🔬 5 - Doktor Ochobot 🔬

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tarikh: 4 Mac 2060
Masa: 8.00 pagi
Lokasi: Makmal Rahsia

"Hello?"

"Hello Nut... Macam mana dengan penyakit yang serang pak cik tu kelmarin? Dah dapat apa-apa maklumat?"

Nut menggetap bibirnya sebelum mengeluh berat. "Belum lagi.. Aku dan kawan aku masih dalam kajian.. Dan nampaknya penyakit ni baru sahaja wujud.."

"Hm, okey.. Kalau ada apa-apa, bagitahu aku terus.. Aku perlukan maklumat pesakit dan penyakit yang dia hidapi.. Aku kena pergi ni.."

Sejurus itu, panggilan telefon terus dimatikan oleh pemanggil di sana. Nut menjeling sahaja telefonnya yang terus sahaja dimatikan panggilan tadi.

"Siapa call?" Nut menoleh. Terlihat Solar yang baru sahaja bangun daripada tidur akibat bekerja malam. Dia menggeliat tubuhnya lalu menyandar pada kerusi roda yang didudukinya.

"Kawan lama aku.." jawab Nut lalu mendapat anggukan daripada Solar.

"Aku rasa virus yang serang badan pak cik kelmarin, bukan calang-calang virus.."

"Maksud kau?" soal Nut sambil mengerutkan dahinya.

Solar menghembus nafas panjang sebelum bersuara. "Virus ni adalah buatan daripada orang.."

Nut terkejut dengan apa yang baru sahaja dikatakan oleh rakannya itu. "Kau biar betul Solar?"

Solar mengangguk kecil. Dia merapatkan kedua-dua belah tangannya lalu meletakkan kepalanya di atas, lagak seorang saintis yang sedang berfikir aras tinggi.

"Ni cuma pendapat aku.. Lagipun, kita kena jumpa pesakit tu depan-depan supaya dapat tahu perubahan yang berlaku pada dia.." Kata-kata Solar mendapat anggukan daripada Nut.

---------------- » «» « ----------------

Masa: 12.00 tengah hari
Lokasi: Hospital Pulau Rintis

"Taufan, makanlah.. Nanti masuk angin.. Taufan makan ye?" Gempa memberikan senyuman manis kepada Taufan yang enggan memakan bubur yang sudah dimasak olehnya tadi pagi.

Taufan menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu. Dia memandang anak mata emas milik Gempa dalam-dalam.

Berkerut dahi Gempa apabila perasan akan pandangan Taufan itu. "Kenapa?"

"N-nak... Aiskrim.." Mata Taufan tiba-tiba sahaja dibesarkan dan menunjukkan wajah yang comel. Mulutnya juga memuncung.

"Haih.." keluh Gempa. Dia menyandarkan tubuhnya pada kerusi yang didudukinya seketika. "Boleh, tapi Taufan kena makan dulu bubur ni, baru Taufan boleh makan aiskrim.. Okey?"

Jari telunjuk tangan kanan diletakkan pada dagunya seraya berfikir. Lama Taufan berfikir sebelum mengangguk ceria. "Hm!"

Tersenyum Gempa dibuatnya. Dia kembali duduk secara tegak dan menyuakan sesudu bubur itu kepada Taufan.

Taufan terkebil-kebil memandang sudu itu sebelum membuka mulutnya. Dia kemudian disuap oleh Gempa. Taufan merasai makanan yang baru sahaja memasuki mulutnya sebelum ditelan.

"Sedap?"

"Hm hm! Sedap!" Taufan terangguk-angguk sambil tersenyum lebar.

Tanpa Gempa sedar, dia mengusap kepala Taufan secara refleks. Taufan yang diperlakukan seperti itu hanya membiarkan sahaja.

Kalau kau rasa, tak dihargai~

Tutuplah mata, peganglah hati~

Kalau kau rasa, diri kau sunyi~

Jangan bersedih, aku di sini~

Lagu yang kedengaran dari telefon seseorang menyentakkan Gempa. Pantas dia meletakkan mangkuk berisi bubur itu di atas meja kerjanya lalu mencapai telefon bimbitnya yang mendering kuat.

Gempa mendekatkan dirinya pada tingkap biliknya agar Taufan tidak mendengarnya meskipun budak itu bukanlah faham sangat perbualan seseorang.

Taufan pula hanya membuat kerjanya sendiri. Bermain dengan jarinya, rambutnya bahkan bermain dengan wajahnya sendiri apabila terpandang cermin besar yang berada di bilik kerja Gempa itu.

"Hello Solar.. Kenapa call ni?" soal Gempa apabila menjawab panggilan daripada rakannya itu.

"Boleh kau bagi aku fail peribadi milik pesakit yang baru sahaja dimasukkan ke hospital kelmarin?"

"Oh! Boleh boleh.. Kejap, kau ada kat mane ni?" Berkerut dahi Gempa apabila terfikirkan yang Solar masih sibuk berada di makmal rahsianya.

"Aku dalam perjalanan nak ke hospital.. Dah sampai nanti, kau terus bagi aku fail tu.." ujar Solar melalui telefon bimbit milik Gempa itu.

"Okey.." Gempa mengangguk faham. Dia kemudian mematikan panggilan itu lalu menoleh ke arah katil yang diduduki oleh Taufan tadi.

"Eh?! Mana dia?!"

Gempa terus panik apabila Taufan menghilang dari bilik kerjanya. Pantas Gempa menyimpan telefon bimbitnya pada poket seluarnya sebelum melangkah keluar dari biliknya.

Sementara itu, Taufan sedang bersiara-siar di taman hospital itu. Dia sendiri tidak tahu yang dia berada di mana. Dia hanya ikut sahaja rama-rama yang sesat masuk ke bilik kerja Gempa tadi.

Sampai sahaja di taman hospital itu, rama-rama tersebut sudah terbang tinggi ke langit. Taufan cemberut melihatnya yang terbang bebas sedangkan dia tidak boleh terbang sama sekali.

Taufan meliarkan pandangannya ke arah sekeliling. Dia baru perasan dia berada di tempat asing. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Taufan mengambil keputusan untuk duduk di kerusi yang disediakan. Muluntnya memuncung. "K-kat...mane ni...Huh..."

"Kau sesat ke?"

Taufan tersentak mendengar soalan itu. Dia pantas menoleh.

Dapat dia lihat seorang lelaki berpakaian doktor dan memakai kaca mata sambil menatapnya dengan kening yang terjongket.

Taufan mengemam bibirnya. Takungan air mula bergenang pada kelopak matanya. "Huwaaaa!!!! N-nak... A-abang!!"

Terkejut doktor lelaki itu mendengar tangisan Taufan. Dia menoleh ke arah sekeliling. Mujur sahaja waktu itu masih lenggang.

Seseorang yang kebetulan melalui di kawasan itu terkedu mendengar tangisan Taufan. Dia pantas berlari mendekati suara itu.

Doktor lelaki yang menemani Taufan tadi mula panik dan cuba memujuk budak itu. "J-janganlah menangis kat sini! Nanti orang fikir aku buli kau pula!"

Taufan tidak mengendahkan kata-kata doktor lelaki itu. Dia hanya terus menangis dan memanggil panggilan abang.

"Hish!" Doktor lelaki itu berdengus. Dia kemudian menghampiri Taufan lalu dipeluknya dan diusap perlahan tubuh belakang budak itu.

Taufan tersentak apabila dia dipeluk sebegitu. Dia mula meronta minta lepaskan diri. "L-lepaskan!! A-abang!! Tolong!!!"

"Shh... Diam..." Doktor lelaki itu bukannya dia lepaskan, malah mempererat lagi pelukan mereka. Taufan merasakan sesak nafas apabila dipeluk kuat oleh doktor lelaki itu.

Esakan Taufan bukan semakin perlahan tapi semakin menjadi-jadi. Doktor lelaki yang tadinya cuba menenangkan Taufan dengan cara lembut terus melepaskan pelukannya.

Dia mencengkam kedua-dua bahu Taufan dan memandang tajam ke dalam anak mata biru milik Taufan. "Kau boleh senyap tak?! Dahlah macam budak-budak! Aku lempang nanti baru tahu!"

"Hufff" Taufan menggetap bibirnya. Dapat dia rasakan tubuhnya menggeletar kuat.

"Woi!"

Doktor lelaki itu menoleh. Dapat dia lihat seorang lelaki yang turut berpakaian seperti dia dan memakai kaca mata sedang menuju ke arahnya dengan wajah yang menahan marah.

"Hisk.." Air mata Taufan masih mengalir dan membasahi pipinya.

"Kau ni menangis je kerjanya.." Pantas doktor lelaki itu menjauhkan dirinya dan membiarkan Taufan terjatuh ke lantai simen.

"Auw!!"

Doktor lelaki itu sedikit tersentak mendengar rintihan sakit itu. Dia segera menunduk dan memeriksa tubuh badan Taufan sekiranya ada luka. Dapat dia lihat darah yang mengalir pada lutut budak itu.

Namun, belum sempat dia berkata apa-apa, tiba-tiba sahaja ada seseorang merentap baju doktornya dan dia dikejutkan dengan satu tumbukan padu pada wajahnya.

BUK

"Berani kau layan dia macam tu! Kau tak tahu ke dia tengah sakit hah?!" jerkah lelaki yang lebih tinggi daripada doktor lelaki itu.

Doktor lelaki itu terjatuh dan punggungnya mencium lantai. Dia mengerang kesakitan sambil mengusap pipinya yang sakit.

"Eh, Solar!! Ape kau buat ni?!" Gempa terkejut apabila dia tiba di situ. Dia sempat nampak apa yang rakannya telah buat kepada doktor lelaki itu.

Gempa menghampiri doktor lelaki tadi dan memapahnya. "Doktor Ochobot okey?"

Doktor yang bernama Ochobot itu hanya membalas dengan anggukan. Dalam diam dia mengutuk lelaki bernama Solar itu kerana telah menumbuknya.

Solar berdecit tidak puas hati. Tanpa menghiraukan doktor bernama Ochobot itu, dia terus menerpa ke arah Taufan yang menundukkan wajahnya itu.

"Hisk.." Mata Taufan yang bertakung dengan air mata itu mengundang perasaan bersalah pada diri Solar.

Solar duduk melutut lalu memberikan sebuah pelukan yang hangat. Dapat dia rasakan budak itu membalas pelukannya. "Shhh.. Dah dah.. Kau dah selamat.."

"Hisk.. T-taufan...takut..." Solar mengeratkan lagi pelukannya seraya mengusap perlahan belakang Taufan.

"Eh, Taufan! Maaf, aku dari tadi cari kau! Macam mana kau boleh sampai ke sini?" Gempa yang tadinya duduk di sebelah Ochobot segera menghampiri pesakitnya.

Solar menjeling tajam ke arah rakannya. "Kau sepatutnya lebih risau dengan pesakit kau, bukannya doktor kejam tu.."

Tergamam Gempa dan Ochobot yang mendengarnya. Terus tidak jadi Gempa hendak memeluk Taufan kerana Solar masih menenangkannya.

"Heh, lain kali, siasat dulu apa yang jadi ye?" Solar menoleh ke arah Ochobot pula. "Dan kau, aku rasa aku tak perlu minta maaf kot.. Sebab tindakan kau tu tak setanding dengan tumbukan aku tadi.. Rasanya kalau aku tak datang tadi, mungkin kau dah buat benda lebih teruk.."

Pantas Solar berdiri lalu duduk mencangkung membelakangi Taufan. Dia kemudian mendukung budak itu di belakangnya dan pantas meninggalkan tempat itu, membiarkan dua orang lelaki itu bersendirian.


















🗡️ B E R S A M B U N G 🗡️

Jangan kecam Ochobot hahahaha😆😹

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro