? Dia dari fakulti mana? Kau kenal?"

"Ya. Nama dia Xander Rodriguez. Dia satu fakulti dengan kita."

XANDER Rodriguez.

Fikiran Hannah melayang pada sebaris nama itu. Nama yang tidak pernah diketahuinya sebelum ini walaupun dia tahu siapa pemilik lelaki itu. Pelajar baru yang hangat diperkatakan semester musim panas ini. Pelajar lelaki yang dikaitkan dengan siri pembunuhan empat orang pelajar.

Sebagaimana fikiran dia melayang, mata Hannah juga melayang pada lelaki itu yang duduk tidak terlalu jauh dari dia. Disebabkan lelaki itu barisan tematat duduk baris kedua dari depan kosong. Tiada sesiapa pun yang berani untuk duduk berdekatan dengan lelaki bertubuh sasa itu.

"Okey, sampai di sini saja kelas kita hari ini. Sebelum saya keluar saya akan bagi tugasan baru kepada awak semua. Tugasan ini akan dilakukan secara berkumpulan dan markah akan dibahagikan berdasarkan kumpulan awak semua. Setiap kumpulan akan terdiri daripada dua orang pelajar. Awak semua faham?" suara lantang pensyarahnya menarik kembali fikiran Hannah yang melayang jauh.

Anak mata Hannah bergerak memandang pensyarah dia yang sudah separuh abad. Satu persatu kumpulan disebut dengan setiap kumpulan terdiri daripada seorang pelajar lelaki dan perempuan. Hannah menanti hingga namanya disebut. Rakan-rakannya sudah berada di dalam kumpulan sendiri.

Namun saat namanya disebut mata Hannah terbeliak besar seakan ingin terkeluar dari soket matanya. Nama gandingan yang dia langsung tidak sangka dan fikiran.

"Kumpulan 16. Hannah dan Xander." Hannah tergamam tidak terkata.

SEBASTIAN, Grace dan Zoey saling berpandangan sebelum pandangan mereka beralih kepada Hannah yang sedang makan. Wajah rakan baik mereka itu direnung dalam-dalam. Cuba membaca isi hati gadis itu.

"Hannah. Kau tak takut ke?"

Hannah yang sedang mengunyah kentang goring mengangkat kepala. Terkulat-kulat dia pandang Zoey yang bertanya. Makanan di dalam mulut dikunyah laju.

"Takut? Takut apa?" soal Hannah hairan.

Zoey dekatkan dirinya dengan Hannah. Sempat dia mengeling Sebastian dan Grace.

"Kau tahukan kau kena berkumpulan dengan Xander. Kau takut ke? Tak takut kalau dia akan apa-apakan kau?" tanya Zoey sekali lagi.

Sebastian dan Grace mengangguk mengeyakan kata-kata Zoey.

Hannah ketawa kecil. Geli hatinya melihat raut wajah rakan-rakannya yang terlalu bimbang.

"Kenapa aku nak takut pula? Dia manusia bukannya hantu."

"Kau lupa ke apa yang Zoey bagi tahu kita tadi? Kau takut?" tanya Grace pula. Mata dia tak lepas dari pandang wajah tenang Hannah.

Hannah mengeleng kecil. Bibirnya menguntum senyum kecil.

"Itu kan cuma gosip kolej. Kita pun tak tahu kan sama ada gosip tu betul atau tak? Lagipun nak tak nak aku kena juga berkumpulan dengan dia. Prof tak bagi sesiapa pun tak tukar kumpulan." Tenang Hannah menjawab.

Dia memang tak percaya dengan gosip yang tersebar itu. Bagi dia selagi dia tak nampak dengan mata kepala sendiri yang Xander terlibat dengan pembunuhan empat orang pelajar itu, dia tidak akan percaya dengan gosip itu. Boleh jadi gosip itu disebarkan sebab ada yang tak dengki dengan Xander.

"Hannah, tak kan kau tak percaya lagi kut? Apa yang Zoey katakan itu sikit pun tak pelik. Memang apa yang berlaku sebelum ni terjadi lepas Xander masuk kolej kita. Tak kan kau tak rasa pelik?" sampuk Sebastian yang sedari tadi mendiamkan diri.

Hannah pandang Sebastian. Lelaki itu juga percaya dengan gosip yang disampaikan Zoey.

"Bukan aku tak nak percaya. Aku cuma rasa was-was. Lagipun tak ada bukiti yang kaitkan dia dengan kes pembunuhan tu kan? Boleh jadi bukan dia dalang disebalik pembunuhan tu."

"Dan boleh jadi juga dia dalang disebalik pembunuhan itu," ujar Grace dengan nada yang serius.

Hannah terdiam.

Grace, Zoey dan Sebastian pandang Hannah.

"Kita orang bukan apa, Hannah. Kita orang risaukan kau. Kami tak nak kau jadi mangsa seterusnya nanti."

"Aku tahu korang risaukan aku. Tapi buat masa ni kita ketepikan dulu soal pembunuhan tu. Kita ada tugasan yang nak diselesaikan. Korang nak habis belajar dengan cepat kan?" tanya Hannah dengan kening yang terjongket tinggi.

"Mestilah nak," jawab Sebastian, Grace dan Zoey serentak.

Hannah ketawa. Begitu juga dengan rakan-rakannya.

TARIK nafas dalam, kaki Hannah perlahan-lahan menapak ke arah Xander yang duduk seorang diri di bawah pokok. Wajah lelaki itu kelihatan tenang dengan mata yang terpejam rapat. Di telinga lelaki itu tersumbat dengan alat pendengaran.

Hannah berdiri di hujung kaki Xander. Dia berkira-kira bagaimana untuk menegur lelaki itu. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan. Ayat-ayat yang dikarang sebelum ini hilang begitu saja. Mata Hannah bergerak tidak tentu hala untuk mengingat kepala apa yang dia ingin katakana pada Xander.

Zapp

Hannah tersentak hingga dia terganjak ke belakang. Terkejut apabila mata lelaki itu terbuka dan memandang dia tajam. Tubuhnya menjadi kaku dengan panahan tajam mata biru laut itu.

"Err, hai. Saya...Hannah. Ahli kumpulan awak," gagap Hannah memperkenalkan dirinya. Tangan dihulur pada lelaki itu.

Hannah mengetap bibir apabila lelaki itu buat tidak peduli dengan kehadiran dia. Hannah lepaskan keluhan kuat. Dia julingkan mata ke atas. Rasa meluat dan menyambah dengan sikap sombong Zander.

"Okeylah. Saya datang sini untuk kenalkan diri saya sebagai ahli kumpulan awak. Saya sudah dapat topik untuk pembentangan kita nanti. Harap awak boleh bagi kerjasama. Tolong datang ke perpustakaan pada pukul dua petang esok. Kita bincang dekat sana," ujar Hannah sebelum berlaku pergi. Malas nak berlama-lama dengan lelaki sombong itu.

"Tunggu."

Suara garau itu mematikan langkah kaki Hannah. Dia memusing tubuhnya ke belakang. Keningnya terjongket tinggi dengan dahi yang berkerut hairan.

Xander berjalan menghampiri Hannah. Riak wajahnya kosong. Cuma matany saja yang tajam memandang wajah gadis itu.

Hannah berundur dua tapak ke belakang apabila lelaki itu berdiri terlalu rapat dengannya. Kepala terdongak ke atas memandangkan Xander jauh lebih tinggi dari dia. Malah Xander juga lebih tinggi dari Sebastian. Tinggi dia hanya separas dada lelaki itu saja.

"Siapa bagi kau hak untuk tentukan dekat mana kita berbincang? Ada aku kata aku setuju kita jumpa dengan perpustakaan? Tempat dan masa perbincangan kita aku yang akan tentukan," ujar Xander serius. Tajam dia merenung mata Hannah.

"Suka hati sayalah. Lagipun saya pun ahli kumpulan ni? Memang saya bukan ketua tapi saya pun ada hak juga nak tentukan tempat dan masa perbincangan kita? Kenapa? Awak tak puas hati?" soal Hannah pula. Dia berpeluk tubuh. Orang lain mungkin takut dengan lelaki sasa ini tetapi bukan dia.

"Terserah pada kau. Tapi aku takkan datang esok. Kalau kau nak kau boleh berbincang sorang-sorang esok." Xander berkata sebelum pergi dari situ.

"Apa? Hei! Hei! Xander!" Hannah menjerit-jerit memanggil lelaki itu. Namun lelaki itu langsung tidak berpaling memandang ke arahnya.

"Ish! Suka hati dia ja!" jerit Hannah geram. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro