Bab 15: Good Girl, Bad Girl

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

ANNABELLA tersedar dari tidur. Dia menggeliatkan badannya. Sedapnya dapat tidur, gumamnya dalam hati. Dia kembali menutup mata untuk menyambung tidur semula. Tidur untuk dua jam lagi.

Krek!

Bunyi pintu dibuka memaksa Annabella membuka mata untuk melihat siapa yang datang ke biliknya. Eh? Macam kenal.

“Selamat pagi, Annabella!” ucapnya sambil tersenyum manis.

“Selamat pagi. Err... Saya berada House of Healing ke?” Annabella membalas senyumannya.

“Kamu tercedera semasa perlawanan tapi kamu tidak perlu risau luka kamu semakin sembuh,” terang Ricia.

“Patutlah macam kenal tempat ini. Berapa lama saya tidak sedarkan diri?”

“Dua hari.”

“Oo... Hah? Dua hari? Apa yang telah terjadi sebenarnya? Bagaimana dengan perlawanan itu?” tanya Annabella dengan bertubi-tubi kerana sangat terkejut.

“Kamu menggunakan terlalu banyak tenaga semasa perlawanan. Tubuh kamu tidak biasa menggunakan tenaga lebih dari had kamu menyebabkan kamu pengsan,” terang Ricia.

“Patutlah rasa sengal tubuh. Huargh!!! Mengantuknya...”

“Kalau tidak ada apa-apa masalah, saya keluar dulu. Tahniah!” Ricia meninggalkan Annabella yang terkebil-kebil sendiri setelah mengucapkan tahniah.

“Apa maksud dia tadi?” tanya Annabella.

“Maksudnya kamu sudah menang perlawanan tersebut,” balas seseorang.

“Siapa tu? Kalau kau berani, keluar! Kalau kau hantu, aku tidak takut,” kata Annabella. Selimut sudah ditarik rapat pada wajahnya. Tidak takutlah sangat...

Kuk!

Annabella melepaskan selimut yang dipegang erat. Tangannya disilang pada dada. Kepalanya sudah timbul bengkak yang berwarna merah. Orang yang mengetuk kepalanya, tidak lain tidak bukan ialah Andrew.

“How did you do that?” tanya Andrew.

“Buat apa?”

“Masa hari perlawanan kamu dengan Puteri Clara. Bagaimana kamu melakukannya?”

“Saya dilatih menggunakan senjata tajam sejak kecil lagi.”

“Saya tidak persoalan kemahiran kamu menggunakan senjata, Anna. Sebab saya tahu kamu merupakan orang cepat belajar. Apa yang saya mahu tahu bagaimana kamu berjaya mengelak serangan puting beliung Puteri Clara? Bagaimana kamu dapat bangkitkan Killer Instinct?” soal Andrew lagi.

“Saya tidak faham,” kata Annabella dengan wajah yang keliru.

Lapan bilah pisau yang mempunyai corak yang sama dan lengkung yang sama diserahkan kepada Annabella. Dia mengambil pisau tersebut setelah Annabella pengsan secara tiba-tiba semasa mencabut satu pisau pada Clara. Puteri Kerajaan Angin itu tidak mengalami sebarang kecederaan biarpun dirinya hampir terkena pisau dibaling oleh Annabella.

Dalam masa dua hari, dia meneliti pisau tersebut. Setiap bilah pisau tersebut terdapat satu huruf dihujung mata pisau. Antara hurufnya adalah A, D, R, E, dl, N, A dan F. Maksud di sebalik huruf tersebut masih tidak dapat dihuraikan.

“My father gave it to me three years ago. Last birthday present from him.”

“The alphabet. Did you realize it?”

“Saya baru buka hadiah tu pada hari perlawanan saya dengan Clara. Saya baru tahu kipas itu sebenarnya pisau dan saya tidak perasan ada huruf di setiap bilah pisau tersebut.”

“Your father give it to you?”

“Ya!”

“Jadi, bagaimana kamu bangkitkan Killer Instinct?”

“What the heck is that?” tanya Annabella. Mukanya nampak keliru.

“Satu perasaan ingin membunuh. Ia memerlukan latihan yang kerap untuk bangkitkan perasaan itu. Bagaimana kamu lakukannya? Sedangkan saya tidak pernah ajar malah menyebutnya pun tidak," ujar Andrew. Dia masih menanti jawapan jujur remaja itu.

“I have split identity. Once, I can be a good girl. Once, I can be a bad girl.”

“Ia bukan perkara biasa bagi manusia seperti kamu.”

“Ayah saya yang ajar cara bangkitkan perasaan itu. Puas hati?” akui Annabella.

Dahi Andrew sudah berkerut mendengar kata-kata Annabella. Tidak mungkin manusia biasa dapat menguasai perasaan itu melainkan seseorang itu Lvanian.

“Anna! Nama ayah kamu apa?” tanya Andrew.

“Valiant. Kenapa?”

“Tidak ada apa-apa.”

“Selamat pagi, Anna!” Seseorang melangkah masuk ke dalam bilik pesakit.

“Pengetua Erald tidak ada kerja ke?” tanya Annabella.

“Saya datang sini sebab kerja, Anna,” bagitahu Pengetua Erald.

“Datang sini pun dianggap kerja jugak?”

“Sejak kamu memenangi perlawanan kamu dengan Clara, kamu merupakan Heroic Knight Keempat yang baru,” tutur pengetua akademi itu.

“Hah?” jerit Annabella. Dia terkejut dengan khabar yang baru sahaja dia dengar.

“Tidak usah berpura-pura terkejut, Anna,” kata Andrew dengan nada menyampah.

“Saya betul-betul terkejutlah! Bagaimana saya boleh jadi Heroic Knight Keempat? Ini tidak masuk akal. Semuanya tidak benar!” nafi Annabella.

“Peraturan The Circle of Heroic Knight adalah sesiapa yang mencabar salah seorang Heroic Knight untuk bertarung dan memenangi pertarungan tersebut secara automatik orang tersebut adalah Heroic Knight yang baru,” terang Pengetua Erald.

“Bagaimana dengan Heroic Knight yang asal?”

“Mereka jadi seperti pelajar akademi biasa.”

“Jadi, saya akan gantikan tempat Clara sebagai Heroic Knight Keempat?” tanya Annabella untuk memastikannya sekali lagi.

“Bukan ganti tapi memang jadi Heroic Knight Keempat,” balas Pengetua Erald membetulkan kata-kata gadis itu.

“You're not pulling my leg right?”

“I'm not touch your leg,” kata Pengetua Erald sampat mengangkat tangannya yang kosong tanda tidak menyentuh kaki gadis itu.

“Kenapa awak tidak bagitahu saya awal-awal? Tengok apa yang telah terjadi?” marah Annabella pada Andrew.

Kuk! Kuk! Kelekuk!

Kesan bunyi yang terakhir sangat memberi kesan. Kepalanya sudah berdenyut-denyut. Sakitnya...

“Kenapa kamu cari pasal dengan Puteri Clara?”

“Bukan saya yang cari pasal dengan dia! Saya cuma tidak sengaja kotorkan baju dia. Saya sudah meminta maaf tapi dia tidak mahu maafkan. Selepas itu, dia cabar saya untuk bertarung. Kalau saya tahu tentang peraturan tersebut, saya tidak akan sahut cabaran dia.”

“Betul ke kamu tidak akan sahut cabaran dia?”

“Baiklah, saya tipu! Saya tetap akan menyahut cabaran dia. Pantang menyerah selagi pedang boleh diguna!”

“Kata-kata semangat yang sangat bagus." Pengetua Erald sangat kagum dengan gadis remaja itu.

“Bagus tidak bagus. Bagaimana dengan saya sekarang ini?”

“Secara rasminya kamu adalah Heroic Knight Keempat! Tahniah!” ucap Pengetua Erald.

“Saya tak nak! Saya tak nak! Saya tak nak! Berada di sini sudah menyusahkan hidup saya. Jadi Heroic Knight pasti lebih menyusahkan hidup saya selepas ini. Anggap saja perlawanan itu tidak sah,” bentak Annabella.

“Peraturan kedua, jika salah seorang Heroic Knight itu mencabar seseorang untuk berlawan dengannya, ia dianggap serius,” jelas Andrew.

“Merepeklah!”

“Merepek tidak merepek. Sekarang ini kamu adalah Heroic Knight Keempat,” tegas Andrew.

“Saya tak nak!” bantah Annabella.

“Ianya sudah terjadi dan tidak boleh diundurkan lagi. Lagipun, saya mahu selidik tentang latar belakang kamu,” terang Andrew.

“Kenapa?” tanya Annabella bingung.
“Ada sesuatu yang tidak kena dengan kamu, Anna.”

“Apa? Saya akan bertukar jadi manusia jadian ke?” Annabella berubah kerisauan.

“Bukanlah! Kemahiran yang kamu miliki tidak seperti manusia biasa,” kata Andrew. Dia menggeleng dengan kelakuan Annabella yang suka buat kesimpulan sendiri.

“Kalau saya bukan manusia biasa, habis saya ni apa?”

“Mungkin kamu adalah Lvanian tapi kami tidak pasti lagi.”

“Saya tanggalkan rantai biru ni.” Tangannya menyentuh rantai biru yang dipakai.

“Tanggallah jika kamu mahu mati dengan serta-merta,” kata Andrew.

“Thats sound eerie.” Annabella tidak jadi menanggalkan rantai biru itu.

“Jangan tanggalkan selagi kami tidak dapat maklumat,” pesan Andrew.

“Baik...”

Kenapa hidup aku jadi begini? Keluh Annabella dalam hati.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro