[M] TRUTH 34 DARE 34

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Taufan! Ada dare untuk kau!" Author tiba-tiba sahaja menerjah masuk ruang dapur itu.

Taufan yang sedang minum tercekik. "Uhuk uhuk!!!"

Gempa yang kebetulan berada di situ yang sedang menyediakan bahan-bahan masakan, terus sahaja menepuk belakang Taufan. Mata memandang tajam ke arah Author. "Kot ye pun bagilah salam.."

Author menggaru pipinya yang tidak gatal. "Err.. Tak tahu pulak sampai jadi macam ni.. Maaf.."

Taufan menghembus nafas lega. Dia mencebik. "Kau ni Author.. Nasib baik masih hidup lagi.."

"Yelah yelah.. Janji tak buat lagi.." Author mengangkat tangan tanda berjanji.

"Hah, Author kenapa datang sini?" soal Taufan dengan menjongketkan keningnya. Gempa pula meneruskan kerjanya.

"Ada dare untuk kau.." ujar Author.

"Dare? Dari siapa?"

"Author sendiri.."

Membulat mata Taufan. "Hah?! Author jangan bagi dare yang macam-macam!"

Author menggeleng. "Taklah.. Kau kena pergi tolong Thorn siram pokok-pokok dia selama sehari.. Pastikan tiada siapa yang tolong dia melainkan kau sahaja.."

Taufan memegang dagunya lagak berfikir. "Hm, okey.. Lepas sarapan aku pergi tolong dia.."

Author hanya mengangguk.

"Aku pun tak boleh tolong sekali ye?" soal Gempa sambil menoleh ke arah Author.

Author menggeleng. "Tak boleh.. Kau teruskan jelah kerja kau tu.."

"Yelah.." jawab Gempa mendatar. Dia kemudian mula memasak untuk sarapan dia bersama adik-adik kembarnya.

Sebaik sahaja Gempa selesai memasak, mereka bertujuh bersarapan bersama. Author pula sudah menghilangkan diri seperti biasa.

"Thorn, aku tolong kau siram pokok-pokok kau nanti ye?" ujar Taufan semasa bersarapan.

"Oh, boleh je..." jawab Thorn sambil tersenyum.

Selesai bersarapan bersama, Taufan dan Thorn pergi ke halaman belakang di mana terletaknya taman Thorn. Di situ, pelbagai pokok yang telah ditanam oleh Thorn, dengan bantuan Solar.

"Okey, kau siram pokok Bunga Matahari dan pokok Bunga Raya.. Aku pula siram pokok Bunga Seri Pagi dan pokok Pisang.." ujar Thorn sambil menunjuk ke arah pokok-pokok yang disebutnya. "Kita siram dua pokok dulu.. Lepastu, baru aku bagitahu pokok apa lagi yang nak disiram.."

Taufan yang mendengar hanya mengangguk. Dia kemudian melakukan tugasnya. Dia mengambil penyiram bunga lalu diisikan dengan air dari paip berdekatan. Dia seterusnya mendekati pokok Bunga Raya.

Bunga Raya merupakan bunga kebangsaan Malaysia yang patut rakyat Malaysia banggakan kerana mempunyai warna merah yang melambangkan keberanian.

Setelah itu, Taufan pergi menyiram pokok Bunga Matahari pula. Bunga Matahari ini pula berwarna kuning.

~~~

Selepas beberapa jam menolong Thorn, akhirnya Taufan selesai menyiapkan kerjanya. Dia kini berada di bangku sofa untuk merehatkan dirinya. Jam dinding yang elok terletak pada dinding dilihatnya. Kelihatan sudah jam 4 petang. Dan tanpa sedar, Taufan tertidur di sofa itu.

"Taufan?" Gempa yang baru balik dari gerai Tok Aba terlihat Taufan sedang tidur di sofa. Dia tersenyum. "Mesti dia penat agaknya.. Takpelah, biarkan jelah dia berehat.."























Hai!! Request sudah dibuka! Jadi, kalau readers ada truth or dare untuk mereka, boleh komen kat sini! Tapi! Masih ikut syarat yang Author nyatakan dalam description cerita ni!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro