✨ [14] ZASS KENA CULIK?!

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Di dapur, kelihatan mereka semua sudah habis makan di tempat duduk masing-masing. Terdapat tiga buah meja yang takdelah besar sangat macam kat istana tu.

"Wooahh... Hebatnye!! Sampai ade tiga meja!" ujar Blaze teruja. Jujur, dia kagum!

"Macam mana atok boleh beli ni?" tanya Yaya. Banyak je duit atok ni. Mungkin hasil pekerjaannya kot.

"Oh, sebenarnya, rumah ni dianugerahkan khas untuk atok.." jawab Tok Aba tenang.

"Dianugerahkan khas?" Gopal menggaru kepalanya yang sememangnya tengah gatal. Ish, kacau daun betullah kutu ni! Nanti kena basuh rambut.

"Yelah.. Atok ni kawan kepada Raja Adam.." jawab Ochobot menyebabkan Elemental Brothers serta kawan-kawan mereka membulatkan mata.

"Ape?!" Terjerit Elemental Brothers serta kawan-kawan disebabkan terkejut.

"Ish kau ni Ochobot.. Selalu bocorkan rahsia atok.." marah Tok Aba. Hampeh punya cucu.

"Hehe.. Maaf tok.." balas Ochobot sambil tersengih.

"Tapi, kenapa atok nak simpan rahsia atok? Kan atok memang kawan kepada Raja Adam.." soal Khai sebaik sahaja selesai minum.

"Hm, adelah~" balas Tok Aba.

"Oh ye, kamu berenam ni, Putera ke? Sebab muka korang sama macam Raja Adam.." tanya Ali. Matanya memandang muka satu persatu Elemental Brothers itu.

Elemental Brothers terdiam seketika. Mereka pun masih cuba mencerna pernyataan yang disebut oleh Adudu merangkap pak cik mereka.

"Ish kau ni... Diorang bukannye putera.. Diorang rakyat biasa je.." jawab Moon. Risau jugak aku kalau diorang terasa.

"Eleh.. Tadi kau pun fikir macam tu kan?" perli Ochobot. Macamlah aku tak tahu.

"Errr..." Moon terdiam seketika.

"Eleh, Ochobot pun sama.." perli Tok Aba. Dia pun dua kali lima je.

Ali, Khai, Jet, Iman dan Alicia tergelak disebabkan lawak Tok Aba yang suka membocorkan rahsia orang. Nasiblah siapa yang dapat atok macam ni. Memang terbaik...

"Hmph.. Tulah Ochobot bocorkan rahsia atok.. Sebab atok pun bocorkan rahsia kitorang.." ujar Ochobot, seakan-akan merajuk. Macam budak 6 tahun je sebab comel!

"Alah, atok main-main je.." jawab Tok Aba. Saja nak usik cucunya. Bukan selalu pun.

Elemental Brothers serta Ying, Yaya, Gopal dan Fang turut ketawa. Tapi, tidak bagi Elemental Brothers yang hanya sekejap tersenyum dan ketawa. Tawa mereka terhenti.

Elemental Brothers hanya menundukkan kepala mereka. Halilintar membuka surat yang dibagi oleh Gempa dengan muka yang sedih. Inilah pemberian terakhir daripada Gempa.

Tok Aba yang perasan dengan tingkah laku mereka berenam terus memberi isyarat kepada cucu-cucunya untuk diam.

"Surat dari siape tu?" tanya Tok Aba dengan lemah-lembut. Dari riak wajah mereka, seperti kehilangan seseorang. Seseorang yang amat disayangi.

"Surat daripada abang kembar kitorang.." jawab Taufan dengan tiada perasaan. Tak kisahlah kalau kantoi pun. Tengok muka kitorang pun konfem kena kantoi.

"Jadi, maksudnye, korang ade tujuh kembar?!" soal Moon sedikit terkejut. Hebat juga mama diorang ni!

"Haah.." balas Halilintar. Dia berpeluk tubuh.

Cucu-cucu Tok Aba yang ternampak mereka sedih turut mempamerkan muka sedih. "Mesti korang rindu kan?" soal Ali. Dia faham ketika bila orang yang kita sayangi telah tinggalkan kita.

Elemental Brothers hanya mengangguk. Mereka masih berharap bahawa Gempa selamat dalam pertarungan itu. Ying, Yaya, Gopal dan Fang hanya mendiamkan diri.

"Sabarlah... Setiap kejadian pasti ada hikmahnya.. Sebenarnya, diorang semua ni pun kehilangan ibu bapa mereka.." terang Tok Aba. Dia cuba memujuk keenam-enam kembar ini. Dia pun faham dengan perasaan mereka.

Kata-kata Tok Aba membuatkan Elemental Brothers memandang ke arahnya.

"Maksud atok?" soal Blaze.

"Sebenarnya, sejak kecil, mereka semua dijaga oleh atok disebabkan peperangan yang berlaku pada masa tu.." terang Tok Aba. Takpe kan kalau ceritakan pada diorang.

"Kitorang pun dijaga oleh seorang pak cik.." jawab Solar.

"Tok Aba kata, ibu bapa kitorang dah meninggal dunia disebabkan peperangan yang terjadi pada 13 tahun yang lalu.." balas Khai.

"Peperangan? Peperangan di Istana Sevenlings Elements Trothers tu?" tanya Fang.

"Haah.. Kenapa?" tanya Jet. Macam tahu je pasal istana tu.

"Oh, saje tanye.." balas Fang. Dia malas nak ambil tahu sangat. Padahal dia memang nak tahu pun.

Tok Aba memandang ke arah Elemental Brothers. "Korang pula kehilangan abang korang?"

"Sebenarnya, abang kitorang yang tinggalkan kitorang untuk menjaga keselamatan kitorang.. Masa tu dia korbankan diri dia semasa musuh datang.." ujar Taufan. Dia menahan daripada mengalirkan air mata.

"Maksudnya, kita sama lah ni.. Dibesarkan oleh penjaga kita?" tanya Moon. Dia memandang sayu ke arah mereka berenam.

Mereka yang lain hanya mengangguk.

"Eh, atok hampir lupa.. Bilik korang ade kat tingkat tiga.." kata Tok Aba sebaik sahaja selesai minum.

Elemental Brothers serta kawan-kawan mereka memberikan senyuman.

Sementara itu, di tempat lain...

"Tuan! Aku dah dapat kesan di mana Elemental Brothers itu berada sekarang.." kata salah seorang wanita yang memakai pakaian berwarna ungu hitam dan kelihatan tinggi. Dia turut berambut sanggul berwarna hitam ungu.

"Bagus Dos... Bagus.. Hantar lokasi tu kepada Adudu.. Suruh dia tangkap diorang.." balas lelaki yang sedang berdiri. Lelaki itu kelihatan tinggi dan berpakaian hitam dengan berambut putih.

"Baik tuan..." balas wanita yang bernama Dos itu lalu beredar dari situ.

"Tunggulah korang... Aku akan tangkap korang nanti..." gumam lelaki misteri itu.

Berbalik di tempat Elemental Brothers.....

"Atok! Kitorang dah balik!" panggil salah satu cucu Tok Aba yang baru masuk ke dalam rumah Tok Aba.

"Hah, balik pun..." kata Tok Aba sebaik sahaja menolehkan kepalanya ke arah ruang tamu.

Cucu-cucu Tok Aba yang baru sampai pergi ke dapur.

"Eh? Siape ni?" soal seorang budak lelaki yang berpakaian merah dan berbadan gempal itu.

"Ni tetamu kita.. Jangan buat hal..." nasihat Tok Aba.

"Oohh... Aku Bulat... Ni Rudy.." jawab budak lelaki yang bernama Bulat sambil menunjuk ke arah Rudy.

Rudy hanya mampu mendiamkan diri sambil menyilangkan tangannya.

"Panggil Mika..." jawab budak perempuan yang seolah-olah seperti lelaki dan berpakaian biru serta duduk di kerusi roda.

"Ambo Chris..." jawab budak lelaki yang bernama Chris yang berpakaian biru dan berambut putih perang.

"Aku Roza..." balas perempuan yang berpakaian hitam kuning yang memegang sniper di tangan.

"Err... Tu.... Tu pistol ke?!" tanya Gopal yang sudah mulai takut.

"Haah... Tapi, jangan risau.. Aku guna ni untuk memburu je..." balas Roza.

Gopal menghembus nafas, lega.

"Alang-alang semua dah ade kat sini, ape kata kita berborak kat ruang tamu?" cadang Ali.

"Boleh jugak! Aku nak berkenalan dengan Yaya dan Ying!" balas Moon, teruja.

"Kejap, Zass belum turunlah.." kata Khai, yang perasan Zass tidak ada di situ.

"Biar aku panggil dia.." cadang Alicia lalu menaiki tangga.

"Atok, diorang ni tinggal kat sini?" tanya Rudy, sedikit dingin.

"Perangai dia sama macam kau.." bisik Taufan kepada Halilintar.

"Hmph..." Halilintar hanya menjeling. Taufan tersengih.

"Haah... Lagipun, tak lama lagi nak malam.." jawab Tok Aba.

Rudy hanya mengeluh.

"Korang!! Zass takde dalam bilik dia!" kata Alicia sebaik sahaja turun daripada tingkat atas.

"Hah?! Kau dah periksa bilik lain?" tanya Jet.

"Dah! Tapi, tak jumpa jugak!" jawab Alicia, yang mula panik.

"Takkan dia kena culik?!" Ochobot juga turut panik.

"Eh, siape tu?!" Ali menunjuk ke arah lembaga yang berada di luar rumah mereka.

"Tu macam Zass!" Moon juga ternampak lembaga tersebut bersama Zass.

"Kita kena selamatkan dia!" cadang Jet.

"Jom!!" balas cucu-cucu Tok Aba.

Tanpa membuang masa, mereka pergi ke luar rumah.

"Perlu ke kita tolong diorang?" tanya Blaze.

"Ape kata kita tengok je dulu.. Kalau diorang dalam bahaya, kita tolong diorang.." cadang Taufan.

"Atok nak ikut?" tanya Thorn.

"Takpelah.. Atok tunggu kat dalam rumah.." balas Tok Aba lalu mendapat anggukan daripada keenam-enam kembar itu.

Tanpa melengahkan masa, Elemental Brothers pergi ke luar rumah.



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro