🌧️ [10] Terjumpa

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Halilintar dan adik-adiknya kini sedang menjamu selera makan tengah hari. Namun, Halilintar tertanya-tanya, kenapa adik-adiknya hanya senyap pada hari ini? Ada sesuatu yang menganggu fikiran mereka? Biasanya ada sahaja yang hendak digaduh walaupun hal kecil.

Halilintar berhenti mengunyah. Dia berdehem, menarik perhatian adik-adiknya. Taufan, Blaze, Ais, Thorn dan Solar menoleh ke arah Halilintar.

"Korang dah kenapa senyap membisu?" soal Halilintar acuh tak acuh sebelum menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

Taufan, Blaze, Ais, Thorn dan Solar berpandangan antara satu sama lain. Mereka memberi senyuman tipis kepada Halilintar. "Takde ape.." balas mereka berlima serentak sebelum menjamah nasi mereka semula.

Halilintar yang mendengar balasan daripada mereka berlima, mengerutkan dahinya. Dia pasti ada sesuatu yang tidak kena. Dia menghela nafas panjang sebelum dia berdiri dan membasuh pinggannya. Dia cuba bersabar. Lambat laun dia akan tahu juga.

Selesai makan tengah hari, keenam beradik ini meluangkan masa di ruang tamu dengan menonton televisyen. Mereka menonton movie India bertajuk 'Ratsasan' yang mengisahkan tentang kes pembunuhan pelajar perempuan yang dikatakan pembunuh itu adalah seorang psiko. Para pembaca boleh mendownloadnya di Telegram. 😹

Ais sedaya upaya tidak melelapkan mata. Apabila tiba di pertengahan cerita, matanya terbuka lebar. Dia yang sedang baring dengan kepala diletak pada paha Blaze mula menukar posisi kepada duduk.

Blaze menghembus nafas lega kerana dapat juga dia bernafas tenang. Dia dari tadi menahan rasa sakit sahaja kepala Ais yang selamba sahaja jadikan pahanya sebagai bantal.

Taufan yang duduk di atas tikar mula mendekatkan dirinya ke arah televisyen apabila melihat aksi pelakon yang sedang berlawan dengan beberapa lelaki.

"Taufan, jangan dekat dengan tv tu.. Rosak mata nanti.." tegur Halilintar tegas apabila melihat adik pertamanya itu melihat televisyen dengan jarak yang dekat.

Taufan hanya tersengih sahaja sebelum mengundurkan dirinya ke belakang sedikit. Thorn yang berada di sebelahnya hanya menonton dengan penuh rasa berdebar.

Halilintar hanya menghela nafas sebelum berpeluk tubuh. Dia sebenarnya tak nak tengok tapi disebabkan Thorn dah buat muka comel kat dia, terpaksa dia turuti. Namun dia akui cerita ini menarik perhatiannya.

Setelah 1 jam 30 minit menonton filem itu, Halilintar mencapai alat kawalan jauh untuk membuka siaran berita. Dia mengerling sekilas ke arah jam dinding yang berbentuk bulat itu. Satu jam lagi dah nak masuk solat Asar, lebih baik dia berwaspada sebelum terlepas waktu.

🌧️🌧️🌧️

Keesokan harinya, Halilintar sudah mengambil keputusan pada awal pagi untuk melawat kawasan rumah Tok Aba memandangkan rumah banglo yang didudukinya itu tidak jauh daripada rumah atoknya. Ingin juga dia tahu perkembangan atoknya dan Ochobot. Sihat ke tidak atoknya?

Sejak rawatan haritu, dia merasakan dia perlu menjaga adik-adiknya buat sementara waktu. Tipulah kalau dia tidak merindui abang sulungnya itu. Tipulah kalau dia tidak sedih. Tipulah kalau dia mahu abangnya itu berada di sisi mereka semua. Namun, siapa dia mahu halang kemahuan abangnya itu. Fikirannya mula teringat akan kenangan terakhir bersama abang sulung.

"Hali.. Janji dengan aku, jaga mereka semua.." Gempa tersenyum sayu ke arah Halilintar yang sudah berkaca-kaca memandangnya.

Halilintar mengenggam tangan kanan abangnya. "T-tapi-"

Gempa terus mendakap tubuh adik pertamanya itu. Dia mengusap belakang adiknya untuk menenangkan adiknya yang sudah mula menangis. Dia tersenyum.

"Jangan pergi... A-apa yang a-aku nak c-cakap dengan diorang?" soal Halilintar dengan tangisan.

Gempa meleraikan pelukannya. Dia mengusap pipi adiknya dan mengelap air mata yang mengalir. Dia tersenyum manis. "Bagitahu mereka yang aku tak pergi lama.."

Badan Gempa mula bercahaya. Halilintar yang melihat itu menggetap bibirnya. Dia memeluk tubuh abang sulungnya itu dengan erat seolah tidak mahu dilepaskan.

Mata Gempa yang mula berkaca-kaca ditahan daripada menangis di hadapan adiknya. Dia mengusap perlahan belakang adiknya sebelum dia melepaskan pelukan.

Bahagian kaki Gempa mula menghilang. Gempa mengesat air mata yang setia mengalir pada pipi adiknya. "Jaga diri.." Gempa tersenyum manis untuk kali terakhir sebelum dia hilang dari pandangan Halilintar.

Halilintar menunduk. Mata dipejam rapat. Lama. Kemudian dia mencelikkan mata sebelum mengelap sisa air matanya.

"Abang Hali!"

Halilintar tersentak. Dia berdehem untuk membetulkan tekaknya. Dia membalikkan badannya, menghadap ke arah adik-adiknya. Dia cuba berlagak seperti biasa.

Taufan, Blaze, Ais, Thorn dan Solar mendekati abang kedua mereka. "Ehh, mana abang Gempa?" soal Thorn sambil matanya meliar mencari keberadaan abang sulungnya itu. Baru sahaja tadi dia nampak abangnya, tiba-tiba hilang pula.

Halilintar menghembus nafas panjang. Dia cuba menenangkan dirinya. Dia tidak boleh nampak lemah di hadapan adik-adiknya. Dia tersenyum nipis. "Aku...ada benda nak bagitahu.."

"Hm? Apa dia?" Kelima-lima adiknya memandang penuh persoalan ke arahnya membuatkannya berasa bersalah namun dia harus memberitahu juga.

"Gempa dah takde"

Sepi. Lama keadaan mereka sebegitu sebelum perlahan-lahan mata mereka berkaca.

"K-kau jangan nak tipu kitorang!" bentak Blaze tidak percaya.

"T-tak...mungkin..." Solar menutup mulutnya, menahan esakan daripada keluar.

Thorn memeluk tubuh Taufan lalu menghamburkan tangisannya. Taufan masih terdiam, tidak tahu hendak memberi reaksi apa. Dia hanya mengusap belakang adiknya itu.

Blaze mula mengalirkan air mata dengan perasaan tidak puas hati. Ais pula terduduk sambil menahan esakannya.

Hati Halilintar mula berasa sayu. Namun dia kena kuat demi adik-adiknya. Dan mulai saat itulah dia menjaga adik-adiknya.

Halilintar kembali ke arah realiti. Wajahnya yang ditutupi oleh topi dibetulkan sedikit, bagi mengelak orang mengecam wajahnya. Semasa berjalan, dia tidak sengaja terlanggar seseorang.

"Tchh, jalan tu guna mata.." ujar orang yang dilanggarnya itu. Apabila Halilintar bertentang mata, dia terkejut. Orang yang dilanggarnya adalah sahabat lamanya. Membulat matanya melihat wajah yang dia tidak ingin berjumpa. Tanpa sedar, kedua-dua belah tangannya digenggam erat.

Fang turut terkejut malah wajahnya kelihatan marah. Dia mendengus marah. "Kau?! Berani kau tunjuk muka kat sini?!"

Halilintar memandangnya dengan pandangan kosong. Takde masa dia nak layan lelaki yang dianggap sebagai kawan baik. Tangan kanan diseluk masuk ke dalam poket jaketnya. Dia kemudian berlalu pergi meninggalkan Fang seorang diri di situ.

Fang pula tercengang. Berani betul Boboiboy muncul. Dia perlu bagitahu hal ni kepada Gopal, Yaya dan Ying. Dia menghantar pesanan ringkas lalu dia mengikuti langkah Halilintar secara senyap.

Nak juga dia tahu, Boobiboy tinggal di mana selama ni. Dia ketawa sinis dalam diam. Dapatlah dia membalas dendam, yang telah lama terbuku dalam hati. Dia mula mengikuti langkah Halilintar.















~ 🌧️ BERSAMBUNG 🌧️ ~

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro