Bab 17: Annabella's Wrath

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

DUA bilah pedang yang berada di kedua-dua belah tangannya diseret di atas tanah menyebabkan rumput yang melata terpotong tanpa sengaja. Langkahnya terhenti apabila berada di hadapan sebuah pokok rendang.
Matanya dipejam untuk merasai angin malam yang menyapa wajahnya. Tempat ini memberi ketenangan kepadanya. Ia merupakan tempat latihan bagi Heroic Knight.

Sudah seminggu dia berada di bahagian utara akademi ini. Pelbagai perkara yang berlaku kepadanya. Ahli Heroic Knight banyak menyusahkan hidupnya dengan menyuruhnya melakukan kerja-kerja rumah. Contohnya, menyuruhnya mengemas rumah, membasuh baju, menyusun buku yang mereka sepahkan di ruang tamu, mengambil buku yang berada di perpustakaan di bahagian selatan akademi dan banyak lagilah.

Pedang diangkat setinggi-tingginya.
Langkah dibuka untuk menyerang pokok yang kaku. Kedua-dua pedangnya dilibas pada batang pokok seakan-akan dia menyerang musuh. Pelbagai teknik digunakan yang diajar oleh ayahnya dulu dipraktiskan kembali. Ayahnya memanggil teknik tersebut adalah Teknik Menari Pedang Berkembar. Ia merupakan teknik peperangan sukar dipelajari. Dia dapat menguasai teknik itu dalam masa yang singkat sahaja.

Teknik itu memerlukan seseorang yang mahir menggunakan pedang dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Untuk menguasainya, ia memerlukan kelembutan dan kesantunan seseorang. Gaya teknik ini seperti sedang menari dengan lemah gemalai tetapi langkahnya sangat membahayakan. Namun, Annabella telah mengubahsuai gerakan teknik ini supaya lebih kemas, cekap dan pantas tetapi tidak boleh meninggalkan kelembutannya.

Kedua-dua pedang dihayun pada batang pokok tersebut. Serangannya semakin lama semakin ganas apabila memikirkan semua perkarayang berlaku pada dirinya. Apa yang ayah sorokkan daripada Anna? Kalau Anna manusia biasa, kenapa Anna mampu melihat Demon? Apa yang ayah rahsiakan dari Anna?

“Arghh!!!” jerit Annabella.

Disebabkan tidak dapat menahan amarah yang menggunung dalam diri, dahan pokok habis dipotong dengan menggunakan pedang yang dipegang. Satu-persatu dahan pokok itu jatuh dek kemarahan Annabella.
Dia terbaring di atas rumput setelah kepenatan. Mata birunya merenung langit yang diterangi bintang yang mempunyai pelbagai warna. Satu pemandangan yang sangat menenangkan hati dan jiwanya. Matanya dipejam erat untuk melepaskan lelah.

Annabella teringat kembali mimpinya tadi. Seorang lelaki dewasa memakai baju perang. Mantel berwarna merah berkibaran megah di belakangnya. Pada bahu kiri lelaki itu terdapat satu gencana berbentuk bulat yang mempunyai simbol seekor naga bersambung ke bahu kanannya. Lelaki itu memegang dua bilah pedang di kedua-dua belah tangan yang berlumuran dengan darah. Pedang itu berbentuk seperti ekor naga.

Wajahnya tidak kelihatan kerana memakai penutup muka. Hanya mata birunya dibiarkan terdedah. Tidak lama kemudian, lelaki itu membuka penutup mukanya. Saat itulah dia terjaga dari tidur kerana terkejut melihat wajah sebenar lelaki itu. Lelaki itu ayahnya.

Bunyi rumput yang basah dek embun pagi dipijak memaksa Annabella membuka matanya. Dia bangun daripada pembaringan. Salah satu pedang yang terdampar di atas rumput dibaling pada pokok yang sudah tidak mempunyai dahan. Dia terdengar ada orang menangkap pedang yang dibaling olehnya. Perlahan-perlahan memunculkan diri di sebalik pokok itu bersama pedang tadi.

“Kau curi pedang aku,” kata seseorang.

“Lain kali kau letaklah pedang kau diruang tamu,” balas Annabella.

“Kau tetap mencuri pedang aku.”

“Aku pinjam. Bukan aku tidak pulangkan kepada kau kembali. Kedekut!” kata Annabella dengan geram.

“Perengus!”

“Apa yang kau buat di sini?” Annabella cuba mengalih topik kerana malas bergaduh dengan lelaki itu.

“Kau buat apa kat sini?” Soalannya dibalas dengan soalan.

“Aku tanya kau jawablah!”

Annabella dan Eidan sudah mula bergaduh. Seminggu Annabella di situ, seminggu jugalah dia bergaduh dengan Eidan apabila mereka bersemuka. Pasangan bergaduh yang selalu bertengkar ialah dia dan Eidan manakala Serena dan Haziel.

“Aku malas bergaduh dengan kau waktu tengah malam begini.”

“Aku pun malaslah!” Annabella kembali merebahkan badannya pada rumput karpet yang lembut. Kepenatannya masih bersisa.
Eidan masih bersandar pada batang pokok tanpa mahu mendekati musuhnya. Dia perhatikan sahaja kelakuan Annabella. Dia mendongak ke langit melihat bintang menyinari gelap malam.

“Mesti kau sudah tahu pasal aku, kan?” Annabella bersuara. Kali ini tiada unsur mahu bergaduh. Matanya tetap merenung bintang yang berwarna-warni.

“Tahu apa?” tanya Eidan.

“Pasal aku. Kepelikan aku. Aku pasti Andrew bagitahu kau. Yelah, kau anak muridnya yang hebat,” kata Annabella dengan nada mengejek.
Eidan mendengus geram apabila Annabella mengejeknya. Namun, dia sabarkan hati.

“Kau memang pelik. Bukan manusia biasa boleh merasai Demonic Spirit, mengelak serangan puting beliung Clara, dan bangunkan Killer Instinct.”

“Aku bermimpi seorang lelaki yang menutup wajahnya. Dia berpakaian perang dengan simbol seekor naga. Aku nampak dia memegang dua bilah pedang yang berlumuran dengan darah. Bila aku lihat wajah dia, rupanya sama dengan ayah aku. Apa makna itu semua?”

Eidan sedikit tersentak mendengar kata-kata Anna.

“Ia mimpi. Tidak boleh dipercayai.”

“Mimpi itu seperti hidup. Ia seperti masa lalu yang pernah berlaku. Aku dapat rasainya. Mungkin kalau aku tanggalkan Rantai Sapphire ini, aku tahu siapa diri aku.”

“Kalau kau mati?”

“Itu lagi baik. Aku tidak perlu lagi mengadap muka kau dan dunia kau ini lagi. Kau mungkin gembira bila aku mati, kan?”

“Aku tidak nafikannya. Tapi perbuatan kau adalah perbuatan orang bodoh. Kalau kau mati, sampai bila-bila kau tidak akan tahu siapa diri kau yang sebenar.”

“Kalau aku mati, aku boleh tanya ayah aku yang sudah mati.”

“Kalau sudah bodoh, tetap bodoh,” gumam Eidan perlahan tidak didengari oleh Annabella.

“Hei, Eidan!”

“Apa?”

“Tunjukkan kepada aku kuasa apa yang kau miliki.  Aku sudah tahu kuasa Heroic Knight lain.” Dia kelihatan teruja melihat kuasa Eidan.

“Kenapa aku perlu tunjukkan pada kau?” tanya Eidan.

“Aku mahu tahu sejauh mana kehebatab ke anak murid yang Andrew selalu puji,” kata Annabella. Dia bangun berdiri di hadapan Eidan.

“Kalau itu yang kau mahu.” Eidan menggosokkan tapak tangannya. Dia membuka tapak tangannya dan kelihatan api kecil terapung. Kemudian, diambil api kecil tersebut membentuk seekor rama-rama. Sesungut rama-rama itu dibuat dengan menggunakan kilat. Setelah itu dia melepaskan rama-rama buatannya dan membiarkan ianya terbang.

“Rama-rama...” kata Annabella. Dia terpukau melihat rama-rama yang diperbuat daripada api tadi.

“Cantik...” Annabella menggumam perlahan sebelum menutup kelopak matanya. Pandangannya juga semakin gelap.

“Eh?” Eidan perasan Annabella tidak dapat mengimbangkan diri terus menarik tubuh gadis itu dalam pelukan. Kepala Annabella tersandar elok pada dadanya.

“Woi, bangunlah! Kalau kau mahu tidur, janganlah tidur berdiri.” Eidan mengoncangkan bahu Annabella yang kaku tidak bergerak.

Kata-katanya tidak dibalas oleh suara Annabella malah dibalas dengan dengkuran halus si gadis. Eidan mengeluh perlahan. Nampaknya gadis itu benar-benar letih disebabkan terlebih menggunakan tenaga semasa menyerang pokok yang tidak bersalah.

Dia sudah memerhatikan Annabella sejak gadis itu mengambil pedangnya di ruang tamu yang ditinggalkan sebentar untuk menghilangkan dahaga di dapur setelah penat berlatih. Dia mengekori sahaja langkah Annabella tanpa mahu melakukan apa-apa kerana dia ingin mengetahui apa yang Annabella ingin lakukan dengan pedangnya.

Tidak dinafikan, dia agak kagum melihat pergerakan Annabella yang mahir menggunakan pedang dengan kedua-dua belah tangan sambil menukar posisi pedang tersebut. Kemahiran bermain pedang yang dimiliki Annabella tidak pernah dia lihat sebelum ini. Gadis itu seakan-akan menari.

“Dancing with sword, huh?”
Annabella menggeselkan kepalanya pada dada Eidan seperti anak kucing yang disangka bantal yang hangat. Muka Eidan sudah apabila Annabella memeluknya erat.

“Aku tidak suka keadaan begini,” gumam Eidan perlahan. Tangannya mahu menolak kepala Annabella supaya menjauhi dirinya tetapi terhenti apabila melihat wajah letih Annabella.

“Bila dia tidur, dia kelihatan seperti budak baik. Apabila sedar, seperti harimau.”

KEESOKAN harinya, semua orang kecuali Karyle, Eidan dan Frielan terkejut melihat pokok di halaman tempat latihan mereka sudah tidak mempunyai dahan. Annabella tayang muka tidak bersalah. Biarpun dia sudah dinasihati agar tidak mengapa-apakan pokok tersebut, dia tetap melakukannya juga. Lagipun, Karyle boleh menyembuhkan semula pokok tersebut seperti sedia kala.

“Anna, lain kali jangan buat begini lagi. Pokok merupakan hidupan. Ia juga hidup. Bila awak melakukannya seperti itu, dia akan sakit. Saya tahu awak dapat rasa kesakitannya, kan?” Kata-kata Karyle lembut untuk menasihati Annabella. Namun, ayat terakhir itu diberitahu melalui minda Annabella.

Tidak dinafikan yang dia juga turut rasa sakit apabila melakukan tindakan tersebut pada pokok itu. Dia tidak tahu kenapa dia boleh ada perasaan sebegitu. Apabila memikirkan perkara semalam, bagaimana dia boleh masuk biliknya sedangkan semalam dia berada di tempat latihan? Selepas tengok rama-rama yang dibuat Eidan, dia terus tidak mengingati apa-apa.

“Apa kau sudah buat pada aku?” tanya Annabella kepada Eidan. Lelaki itu sedang bersandar pada dinding sambil berpeluk tubuh.

“Kau tidur sambil berjalan.” Selesai mengatakannya, Eidan terus beredar.
Annabella pula termangu keseorangan. Sejak bila aku tidur sambil berjalan?

BADANNYA direbahkan pada tilam empuk yang sudah seminggu menjadi tempat tidurnya. Selesai sahaja sesi pembelajaran hari ini, dia terus melangkah masuk ke dorm Heroic Knight. Dia tidak sempat melepak dengan Wilda kerana terlalu letih dan mengantuk. Nasib baik kawannya itu sangat memahami. Dia mahu melelapkan mata sebentar.

“Anna! Boleh kau kemas bilik tidur aku? Aku mahu bersihkan senjata aku,” pinta Serena. Setelah itu dia beredar dari bilik Annabella.

Annabella yang baru hendak melelapkan mata, bangun semula. Dia melangkah keluar dari biliknya. Kakinya diatur melangkah menuju ke bilik Serena yang tidak jauh dari biliknya.

“Anna! Letakkan buku ini dalam bilik bacaannya. Aku mahu tidur.
Mengantuknya…” kata Freya.
Sepuluh puluh buah buku diletakkan pada tapak tangan Annabella tanpa mendapat persetujuan gadis itu.

Annabella mengeluh perlahan. Dia menukar arah untuk menuju ke bilik bacaan. Semasa dia melalui ruang tamu, sepasang kembar menahannya dengan senyuman manis seperti selalu.

“My princess, tolong balas surat ini bagi pihak kami,” kata Hariel. Dia meletakkan satu kotak berisi surat peminat mereka di atas timbunan buku yang dibawa oleh Annabella. Setelah itu mereka beredar.
Annabella mengetap giginya kerana geram. Selepas disuruh membuat kerja, terus pergi meninggalkannya tanpa ucap terima kasih.

“Anna...”

“Sudah! Cukup!” jerit Annabella. Buku dan kotak yang dipegang sudah jatuh di atas lantai. Semua orang keluar dari bilik masing-masing untuk melihat apa yang terjadi.

“Berhenti arah aku macam-macam! Kau ingat aku orang gaji ke? Anna itu, Anna ini... Seperti aku tak ada kerja! Aku tak kisahlah kau siapa! Kau anak raja, anak bangsawan ke... Aku tak peduli! Apa? Kau semua mahu cederakan aku dengan kuasa yang kau ada? Buatlah! Buat! Aku tak takut! Tanpa kuasa itu, kau sama seperti aku. Lemah! Kau ingat aku manusia biasa, aku takut? Tidak ada istilah takut dalam hidup aku! Kau ingat aku nak hidup kat sini? Aku lebih rela mati dari hidup! All of you are prideful bastards! Burdensome nobilities!"

Annabella melepaskan kemarahannya yang sudah lama terbuku dalam hati. Tanpa melengahkan masa, dia terus beredar dari situ tanpa melihat reaksi Heroic Knight yang lain. Kemarahan betul-betul menguasai dirinya saat itu. Dalam masa yang sama, semua yang berada di situ terkejut melihat amukan dan kemarahan Annabella yang sebelum ini tidak pernah mereka lihat.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro