✨ [19] PENJELASAN

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Di bilik lelaki, kelihatan Ali, Ochobot, Khai, Zass, Jet, Gopal, Fang dan Tok Aba sudah tidur kecuali Elemental Brothers. Mereka sekarang duduk dalam bentuk bulatan.

"Hm, kenape Gempa macam lain tadi?" soal Thorn, sedikit terasa hati dengan sikap Gempa tadi.

"Entahlah... Aku pun terkejut jugak bile dia tak kenal kita.." jawab Ais.

"Korang perasan tak, ade seorang mak cik tu panggil Gempa sebagai putera.." ujar Halilintar menyebabkan kelima-lima Elemental Brothers terkejut. "Putera?!"

"Aku tak perasan pulak... Sebab, aku risau sangat pasal Gempa..." Taufan memegang dagunya lagak berfikir.

"Hm, aku pun tak perasan.." Blaze cuba mengingati namn tidak berjaya.

"Eleh, sebab kau marah sangat kat Gempa tadi kan?" perli Solar sambil menaikkan kening kirinya.

"Yelah, takkan tak risau?! Kau pun risau tadi kan?" marah Blaze.

"Ape? Salah ke?" soal Solar sedikit rasa menyampah.

"Eihh!! Kau ni!" marah Blaze. Dia berura-ura mahu mendekati Solar namun dihalang oleh Ais.

"Sudah-sudah... Korang berdua dari kecil suke gaduh..." kata Ais cuba meleraikan pertengakaran kecil itu.

"Alah, biaselah tu.. Aku dengan Taufan pun kadang macam tu.." kata Thorn.

"Betul... Aku, Halilintar dan Gempa pun sama.. Kitorang suka main kejar-kejar, cume, Halilintar je yang tak main..." Taufan memandang Halilintar.

"Ape? Permainan budak kecik... Takkan aku nak main?" tanya Halilintar sambil berpeluk tubuh.

"Eleh, padahal dulu, kau pun main kejar-kejar dengan aku dan Gempa.." perli Thorn.

Halilintar mendiamkan diri. "Hmm..."

"Banyak betul kenangan kita bersama Gempa.. Aku harap, kita dapat bersama semula dengan Gempa.." kata Solar.

"Betul... Dah 12 tahun kita membesar bersama..." kata Ais. Dia sungguh rindukan abang sulungnya.

"Jangan risau.. Kitorang akan tolong korang..." kata seseorang daripada belakang Taufan.

Kelihatan Ali, Khai, Zass, Jet, Bulat, Gopal dan Fang berada di belakang mereka.

"Betul ape cakap Ali tu... Kitorang akan bantu korang.." kata Jet.

"Tapi, kita perlu selamatkan Rudy dulu.." ujar Taufan sayu.

"Aku okey je... Yang penting, korang bahagia nanti.." kata Khai sambil tersenyum.

Elemental Brothers memandang antara satu sama lain lalu mengangguk tanda setuju dengan kata-kata mereka.

"Jangan risau... Kitorang akan berada di sisi korang.." ujar Bulat sambil menepuk bahu Blaze.

"Huaa..... Dah, pergi tidur... Bising je..." Rupanya Tok Aba cuba untuk tidur tetapi tidak boleh disebabkan mereka semua bising.

"Erk, okey..." balas mereka semua.

Sementara itu, di suatu tempat tersembunyi, kelihatan Dos dan Trez berada di belakang seorang lelaki yang tinggi dan juga seorang wanita berambut merah.

"Bagus... Mereka dah datang... Pastikan rancangan kita berjaya..." kata lelaki tinggi itu atau dikenali sebagai Uno.

"Baik Uno.." balas Dos.

"Cinco! Dah siap pedang yang aku suruh tu?" tanya Uno.

"Dah Uno... Sekarang, kita perlu uji dahulu.." jawab wanita yang bernama Cinco itu.

Uno tersenyum sinis. "Bagus..."

√√√√√√√

Gempa POV

Aku sekarang duduk di atas katilku yang besar berwarna kuning emas bercampur hitam. Aku masih memikirkan pasal enam orang pagi tadi.

Mereka berenam mempunyai paras rupa seiras dengan aku dan mereka juga memakai topi seperti aku.

Oh, baru aku teringat, ade budak bermata merah tu letakkan sesuatu dalan poket baju aku. Aku terus mengeluarkan gambar tersebut. Terdapat tertera nama '7 Elemental Brothers'.

Aku memusingkan gambar tersebut. Aku tersentak. Terdapat tujuh budak lelaki dalam gambar ni termasuk aku. Adakah betul aku abang kembar mereka?

Kenapa aku tak boleh ingat? Secara tiba-tiba, kepala aku sakit... "Arghh!!" Aku memegang kepalaku sambil mengerang kesakitan.

Tiba-tiba, bunyi pintuku berbunyi. Orang yang mengetuk pintuku terus masuk ke dalam bilikku. Rupanya, Permaisuri Hawa, bondaku.

Dan, entah kenapa, selepas bonda masuk, kepala aku dah tak berasa sakit. "Gempa? Gempa buat ape?" tanya bonda kepadaku sebaik sahaja duduk di sebelahku.

"Oh, takde apelah.. Hehe.." jawabku sambil tersengih.

Bonda memandangku lalu memandang gambar yang aku pegang. Dia tersentak. "Gempa dapat ni dari mane?" tanyanya.

"Erm, tadi... Gempa terserempak dengan enam budak tu.. Lepastu, salah seorang daripada budak tu letak gambar ni kat poket baju Gempa.." terang aku.

Bonda menghela nafas. "Bonda, kebelakangan ni, Gempa asyik termimpi pasal mereka.. Siapa diorang ni? Betul ke yang Gempa ialah abang kembar diorang?" tanyaku.

Bonda memandangku. "Betul... Mereka berenam ni, kembar Gempa..." jawab bonda. Aku tersentak.

"Kenapa Gempa tak tahu pasal ni?! Ape yang jadi kat Gempa sebenarnya?!" tanyaku sedikit geram namun aku masih dapat mengawal diriku.

"Sebenarnya, selepas bonda jumpa kamu di suatu tempat, kamu tiba-tiba dilanggar oleh sebuah kereta.. Kamu dimasukkan di hospital dan kamu koma selama tiga hari... Dan kamu..... Hilang ingatan..." terang bonda dengan suara yang diperlahankan.

"Hilang ingatan?!" Aku tersentak.

Bonda mengangguk. "Bonda cube ingatkan memori kamu balik tapi, mak cik kamu asyik bagitahu bonda supaya rahsiakan hal ni...." ujar bonda seperti kesal dengan perbuatannya.

"Mak cik Geetha?" tekaku.

"Haah.... Dia hanya mak cik tiri kamu..." balas bonda sambil memandang ke arahku.

"Hmm..." Aku berfikir sejenak. "Bonda, ape kata kita ajak mereka berenam ni? Mane tahu memori Gempa akan pulih?" cadangku. Aku betul-betul nak dapatkan memori aku. Bila aku teringat mereka pegang kaki aku dan merayu, aku berasa bersalah.

Bonda berfikir seketika. Aku harap bonda setuju dengan cadagan aku.

Bonda tersenyum. "Boleh.."

"Yeay!" Aku tersenyum riang. Entah kenapa hati aku rasa nak berjumpa dengan diorang berenam ni. Aku harap, memori aku akan kembali.

Gempa POV End

Keesokan harinya, di tempat Elemental Brothers, kelihatan mereka semua sedang bersarapan di sebuah restoran.

"Eh, Gopal, kau tambah nasi?" tanya Tok Aba.

"Haah... Saya laparlah tok.." jawab Gopal.

Tok Aba hanya menggelengkan kepalanya.

"Dia memang macam ni tok.." kata Blaze.

"Kenyangnye..." ujar Ochobot sambil tersenyum kecil.

"Aik? Aku ingatkan kau nak tambah tadi memandangkan kau tambah nasi.." kata Jet sambil menjongketkan keningnya.

"Hehe.." Ochobot hanya mampu tersengih.

"Korang, tu bukan Gempa ke?" soal Thorn sebaik sahaja ternampak Gempa di luar restoran.

Mereka semua memandang ke arah luar restoran. Thorn betul. Gempa berada di luar restoran.

Tidak lama kemudian, Gempa masuk ke dalam restoran lalu menyapa mereka semua.

"Hai.... Masih ingat saya?" tanya Gempa sambil tersenyum.

Elemental Brothers mengangguk kepala dengan muka yang berseri. Yelah, siape je tak gembira kalau abang korang datang.

"Beta ingin mempelawa korang semua pergi ke rumah beta di istana..." ujar Gempa dengan senyuman yang masih tidak lekang dari tadi.

Mereka semua tergamam akibat terkejut.

"Boleh jugak... Lagipun bolehlah atok bergambar kat istana nanti..." ujar Tok Aba sambil membayangkan di mana dia sedang bergambar di istana itu. 😂

Moon menyiku lengan Tok Aba. "Apelah atok ni... Masih fikirkan pasal tu?"

"Err, hehe..." Tok Aba tersengih.

"Tapi, best jugak tu... Dapat berpengalaman masuk ke dalam istana..." kata Ochobot sambil tersenyum suka.

"Erm, kene bayar ke ni?" tanya Taufan. Kot kot kena bayar. Kalau murah takpe jugak.

"Tak.. Korang hanya masuk dengan percuma je.." jawab Gempa.

"Okey... Kejap, aku nak bayar makanan kita.." balas Halilintar.

"Eh, takpe... Saya dah tolong bayarkan..." jawab Gempa cuba menghalang Halilintar daripada bangun.

Mereka terlopong tidak percaya.

"Kau biar betul?!" tanya Mika yang mengerutkan dahinya.

Gempa mengangguk. "Dah, jom kita pergi ke istana.."

Tanpa membuang masa, mereka semua pun mengikuti Gempa pergi ke istana. Gempa dijaga oleh empat pengawal keselamatan di belakangnya membuatkan mereka semua tidak keruan.



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro