KOMBO EBOOK END LOVE

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng



BLURB - BIAR LELAP TIDURMU DI PELUKANKU~AISY LOVE

Seandainya kau memahami hanya kau kumiliki…

“Tolong... jangan... jangan..." Gadis itu menggeleng-geleng.

Si misteri terus mengayun kapak di tangan ke tubuh mangsa beberapa tetakan tanpa ada cebisan belas kasihan di penjuru hati kemanusiaannya.

Percikan merah darah bertebar ke serata dinding, lantai dan meja kerja.

"Allahu Akbar!" Tasnim terjaga disergah arus mimpi. Berasak nafas keluar.

Beberapa hari Tasnim Thufaila si workaholic mengalami tekanan dibelenggu mimpi-mimpi aneh mendapatkan saranan dari kawannya Arumi Lashira untuk bertemu dengan guru yoga di sebuah studio agak jauh dari kota. Di situ dia bertemu dengan pemilik studio juga merangkap jurulatih yoga itu sendiri, Qarizh Qushayyi tanpa pengetahuan ahli keluarga mahupun tunangnya, Aydeen Mikhail kerana bimbang dihalang oleh mereka.

      “Macam mana perasaan awak lepas melakukan senaman yoga dan dengar tazkirah dari saya?”-Qarizh Qushayyi
 
      “Saya rasa tenang lepas beryoga dan mendengar tazkirah tentang islam dari awak.”-Tasnim Thufaila

      Kepergian Tasnim ke Studio Q’Yoga langsung tidak kembali sehingga menimbulkan rasa tidak tenang di hati Arumi apabila Aydeen Mikhail pengarah jabatan khidmat serta tunang kepada Tasnim datang mencari Tasnim yang sudah beberapa hari tidak masuk kerja. Tidak juga pulang ke rumahnya.

       “Arumi, kau kena tolong aku. Cari Anim. Aku risau dia tak masuk kerja. Tak balik-balik ke rumah dah dua minggu lebih. Mak ayah dia sendiri pun tak tahu dia kat mana.”-Aydeen Mikhail

       “Q’Yoga! Aku rasa dia pergi situ. Kita cari dia kat situ!”-Arumi Lashira

       Di Q’Yoga mereka tidak menemui Tasnim di situ dan Qarizh juga mengatakan sudah seminggu Tasnim tidak datang ke situ.

     Yang ada hanya sekeping nota ‘biar lena tidurmu di pelukanku’ yang ditinggalkan. Mereka mengesyaki Tasnim mengalami depresi dan hilangkan diri. Dalam masa yang sama, berita tentang kematian seorang gadis yang jatuh dari bangunan Q’Yoga melalui media sosial, mengejutkan Ayden, Arumi dan ahli keluarga Tasnim. Adakah mayat itu milik Tasnim? Berjayakah mereka membongkar misteri kehilangan Tasnim?

❤❤❤

BLURB
BILA JODOH SUDAH LANDING
ARENA YIDIN


Pertemuan tidak sengaja di KLIA antara dua negara Malaysia dan Indonesia membawa kepada hubungan yang penuh dengan ranjau dan duri.

Perhatian jejaka tampan kepada si gadis manis telah membawa bibit-bibit rasa ingin dimiliki oleh kedua-duanya.

Namun segalanya tidak semudah yang diimpikan. Pergolakan keluarga dan kisah lampau Nureen membawa keretakan hubungannya bersama Ferdi.

“Aku dah tak sanggup lagi biarkan Hanna menunggu, Ferdi. Dah dua tahun dia tunggu. Aku tak mungkin madukan Nureen demi Hanna.” HAZAMI HAZARD

“Jangan seberaninya kamu kak lakuin itu ke Nureen. Cukup apa yang kakak lakukan! Aku gak bakalan tinggal diam kalo kakak nekad lakuin itu ke dia!” FERDI HERDIAN SASTROWO.

Dalam tekad untuk memiliki Nureen semula, Ferdi ditinggal sekali lagi kerana Nureen ingin berhijrah dari dunia penuh noda. Dia berubah menjadi muslimah dan hanya menyerahkan jodoh kepada Yang Maha Esa.

“Maaf, awak. Kalau antara kita masih ada jodoh, saya terima. Kalau sebaliknya, saya reda.” NUREEN AMELIN.

Haruskah Ferdi menerima penghijrahan Nureen demi cinta yang belum berkubur? Bagaimana dengan tanggungjawabnya kepada orang tua dan kariernya bersama Replica Band pula?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro