🔬 1 - Biodata 🔬

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tarikh: 1 Mac 2060
Masa: 6.00 petang
Lokasi: Makmal Sains Hospital Pulau Rintis

PRANG

Bunyi kaca yang jatuh jelas kedengaran di dalam sebuah bilik tebal yang dilapisi dinding kedap bunyi.

"Solar? Apa benda yang jatuh tu?" Seorang pemuda berpakaian kemeja coklat berserta stetoskop pada lehernya menghampiri rakannya yang duduk tidak jauh daripadanya.

Lelaki bernama Solar yang segak memakai coat saintis menoleh ke arah rakannya. "Aku tak sengaja tertolak bikar yang aku letak kat sebelah aku tadi.. Jangan risaulah Gempa.. Bikar tu kosong, jadi takde apa cecair pun yang tumpah.."

Pemuda bernama Gempa itu menghela nafas lega. Namun dia tetap menghampiri rakannya itu. "Lain kali hati-hati.. Aku takut apa-apa terjadi kat kau nanti.."

Solar menggeleng kepalanya. "Haih.. Macam tak biasa pulak.. Lagipun, aku tengah sibuk nak kaji penawar untuk penyakit Kwasyiorkor ni.."

Gempa mengangguk faham. "Solar, walaupun kau sekarang dah jadi saintis, tapi aku tetap nak kau hati-hati.. Lagi-lagi bila kau tengah tuang bahan kimia tu.. Kita tak tahu apa kesan sampingannya.."

"Ye ye aku tahu.. Haih, sudahlah membebel macam mak.." perlahan Solar berkata namun masih dapat didengari oleh Gempa.

"Apa kau kata?!"

"Takde ape.. Dah, kau sambunglah buat kerja kau tu.." ujar Solar seolah menghalau Gempa dari situ. Padahal dia cuma mahukan ketenangan ketika membuat eksperimen.

Gempa memutarkan bola matanya sebelum kembali duduk di kerusinya tadi. Dia menatap semula kertas-kertas kerjanya yang mengandungi biodata pesakitnya.

───────•••───────

Nama: Taufan
Umur: 20 tahun
Bilangan adik-beradik: 1
Nama ayah: -
Nama ibu: -
Kenalan terdekat: -
Penyakit: Gangguan bipolar (kemurungan mania/terlalu gembira)

───────•••───────


Gempa mengetuk-ngetuk jarinya pada meja di bilik makmal itu seraya berfikir. Dia belum pernah lagi jumpa pesakit yang menghidap penyakit gangguan bipolar ini.

Mengikut maklumat yang dia dapat, gangguan bipolar ini menyebabkan pesakit mengalami kemurungan dan kegembiraan silih berganti. Pusingan ini akan mengakibatkan perubahan sikap mendadak, percakapan laju dan sedikit masa untuk tidur.

Gempa menghela nafas panjang. Dia belum berjumpa lagi dengan lelaki bernama Taufan ini. Jadi, dia tidak tahu perubahan apa yang dialami oleh lelaki ini.

Solar yang masih sibuk dengan eksperimennya hanya membiarkan Gempa melakukan kerjanya. Dia tahu yang bekerja sebagai doktor psikologi seperti Gempa bukan mudah. Kena pandai berkomunikasi dengan pesakit.

Solar menghembus nafas lega apabila selesai menuangkan cecair berwarna hijau yang berada di dalam sebuah tabung uji ke dalam tabung uji yang lain yang terdapat cecair berwarna ungu.

Solar meletakkan tabung uji yang sudah bertukar warna itu ke dalam tempat letak asalnya manakala tabung uji yang sudah kosong itu dibawa ke sinki untuk dibasuh.

Selesai membasuh, Solar meletakkan tabung uji itu ke dalam tempat lain yang juga terdapat beberapa tabung uji yang belum digunakan. Setelah itu, dia mengemas peralatan yang digunakannya sebentar tadi ke tempat asal.

Selesai mengemas, dia kemudian membuka sarung tangannya dan dibuang ke dalam tong sampah yang dibaluti plastik kuning. Tertera 'Biohazard Infectious Waste' pada penutup tong sampah itu.

Setelah itu, Solar membuka penutup muka dan membetulkan kaca mata yang dipakainya sebelum melabuhkan duduk di sebelah Gempa. Dia melepaskan lelahnya seketika.

Gempa sedikit tersentak apabila Solar duduk di sebelahnya. Dapat dia lihat wajah Solar yang berpeluh kerana melakukan eksperimen selama dua jam tanpa henti.

"Ini ke pesakit baru kau?" soal Solar seraya mengambil kertas kerja Gempa yang berselerak di atas meja makmalnya itu.

Gempa mengangguk sebelum membaringkan kepalanya pada meja itu. Wajahnya dihadapkan ke arah rakannya. "Budak ni takde keluarga.. Kau ada idea macam mana aku nak gali maklumat tentang dia?"

"Hmm" Solar menatap lama biodata itu sebelum memandang ke arah gambar yang terselit di situ.

"Eh, macam pernah nampak.." Mata Solar dikecilkan. Dia memerhati seluruh wajah lelaki itu. "Hah! Aku pernah jumpa dia kat tepi lorong bangunan lama.."

Terus tegak Gempa duduk sambil menatap tidak percaya ke arah Solar. "Betul ke?! Hah, bawa aku jumpa dia.. Aku kena bawa dia ke tempat kerja aku.."

"Okey, takde hal.. Esok pagi kita cari dia.." kata Solar lalu mendapat anggukan daripada Gempa.

---------------- » «» « ----------------

Tarikh: 2 Mac 2060
Masa: 11.00 pagi
Lokasi: Klinik Haiwan Doktor Ais

"Kau pasti budak tu ada kat sini?" soal Gempa apabila dia bersama Solar tiba di sebuah klinik haiwan. Tipulah kalau dia tak rasa pelik sebab takkanlah budak bernama Taufan tu tinggal kat klinik haiwan.

Solar menggaru kepalanya yang tidak gatal seraya tersengih. "Sorry, aku tak ingat sebenarnya.. Tapi kawan aku pun ada nampak dia haritu.. Kami masa tu tengah makan kat restoran yang baru buka tu.."

Gempa menahan diri daripada memarahi rakannya itu. Dia mengeluh. "Okey, mana kawan kau tu?"

"Hello Ais? Boleh kau keluar sekejap? Hah, sekarang.." Gempa menoleh ke arah Solar yang sedang menelefon seseorang. Dia sedikit terkejut. Bila masa Solar pegang telefonnya?

Beberapa saat kemudian, keluar seorang pemuda berpakaian coat doktor dan tergantung sebuah stetoskop pada lehernya dari klinik itu. Dia mengelap peluhnya pada dahinya menggunakan sapu tangan berwarna biru.

Matanya terarah ke arah Solar lalu berjalan menghampiri rakannya itu. Dia menyimpan sapu tangannya pada poket coat yang dipakainya sebelum bersuara. "Hah, kau nak apa suruh aku keluar ni? Kau tahu tak sekarang ni masa aku tengah kerja.."

Dapat Solar lihat wajah cemberut rakannya yang tidak suka diganggu ketika bekerja. Dia faham sangat namun ada sesuatu yang penting perlu mereka bincangkan.

"Macam ni Ais.. Kau masih ingat budak yang kita jumpa kat tepi lorong bangunan lama tu?" soal Solar terus terang.

Pemua bernama Ais itu terdiam seketika, cuba mengingat semula. Dia tiba-tiba memetik jarinya. "Oh! Ingat! Waktu tu kau dah tak tahan nak pergi tandas kan? Lepastu, kau-"

Membulat mata Solar mendengar balasan daripada mulut Ais. Dengan pantas, dia menekup mulut Ais daripada menceritakan kisah sepenuhnya.

Dia memberi jelingan tajam berserta wajah yang memerah kerana malu apabila Ais menceritakan kejadian itu di hadapan Gempa.

"Pfft" Gempa menahan gelaknya. Namun tidak berjaya dan akhirnya dia tertawa kecil.

Ais pula meronta-ronta apabila dia mula sukar bernafas. Solar memberi pandangan membunuh sebelum melepaskan rakannya itu.

"Jaga kau kalau kau cerita pasal tu.."

"Lahh.. Dia yang suruh kita ingatkan.. Salahkan kita pula.." ujar Ais yang kedengaran seperti budak-budak pada Gempa dan Solar.

Gempa menjongketkan keningnya manakala Solar menepuk dahinya. Dia pasrah ada kawan macam ni.

"Sudah sudah.. Ais, kau masih ingat bangunan lama kat mana masa kau dan Solar nampak budak tu?" Gempa terus bertanya. Dia tidak mahu membuang masa. Masa itu emas.

Ais memegang dagunya lagak berfikir. "Hm, setahu aku kat lorong Pak Senin tu.. Bangunan kat situ dah lama terbiar macam tu.. Jadi, hati-hati kalau ada haiwan macam tikus.."

Gempa dan Solar mengangguk faham. "Terima kasih.." ujar mereka berdua serentak.

Mereka berdua membalikkan tubuh mereka, hendak melangkah ke kereta Solar namun terhenti apabila Ais bersuara.

"Oh ye, kalau korang jumpa tikus warna putih, bawa dan bagi aku ya.. Aku nak buat mainan untuk kucing aku.." ujar Ais tidak rasa bersalah.

BUM

"Adoi..." Ais mengusap kepalanya yang sakit akibat tumbukan kasih sayang daripada Solar.

Solar masih mengepal penumbuk dan cuba menenangkan diri daripada melakukan lebih teruk kepada rakannya itu. "Jangan minta benda macam tu boleh tak?"

"Alahh, aku minta tikus, bukannya dinosaur pun.." Gempa pantas menahan Solar daripada membelasah Ais yang kelihatan tidak bersalah.

"Berhenti Solar.. Sabar.. Anak orang tu.." ujar Gempa seraya menggosok belakang bahu Solar.

Solar mendengus geram sebelum memberi jelingan tajam ke arah Ais. Ais hanya buat tak tahu dengan pandangan itu sebelum masuk semula ke dalam kliniknya.

Gempa segera mengheret tubuh Solar ke dalam kereta sebelum amarahnya semakin bertambah. Kali ini dia yang memandu kereta Audi milik Solar itu kerana takut rakannya itu masih marah dengan kelakuan Ais itu.

Enjin dihidupkan lalu kereta Audi berwarna silver itu memecut laju membelah jalan raya.














🧬 B E R S A M B U N G 🧬

Gangguan bipolar ni wujud. Search kat Google kalau nak tahu lebih lanjut^^

Harap enjoy!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro