🔬 15 - Terbongkar 🔬

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tarikh: 18 Mac 2060
Masa: 7.50 pagi
Lokasi: Hospital Pulau Rintis

Kini, Solar bersama Nut sudah berada di hadapan katil pesakit yang menempatkan dua orang mangsa yang diterkam menjadi zombie.

Pakcik Kumar ditempatkan di tempat lain kerana diletakkan keselamatan dalam tahap maksimum bagi mengelakkan dia terlepas.

Seperti biasa, Solar dan Nut memakai sarung tangan sebelum melakukan tugas mereka.

Beberapa minit selepas menyuntik kedua-dua mangsa tersebut, Solar dan Nut menjauhkan diri daripada mereka berdua, takut penawar itu turut memberi kesan kepada mereka.

Dapat mereka dua lihat, jari tangan kanan mereka mula bergerak perlahan. Tubuh yang tadinya kurus mula berisi sedikit. Wajah yang pucat bertukar menjadi normal. Leher yang membiru bertukar biasa.

Tidak lama selepas itu, kedua-dua mereka mencelikkan mata mereka. Silau yang mereka rasakan pantas mengangkat tangan mereka lalu menghalang lampu memasuki anak mata mereka.

"D-di mana ni?" soal wanita yang dalam lingkungan 30-an itu.

"Aku sesat ke?" soal pula lelaki tua itu. Dia menggosok kedua-dua belah matanya untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Solar dan Nut menghembus nafas lega melihat kedua-dua orang tersebut sudah kembali seperti biasa. Kini, mereka hanya perlu bertemu dengan pencipta virus Acroyname itu.

Selepas bercerita selama 10 minit, lelaki tua dan wanita itu termenung seketika seolah tidak percaya dengan apa yang berlaku kepada mereka sebelum ini.

"Apa yang pak cik Mat rasa sekarang? Ada sakit kat mana-mana?" soal Solar tanpa berselindung.

"Sstt.. Badan pak cik masih sakit.." balas lelaki tua bernama Mat itu.

"Kejap, alat memancing aku mana?!" Terus sahaja lelaki tua itu panik dan cuba turun dari katil namun kakinya mulai kejang tiba-tiba. "Arhhh!! Kaki aku!"

Solar tersentak lalu menekan satu suis berwarna merah yang berada di hadapan kepala katil itu. Beberapa saat kemudian, Yaya muncul memasuki bilik itu. Kali ini dia datang tanpa Ying.

Yaya menghampiri Mat lalu memeriksa kaki lelaki tua itu. Diketuk sedikit menggunakan penukul kecil namun kaki itu tidak menunjukkan respon.

"Kaki pakcik perlu berehat buat masa sekarang.. Lagipun mungkin sebab sudah beberapa hari kaki pakcik hanya terbiar baring, kaki pakcik rasa kejang.. Takpe, nanti saya bagi ubat untuk kurangkan rasa sakit tu.. Pakcik berehatlah.."

Mat hanya mengangguk faham dengan nasihat daripada Yaya itu. Dia membaringkan semula tubuhnya. "Tapi, alat memancing pakcik kat mana? Sebelum pakcik kena serang hari tu, pakcik ada bawa.."

Solar, Nut dan Yaya berpandangan sesama mereka. "Ada je pakcik.. Kami simpan di tempat penyimpanan.." jawab Yaya dengan senyuman kecil.

Mat menghela nafas lega. Dia mula berbaring menghadap tingkap di sebelah kanannya.

"Erm, doktor.. Makcik nak tanya boleh?" soal wanita itu seolah ragu-ragu hendak bertanyakan soalan.

"Ya, kenapa makcik?"

"Boleh ambilkan alat solek makcik kat bilik penyimpanan tu?" soal wanita itu seraya tersengih.

Yaya yang mendengarnya sudah menggeleng kepala manakala Solar dan Nut mengeluh. Mereka tengah risau dengan kesihatan makcik tu, tapi dia masih lagi fikirkan alat soleknya itu. Adakah patut.



---------------- » «» « ----------------



Masa: 9.00 pagi
Lokasi: Hospital Pulau Rintis

"Kau..... Kau nak buat apa dengan dia hah??!!" Gempa terkejut apabila Taufan diacu sebilah pisau pada lehernya.

Taufan meringis kesakitan apabila lelaki itu mengenggam erat pisau itu seraya mendekatkan ke arah lehernya.

Lelaki itu tertawa sinis. "Aku takkan biarkan si Hali tu terlepas dari genggaman aku.. Dan aku akan rampas penawar tu.."

Gempa mengepal penumbuknya. Meskipun dia mempunyai seni pertahanan diri, namun tidak setanding dengan lelaki di hadapannya.

"Jadi, kaulah ketua geng No Humanity huh?" Suara seseorang memecah keheningan antara mereka berdua.

Mereka berdua menoleh. Dapat mereka lihat Halilintar menghampiri mereka dengan wajah dan pandangan yang dingin. Dia kini berdiri di antara Gempa dan lelaki itu.

"Heh, aku dah agak yang kau dah tahu siapa aku.." Lelaki itu tersenyum sinis. Anak matanya berwarna kuning bertentangan dengan anak mata berwarna merah itu.

Halilintar berpeluk tubuh. "Ochobot, berumur 30 tahun tapi muka masih awet muda.. Mempunyai lulusan pelajaran dalam bidang biologi dan kimia.. Namun, dia gagal dan tidak diterima kerja di mana-mana tempat sekali pun disebabkan selalu cuai dan tidak berkelayakan lagi.."

Mereka semua terdiam.

"Pada awalnya dia ingin menjadi seorang doktor yang berjaya namun dia dipintas oleh seorang saintis iaitu kawan aku, Solar.. Dan kau mula buat sesuatu yang baru yang dapat menjatuhkan maruah dia.. Tapi, kau silap sebab kau rendahkan potensi dia sehingga kau beberapa kali gagal.. Tapi tak sangka kau mampu buat virus yang amat berbahaya kepada manusia.. Apa sebenarnya tujuan kau buat macam tu?" sambung Halilintar.

"Tsk!" Lelaki bernama Ochobot itu membuang muka ke arah lain sebelum menatap semula pemuda bermata merah itu.

"Tujuan aku buat macam tu? Aku nak aku dan geng aku sahaja yang bergelar sebagai manusia.. Dan korang pula hidup sebagai zombie.. Ketika itu, kami dapat memerintah dunia ni bersama-sama.. Hahahahahhahaha..." Ochobot tertawa jahil.

"Hisk..." Tangisan Taufan dihiraukan Ochobot. "Kalau budak nerd tu tak datang hari tu, dah lama rasanya aku bunuh budak ni.."

Gempa berdecit. "Apa masalah kau dengan dia? Dia tu tengah sakit dan ta dapat fikir dengan normal!" Gigi dikertap menahan amarah.

"Masalah aku dengan dia? Heh, sejak dulu lagi, waktu tu aku masih berumur 13 tahun.. Dia tengah bermain dengan adik aku, Thorn yang baru je 2 tahun.. Tapi, dia tolak adik aku sampai jatuh ke dalam longkang yang besar tu!!! Aku yang tak pandai berenang mula panik dan tanpa fikir banyak, aku terus terjun dan cuba selamatkan dia.."

Hening seketika.

"Tapi, aku gagal... Aku gagal selamatkan dia.. Aku diselamatkan oleh seorang pakcik.. Tapi dia tak selamatkan adik aku! Korang tahu tak apa rasanya waktu tu hah?! Cuba bagitahu aku!!"

Tiada siapa bersuara.

"Aku rasa yang aku gagal jadi seorang abang.. Aku gagal lindungi adik aku.. Dan aku gagal cegah budak ni daripada tolak adik aku! Dan dia ni!!" Ochobot mendekatkan lagi pisaunya sehingga mata pisau itu mengenai leher Taufan sehingga Taufan menggigil ketakutan.

"Tak guna!!! Dia dah bunuh adik aku!! Dia punca adik aku mati!! Dan dia patut mati!!!" Belum sempat Ochobot menghiris leher Taufan, terdapat seseorang menendang kuat lengan kanannya dari arah belakang sehingga pisau itu tercampak jauh.

Tubuh Taufan terdorong ke hadapan dan disambut oleh Halilintar. Dia mengusap lembut belakang Taufan untuk menenangkannya.

"Tch! Kau pun ada kat sini?!" Mata Ochobot mula berapi apabila melihat Kaizo yang menatap tajam ke arahnya. Kaizo adalah orang yang menendangnya tadi.

"Sudahlah Ochobot.. Taufan tak bersalah... Semua tu hanya kemalangan.. Lagipun, dia masih kecil dan tak tahu apa-apa.." ujar Kaizo, cuba menenangkan Ochobot yang tidak mampu mengawal emosinya.

Ochobot berdengus geram. Dia mengepal penumbuk. Namun, dia mengambil keputusan menolak kuat tubuh Halilintar yang berada di hadapannya sebelum bergegas keluar dari bilik itu.

Halilintar terkejut apabila ditolak sebegitu. Mujur sahaja dia yang menyentuh lantai dan Taufan berada di atasnya. Pantas dia memapah Taufan untuk berdiri dan membawanya ke arah Gempa.

"Gempa, kau jaga dia.. Aku dan Kaizo kena kejar dia.." Gempa mengangguk faham dengan perintah Halilintar. Gempa memeluk erat Taufan sambil menenangkannya.

Halilintar dan Kaizo berpandangan lalu mengangguk tanda kata sepakat. Mereka berdua kemudian beredar dari situ lantas mengejar langkah Ochobot.

"Kau takkan terlepas kali ni!"


















🧬 B E R S A M B U N G 🧬

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro