💎 [14] Motif

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Gempa!" Taufan dan Thorn segera mendapatkan Gempa lalu memeluknya.

Gempa yang tidak tahu apa-apa hanya membalas pelukan mereka. "Korang okey?"

Taufan dan Thorn meleraikan pelukan lalu mengangguk. "Kitorang...kena buli tadi.." ujar Thorn perlahan namun masih dapat didengari oleh Gempa.

"Lambat" Suara Halilintar dari belakang membuatkan Gempa, Taufan dan Thorn menoleh.

"Halilintar? Kau ke tu?" soal Gempa sambil memandang tidak percaya.

Halilintar menjongketkan kening kirinya. "Macam mana kau tahu nama aku?"

"Sebab kita ni Boboiboy.." jawab Gempa.

Halilintar berpeluk tubuh. "Kalau kau datang awal, mungkin Taufan takkan buat perkara yang membahayakan banyak nyawa.."

"Maksud kau?" soal Gempa sambil mengerutkan dahinya.

Halilintar menghela nafas. "Kalau kau nak tahu, dia hampir tak dapat dikawal.."

Membulat mata Gempa lalu dia memandang ke arah Taufan yang kelihatan bingung. "Betul ke Taufan?!"

Mata Taufan terkelip-kelip mendengar soalan Gempa. "Ye kot... Aku tak ingat sangat.." Taufan menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

Gempa mengeluh. "Haih.." Gempa mengusap kepala Taufan yang dibaluti topi itu. "Aku minta maaf sebab tak dapat hentikan kau tadi.. Semua ni salah aku.."

Taufan tiba-tiba tersenyum. "Taklah.. Semua ni salah aku.. Kalau aku kawal, semua benda ni takkan jadi lah.."

Halilintar yang hendak beredar, tiba-tiba sahaja ditahan oleh Ais dan Solar. "Kau nak pergi mana?" soal Ais sambil berpeluk tubuh.

Halilintar memandang dingin ke arah mereka berdua. "Aku nak balik.. Ada masalah?"

Ais dan Solar memandang antara satu sama lain sebelum menoleh ke arah Halilintar. "Kau...ada rumah?" soal Solar.

Halilintar memandang pelik ke arah Solar. Ape jenis soalan dia tanya ni? "Mestilah ada.. Dah, aku nak balik.."

Baru sahaja dia melintasi Ais, Ais sempat menahan lengan Halilintar membuatkan langkah Halilintar terhenti. "Kejap"

Halilintar memandang tajam ke arah Ais. Dengan sengaja, dia merenjatkan elektrik pada Ais. Ais yang terkejut segera melepaskan pegangannya dan menjauhkan diri daripada Halilintar.

Ais menggetap bibirnya. "Tembakan ais!" Ais dengan segera membalas serangan kepada Halilintar.

Halilintar terkejut. "Gerakan kilat!" Dia segera menggunakan kuasanya untuk mengelakkan diri daripada terkena serangan Ais.

Dia memandang tajam ke arah Ais. "Berani kau serang aku?!"

Ais sudah tidak keruan. "Dah kau nak serang tadi, aku balas lah balik.. Takkan tak boleh?"

Solar yang mendengar menepuk dahinya. "Haih kau ni.." Ais hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Pedang halilintar!" Halilintar menghasilkan dua pedang halilintar. Dia kemudian menuju ke arah Ais dengan laju.

Solar yang melihat itu segera mengeluarkan pedangnya lalu menghalang serangan Halilintar. "Sedarlah! Kitorang bukan musuh kau!"

Halilintar terundur ke belakang. Dia memandang dingin ke arah mereka berdua. "Kalau kau bukan musuh aku, kenapa kau serang aku?"

"Sebab, kalau ada orang serang kita, kita mesti nak balas balik kan?" soal Solar sambil menjongketkan keningnya.

Halilintar tidak menunjukkan sebarang reaksi namun, dia mula menyerang mereka berdua.

"Tanah pelindung!!"

Gempa sempat menghasilkan benteng untuk melindungi Ais dan Solar daripada serangan Halilintar. "Berhenti!" arah Gempa. Taufan dan Thorn pula berada di belakang Gempa.

Halilintar memandang pula ke arah Gempa. "Kau siapa nak suruh aku ikut arahan kau?"

Gempa menghela nafas. "Aku tahu, kau sebenarnya intip Taufan dan Thorn kan?"

Halilintar yang mendengar tersentak dan mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.

"Bila Taufan dan Thorn cakap ada orang intip diorang, aku pun siasat.. Dan rupa-rupanya, abang kembar mereka sendiri yang intip diorang.. Dan apa motif kau intip diorang?" Gempa berpeluk tubuh sambil mata mencerlung tajam ke arah Halilintar. Dia hanya takut kalau motif Halilintar mengintip mereka adalah untuk menyerang mereka.

"Aku...aku tak tahu.." ujar Halilintar perlahan namun masih didengari oleh Gempa.

"Kau sebenarnya nak dapatkan memori kau kan?" soal Gempa.

Halilintar tidak membalas, sebaliknya melarikan diri menggunakan kuasanya.

Gempa mengeluh. Dia memandang ke arah Ais dan Solar. "Korang okey?"

Ais dan Solar mengangguk. "Okey"

"Dah, jom balik.." ajak Gempa.

~~~

"Hah, kenapa korang nampak penat ni?" soal Ochobot yang sedang bercekak pinggang di ruang tamu rumah.

"Huh.. Kalau nak tahu, kitorang jumpa dengan abang garang kitorang tu.." ujar Ais sambil meregangkan tangannya yang lenguh. Lenguh apa pun tak tahulah budak tu. 😂

"Hah? Siape? Halilintar ke?" soal Ochobot bertubi-tubi sambil memandang mereka semua satu per satu.

"Haah.. Eh jap.. Bila masa kau ada kat sini? Bukan kau dengan Fang dan Gopal ke?" tanya Taufan hairan.

"Oh, tadi aku suruh diorang cari sendiri sebab aku ada urusan kat kedai Tok Aba.. Lepastu aku baliklah sini sambil tunggu korang.." jawab Ochobot.

"Oohh.." balas mereka berlima.

"Ochobot, tadi korang bertiga ada jumpa apa-apa?" soal Gempa sebaik sahaja melabuhkan punggung pada sofa, diikuti oleh Taufan, Ais, Thorn dan Solar.

Ochobot menyepetkan matanya. "Hmm.. Belum lagi.. Tapi aku tak pasti pulak kalau Yaya dan Ying ada jumpa sesuatu.."

BEEP BEEP BEEP

Bunyi jam kuasa Gempa berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Gempa mengerutkan dahi lalu menjawabnya. "Hello?"

"Boboiboy! Tolong kitorang!!" jerit Gopal yang menghubungi Gempa. Keadaannya sungguh cemas.

"Hah?! Ape jadi?!" soal Gempa yang berasa risau tiba-tiba.

"Kuasa api kau! Dia tak dapat dikawal!! Cepatlah datang! Kitorang ada kat sekolah! Arghh!!" Gopal mengelakkan diri daripada mengenai serangan seseorang. "Huhu!!"

"Okey okey! Tunggu aku!" Gempa segera mematikan panggilan. "Korang! Kita kena pergi sekolah! Nampaknya, Blaze dah tak boleh dikawal!"

"Hah?!" Muka Taufan, Ais, Thorn dan Solar meunjukkan yang mereka keliru dengan orang yang bernama Blaze.

"Nanti aku terangkan! Kita kena pergi sekarang! Ochobot, jom!" arah Gempa.

Ochobot mengangguk lalu mengikuti Gempa dari belakang. Tidak ketinggalan juga Taufan, Ais, Thorn dan Solar.

~~~

"Huh.. Siap jugak akhirnya.." Adudu mengelap peluh yang merintik pada dahinya. Dia kemudian terduduk untuk melepaskan lelahnya.

"Incik boss, nah air.." Probe memberikan Adudu air koko yang baru sahaja dibuatnya tadi.

Adudu menerima huluran Probe lalu meminum air itu dengan rakus sekali kerana haus. Dah macam kebulur air pun ada. 😂

"Huh.. Terima kasih Probe.." Adudu meletakkan cawan itu di atas dulang yang dipegang oleh Probe.

"Eh, dah siap ke?" tanya Probe sambil matanya meliar ke arah ciptaan milik Adudu.

"Haah.. Dah, sekarang aku nak rehat.. Kau jangan nak kacau aku pulak.." ujar Adudu seraya berdiri lalu ingin beredar.

"Bila Incik Boss nak test benda ni?" soal Probe menyebabkan langkah Adudu terhenti.

"Hm, tengoklah nanti.. Mungkin esok atau lusa.. Kau jangan memandai nak test benda tu pulak.. Dahlah suis dalam benda tu banyak.. Nanti tersalah, boleh buatkan benda tu rosak.. Hm.. Banyak pulak aku membebel.. Dahlah, asalkan kau tak kacau kerja aku, kau selamat.." Seraya itu, Adudu menuju ke arah katilnya untuk tidur. Lagipun, mata dia dah jadi panda.

Probe hanya memandang belakang Adudu sehingga bayangannya hilang daripada pandangannya. Dia kemudian memandang semula ke arah ciptaan Adudu. Besar juga robot yang Incik Boss dia bina. Dia sendiri tertanya, apa yang Adudu nak buat dengan robot tu?

Penat berfikir, dia kemudian pergi ke bahagian dapur untuk membasuh cawan yang diminum oleh Adudu.









Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro