✨ [25] UNO & CINCO

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Rudy mengangguk sekali lagi lalu tersenyum senget.

Di tempat Ochobot, kelihatan Ochobot bersembunyi di semak-samun akibat takut untuk masuk semula ke dalam Penjara Kegelapan itu.

"Fuhh... Nasib baik takde siapa yang perasan... Lebih baik aku guna kuasa aku... Kuasa Teleportasi!!!" Ochobot menghasilkan sebuah portal yang menghubungkan di tempatnya dan di hadapan Penjara Kegelapan.

Sebaik sahaja portal dihasilkan, Ochobot melompat masuk ke dalam portal itu dan tiba di hadapan Penjara Kegelapan. Tanpa disedari oleh Ochobot, seseorang ingin melakukan serangan kepadanya dari belakang. Ochobot terkejut dan hanya memejamkan matanya.

"Hiyaa!!" jerit seseorang sambil melakukan serangan kepada orang yang ingin mencederakan Ochobot.

Ochobot membuka matanya dan tersentak. "Mika!!"

Mika tersenyum. "Lain kali, hati-hati..."

Ochobot tersengih malu. "Mika, mane yang lain?!"

"Kenape?" tanya Mika sambil menjongketkan keningnya.

"Aku perlukan pertolongan korang!" jawab Ochobot.

"Kitorang semua ade kat sini!" panggil Ali lalu menuju ke arah Ochobot, diikuti oleh yang lain.

"Kenape Ochobot?" soal Gempa.

"Diorang yang lain.... Dalam bahaya!!" kata Ochobot panik.

"Ape?!!" jerit mereka yang lain.

"Kalau macam tu, kite kene cepat!!" kata Moon, turut panik dan risau.

Berbalik di belakang kawasan Penjara Kegelapan, kelihatan Rudy senyap-senyap menuju ke arah robot yang berada di kanan Cinco. Rudy kemudian cuba mengambil alih sistem robot itu dengan membuka bahagian pendawaian robot itu.

Taufan dan Thorn membaringkan Tok Aba di sebuah tangga yang berada di belakang mereka. "Mungkin Dos yang buat Tok Aba pengsan.." bisik Taufan kepada Thorn. Thorn hanya mengangguk tanda setuju.

Sebuah robot menyerang Halilintar tetapi, Halilintar pantas mengelak lalu berasa geram bercampur marah. "Kenape kau buat semua ni?!!"

"Hehehe... Kamu ni memang lucu... Saya pasti Rizwan tahu tentang matlamat kami memandangkan dia pernah menjadi banduan kami..." jawab Cinco sambil tertawa sinis.

Chris, Halilintar, Taufan dan Thorn memandang ke arah Rizwan.

Rizwan menghela nafas. "Kamu semua sebenarnya ingin merampas takhta Raja Adam kan?"

"Pandai pun..." Dos tersenyum sinis.

Robot yang menyerang Halilintar tadi, melakukan serangan sekali lagi dengan menumbuknya. Halilintar dengan pantas menahan tangan robot tersebut dengan menggunakan pedang halilintarnya. Halilintar menolak robot itu ke belakang lalu memotong tangan robot itu menggunakan pedangnya.

Tangan kiri robot itu dipotong. Dos mengambil kesempatan untuk menyerang Halilintar tetapi, Rizwan menghalang Dos dengan melontar lolipop ke arah leher Dos. Dos berasa geram.

"Bile mase abang Rizwan ade lolipop ni?" tanya Thorn hairan.

"Aku ade sembunyikan dalam Penjara Kegelapan mase dulu..." jawab Rizwan.

Dos tersenyum sinis. "Cinco, serang mereka..."

Cinco hanya mengangguk faham. Cinco terus menekan pada tablet di tangannya menggunakan pen.

Kesemua robot mula beraksi termasuk robot yang kehilangan tangan tadi. Namun, sebuah robot tidak bergerak.

"Akar pengikat!!" Thorn menggunakan kuasanya untuk mengikat sebuah robot yang menghampirinya dan Taufan.

"Giliran ambo pula!!" Chris mengerat badan robot itu menggunakan kedua-dua kerisnya. Robot itu kemudian jatuh kerana tangan dan kakinya dipotong, menunjukkan serangan Chris berjaya.

"Tetakan halilintar!!" Halilintar melakukan serangan kepada robot yang menyerangnya tadi lalu robot itu terkena renjatan elektrik. Robot itu kemudian jatuh disebabkan elektrik yang tidak dapat ia bertahan.

"Cis...." ujar Dos tidak puas hati.

Cinco tersenyum sinis. "Jangan risau Dos... Tuan Uno akan datang tak lama lagi..."

Halilintar, Taufan, Thorn, Chris dan Rizwan tersentak.

Secara tiba-tiba sebuah robot menumbuk Dos sehingga Dos terpelanting jauh daripada situ. Cinco terkejut kemudian memandang ke arah robot yang menyerang Dos.

Rupanya robot itu sudah dikawal oleh Rudy. Rudy kemudian mengarahkan robot itu untuk menyerang Cinco. Robot itu akur lalu ingin menumbuk Cinco. Namun, seseorang telah menghalang robot itu daripada mengenai Cinco.

"Berani kau serang kawan aku ye......" ugut seseorang yang memakai kot hitam dan berambut kelabu.

"Uno?!" kata Rizwan tidak percaya. Dia tergamam.

Uno menolak robot itu ke belakang dan hampir mengenai Rudy tetapi Rudy pantas mengelak.

"Mu okey?" tanya Chris sebaik sahaja Rudy berada di sebelahnya. (Kau okey?)

Rudy hanya mengangguk.

"Lawan yang sebenar ialah aku!!" Uno dengan pantas menuju ke arah Halilintar.

Halilintar terkejut tetapi pantas mengelak dan berada di belakang Uno. Uno mengambil kesempatan untuk menyepak kaki Halilintar. Halilintar terjatuh sehingga terduduk.

Uno ingin menumbuk Halilintar tetapi, Thorn sempat menahan tangan Uno sebelum mengenai Halilintar. "Akar pengikat!"

Mata Uno mencerlung tajam ke arah Thorn. "Berani kau...." Uno menuju ke arah Thorn.

Thorn terkejut dan tidak sempat mengelak lalu mengenai serangan Uno. Thorn terbatuk-batuk sambil memegang perutnya.

"Thorn!!" Taufan menuju ke arah Thorn. Thorn tidak mampu berdiri disebabkan kesakitan yang dialaminya.

Rizwan yang marah melakukan serangan kepada Uno tetapi Uno pantas mengelak. Rizwan cuba ingin mencederakan Uno dengan menggunakan sarung tangannya yang direka khas untuk teknik tekanan jari.

Namun, Uno terlebih dahulu melakukan serangan kepada Rizwan. Rizwan ditumbuk bahagian perut lalu terduduk menahan kesakitan.

Uno kemudian mengangkat kolar Rizwan lalu menolaknya. Rizwan tertolak ke belakang lalu menyandar di sebelah Tok Aba.

"Rizwan! Abang okey?!" tanya Chris sebaik sahaja tiba di sebelah Rizwan.

Uno tersenyum sinis. Tanpa disedari oleh Uno, seseorang telah menembak ke arah kakinya. "Siape yang tembak aku?!" soal Uno sambil memandang sekeliling.

"Heh, aku yang tembak kau!" kata Roza sebaik sahaja keluar daripada tempat persembunyian iaitu menyorok dalam semak-samun.

Uno mengeluarkan peluru yang tersangkut dalam kakinya. "Agh! Cinco, suruh Borara untuk gunakan kuasa terkuat dia!"

"Ba... Baik Uno.." Cinco kemudian menghubungi Borara melalui mesej di tabletnya.

Secara tiba-tiba, tablet Cinco terjatuh seperti ada seseorang menembak ke arahnya. "Siape tu?"

Tak lama selepas itu, muncul Alicia dan Moon. "Heh, saya yang jatuhkan tablet kamu tadi.." kata Alicia sambil tersenyum sindir.

"Betul tu... Kamu ingat kitorang akan biarkan korang panggil kawan korang yang lain?" kata Moon sambil memandang sinis ke arah Cinco.

Uno berasa geram namun tersenyum sinis lalu menuju ke sebelah Cinco.

Tak lama kemudian, Gempa, Blaze, Ali dan Bulat keluar daripada semak-samun. Gempa dan Blaze terus menuju ke arah Thorn.

"Thorn! Kau okey ke?!" tanya Gempa denga perasaan risau.

"Ughh.... Aku.... Aku okey...." jawab Thorn.

"Korang datang jugak..." kata Halilintar sebaik sahaja berada di sebelah Taufan. Thorn berada di antara Taufan dan Gempa.

"Mestilah kitorang datang... Kitorang risau dengan korang..." balas Blaze.

"Hahahaha!!!!!" Uno tiba-tiba ketawa. Eh, dah jadi siuman ke ape? 😲😂

"Ape yang lucu?" tanya Ali dengan kerutan pada dahinya.

Uno berhenti ketawa. "Cinco, terangkan pada mereka..."

Cinco mengangguk faham. "Sebenarnya, kamu semua dalam bahaya...."

"Bahaya?" tanya Gempa sambil memandang pelik ke arah Cinco.

"Betul... Tak lama lagi kamu semua akan hancur berkecai...." balas Uno sambil tersenyum sinis.

"Ughh... Maksud kau?" tanya Rizwan yang dapat bertahan akibat tumbukan daripada Uno.

"Maksud aku... Kamu semua akan dihancurkan oleh Borara!!" jerit Uno.

"Hah?!" jerit mereka semua.

Tiba-tiba, kedengaran suara seseorang menjerit. "LOHONG HITAM..... GARGANTUAR!!!!"

Terdapat sebuah bulatan berwarna ungu gelap mengelilingi mereka semua di atas langit. Langit mula bertukar menjadi gelap.

"Ape tu?!" tanya Gopal yang berada dalam semak-samun.

"Hahaha!!! Habislah korang!!" jerit Uno. "Jom Cinco..... Kita masuk dalam pesawat kita..."

Belum sempat Uno dan Cinco melarikan diri, Mika terlebih dahulu menumbuk mereka berdua yang sejak tadi berada di belakang mereka. Mereka berdua pengsan akibat tumbukan daripada Mika. Kesian. 😂

"Naisuu~" balas Khai sebaik sahaja keluar daripada semak-samun, diikuti yang lain.

"Cepat, ikat diorang..." arah Mika.

"Takpe... Biar aku yang buat.." kata Gempa.

Gempa menyekatkan Uno dan Cinco ke dalam tanah dengan menggunakan kuasanya.

"Hm, bagus jugak... Diorang berdua tak dapat keluar daripada tanah ni..." balas Moon.

"Tapi... Ape bende tu?!" tanya Gopal sambil menunjuk ke arah langit. Kakinya mula menggeletar hebat. 😂

Mereka semua memandang ke arah langit dengan perasaan yang gentar, marah dan risau.




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro