[M] TRUTH 19 DARE 19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Dare from Shifa_kiyaa , Maaf lambat! (+_+)

"Korang! Ade dare!" panggil Taufan menyebabkan adik-beradiknya datang ke arahnya.

"Hadeh... Dare lagi.. Malaslah.." kata Ais yang menguap.

"Sabar jelah.." kata Solar.

"Dare untuk siapa?" tanya Gempa.

"Untuk aku dan Halilintar..." Taufan memandang Halilintar dengan senyuman sinis.

"Aku?" soal Halilintar.

"Aku kena jailin Halilintar dan Halilintar tak boleh marah aku... Selama seminggu.. Habis je dare aku, barulah Halilintar boleh marah aku.." kata Taufan.

"Jailin tu ape?" tanya Thorn yang menyengetkan sedikit kepala ke arah kanan. Argh, comel! Okey, Author dah tak betul. Ehem!

"Jailin tu..... Err..." Semua memandang ke arah Gempa.

Gempa mengeluh. "Haih.. Jailin tu macam buat sesuatu yang kejam kat seseorang..."

Yang lain membalas, "Oohh..."

"Kalau kau macam-macam kat aku, jaga kau!" tegas Halilintar.

"Kat dare cakap kau tak boleh marah aku, jadi, suka hati akulah nak buat ape..." kata Taufan.

Halilintar memutarkan bola matanya.

10.30 AM

"Abang~ Taufan nak air Ice Chocolate!" kata Taufan dengan nada yang manja. Ingatkan tak bermanja dengan adik-beradik dia.

Halilintar masih tidak memandang muka Taufan. Dia khusyuk membaca cerita di telefonnya bertajuk 'BOBOIBOY: 7 ELEMENTAL BROTHERS'. Aik? Tu bukan cerita Author ke? Hahaha...

Taufan mengeluh. Dia mendapat satu idea jahat. Dia cuma berjalan di hadapan Halilintar dengan muka selamba lalu merampas telefon milik Halilintar. Halilintar terkejut.

Taufan sudah melarikan diri bersama telefon Halilintar. "Taufan!!!!!! Bagi balik telefon aku!!!!" jerit Halilintar.

"Tak nak!! Buatkan Taufan air dulu!!" jerit Taufan yang berada di atas hoverboardnya.

Halilintar memandang ke atas iaitu muka Taufan yang terbang menggunakan hoverboardnya.

"Yelah!" Halilintar terus melangkah ke dapur.

"Yes!" Taufan pun mendarat lalu membelek telefon yang dipegangnya. "Cerita ape ni? Macam best je..." Taufan pun membaca cerita yang berada dalam telefon itu.

Beberapa minit kemudian, Halilintar datang dengan secawan air. Dia memandang ke arah Taufan yang sedang menangis?

"Kau dah kenapa nangis bagai ni?" tanya Halilintar lalu meletakkan cawan yang dipegangnya di atas meja.

"Huhu!!! Sedihnye cerita ni!!!" kata Taufan yang masih dalam tangisan. Haih, budak ni.

"Hm, dahlah! Bagi balik telefon aku!" Halilintar merampas semula telefonnya. "Tu, aku dah buatkan kau air.. Pergi minum!"

"Okey.." Taufan mengeluh.

Ni baru satu hari, tapi, dah buat Halilintar tertekan, tambahan pula dengan sifatnya yang panas baran.

"Mengutuk nampak?!" jerit Halilintar.

"Wey! Salah skrip kau ni!" Author mengetuk kepala Halilintar menggunakan tangannya yang keluar tiba-tiba lalu menghilangkannya.

"Adeh!!" jerit Halilintar. Tulah padahnya...

Hari keenam~

12.00 PM

"Taufan!!!!!!! Jangan lompat atas katil aku!!!!!" jerit Halilintar. Suaranya cukup untuk membuatkan orang sekelilingnya menutup telinga dek suaranya yang kuat kecuali Taufan dengan sengihan nakalnya.

"Tak nak!" Taufan masih lagi bermain atas katil Halilintar. Nakal betul.

Halilintar mengeluh lalu mendapat idea. "Taufan! Sini kejap!"

"Hmm?" Taufan yang tidak tahu apa-apa hanya pergi ke arah Halilintar. "Kenape?"

Halilintar terus mencubit hidung Taufan dan mencubit pipi Taufan sehingga merah.

"Halilintar!!! Sakitlah!" Taufan memegang hidungnya dan pipinya sebaik sahaja Halilintar melepaskan pegangannya.

Sebenarnya, Halilintar sudah sedia maklum yang Taufan tak suka kalau orang cubit hidung dan pipinya, jadi, dia buatlah. Pada masa ini, dia mengambil kesempatan untuk menghalau Taufan keluar dari biliknya.

Taufan terjatuh kerana Halilintar menolak tubuhnya keluar dari bilik itu. Dengan pantas, Halilintar menutup pintu lalu menguncinya. 'Puas hati aku..' Halilintar mengomel dalam hati.

"Halilintar!! Buka pintu ni!!" jerit Taufan sambil mengetuk pintu bilik Halilintar.

"DIAMLAH!!"

Taufan mengeluh lalu beredar dari situ dengan muka yang sedih.

7.00 PM

"Taufan!! Taufan!!" terjerit Gempa memanggil nama Taufan namun, hampa kerana panggilannya tidak mendapat sahutan daripada Taufan. Rasa risau menyelubungi dirinya.

"Eh, Taufan takde kat rumah ke?" tanya Thorn sedikit risau.

"Tak tahulah...."

Halilintar yang terganggu dengan jeritan Gempa, terus turun ke ruang tamu. "Kenape ni?"

"Taufan takde!" kata Thorn.

Blaze baru sampai dengan tercungap-cungap bersama Ais dan Solar.

"Hah, korang dah jumpa Taufan?" tanya Gempa.

"Tak.." balas Blaze, Ais dan Solar.

"Macam mane ni..." kata Thorn.

'Takkan Taufan hilang sebab aku?' soal Halilintar dalam hati.

"Baik, kita berpecah cari dia..." arah Gempa.

Di taman, Halilintar bersama Gempa mencari Taufan di sekitar situ. Gempa memandang Halilintar dengan muka yang serius. "Kau gaduh dengan Taufan ke?"

Halilintar memandang Gempa dengan sekilas pandang. "Entah.."

"Haih.. Sekarang, kita perlu cari dia..." Gempa mengeluh.

9.00 PM

Puas Elemental Brothers mencari Taufan, tapi, tak jumpa-jumpa sehingga Gopal menghubungi Gempa.

"Korang!" panggil Gopal melalui jam kuasanya kepada Gempa tetapi dengan nada yang perlahan.

"Kenape Gopal?" tanya Gempa yang kepenatan.

"Aku... ada benda nak bagitahu ni..."

"Bagitahu jelah.." kata Blaze.

"Taufan ade kat rumah aku..." kata-kata Gopal membuatkan mereka semua terkejut.

"Ape?!"

"Shh!! Dia suruh aku rahsiakan perkara ni tapi, aku takut kalau korang risau.." kata Gopal.

"Hmm..., budak ni.. Okey.. Jaga dia ye?" pinta Gempa.

Gopal hanya mengangguk lalu panggilan itu dimatikan.

"Haih Taufan ni... Dahlah, jom balik.." kata Gempa.

Esok harinya~ Hari ketujuh~

"Korang!!!" jerit Taufan yang berada di depan muka pintu rumah.

Gempa yang kebetulan turun dari tingkat atas terus membuka pintu lalu terkejut. "Taufan!" Gempa memeluk Taufan.

Taufan hanya tersenyum lalu melepaskan pelukan.

"Lain kali bagitahu awal-awal... Ni tak.. Risau tau.." kata Gempa sambil mengusap kepala Taufan.

"Okey!"

"Dahlah, pergi mandi.. Lepastu, kita sarapan.." arah Gempa.

Taufan pun pergi ke biliknya untuk mandi. Selesai mandi, Taufan pergi ke dapur dan duduk di sebelah Halilintar.

"Halilintar, kau tak payahlah risau.." Taufan menepuk bahu Halilintar.

Halilintar hanya memutarkan bola matanya. "Siape yang risau?"

"Haih... Maksud aku, kau tak perlu risau pasal dare aku.. Dare tu dah habis pun.." kata Taufan dengan selamba.

Halilintar hanya diam.

"Hello?? Kau dengar tak ape aku cakap ni?" Taufan melambai tangannya di hadapan muka Halilintar.

"Aku dengarlah!"

"Wey, jangan menjerit... Rileks..." kata Ais.

Mereka semua hanya memandang ke arah Ais dengan muka yang pelik. Kemudian, mereka bertujuh ketawa bersama.

'Takpe Taufan... Aku takkan balas balik ape yang kau dah buat kat aku... Sebab aku suka kau gembira... Kau kan adik aku...' Halilintar termenung sendirian sambil tersenyum.

~~~

"Blaze! Halilintar! Ade dare untuk korang!" kata Thorn.

"Dare??"

Thorn mengangguk. "Korang berdua kena tukar personaliti korang.."

"Ape?! Kau tahu tak, susah nak jadi orang periang?!" kata Halilintar.

"Habistu, kau ingat senang nak jadi pendiam?!" kata Blaze pulak.

"Haih, pandai-pandailah korang.. Yang penting dare ni korang kena buat.." Thorn pun beredar dari situ.

"Hmm... Yelah..."

12.00 PM

"Blaze! Jom main!" ajak Taufan.

"Pergilah main sendiri.." kata Blaze yang khusyuk membaca buku Sherlock Holmes versi Bahasa Melayu.

Taufan memuncungkan mulutnya. "Takpelah.. Aku ajak Thorn.." Taufan pun beredar dari situ.

"Aku nak main...... Tapi, dare ni yang menyeksa aku... Cepat-cepatlah tamat dare ni... T^T" Kata Blaze sendirian.

Di dapur~

"Kau demam ke Halilintar?" Gempa memegang dahi Halilintar untuk periksa suhu badannya.

Halilintar menggeleng kepala. "Aku okey je..."

"Aku cume rasa pelik.." Gempa menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Mana tak peliknya, Halilintar sedang menolong Gempa memasak, cuci pinggan mangkuk, menyapu rumah dan jemur baju.

Dah kenape dengan adik aku sorang ni?

Hari kedua~

Sedang Blaze mendengar lagu, dia dikacau oleh Solar.

"Blaze! Jom kita main game!" ajak Solar.

Blaze memandang Solar dengan pandangan kosong. "Tak nak.. Dah, jangan kacau aku.." Blaze kembali mendengar lagu.

Solar mendengus geram. "Bagus aku ajak Taufan.." Solar pun beredar dari situ.

Blaze mengeluh. Bile dare ni nak habis?! Aku dah terseksa ni!!!

Hari ketiga~

"Halilintar! Boleh kau tolong aku kemas dapur?" tanya Gempa.

Hailintar hanya mengangguk lalu pergi ke dapur. Aku dah serik!!! Bile nak habis?!

Hari keempat~

"Halilintar! Jom main dengan kitorang!" panggil Thorn dari tingkat atas.

"Okey!" Halilintar pun menuju ke tingkat atas.

"Blaze, teman aku pergi kedai.." kata Gempa.

Blaze mengeluh. "Cepatlah! Tadi kata nak pergi!" Blaze mendekati pintu.

Gempa pula hanya mengikuti Blaze dari belakang dengan perasaan pelik. Ni lagi satu, dah kenapa dia ni marah-marah?

Hari kelima~

"Ais!! Ape kau buat dengan bantal aku?!" marah Blaze sambil menunjuk bantalnya.

Ais hanya membuat muka datarnya. "Ape?"

Ish dia ni... Nasib baik kau adik aku.. "Ni hah! Kau koyakkan bantal aku!" Blaze mencebikkan mulutnya.

"Bukan akulah.. Tapi Thorn.." Ais menunjuk ke arah Thorn.

Thorn menelan air liur. "Ak.. Aku tak sengaja! Tadi ada semut kat bantal kau, jadi, aku pun cuba buang semut tu, tapi, terkuat pulak..." Thorn tersengih.

Blaze mengeluh berat. "Haih yelah.. Tapi, aku nak kau ganti bantal aku!"

Thorn menggigit bibirnya. "Okey..." Thorn menuju ke arah Halilintar. "Halilintar, teman aku pergi kedai.." katanya sambil membulatkan matanya. Hehe, taktik kegemaranku...

Halilintar memandang Thorn. "Okey.."

Hari keenam~

"Halilintar! Jom main bola!" ajak Taufan sambil menarik lengan.

Halilintar mengeluh. Bilelah nak habis ni....

"Blaze! Aku nak tengok cerita tadi!" Ais cuba merebut alat kawalan jauh daripada Blaze tetapi gagal.

"Tak boleh!" marah Blaze.

Ais mengembungkan pipinya tanda protes.

Hari ketujuh~

"Blaze! Jomlah main dengan kitorang!" ajak Thorn sambil menarik lengan Blaze.

"Aku tak nak!" marah Blaze lalu menarik semula lengannya.

Thorn mencebikkan mulutnya. "Ish, yelah!"

Blaze hanya memandang Thorn dari belakang. Huhuhu... Terseksanya...

Keesokan harinya~

"Yahoo!!! Bebas!!!!" jerit Blaze keseronokan.

"Finally..." Halilintar menghela nafas.

"Eh, ape yang bebasnye?" soal Thorn.

"Bebas daripada dare!!" Blaze melompat sana sini. Dah macam monyet lah pulak. "Woi! Mengutuk aku nampak!"

Blaze mendapat ketukan daripada Author yang hanya tangan sahaja kelihatan. "Tak semestinya bebas! Ade lagi!"

"Hahaha.. Habislah korang berdua.." usik Solar.

Author muncul tiba-tiba muncul. "Korang yang lain pun sama! Jangan rasa tenang!"

"TIDAK!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Harap korang suka. ^^ Sekali lagi, maaf sebab Author lambat. Maklumlah, sibuk dengan sekolah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro