hilang 💀

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Musim cuti sekolah

"Macam mana plan nak pergi xxxx jadi tak?" Soal Amato pada kedua anak kembarnya.

"Jadi.. yah." Jawab Boboiboy.

"Siapa je pergi nanti?" Soal isterinya pula.

"Hmm Yaya.. Ying.. Gopal dengan Fang." Kata Gegergirl.

"Haa... Pergi sana nanti jaga kelakuan dan jangan seronok sangat takut benda lain yang jadi kang." Kata Tok aba.

"Abah ni... Jangan la cakap macam tu diaorang bukan budak kecil lagi." Kata mentuanya.

"Bukan apa, abah cuma risau. Cuti-cuti macam patutnya koranglah yang bawa diaorang jalan-jalan." Kata Tok aba.

"Tak apa la abah, sekali sekala bagi diorang keluar dengan kawan-kawan. Si Fang tu ada je lesen memandu dia tak payah risau la pandai la diaorang jaga diri." Kata Amato.

"Itu la kamu bebaskan sangat Boboiboy dengan Gegergirl." Rungut tok aba.

"Ala atok! Kitaorang okay jela." Kata Gegergirl memeluk tok aba.

"Ha,ah, bukan selalu dapat jalan jauh dengan member kan Gegergirl."

"Betul-betul."

"Yelah, cuma janji dengan atok korang balik dengan selamat."

"Atok kitaorang nak pergi bercuti la bukan nak pergi berperang." Ujar Gegergirl.

"Kitaorang akan balik jangan risau." Kata Boboiboy.

Esok pagi

"Boboiboy!!! Bangun la!! Aku dah kata jangan tidur lepas subur kau ni degil!! Bangun!!! Semua dah ada kat sini! Cepat!!" Jerit Gegergirl sambil memukul abangnya dengan bantal.

"ADUH!! Aduh!! Sakit! Ye! Ye! Aku bangun!" Kata Boboiboy gelabah dan lari masuk bilik mandi.

A few minutes later

"Haa... Siap dah raja lambat ni. Aku mati-mati la ingat Gegergirl yang lambat rupanya kau yang lambat." Kata Gopal sambil sumbat mulutnya dengan nasi lemak.

"Sorry la korang."

"Sori naik lori." Ujar Ying.

"Dah dah cepat makan lepas tu kita gerak." Kata Yaya.

S K I P  T I M E

"Kami gerak dulu mak." Kata Boboiboy salam ibunya.

"Ye hati-hati pergi cuti tu." Kata mak cik Wawa.

"Ni jangan lupa makan kat sana nanti tau." Kata aunty Yang.

"Okay mama." Jawab Gopal.

"Ayoyo anakku sudah besar sudah boleh kahwin." Kata pak cik Kumar.

"Dey! Kahwin apanya?! Sekolah pun belum habis lagi." Kata isterinya berang.

"Jangan sikap masing-masing. Jangan merantau ke mana-mana." Kata tok aba.

"Baik-baik tau bawa kereta." Kata Amato.

"Jaga kereta aku baik-baik kalau kena kau." Kata Kaizo.

"Ye, Fang tahu la."

****

"Yahoooo!!! This is gonna be our best time!!!" Sorak Gegergirl gembira sambil merakam video menggunakan kamera.

"Weh! Aku nak chips lagi." Kata Gopal.

"Simpan sikit untuk kat sana nanti Gopal." Kata Yaya.

"Weh, Fang. Kereta kau ada Spotify tak." Soal Ying.

"Ada, jap aku buka and fyi ini kereta abang aku." Kata Fang.

"Boboiboy, tengok sini. Ehem! Ehem! Ada kata ucapan untuk trip kita sila beri komen." Kata Gegergirl seperti sedang temuduga dengannya.

"Nak aku kenalkan diri ke?"

"Ha, boleh juga."

"Okay, ehem! Hai nama aku Boboiboy. Hari ni 15/12/2024 cuti sekolah. Kami tengah otw pergi xxxx dengan kawan-kawan. Peace yo!" Kata Boboiboy.

"Dan ini... Ini anak siapa?!!" Usik Gegergirl pada Fang.

"Anak pungut!!!" Jerit Gopal dari belakang dan membuat mereka semua ketawa.

"Kuang ajar." Ujar Fang mata fokus pada jalan.

"Ini Fang. Anak syurga." Kata Boboiboy.

"Aku cina la."

"Anak neraka." Kata Gegergirl.

"Babi." Balas Fang dan semua ketawa.

Gegergirl pusingkan kamera menghadap dirinya dan bersedia untuk berbicara.

"Hai, everything!" Kata Gegergirl.

"Pala otak kau everything." Kata Yaya dan buat Gegergirl gelak.

"This is Boboiboy's twin sister speaking. Ini Yaya and Ying my bestie." Kata Gegergirl.

"This is girls trio!" Kata Ying.

"Hai! Yaya here! Aku ada bawa biskut aku." Kata Yaya keluarkan paket biskutnya.

"EEEEIIIHH!!!" Jerit mereka dan Gegergirl beralih arah ke Gopal.

"Gopal tengok sini."

"Wassup!" Ujar Gopal sambil makan.

"Geng kita nak sampai dah." Kata Fang.

"Let's goooo!!!"

A few moments later

"PANTAI!!!!"

Mereka sekawan menjerit berlari menuju ke dalam laut. Sementara Yaya dan Ying sediakan tempat berkelah. Itu la hari paling menyeronokkan bagi mereka. Mereka berenang, main bola tampar dan berkelah bersama-sama. Ini adalah memori yang mereka takkan lupakan dan akan dikenangkan buat selamanya...

Malam berlarutan mereka masih lagi di pantai dan membuat barbeque. Sementara itu Gegergirl healing sorang-sorang sambil melihat bulan dan bintang didepan. Tiba-tiba ada sesuatu yang menangkap perhatiannya ada satu rantai pelik yg menuju ke arahnya. Gegergirl bangun dan pergi padanya. Rantai tersebut berwarna hijau seperti permata jade. Berkerut dahi Gegergirl apabila membelek rantai tersebut. Bila sudah puas periksa perasaan tidak menyenangkan Gegergirl membuatkannya membuang semula ke dalam laut dan pergi pada kawan-kawannya.

Tak lama kemudian langit menuruni hujan. Kelam kabut mereka mengemas barang. Boboiboy pergi pada beg mereka untuk selamatkan telefon masing-masing tanpa sedar Boboiboy sudah termasuk kan rantai jade yang Gegergirl jumpa tadi ke dalam beg tangan Gegergirl dan lari ke tempat berteduh.

"Macam pula hujan boleh turun kacau daun betul la." Kata Gopal.

"Ugh! Kita baru je mandi tadi." Kata Gegergirl sambil perah bajunya.

"Haa... Dah dah. Jom kemas lepas tu naik ke bilik, hujan dah turun tak boleh buat apa dah." Kata Boboiboy dan mereka menurutinya.

Bilik hotel

Lepas menukar baju Gegergirl merebahkan badannya ke atas katil dengan keletihan begitu juga Yaya dan Ying. Mereka tutup lampu dan terus dibuai mimpi tanpa rasa curiga apa-apa.

Keesokan harinya

Mereka masih lagi di xxxx tapi kali ini hanya Boboiboy, Gopal dan Fang saja ke laut manakala Yaya, Ying dan Gegergirl ke kolam renang. Mereka main sampai ke petang dan makan di restoran bersama. Ketika mereka sedang makan Gegergirl membelek beg tangannya mencari telefon. Matanya membesar apabila rantai yang dia buang semalam berada di dalam begnya. Dia keluarkan rantai tersebut.

"Boboiboy semalam kau kan yang kemas beg aku?"

"Aah, kenapa?"

"So kau la yang letak rantai ni dalam beg aku?"

Boboiboy mengerutkan dahi.

"Aah, aku ingat tu rantai kau?"

"Rantai apa tu? Cantiknya." Ujar Yaya.

"Macam rantai pusaka orang lama je." Kata Fang.

"Mana kau dapat rantai tu Boboiboy?" Soal Ying.

"Aku jumpa kat sebelah beg Gegergirl so aku ingat tu Gegergirl punya." Jelas Boboiboy.

"Tengok jap rantai tu Gegergirl." Minta Gopal lalu Gegergirl pun beri padanya.

Gopal membelek rantai sebut seperti pakar. Maklum la anak kepada penjual batu permata dan emas mestilah dia tahu serba sedikit tentang permata. Gopal terkejut bila rantai yang dia periksa tersebut mempunyai baju jade yang asli.

"Gegergirl ni batu jade asli tahu tak. Kalau kau jual dapat duit banyak woo." Kata Gopal.

"Huh?! Sumpah la." Kata Boboiboy.

"Eih, tak nak la aku." Kata Gegergirl.

"Asal? Kau kan suka duit." Kata Fang.

"Memang la tapi..." Kata Gegergirl ragu-ragu.

"Tapi apa?" Tanya Ying.

"Aku jumpa rantai tu masa kita buat barbeque semalam. Lepas tu aku rasa something wrong dengan rantai tu so aku buang balik dalam laut..." Jelasnya.

Mereka terdiam bila Gegergirl kata dia sudah buang rantai tu balik ke laut. Gopal yang memegang rantai tersebut terus meletakkannya ke atas meja tak mahu memegangnya.

"So, kalau kau dah buang... Macam mana rantai ni ada kat sebelah beg kau." Soal Boboiboy.

"Aku tak tahu." Kata Gegergirl sambil menggelengkan kepala dengan wajah sudah cuak. "So better kita buang balik ke laut aku tak nak apa-apa berlaku nanti." Katanya lagi.

"Aku setuju." Kata Yaya.

Lepas habis je makan mereka ke laut untuk membuangnya kembali. Boboiboy ambil rantai jade tersebut dan buang sejauh yang mungkin. Tak lama kemudian mereka bersiap sedia mahu pulang ke rumah.

3 hari kemudian

"Mana aku punya pem marker eh? Aku letak kat mana... Bawah ni ke? Helo pen marker are you there?" Bebel Gegergirl sorang-sorang sambil mengarut kepala mencari pen marker warnanya.

Gegergirl mencari setiap sudut biliknya mencari pen marker dan menuju ke laci meja belajarnya mencari lagi dan alang terkejutnya dia bila rantai yang mereka buang ke laut beberapa hari yang lepas berada didalam laci meja belajarnya.

"What the— macam mana kau boleh ada kat sini?!" Kata Gegergirl mengangkat rantai tersebut. "Apa kau nak dengan aku huh?! Aku buang kau datang balik, aku buang kau datang balik! Kau nak gaduh dengan aku ke setan!" Katanya pada rantai tersebut.

Bagi orang mungkin diaorang fikir Gegergirl gila bercakap dengan rantai tapi bukan buat Gegergirl yang ada specialist bagi Gegergirl rantai itu hidup dan sedang mendengarnya. Badan Gegergirl mengeras apabila tangannya membuka pin rantai tersebut dan perlahan-lahan memaksanya pakai rantai itu. Sebelum sempat Gegergirl pakai Boboiboy datang dan rampas rantai itu dengan pantas. Gegergirl tercengang dan memandang Boboiboy dengan rasa lega.

"Boboiboy..."

"Kau buat apa ni Gegergirl."

"A-aku... Aku tak tahu. Rantai tu paksa aku pakai dia."

Boboiboy memandang rantai jade tersebut.

"Macam mana rantai ni ada kat sini? Bukan kita dah buang ke."

"Itu la pasal!"

"Tak boleh jadi ni. Jom kita bagitahu ayah." Kata Boboiboy memegang tangan Gegergirl dan turun ke bawah.

"Ayah! Boboiboy rasa rantai ni ada masalah la." Kata Boboiboy dan beri rantai tersebut pada ayahnya.

"Masalah? Maksudnya?" Soal Amato.

Boboiboy dan Gegergirl pun menceritakan apa yang jadi pada mak dan ayahnya. Mereka terkejut dan mula rasa tidak senang dengan keselamatan anak mereka. Amato minta lihat rantai jade tersebut dan buat keputusan untuk bawa rantai itu ke ustaz. Subuh di masjid Amato berjumpa dengan ketua kampung dan juga salah satu ustaz yang berilmu tinggi. Dia juga berubat orang sakit.

"Assalamualaikum tok." Ujar Amato.

"Waalaikumussalam... Amato. Ada kamu sini." Katanya.

"Ada la solat subuh sama." Kata Amato.

"Bagus la tu. Subuh ni memang patut kita datang ke masjid solat sama-sama."

"Erkk... Tok."

"Hmm?"

"Saya ada masalah sikit ni."

"Masalah apa tu?"

"Beberapa hari yang lepas anak-anak saya pergi xxxx dengan kawan-kawan diaorang, lepas tu anak perempuan saya jumpa rantai ni kat laut." Kata Amato tunjuk rantai tersebut pada tok kampung.

Tok kampung itu ambil rantai jade itu dan melihatnya.

"Tapi yang peliknya anak saya dah buang semula ke laut tapi rantai tu asyik datang balik kat dia jadi saya rasa tak sedap hati itu yang saya datang jumpa tok ni." Jelasnya.

"Ini macam rantai harta pusaka je tok." Kata alih masjid sebelahnya.

"Rantai ni ada aura yang tak baik. Elok la kamu datang jumpa tok sebelum apa-apa yang berlaku. Biar tok simpan rantai ni dan tengok apa yang perlu." Katanya.

"Haa... Terima kasih tok. Saya risau sangat kalau jadi apa-apa kat anak perempuan saya. Dia tu ada keistimewaannya." Kata Amato.

"Tak ada apa la. Lagipun tok memang tahu Gegergirl tu ada istimewa dia terhadap makhluk-makhluk ghaib. Cuma tok agak terkejut yang dia boleh hadapi tanpa ada rasa takut masyaallah." Katanya.

Amato hanya tersenyum anaknya dipuji kerana dia kuat mengharungi ketakutan. Ada sebabnya kenapa Gegergirl tidak takut dengan benda-benda yang begitu. Boboiboy la jawapan. Boboiboy sentiasa dengannya jika dia dalam ketakutan. Dari kecil Gegergirl selalu diselubungi makhluk ghaib tapi tidak lagi kerana Boboiboy selalu disisinya dengan itu Gegergirl membesar dengan kebolehan yang tiada sesiapa pun mampu bertahan.

2 hari kemudian

Keadaan menjadi reda. Lepas rantai itu diberikan kepada yang orang lebih berilmu tinggi dia tidak lagi datang pada Gegergirl. Hari ni mereka bercadang mahu ke xxxx untuk perkhemahan bersama-sama. Cuti masih panjang jadi kali ni mereka plan nak camping pula.

Boboiboy dan Gegergirl sudah siapkan barang-barang mereka untuk camping esok dan semuanya berjalan dengan lancar tiada apa-apa yang menghalang mereka untuk pergi bercuti dengan kawan-kawan. Seperti biasa tok aba sentiasa akan bantah cucu-cucunya bercuti jauh-jauh tanpa pengawasan orang dewasa tetapi masih dapat dipujuk dengan baik.

Esok paginya mereka bertolak ke xxxx. Pada awalnya semuanya berjalan dengan lancar sebaik saja mereka sampai ke xxxx mereka mengangkat barang ke bilik. Ya, suasananya sangat nyaman orang pun ramai biasa la cuti sekolah mesti ada orang datang. Malam berlarutan mereka makan barbeque diluar dan di kelilingi hutan tetapi tak ada yang perlu dirisaukan sebab orang lain juga ada diluar tak ada la mereka rasa sunyi tanpa orang dewasa.

Tetapi tak lama kemudian  Gegergirl mula rasa tidak senang. Dia rasa sedang diperhatikan dia cuba mencari orang atau bukan orang yang memerhatikannya tapi tidak jumpa. Ya, Gegergirl suka mencari benda yang sedang perhatikan dirinya supaya dia dapat beri death glare dan memaki benda yang mengekorinya. Betul Gegergirl akan marah dan halau makhluk tersebut tapi tak sangka pula mereka dengar kata tapi kali ini dia tidak jumpa makhluk tersebut.

Keadaan Gegergirl tak senang duduk membuat Boboiboy perasan kelakuannya dan di pergi arah adiknya itu.

"Gegergirl kau okay tak?" Soal Boboiboy risau.

"Aku- tak tahu la... Rasa macam ada benda tengah perhatikan aku tapi aku tak tahu apa. Puas aku cari." Katanya sambil menggosok tengkuknya tidak senang.

Boboiboy pun cuba menolongnya mencari juga. Boboiboy tidak boleh nampak makhluk ghaib tetapi masih lagi tolong kembarnya mencari. Melihat Gegergirl yang rasa tak selesa Boboiboy minta Yaya dan Ying balik ke bilik dengan Gegergirl. Yaya dan Ying faham dengan situasi tersebut kerana ini bukan kali pertama Gegergirl rasa tak senang duduk kerana diperhatikan.

2:05 pagi

Mereka masih lagi diluar sambil borak-borak. Memang biasa ramai orang di situ tidur lambat. Sementara Gegergirl didalam bilik dibuai mimpi lepas didodoikan oleh bestie nya. Tak lama kemudian Boboiboy terdetik hati mahu lihat Gegergirl jadi dia minta izin Yaya dan Ying untuk ke bilik mereka dan mereka izinkan. Boboiboy mendekati Gegergirl dan naikkan selimut nya tapi tangannya berhenti bila dia rasa ada pasir pantai pada Gegergirl. Boboiboy buka lampu dan pegang tangan Gegergirl. Dia terkejut Badang Gegergirl diselaputi pasir dan mukanya pucat seperti terlalu lama mandi air laut. Boboiboy panik.

"Gegergirl! Weh! Bangun Gegergirl! Gegergirl! Ya Allah! Macam mana ni?! Astaghfirullahal'azim! Gegergirl!" Boboiboy menampar-tampar wajah Gegergirl minta agar dia bangun tetapi tiada reaksi.

"Boboiboy kenapa ni?" Soal Fang.

Suara panik Boboiboy terlampau kuat dan buat kawan-kawannya dengar dari luar dan mereka masuk untuk periksa apa yang berlaku.

"Gegergirl weh! Tak nak bangun!" Kata Boboiboy mata mula bergenang.

Yaya dan Ying masuk dan periksa Gegergirl mereka cuba kejutkan Gegergirl juga tetapi dia sudah tidak sedarkan diri.

"Okay! Boboiboy rileks! Bertenang okay?" Kata Fang cuba tenangkan kawannya yang sudah mula mahu kena serang panic attack.

"Macam mana aku nak bertenang Gegergirl tak sedarkan diri macam tu!" Kata Boboiboy ke hulur ke hilir.

"Macam mana ni Fang? Gegergirl dah pucat teruk ni." Kata Gopal.

"Kita balik. Tak boleh jadi Gegergirl teruk sangat ni. Korang pergi kemas barang cepat kita balik eh Boboiboy?" Kata Fang lembut cuba tenangkan Boboiboy.

Boboiboy mengangguk kepala dan mereka yang ke luar untuk kemas barang.

"Kau telefon bapa kau Boboiboy aku pergi tolong diaorang. Kata Fang berlalu pergi.

Tanpa cakap banyak laju Boboiboy mengeluarkan telefonnya. Tangannya sudah menggigil kerana Gegergirl. Boboiboy gigit kukunya sambil menunggu ayahnya mengangkat telefon.

"Helo?"

"Helo ayah assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Ye kenapa Boboiboy?"

"Erm... Boboiboy tak tahu la nak cakap macam mana."

"Kenapa Boboiboy? Ada masalah ke?"

"Gegergirl, mak. Gegergirl tak sedarkan diri."

"Tak sedarkan diri?!"

"Dia pengsan ke apa?"

"Tak, tadi Gegergirl kata ada benda perhatikan dia so Boboiboy suruh Yaya dengan Ying teman dia tidur lepas tu bila Boboiboy datang balik tengok Gegergirl dia tak sedarkan diri. Boboiboy tengok badan Gegergirl diselaputi pasir dan muka dia pucat macam mana ni ayah?!"

"Okay, Boboiboy jangan panik. Kemas barang dan bawa Gegergirl balik cepat mak ayah tunggu."

"Okay!"

Sebaik saja Boboiboy off call dia pusing ke belakang. "ARGH! Ha! Gegergirl?!" Jerit Boboiboy sambil memegang dada.

Siapa saja yang tidak terkejut bila ada orang tiba-tiba ada di belakang dengan senyuman yang menakutkan. Boboiboy mendekati Gegergirl dengan perlahan. Dia mahu periksa jika benar itu Gegergirl atau bukan. Boboiboy memegang wajah Gegergirl dan dia rasa seperti sedang menyentuh ais sejuk.

"Gegergirl? T-tu kau ke?"

Gegergirl tidak menjawab dan hanya beri senyuman ngeri. Tak lama selepas itu Fang dan yang lain datang semula.

"Boboiboy!" Panggil Fang dan matanya berarah ke Gegergirl.

"A-aku rasa ada yang tak kena la dengan Gegergirl." Kata Boboiboy.

Mereka masuk ke dalam dan lihat Gegergirl dengan lebih dekat. Yaya mula menggigil apabila Gegergirl perlahan-lahan toleh kepala padanya. Yaya adalah salah seorang yang lemah semangat di antara mereka.

"Aya takut ke?" Kata Gegergirl dengan senyuman.

Orang yang panggil Yaya dengan panggilan 'Aya' hanya la neneknya sahaja tapi nenek Yaya sudah meninggal ketika Yaya berusia 10 tahun. Terduduk Yaya apabila namanya dipanggil dan dia terus menjerit ketakutan. Ying panik dan cuba tenangkan Yaya.

"Ying! Bawa Yaya keluar cepat!" Seru Fang.

Lekas Ying dan Gopal membawanya pergi. Berbalik pada Gegergirl dia tidak berhenti ketawa seperti orang gila. Boboiboy dan Fang memegang badannya agar dia tidak melarikan diri. Tiba-tiba Gegergirl berhenti dan merenung pada Fang dengan mata berwarna merah menyala.

"Semuanya salah kau... SALAH KAU MAK DENGAN AYAH MATI!!!" Kata Gegergirl.

Fang mengigil. Tak lama dahulu mak ayah Fang kemalangan dengan lori. Ketika itu Fang seorang yang sangat hyper tapi itu bukan la salahnya kerana kemalangan itu berlaku tetapi lori yang sedang mengantuk yang melanggar mereka tetapi ingatan Fang masih kuat dan membuat dia fikir itu adalah salahnya.

Boboiboy memandang Fang yang sedang beku mengimbau kembali kenangan pahitnya. Dengan bacaan bismillah Boboiboy hembus ke telapak tangan lalu menampar muka Fang.

PLAK!

"ADUH!!"

"Fang! Sedar la! Tu bukan salah kau! Jangan dengar cakap dia!" Jerit Boboiboy.

Fang sedar dan memegang pipinya terdiam tak tahu mahu berterima kasih atau marah padanya kerana menampar muka handsome dia.

"Gegergirl! Stop la!!"

"Aku tak rasa dia Gegergirl dah. Kita kena bawa dia balik cepat!" Kata Fang.

Mereka mengangkat Gegergirl keluar dari hostel tersebut. Ying dan Gopal sudah bersedia di luar manakala Yaya tertidur. Ini untuk keselamatan mereka terpaksa tidurkan Yaya kerana takut dia diserang histeria lagi.

Di dalam perjalanan. Fang bawa kereta selaju yang boleh sementara Boboiboy dan Ying memegang Gegergirl di belakang. Boboiboy membaca segala ayat surah yang dia tahu di sekolah hanya dia seorang saja yang ada sekarang sampai Ying cuba baca Al-Fatihah untuknya dan tak lain tak bukan Yaya dan Gegergirl la yang ajar dia tak sia-sia mereka mengajar Ying walaupun bacaan yang tak terlalu sempurna tetapi masih lagi dapat membantu Boboiboy. Menjerit-jerit Gegergirl mendengar mereka membaca dan tak lama kemudian ada satu sosok hitam yang lalu di depan mereka membuat Gopal menjerit pada Fang dengan harapan dia mengelak tetapi Fang tidak dapat mengawal stereng kereta lalu mereka terbabas ke dalam hutan dan semuanya gelap.

A few moments later

"Ugh... Fang... Kau okay tak?" Ujar Gopal dan lihat pada Fang.

"Augh..! Aduh! Sakitnya..." Kata Fang cuba bangun.

"Ergh... Apa yang berlaku?" Kata Yaya.

"Semua okay tak? Boboiboy?" Panggil Gopal.

"Aduuh..."

"Urgh! Eh? M-mana Gegergirl?" Ujar Ying.

"Huh? Gegergirl? EH?! WEH! Gegergirl mana?!!" Kata Boboiboy mencari kembarnya.

"Boboiboy tu!" Teriak Gopal menunjukkan jari ke depan.

Gegergirl sedang berjalan masuk ke dalam hutan bersendirian. Tanpa berfikir panjang Boboiboy membuka pintu kereta dan mengejar Gegergirl ke dalam hutan.

"Eh?! Boboiboy! Kau nak ke mana?! Aduuuh...!" Kata Fang membuka tali pinggang dan mahu mengikut Boboiboy tetapi dihalang Gopal.

"Eh! Kau pergi mana Fang?!"

"Kau tunggu sini dengan diaorang aku ikut Boboiboy." Kata Fang.

"Eh! Kejap! Kalau kau pergi kitaorang macam mana?!" Soal Ying.

"Korang telefon la pak cik Amato, keluar dan cari kereta lalu-lalang kat sini. Aku tak boleh biar Boboiboy pergi sorang-sorang!" Katanya dan terus mengejar Boboiboy ke dalam.

"Weh! Weh! Weh! Ayoyo budak ni! Korang berdua okay tak?" Soal Gopal.

"Aku okay cuma darah sikit je kat kepala." Kata Ying.

"Kita kena minta tolong cepat." Kata Yaya.

Mereka keluar dari kereta dan berjalan mendaki bukit sedikit untuk ke jalanraya. Yaya cuba mencari signal manakala Ying dan Gopal mencari kereta di situ. Memang nasib mereka terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau. Lepas satu masalah datang lagi satu masalah. Tiada satu kereta pun yang lalu-lalang di situ tambah pula tiada signal yang dapat membantu mereka hubungi Pak cik Amato.

"Macam mana ni korang? Tak ada line langsung kat sini." Kata Yaya.

"Masa ni pula tak ada kereta lalu aduih!! Apa la nasib!" Kata Gopal terduduk.

"Kita kena keluar sikit dari hutan ni. Tak salah aku depan lagi ada restoran kan?" Kata Ying.

"Oh! Ha,ah la! Tapi jauh lagi la dari sini takkan kita nak biarkan diaorang kat sana?" Kata Yaya.

"Yaya, lagi bahaya kalau kita biar diaorang kat sana tanpa pertolongan." Kata Gopal menyakinkan Yaya.

"Kalau macam tu jom cepat! Kita tak boleh lama-lama ni." Kata Ying.

Back to Boboiboy situation

"Boboiboy! Tunggu aku! Ha! Huft...!" Panggil Fang lalu mengambil nafas dengan banyak.

"Kita kena cari Gegergirl Fang!" Kata Boboiboy sambil mata tidak berhenti mencari.

"Weh! Kau boleh sesat tau kalau terus masuk hutan!"

"Pastu takkan la aku nak biar Gegergirl sorang-sorang!"

"Maksud aku! Kau tak boleh cari Gegergirl sorang-sorang! Jom, kita cari Gegergirl." Kata Fang.

****

"Hah! Sana tu! Kita nak sampai dah!" Kata Ying.

"Huft...! Weh! Sabar... Tunggu aku... Huh..."

"Aku dah dapat signal! Aku dah dapat signal!" Teriak Yaya lalu terus hubungi Pak cik Amato.

Sebaik saja Amato mengangkat panggilan mereka menjerit serentak.

"PAK CIK AMATO!!!"

"Woo!! Sabar! Apa yang berlaku kenapa lama sangat kurang nak sampai ni?!"

"Kami accident pak cik!" Kata Yaya.

"Ha,ah! Gegergirl kena rasuk! Boboiboy dengan Fang kejar dia masuk dalam hutan dan sekarang kami tak tahu nak minta tolong sesiapa!" Kata Ying.

"Okay! Bertenang dulu. Sekarang ni korang ada signal tak, nak bagi location?"

"Boleh pak cik!" Kata Gopal.

"Bagi location kat pak cik cepat. Kami akan ke sana sekarang dan cuba cari kereta yang ada minta tolong okay?!"

"Okay Pak cik!"

Tamat saja panggilan Ying terus menghantar lokasi sementara signal masih ada dan tak lama kemudian Gopal ternampak cahaya kereta dari belakang mereka. Cepat-cepat mereka memberhentikan kereta tersebut dan menceritakan sedikit apa yang berlaku pada lelaki tersebut. Dia memberi mereka tumpang lalu mereka menghembuskan nafas lega dan masuk ke dalam tetapi sebaik saja Yaya melangkah masuk ke dalam kereta tiba-tiba dia ke tempat lain di mana dia berada didalam hutan bersendirian.

"Eh? Kenapa aku kat sini?! Ying?! Gopal!? Mana korang?!" Panggil Yaya dan bangun dari duduknya.

Berpusing-pusing Yaya mencari Ying dan Gopal. Dia tidak menyangka perkara ini boleh berlaku dengan fikiran bercelaru Yaya terus berjalan mencari Ying dan Gopal.

SRRTT...

"Huh?! Siapa tu?!" Ujar Yaya apabila terdengar sesuatu disebalik semak dibelakangnya.

Dengan perasaan ketakutan Yaya berlari dan merasa seperti ada sesuatu yang sedang mengejarnya. Dia berlari sepantas yang boleh dan akhirnya terjatuh dan memandang ke belakang mencari sesuatu yang mengejarnya namun tiada sesiapa pun disana.

"Haa... Ha... Hah?!"

Yaya terkaku. Apabila dia pandang ke belakang satu lembaga besar sedang merenung ke arahnya.

AAAAAAHHHHHH!!!

****

"Huh?! Yaya?" Ujar Ying lalu berlari mencari Yaya.

Setelah puas mencari akhirnya rebah ke tanah sudah tidak larat berjalan. Siap cabut kasut kerana kakinya sudah sakit.

SRRTT... SSRRT..

??!

Ying tidak berani bersuara dan cuba untuk berfikir positif dan bila kali kedua bunyi semak samun bergerak Ying mula panik dan pakai semula kasutnya lalu terhenti bila ada sosok mata betul-betul dihadapannya. Ying tak bergerak malah merenung mata tersebut dan apabila sosok itu menunjukkan diri wajah seramnya.

AAAAAAAAAHHHHH!!!!

****

"Yaya? Ying? Korang kat mana weh..." Kata Gopal terpinga-pinga mencari Yaya dan Ying. "Korang! Jangan tinggal aku sorang-sorang... Aduh! Mana diaorang ni."

"Cu..."

?!

"Cu... Sesat ke?"

"Ergh... Tak la! Saja jalan-jalan lihat ciptaan tuhan." Katanya loya buruk pada masa yang tidak sesuai.

"Ohh yeke... Kalau cucu sesat boleh la minta tolong 'dia'"

"Dia? Dia siapa?"

"Tu belakang kamu..."

"Huh? Belakang saya— AAAAAARRRRGGGGHHHH—"

****

"Weh Boboiboy! Aku rasa tak sedap hati la. Baik kita patah balik je." Kata Fang.

"Patah balik?! Jangan merepek selagi aku tak jumpa Gegergirl aku takkan balik."

"Boboiboy! Tu Gegergirl!"

?!

"Gegergirl! Kejar dia cepat!" Kata Boboiboy lalu mereka mengejar Gegergirl tapi apabila mereka kejar Gegergirl tiba-tiba menghilang.

"Eh? Mana dia Fang? Eh?! Fang? Fang!!?" Teriak Boboiboy apabila Fang yang berlari sama-sama dengannya tadi tiba-tiba hilang.

Boboiboy mencari Fang tapi terhenti bila dia nampak Gegergirl sudah dekat dengannya dia terus berlari ke arahnya dan memeluknya dari belakang.

"Gegergirl... Ya Allah... Kau pergi mana?!" Kata Boboiboy lalu pusingkan badan Gegergirl.

Wajahnya normal dan tidak seperti sedang dirasuk tetapi dia hanya memberi muka kosong macam patung. Boboiboy memeriksa seluruh badan Gegergirl takut-takut dia cedera.

"Gegergirl! Kau dengar tak apa aku cakap ni?"

"Kita dah sampai." Kata Gegergirl.

"Huh?"

"Ini la tempatnya... Kita dah sampai."

Boboiboy terkaku apabila mereka tiba-tiba dikelilingi lembaga-lembaga hitam yang besar. Boboiboy memeluk Gegergirl walaupun dia sebenarnya boleh lari tetapi dia tidak mahu meninggalkan kembarnya kerana Boboiboy sudah berjanji pada Gegergirl tidak akan sesekali tinggalkan dirinya. Perlahan-lahan Boboiboy memejamkan mata dan terima nasibnya.

BERITA TERKINI

Ada tanggal 26/12/2024, 6 sekawan termasuk dua kembar hilang secara misteri di xxxx jalan xxxx 89 xxx. Pada awal pagi jam 3:30 pagi mereka dari xxxx mahu bertolak pulang rumah tiba-tiba terbabas ke gaung. Rakan-rakan mereka sempat hubungi Amato iaitu bapa kepada Boboiboy dan Gegergirl.

Mangsa juga mengatakan bahawa adik kembarnya Gegergirl kerasukan sesuatu. Sebelum itu mereka pernah pergi ke xxxx dan mangsa iaitu Gegergirl terjumpa rantai saka dan mengikutnya pulang ke rumah. Terdapat kamera litar tertutup di kereta terbabit merakamkan setelah mereka terbabas mangsa dan rakannya berlari masuk ke hutan mengejar adik kembarnya Gegergirl. Polis masih lagi membuat siasatan mencari mangsa dan kini mereka masih lagi hilang.

Bersambung?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro