💎 [17] Tolong

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Halilintar mencerlung tajam ke arah Gempa dan Taufan. "Kan betul aku kata.. Kauorang ni musuh aku.." Dia tersenyum sinis.

Taufan mula gelisah. "Gempa, apa patut kita buat ni?"

Gempa memandang lama Halilintar yang sedang tersenyum sinis ke arah mereka berdua. "Aku..tak pasti.."

Taufan menggetap bibirnya. Dia memandang ke arah Halilintar namun dia sudah hilang. "Hah?! Mana dia?!"

Gempa dan Taufan sibuk mencari Halilintar. Blaze, Ais, Thorn dan Solar sudah masuk ke rumah setelah diarah oleh Gempa.

Zzzt

Halilintar muncul di belakang Gempa. Taufan tersentak. Pedang mula dihalakan ke belakang Gempa. Taufan dengan pantas menghalang serangan Halilintar. "Gerudi taufan!!"

Halilintar merengus geram. Dia menguatkan lagi serangannya sehingga Taufan tidak dapat menahannya menyebabkan Taufan tertolak ke arah sebuah tembok. "Arghh!!"

Gempa tergamam. "Taufan!!" Dia menghampiri Taufan. "Kau okey tak?!"

"Ugh.. Belakang aku sakit.." Taufan mengaduh kesakitan.

Tiba-tiba sahaja Halilintar muncul di belakang Gempa sekali lagi. Taufan terkejut. "Elak!!"

Gempa mengerutkan dahi. Taufan terus sahaja menolak Gempa ke tepi menyebabkan Taufan terkena serangan Halilintar. "Aghhh!!!"

Gempa terbatuk-batuk. Dia terkedu. "Taufan!!!!"

Mujur sahaja Taufan tidak pengsan, cuma tubuh badannya sudah lemah. "Sakit....."

Melihatkan Taufan dalan keadaan sakit, terbit perasaan simpati dan sayang dalam hati Halilintar. "Arghh! Kau keluar dari badan aku! Tak guna!"

Gempa terkejut melihat keadaan Halilintar. Tekaannya benar. Halilintar sudah dikawal oleh benda yang pernah mengawal Blaze.

"Agh! Jaga kau! Aku akan kembali!"

Lama-kelamaan, ada sesuatu keluar dari badan Halilintar umpama roh. Gempa mengambil kesempatan untuk menahan roh itu. "Bebola tanah!" Akhirnya, roh itu terperangkap dalam bebola tanah itu.

Kemudian, Gempa menghampiri Taufan. "Taufan!! Jom kita ke hospital!"

Taufan menggeleng perlahan. "Takpe... Aku..okey.."

"Tak! Kau tak okey!" Gempa menggenggam tangan Taufan.

Halilintar yang sudah menjadi normal turut duduk bercangkung seperti Gempa. "Taufan... Aku...tak sengaja.."

"Takpe.." Taufan tersenyum lemah.

Gempa kemudian mendukung Taufan untuk dibawa ke dalam rumah. Halilintar hendak mengikutinya namun dibantah oleh Gempa. "Buat masa sekarang, aku nak kau tenangkan diri.. Jangan datang sini selagi mana Taufan belum sembuh.."

Hati Halilintar hampir berkecai mendengar pernyataan daripada Gempa. Dia nak tebus balik kesalahan dia dengan merawat Taufan tapi hampa. Dia mula beredar dari situ. Dia akhirnya tiba di sebuah tasik di mana dia berjumpa dengan......

"Hey bro! Lama tak jumpa!"

Orang yang menyerupainya di dalam tasik. Halilintar hanya mendiamkan diri.

"Apesal kau monyok ni? Kau ada masalah ke?"

Halilintar tidak membalas. Dia masih memikirkan tentang peristiwa tadi. "Tak tahulah.."

Orang itu tersenyum.

"Kau nak aku masuk dalam otak kau untuk dapatkan memori kau?"

"Hah?! Boleh ke?"

"Memandangkan kau dah ada sifat sayang terhadap adik-beradik kau, tak mustahil aku boleh masuk dalam otak kau.."

"Mana ada.."

"Habistu, adik pertama kau tu?"

"Siape?"

"Taufan"

Halilintar terdiam.

"Jangan cuba tipu diri kau sendiri.. Mulut kata lain, tapi hati kata sayang.. Cuba jangan ego.."

"Mana ada aku ego.."

"Kau lawan cakap aku kiranya kau ego.."

Halilintar mendengus tidak berpuas hati.

"Ye, memang aku sayang dia.. Memang aku ego.. Puas?"

Orang itu tersenyum suka.

"Kan bagus macam tu.."

"Tapi, dia dah cedera disebabkan aku.."

"Masa tu kau dikawal, jadi aku rasa dia okey je.."

"Betul ke kau boleh pulihkan memori aku?"

"Boleh.. Dengan menaikkan lagi semangat kau untuk dapatkan kau punya memori, aku pasti aku boleh masuk ke dalam otak kau yang hilang memori itu"

Halilintar menghembus nafas lega. "Aku yakin dengan kau.."

Dia mengambil nafas dalam-dalam lalu dihembusnya. "Aku dah sedia.."

Orang itu tersenyum lalu dia mula terapung lantas masuk ke dalam kepala Halilintar. Halilintar cuba menahan kesakitan yang dialaminya.

Satu persatu kenangannya bersama elemen lain dan kawan-kawannya mula muncul dalam memorinya.

~~~

"Taufan... Kau okey? Kau betul ke tak nak pergi hospital?" soal Gempa sambil memapah Taufan ke katil. Dia kemudian membaringkan Taufan.

Taufan tersenyum lemah. "Takpe.. Aku okey.."

"Gempa!!" Ochobot yang baru datang terkejut. "Ape yang jadi ni?!" Dia segera mendekati Taufan yang sakit itu.

"Ochobot, boleh kau scan badan Taufan?" pinta Gempa. Ochobot mengangguk lalu mengimbas badan Taufan.

"Hm, dia hanya perlukan banyak berehat.. Mungkin dalam dua minggu.." ujar Ochobot menyebabkan Gempa terkedu. "Dua minggu?! Ish, kalau aku jumpa dia, nahaslah.."

"Gempa.. Janganlah macam tu.. Dia kan kena kawal.." Taufan mengenggam tangan kanan Gempa untuk menenangkan diri Gempa.

Gempa menghela nafas. "Yelah.. Aku gurau je tadi.. Hah, Ochobot! Aku nak kau dan Fang periksa benda dalam ni.." Gempa memberikan bebola tanah yang perangkap roh tadi kepada Ochobot.

"Aik? Ape ni?" Ochobot memandang pelik ke arah benda tu.

"Dalam ni benda yang kawal badan Blaze dan Halilintar.. Jadi, aku nak kau cek siapa tuan kepada benda ni.." arah Gempa. Ochobot hanya mengangguk lalu terbang ke rumah Fang.

~~~

Malam itu, ketika semua orang sedang tidur, Halilintar mencuri-curi tengok keadaan Taufan. Taufan kelihatan tidur nyenyak di atas katil, ditemani oleh Gempa, Blaze, Ais, Thorn dan Solar.

Gempa tertidur di tepi katil kanan Taufan. Blaze dan Solar tertidur di tepi pintu. Thorn dan Ais pula tertidur di tepi katil kiri Taufan.

Halilintar tersenyum. Tenang je dia tengok semua adik-beradik kembar dia. Ya, dia dah sedar. Dia dah dapat memori dia.

Taufan menggeliat. Dia kemudian membuka matanya perlahan-lahan lalu memposisikan badannya kepada duduk. Dia kemudian turun dari katil dengan keadaan yang lemah lalu menuju ke luar bilik.

Halilintar yang melihat tersentak. Taufan nak ke mana tu? Tanpa berfikir panjang, dia masuk ke dalam rumah itu melalui pintu belakang. Dia nampak Taufan menuruni tangga dengan berhati-hati.

Tak semena-mena, Taufan terjatuh pada tangga terakhir. "Aduh!" Taufan menggosok kaki kanannya yang kelihatan terseliuh.

Halilintar yang melihat terus sahaja menolong Taufan. "Kau terseliuh?"

Taufan mengangkat mukanya untuk melihat gerangan yang menolongnya. Dia terkedu. "Halilintar?"

Halilintar tersenyum nipis. "Aku ingatkan kau akan benci aku.."

Taufan menggetap giginya. Dia kemudian memeluk Halilintar. "Aku.. Aku tak benci kau.. Aku tahu kau kena kawal.. Cuma, aku takut Gempa marah kau hanya sebab kau serang aku.."

Halilintar menggosok belakang Taufan untuk menenangkan diri Taufan yang sedang menangis. "Takpe.. Ni, kaki kau okey ke?" Pelukan dileraikan.

Taufan memandang kaki kirinya. Dia memegang kakinya lalu berdecit menahan sakit. "Kaki kiri aku tak boleh gerak.. Sakit.."

Halilintar melihat kaki kiri Taufan. "Aku rasa kau seliuh ni.. Sini, biar aku urut.." Dia mula memegang kaki Taufan namun Taufan mengaduh kesakitan.

"Sabar.. Kau tahan sekejap.." Halilintar mula mengurut kaki Taufan. Seingatnya, dia pernah lakukan urutan pada bahu Tok Aba, jadi tak mustahil dia boleh buat dekat kaki.

Setelah 5 minit, akhirnya Halilintar berhenti mengurut. Dia menggerakkan kaki Taufan. "Dah okey dah.. Cuma kaki kau rasa lemah sikit.."

Taufan tersenyum lemah. "Terima kasih.."

Belum sempat Halilintar membalas, suara Gempa dari tingkat atas menyentakkan mereka berdua. "Taufan!!! Kau kat mane?!"

Halilintar sepantas kilat keluar dari rumah itu lalu hanya melihat Taufan dari luar belakang rumah.

Gempa yang sudah berada di tangga, terkejut melihat Taufan berada di bawah. "Taufan! Kau okey ke?! Kenapa kau turun ni?"

Taufan tersengih. "Aku haus.. Tulah turun pergi dapur.."

Gempa menggeleng. "Dah, jom, aku tolong kau.." Gempa memapah Taufan lalu didudukkan di kerusi. Gempa pula menyediakan air untuk Taufan.

Taufan sempat memandang di pintu belakang lalu tersenyum ke arah Halilintar yang masih berada di situ.

Halilintar tidak membalas, malah menghilangkan diri. Bagi dia, cukup setakat melihat Taufan pun dah okey.


















Hai semua!! Rindu tak dengan cerita ni? Haha😂 Memandangkan korang nak update yang ni dulu, jadi Author update.

Sudah sekian lama menghilangkan diri, akhirnya, Author muncul. Ceh, bukannya lama pun. Lama ke? 😂

Terima kasih kerana sudi membaca walaupun takdelah best mana. Apepun, harap korang suka chapter ni! ^^

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro