Bab 21: Your Highness, Prince Eidan!

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SEPERTI biasa Annabella terjaga dari tidur setelah mengalami mimpi yang pelik. Kali ini dia bermimpikan Fryswellendine dan Dalylla. Segaris senyuman terbit di bibirnya. Dalam mimpinya, Fryswellendine melamar Dalylla untuk menjadi permaisuri hidupnya. Sangat romantik sekali lamarannya. Dalylla yang cantik memakai gaun berwarna biru berada di sebuah taman bunga. Tidak lama kemudian, Fryswellendine datang sambil menunggang kuda putih. Bagaikan seorang putera melamar sang puteri.

"Bertuahnya jadi Dalylla dilamar oleh lelaki kacak bagai putera raja. Kalau boleh aku mahu jadi seperti Dalylla. Berangan kau, Anna..." kata Annabella seorang diri. Dia merenung lukisan yang dilukis berdasarkan mimpinya.

Ini kali pertama dia tidak mengalami mimpi ngeri. Mungkin ini merupakan kesan sampingan apabila tidur selepas membaca kisah percintaan mereka. Prof. Lordes yang memberi buku tentang kisah cinta dua legenda tersebut. Bagi Lvanians yang lain, ia mungkin sebuah kisah cinta yang dikarang oleh penulis berdasarkan imaginasi. Sebenarnya kisah itu benar-benar berlaku.
Di mana mereka setelah menghilangkan diri? Itu sahaja persoalan yang timbul di mindanya sejak tiga hari lepas.

Annabella bangun. Dia membuka almari baju. Baju sejuk miliknya yang selalu dia pakai di Bumi dulu disarung pada badan yang hanya memakai baju t-shirt lengan pendek.
Setelah itu, dia bergerak ke ruang balkoni bilik. Dia memanjat naik di atas pagar balkoni setelah mengagak yang mungkin dia boleh naik ke bumbung akademi. Dia berpaut pada batang besi dan melonjakkan badan ke atas. Sekarang ini dia berada di atas bumbung biliknya.

Annabella berjalan dengan berhati-hati agar tidak terjatuh. Tangannya didepakan untuk mengimbangi badan. Semakin lama semakin jauh dia berjalan dari bumbung biliknya. Cahaya dari menara pemerhati akademi sekali-sekali menyinari bumbung akademi. Sehingga cahaya itu melintasi seseorang.

Gulp! Hantu ke? Sudahlah aku jenis lemah semangat bila tengok hantu. Tapi hantu mana ada di dunia ini! Annabella mengangguk perlahan kerana cuba menerima logiknya sendiri. Dia dapat lihat seseorang sedang berbaring di atas bumbung akademi. Sudah gila ke tidur atas bumbung? Dia pun gila juga naik atas bumbung tanpa alasan kukuh. Badannya disandar pada tiang bendera Akademi Seraglio sambil memerhati seseorang yang tidak jauh darinya. Kita kacau dia!

"Your highness, Prince Eidan... It's very surprise to see you here," kata Annabella dengan nada memerli.
Eidan sedang memejamkan mata kembali membuka matanya. Dia kenal sangat suara sinis tersebut. Dia bangun dari pembaringan. Langkah diatur mendekati Annabella yang mengganggu ketenteraman.

"Tuanku..." Annabella merendahkan sedikit badannya. Kepalanya ditundukkan sebagai tanda hormat seseorang apabila berdepan dengan kerabat diraja.

Eidan pula merasa meluat melihat kelakuan Annabella yang sememangnya suka mengejeknya. Sebelum ini, gadis itu tidak pernah berlaku sopan atau memanggilnya dengan bahasa istana.

"Apa yang kau buat di sini?"

"Cari putera raja patik yang hilang," kata Annabella dengan senyuman nakal.

Eidan pula mendengus apabila mendengar kata-kata Annabella yang berbaur sinis dan mahu mengenakannya.

"Pergi masuk bilik kau sekarang! Macam mana kau boleh ada di sini?"

"Patik tidak akan masuk ke dalam bilik patik selagi patik tidak jumpa putera raja idaman patik. Bagaimana patik berada sini? Itu Rah. Si. A." Annabella mengukir senyuman.

"Lebih baik kau masuk semula bilik kau. Sebelum aku tolak kau sampai jatuh!" ugut Eidan.

"Kalau patik tidak mahu, apa yang tuanku mahu lakukan?" Annabella sengaja mahu membakar hati Eidan dengan menggunakan bahasa istana. Dia menyedari yang lelaki itu, Karyle dan Frielan tidak gunakan bahasa istana biarpun mereka masing-masing putera raja. Putera raja jenis rendah diri.

"Kau cabar aku? Kalau itu yang kau mahu..." Eidan mendekati Annabella dengan lebih dekat menyebabkan Annabella berundur ke belakang sehingga badannya tersandar pada tiang. Eidan sudah berada di hadapan matanya.

"Apa... Kau nak... Buat ni?" tanya Annabella. Dia sudah tergagap-gagap apabila sahaja lima inci sahaja jarak tubuhnya dari tubuh Eidan.

"Apa yang kamu mahu beta lakukan?" bisik Eidan di tepi telinga Annabella dengan menggunakan bahasa istana. Annabella yang memulakan dulu, dia hanya mengikut rentak gadis itu sahaja. Senyuman sinis terukir di wajahnya apabila melihat wajah gelisah Annabella. Perempuan tetap perempuan walaupun seganas dan segarang mana mereka.

"Biarpun berjarak, patik dapat rasa kehangatan tubuh tuanku. Oh, lupa! Tuanku mempunyai kuasa api dan kilat sudah tentu bahang itu patik dapat rasa sekali. Sungguh hangat sehingga menenangkan hati patik," bisik Annabella. Dia juga tidak mahu kalah dengan 'permainan' yang dia mulakan dulu.

Gadis itu agak bahaya juga. Bukan setakat garang tetapi pandai memainkan perasaan orang. Tangan Annabella digenggam.

"Sudi menari dengan beta?"

Belum sempat Annabella membalas...

"Argh!!! Eidan! Kau memang tak guna!" jerit Annabella. Dia terjatuh dalam biliknya sendiri. Habis sengal tubuh badannya. Tanpa disedarinya, Eidan telah memunculkan medan magik teleportasi ke bilik tidur di bawah kakinya. Dia merebahkan badan di atas tilam lembut. Bantal ditumbuk bertalu-talu seolah-olah menumbuk muka kacak milik Eidan.

"Kenapa pula aku fikir dia kacak? Tak guna punya otak!" Kini kepalanya diketuk berkali-kali dengan tangan sendiri.

"Sakitnya tangan aku," keluh Annabella.

Manakala Eidan hanya tersenyum nipis. Pasti gadis itu marah dengan tindakannya. Itulah akibatnya apabila mencari pasal dia. Dia kembali ke biliknya dengan menggunakan medan magik teleportasi. Dia merebahkan badan ke atas tilam yang empuk. Mahu tidur tetapi matanya masih terbuka luas. Tangannya diletakkan di bawah kepala. Ketenangan dirasai di atas bumbung tadi diganggu oleh Annabella.

"Cari putera raja patik yang hilang..."

"Biarpun berjarak, patik dapat rasa kehangatan tubuh tuanku. Oh, lupa! Tuanku mempunyai kuasa api dan kilat sudah tentu bahang itu patik dapat rasa sekali. Sungguh hangat sehingga menenangkan hati patik."

Kata-kata Annabella terngiang-ngiang di telinganya. Keluhan dilepaskan. Annabella merupakan seorang gadis yang sukar ditafsirkan tindakannya. Personaliti gadis itu selalu berubah-ubah mengikut keadaan. Suaranya yang berbisik lembut itu mampu membuaikan mana-mana lelaki yang mendengarnya. Pandai menggoda tapi nasib baik dia tidak tergoda.

BUNYI pedang berlaga menarik semua orang yang berada di dalam kediaman tersebut untuk keluar dari bilik dan menuju ke tempat latihan.

"Go! Anna! Go!" jerit Freya. Dia mahu memberi semangat kepada Annabella mengalahkan Eidan. Dia orang yang pertama menyaksikan perlawanan antara Heroic Knight Kedua dan Heroic Knight Keempat yang baru tersebut.

"Kenapa bising pagi-pagi ni?" tanya Karyle. Dia merupakan orang yang terakhir keluar dari bilik apabila mendengar ahli yang lain bersorak kecuali Frielan yang hanya memerhati sahaja perlawanan tersebut.

"Interesting! The second ranker and the fourth ranker fighting each other," ujarnya.

"Mereka kelihatan serius," kata Frielan.

"Benar..."

Annabella bersusah payah menahan serangan Eidan yang tidak putus-putus menyerangnya. Menyesal? Tidak! Dia tidak menyesal mencari gaduh dengan Eidan sebab dia mahu membalas dendam atas apa yang berlaku semalam. Lelaki itu menyebabkan dia jatuh sampai sakit seluruh badannya. Sebaik sahaja bertembung pagi tadi, tanpa berfikir panjang dia terus mencabar Eidan.

"Mengaku kalah sajalah," kata Eidan.

"Tidak! Aku. Tidak. Akan. Mengaku. Kalah. Dengan. Kau! Hiyargh!!!" Dia menghayunkan pedang ke arah Eidan tetapi badannya ditolak oleh lelaki itu menyebabkan dia hilang keseimbangan badan lalu rebah. Pedangnya juga terlepas dari pegangan.

"Kau sudah kalah."

Annabella bangun. Dia tidak akan menyerah kalah begitu sahaja. Tangannya digenggam seperti penumbuk. Langkahnya dibuka.

"Tangan kosong?"

"Kenapa? Kau mahu menggunakan pedang kau, aku tidak kisah."

"Baiklah."

Annabella melayangkan penumbuknya tetapi dapat dielak dengan mudah oleh Eidan. Dia cuba menendang kaki Eidan tetapi lelaki itu juga dapat mengelak serangannya. Eidan menghayunkan pedangnya ke arah Annabella tetapi dia sempat mengelak dengan menggunakan teknik back flip. Kakinya mendarat cantik di atas tanah. Dia kembali menyerang Eidan tetapi tangan kanannya dikilas ke belakang membuatkan pergerakan Annabella terbatas.

"Just give up," kata Eidan.

Senyuman sinis terukir di wajahnya walaupun Eidan tidak boleh melihat kerana membelakanginya.

"Not so fast, Your Highness!"

Sebaik sahaja mengungkap kata-kata tersebut, dia menyiku perut Eidan dengan siku kirinya yang masih bergerak bebas. Eidan melepaskan tangan kanan Annabella yang dikilas kerana perutnya terasa senak angkara disiku oleh gadis itu. Kesempatan ini diambil oleh Annabella dengan menyepak tangan Eidan yang memegang pedang menyebabkan pedang tersebut terpelanting jauh. Muka Eidan ditumbuk dengan sekuat hati untuk membalas dendam terhadap lelaki itu yang menggoreskan pipinya dengan pedang semasa awal perlawanan mereka.

Eidan memegang mukanya yang sudah berdenyut. Tangannya meraba pipinya yang sudah mula kelihatan biru. Annabella kembali mahu menyerangnya tetapi dia tidak akan membiarkan gadis itu menumbuk mukanya lagi. Dia memangkas kaki Annabella menyebabkan kedua-duanya terjatuh di atas tanah. Mata biru Annabella bersambung dengan mata biru miliknya.

"Kau sudah kalah," bisik Eidan. Jarak antara wajahnya dengan Annabella hanya beberapa inci. Dia dapat rasa nafas hangat Annabella menampar wajahnya.

"Oh, ya?" tanya Annabella bersama senyuman di bibir.

"She's a quit-witted girl," simpul Karyle. Dia melihat Annabella sedang memegang dua bilah pisau yang dihalakan pada belakang kepala Eidan dan dada Eidan. Dia sudah mengagak yang poket kecil yang tersisip di belakang pinggang Annabella mengandungi pisau yang sama digunakan untuk mengalah Clara dulu. Itu baru dua.

"Is that a kiss scene? Eidan, just kiss her!" jerit Freya.

Apabila menyedari kedudukan mereka, Eidan bangun setelah Annabella melarikan pisau dari belakang kepalanya. Wajah kedua-duanya sudah merah menyala apabila Freya tidak berhenti mengusik mereka.

"What? I think it a kiss. What a waste!" jerit Freya yang penuh kekesalan.

"If that happen... It is Prince Eidan first kiss!" jerit Haziel pula.

"Not forget its Anna's first kiss too!"

Eidan yang geram dengan kata-kata mereka itu membentuk dua bebola api yang agak besar lalu menyerang mereka berdua. Freya mematikan bebola api tersebut dengan kuasa angin yang dia ada dengn mudah. Manakala Haziel lari menyelamatkan diri kerana dia tidak boleh mematikan bebola api tersebut kerana dia mempunyai kuasa yang sama dengan Eidan. Jika dia cuba menghentikannya, bebola itu akan makin membesar.

"Frielan, tolong..." Haziel meminta pertolongan dari Frielan kerana Frielan mempunyai kuasa air. Frielan membetulkan cermin matanya dan melangkah pergi tanpa menghiraukan jeritan Haziel.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro