🌧️ [4] Kecewa

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku menangis sendirian. Aku dah bagitahu kat Ochobot waktu dia masuk supaya biarkan aku sendirian dan mujur dia faham.

Aku, tak tahu nak cakap apa lagi. Sanggup mereka memilih orang lain berbanding aku? Aku ni kawan mereka tau! Argh! Serabutlah!

Normal POV

Dan tanpa sedar, Boboiboy telah pun berpecah menjadi tujuh.

"Huhu... Sampai hati diorang! Huwaa!!!!" luah Thorn. Dia memeluk Solar yang turut menangis tetapi tidak seesak seperti Thorn.

"Hmm, aku sangka mereka kawan baik kita.." ujar Ais. Wajahnya sedih dan muram sahaja. Dia memandang ke arah Blaze yang sedang membara. "Argh!! Tak guna! Kenapa jadi macam ni?! Kenapa?!" Namun, tangisannya turut didengari. Dia segera memeluk Ais. Ais dengan pasrah membiarkan sambil menenangkannya.

Taufan mengesat air matanya yang mengalir laju. Makin dia lap makin laju pula mengalir. Ish, tak boleh jadi ni! Dia kemudian berdiri lalu berpusing untuk membuat pusaran angin pada badannya. Apabila dia berhenti, air mata turut berhenti.

Halilintar pula sedang berpeluk tubuh. Langsung tiada setitik pun air mata mengalir pada wajahnya. Malah, kemarahannya semakin bertambah. Dia mengenggam erat kedua belah tangannya.

Namun, kelibat Gempa tiada. Dan tidak menghairankan bagi mereka berenam kerana mereka telah mengetahui tentangnya.

"Hali..." Halilintar menoleh ke arah Taufan. "Hm?"

"Mulai hari ni, kau yang ambil alih badan Boboiboy kan?" soal Taufan, dengan wajah sayunya.

Halilintar membalas dengan anggukan. Memandangkan Halilintar kembar kedua, jadi tiada masalah kalau dia yang ambil alih.

Taufan menunduk. Dia betul-betul kecewa. Kecewa dengan kawan mereka. Tiba-tiba sahaja bahu kanannya terasa berat. Dia menoleh. Tangan Halilintar elok sahaja mengusap bahunya untuk bersabar. "Kau kena kuat.. Kalau tak, aku takde kawan penguat nanti.. Kau pun kenalah beri sokongan dengan mereka.." Mata diarah kepada Blaze, Ais, Thorn dan Solar.

Taufan memandang ke arah mereka dengan senyuman kecil. Dia kemudian mengangguk sebelum menghampiri mereka berempat. "Korang, mari sini.."

Blaze, Ais, Thorn dan Solar berpandangan sebelum memeluk Taufan. Selain Gempa, Taufan jugalah tempat mereka meluah.

Halilintar tersenyum kecil tanpa disedari oleh mereka. Tak lama kemudian, wajahnya menjadi tegang.

Dia teringat akan pesanan dan kata-kata terakhir Gempa.

"Mulai saat ini, kau yang akan ambil alih badan ni.. Aku tahu, kau boleh.. Kau kena kuat, kalau tak, macam mana diorang nak kuat? Lindungi mereka tau.. Aku pergi tak lama sangat.. Cuma, berikan aku masa.."

Halilintar mengeluh. Dia harus melaksanakan tugas yang diamanahkan itu.

Taufan yang sedang memeluk adik-adiknya, terimbas kembali di mana Gempa menghilangkan diri di hadapan mata mereka semua.

Flashback

"Eh, Gempa! Kenapa tangan kau..menghilang?" soal Thorn panik. Dia menggetap bibirnya. Matanya mula berkaca-kaca.

Gempa tersenyum pahit ke arahnya. "Aku...akan pergi.."

"HAH?!"

Membuntang mata mereka berenam tatkala Gempa berkata begitu. Mereka berenam memandang tidak percaya ke arah Gempa.

"A-Apa kau cakap ni?! Jangan main-mainlah Gempa!" marah Blaze bercampur perasaan takut. Takut ditinggalkan oleh Gempa yang sudah dianggap sebagai abang.

Gempa menggeleng kepala perlahan. "Aku wujud sebab pertahankan kawan-kawan.. Jadi, apa guna aku wujud sekarang kalau kawan-kawan kita, dah buang kita?"

Mata mereka berenam mula berkaca-kaca. "Gempa!!!!!!!" Mereka berenam memeluk tubuh badan Gempa dengan erat, seolah tidak mahu melepaskannya.

Gempa tersenyum kecil sambil mengalirkan air matanya. Dia menghayati pelukan daripada mereka untuk kali terakhir. Rambutnya yang hitam mula perlahan-lahan bertukar menjadi warna putih.

"Jangan pergi....." ucap Taufan. Air mata yang mengalir dibiarkan.

"S-siapa yang nak j-jaga kitorang nanti?" soal Ais dengan tersedu sedan. Bahunya terhinjut-hinjut kerana menangis.

Gempa perlahan-lahan melepaskan pelukan mereka. Dia mengusap pipi mereka semua satu per satu sambil mengelap air mata mereka. Dia kemudian menoleh ke arah Halilintar.

Gempa mencapai tangan kanan Halilintar lalu digenggamnya erat. "Mulai saat ini, kau yang akan ambil alih badan ni.. Aku tahu, kau boleh.. Kau kena kuat, kalau tak, macam mana diorang nak kuat? Lindungi mereka tau.. Aku pergi tak lama sangat.. Cuma, berikan aku masa.."

Halilintar terkaku seketika. Dia memandang dalam ke arah mata emas Gempa, cuba memastikan Gempa tidak berbohong, namun apa yang dikatakan oleh Gempa itu benar.

Tangan kanan Gempa yang mengenggam tangan Halilintar mula menghilang. Halilintar menggetap bibirnya seketika sebelum tersenyum pahit. "K-kalau keputusan kau macam tu, b-baiklah.. Aku cuba..." balasnya sedikit gagap.

Gempa tersenyum manis ke arah mereka semua. Kini hanya tinggal kepalanya sahaja yang masih berbaki. "Korang semua jaga diri.. Siasat apa yang terjadi sebenarnya.. Percaya antara satu sama lain.. Ada rezeki, kita jumpa lagi.."

Perlahan-lahan, wajah Gempa yang terhias dengan senyuman manis, pudar. Kini, Gempa telah meninggalkan mereka semua.

End Flashback

Halilintar memandang redup ke arah adik-adiknya. Dia berjanji yang dia akan jaga adik-adiknya dengan baik. Dan cuba siasat apa yang terjadi.
















~ 🌧️ BERSAMBUNG 🌧️ ~

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro