Bab 35: Five Minutes

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

EIDAN bangun dari pembaringan kerana tidak dapat melelapkan mata. Dia bangun berhati-hati supaya tidak mengejutkan Zen yang letih kerana seharian mengalahkan Drakons. Dia akui budak kecil itu sangat hebat dalam teknik perlawanan.

Pergerakannya lincah, pantas dan cekap. Masih terbayang di ruang matanya melihat Zen mengalah Drakons hanya mengunakan tangan kecilnya. Dia dapat melihat bagaimana Drakons tunduk pada Zen dan menerima Zen sebagai pewaris yang seterusnya.

Baju yang disangkut pada penyangkut diambil lalu dipakai pada badannya yang tegap. Bunyi pedang berlaga menarik perhatiannya. Dia melangkah keluar dari bilik. Pintu rumah dibuka untuk melihat siapa yang berlatih pada waktu malam begini. Badannya di sandar pada dinding kayu rumah sambil berpeluk tubuk.

Dia memerhati sahaja Annabella yang sedang berlatih dengan pedang yang terapung di udara. Hayunan pedang tersebut seperti ada orang yang mengawalnya. Matanya agak terpaku melihat pergerakan tangkas Annabella yang cekap menangkis setiap serangan pedang terapung itu. Gadis itu sudah berubah. Bukan sahaja semakin kuat tapi semakin cantik.

Annabella rebah di atas tanah apabila kakinya terluka. Pedangnya terlepas dari genggaman tetapi gadis itu tidak panik. Pedang yang terapung itu berkali-kali menujah mahu menikam Annabella tetapi gadis itu mengelak dengan menggolekkan badannya pada rumput. Tujahan pedang terapung itu semakin lama semakin laju sehingga Annabella tidak mampu mengelak lagi.

Eidan risau melihat keadaan Annabella. Dia mahu menyelamatkan gadis itu tetapi Annabella pantas memunculkan pedang cahaya di kedua-dua belah tangannya sambil menahan tujahan pedang terapung itu. Dia menarik nafas lega apabila Annabella berjaya bertahan.

Annabella bangun dari pembaringan dan kembali menyerang pedang terapung dengan menggunakan dua pedang yang berada di kedua-dua belah tangannya. Pergerakannya yang pantas tidak dapat ditangkap oleh Eidan. Tahu-tahu saja pedang terapung tersebut sudah patah dua. Annabella merebahkan badan di atas rumput untuk melepaskan lelah.

“Apa... Kau... Buat... Di sini?” tanya Annabella. Suaranya tersekat-sekat dengan helaan nafas berat. Dia sudah tahu kehadiran Eidan yang memerhatinya dari tadi.

“Saja mahu mencuci mata,” balas Eidan.

“Lelaki memang tak guna,” gumam Annabella.

Dia bangun dari pembaringan. Rambutnya yang mengurai panjang mencecah lutut diikat toncang seperti ekor kuda. Kalau dulu dia rimas dengan rambut panjang, sekarang ini dia sudah terbiasa. Rambut Annabella yang berwarna emas itu bersinar apabila terkena pancaran cahaya bulan membuatkan Eidan terpegun seketika. Tapi cara berpakaian gadis itu sahaja dia tidak suka. Boleh mengundang mata liar lelaki.

“Boleh tak kau pakai baju yang sopan sikit?” tegur Eidan. Pakaian Annabella yang banyak mendedahkan kulit gadis itu. Baju singlet hitam dengan satu tali halus yang bersangkut di bahu gadis itu.

“Suka hati akulah! Aku mahu pakai baju apa pun! Bukan urusan kau!”

“Memanglah bukan urusan aku! Tapi baju kau terlalu menonjol tahu? Macam mana lelaki tak pandang serong pada kau bila kau pakai baju seperti mahu tayang semua,” balas Eidan geram.

“Diamlah!” rengus gadis itu.

“Aku cakap ni sebab aku lelaki. Kau nak tahu bagaimana mata seorang lelaki berfungsi? Ianya tidak ubah seperti laser...”

“Aku sudah tukar baju. Puas hati kau sekarang?” celah Annabella. Dia sudah memakai baju yang sopan. Dia tidak mahu mendengar bebelan Eidan yang selalu menyakitkan hatinya.

“Barulah sopan.”

“Menyemak.”

“Anna...” seru Eidan perlahan.

“Apa?” marah Annabella. Siapa lelaki itu pada dia mahu menasihatkan padanya?

Eidan mendekati Annabella. Dia duduk di sebelah gadis itu yang sedang memalingkan wajah ke arah lain. Marah sangatlah tu! Buat apa nak hairan? Annabella selalu marah padanya. Dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.

“Kristal ni... Kau punya?”

Annabella menjeling kristal berwarna warni yang sudah dijadikan rantai oleh Eidan.

“Tak!” nafi gadis itu.

“Betul ke?”

“Aku kata tak! Taklah!”

“Aku jumpa selepas kau pergi dari malam kau datang ke akademi. Jangan tipu aku. Aku tahu ia milik kau, kan?” Eidan senyum.

“Kau ada bukti menunjukkan Kristal itu milik aku?”

“Ada! Kau perlu sentuh kristal ni.”
“Aku tidak akan sentuk Kristal tu. Mungkin kau sudah memasang medan magik perangkap untuk menangkap aku. Aku tahu kau tak sukakan aku.”

“Mana kau tahu aku tak suka kau?” bisik Eidan perlahan.

“Sudahlah! Malas aku melayan perangai kau yang pelik,” balas Annabella yang mahu lari situasi tersebut.

Dia tidak selesa melihat renungan Eidan. Dadanya sudah berdebar tidak tentu arah. Annabella mahu bangun dari duduk tetapi pergelangan tangannya ditarik oleh Eidan menyebabkan dirinya tidak dapat mengimbangkan badan lalu terjatuh dalam pelukan lelaki itu. Pinggangnya sudah dilingkari oleh sepasang tangan.

“Kenapa dengan kau ni? Kau dirasuk semangat yang hilang ke? Lebih baik kau lepaskan aku sebelum aku belasah kau,” ugut Annabella. Dia tidak selesa dengan keadaan itu. Dia meronta mahu melepaskan diri tetapi Eidan mengeratkan lagi pelukan.

“Just stay like this for five minutes. After five minutes, I promise I will let you go,” bisik Eidan perlahan tetap boleh didengari Annabella.

Saat itu, Annabella berhenti meronta. Entah kenapa dia semakin selesa berada di dalam pelukan Eidan. Kehangatan tubuh Eidan menjalar dalam tubuhnya dan dapat melenyapkan kedinginan malam yang menggigit kulitnya. Dia dapat dengar dengupan jantung Eidan yang tidak berdegup dengan normal sama sepertinya.

Dia mendongakkan wajah. Matanya bersambung dengan mata biru milik Eidan. Tiada lagi kedinginan yang ditunjukkan dari sepasang mata itu. Hanya renungan yang sukar ditafsirkan. Jarak wajahnya dan Eidan hanya beberapa inci sahaja. Semakin lama semakin dekat sehingga hidung mancung mereka bersentuhan. Nafas hangat Eidan menyentuh wajahnya.

Sebelum bibir mereka bersentuhan, Annabella terlebih dahulu menolak wajah Eidan dengan tangannya. Wajahnya sudah bertukar warna merah. Nasib baik dapat diselamatkan! Kalau tak... Dia dan Eidan... Mukanya terasa panas membahang.

“Masa sudah habis!” kata Annabella. Dia tidak memandang Eidan kerana malu dengan apa yang terjadi. Pedang yang terdampar di atas rumput diambil. Annabella terus meluru masuk ke dalam rumah tanpa mempedulikan Eidan.

Eidan mengusutkan rambutnya. Apa yang aku telah lakukan tadi? Memalukan betul! Bagaimana dia mahu berrtentang mata dengan Annabella setelah apa yang  terjadi tadi? Dia merebahkan badan pada rumput sambil merenung dada langit.

Fikirannya mula terlayang atas apa yang terjadi. Segaris senyuman terlakar di wajahnya apabila teringat kembali pipi Annabella yang berona merah. Ini merupakan kali pertama dia melihat Annabella berkelakuan sebegitu. Mungkin dia mempunyai peluang untuk memenangi hati gadis itu.

ANNABELLA cuba untuk melupakan kejadian yang berlaku semalam. Akibatnya dia tidak boleh melelapkan mata kerana asyik teringat peristiwa tersebut. Setiap kali dia teringat kejadian semalam, wajahnya berona merah tanpa sebab. Panas membahang tidak tentu arah. Jantungnya pula tidak berdegup dengan normal. Parah! Dia perlu melakukan sesuatu untuk lupakan ‘peristiwa’ itu.

Jadi, dia bangun awal pada pagi ni untuk menyediakan sarapan untuk mereka bertiga. Dia hanya memasak sup cendawan yang akan dimakan dengan roti. Lagipun, hanya cendawan sahaja yang ada di dalam rumah. Bau harum masakannya mula merebak di segenap ruang rumah. Dia memang pandai masak. Ketika dia tinggal di Bumi bersama ayahnya dulu, dialah yang jadi tukang masak mereka.

”Sedapnya bau...”

Annabella terkejut apabila terdengar suara yang betul-betul berbisik di telinga. Suara itu dia sudah tahu milik siapa. Mestilah Eidan! Dia mengawal rentak jantungnya agar tidak berdegup kencang.

“Apa yang kau masak?” tanya Eidan. Dia berdiri di belakang Annabella.

“Jangan kacau aku boleh tak? Aku nak masak pun tak senang!” rungut Annabella.

“Betul ke?” duga Eidan.

“Lebih baik kau pergi jika kau tidak mahu dibelasah oleh aku,” ugut Annabella.

“Sanggup ke kau belasah aku?”

“Lebih dari sanggup!”

Annabella menyiku perut Eidan dengan kuat sehingga lelaki itu terbongkok menahan senak. Padan muka! Orang sudah bagi amaran tidak mahu dengar! Rasalah akibatnya.

“I already warn you”

“Aduh! Ganas betul kau ni! Kalau berlawan dengan kau, agak berbaloi juga.” Eidan menggosok perutnya yang sakit disiku oleh gadis itu.

“Kenapa? Kau nak uji kekuatan aku?”

“Why not?”

“Maaf... Walaupun kau bergelar Heroic Knight Pertama, kau tidak mampu tandingi aku.”

“Belagak kau sekarang ni.”

“Kenyataan... Pergerakan kau lambat, firasat kau lemah, pertahanan kau tidak kukuh lagi, dan kau tidak mampu mengawal aura kau dengan baik,” kata Annabella. Tangannya mengacau sup yang dimasak di atas medan magik haba.

“You’re hurting my pride.”

“But its true. Three years, you just develop some skill and technique of your power but its not enough. I'm impress but not too impress. In war, its not depend on your power... Its depend on your ability how to handle your weapon. Not forget, intelligence. power, and ability. If you balance that three things, you can defeat your enemy no matter how powerful they are.”

Annabella mematikan medan magik haba. Sup cendewan telah pun masak. Dia menghidangkan sup tersebut di dalam mangkuk untuk mereka. Roti yang disimpan dikeluarkan dan dipanaskan sebelum dimakan.

“Thats what my father tell me. One more thing he say, to be a hero, you no need to be a hero,” sambung Annabella.

“Ayah kau ajar kau banyak perkara,” simpul Eidan.

“Dia segalanya bagi aku.”

“Macam mana ayah kau meninggal?”

“I don’t know how. Masa tu hujan lebat, aku duduk di rumah tunggu dia balik dari kerja macam biasa. Aku dapat panggilan dari dia. Dia cakap dia perlu selesaikan satu kes jenayah dan mungkin balik lewat. Pada masa yang sama, aku dengar ngauman seperti raksasa dan kami terputus talian. Keesokan harinya, aku tengok bilik dia masih kosong. Semalaman dia tidak balik. Aku tidak kisah sebab dia selalu kerja lebih masa. Aku sediakan sarapan pagi macam biasa. Selepas itu, aku dapat panggilan telefon dari hospital. Dia pergi buat selama-lamanya.” Suara Annabella agak sedih.

“Maaf...” tutur Eidan. Dia rasa bersalah apabila bertanya tentang ayah Annabella.

“Semuanya sudah berlalu.”

“Tapi panggilan terakhir yang aku terima dari dia sangat pelik. Ayah aku cakap masa aku untuk kembali telah tiba. Inilah dia maksudkan. Aku telah kembali ke tempat aku sepatutnya berada.”

“Kau memang sepatutnya berada di sini.”

“Ya... Mana Zen? Tidak mahu sarapan ke budak ni? Zen!” jerit Annabella.

“Zen ada di sinilah,” balas Zen. Dia mengunyah roti.

Annabella pula mengelipkan matanya ke arah Zen yang sedang duduk di meja makan sambil menikmati sarapan.

“Sejak bila kamu ada di sini?” tanya Annabella.

“Sejak Kak Anna cakap ‘to be a hero, you no need to be a hero’ lagi,” balas Zen.

“Makan cepat. Sekejap lagi kita mulakan latihan.”

Zen hanya mengangguk. Sudah menjadi rutin hariannya sejak tiga tahun lepas, berlatih selepas sarapan pagi. Mula-mula dia merungut kerana latihan diberi oleh Annabella sangat berat untuk dia pelajari dan dia enggan lakukannya tetapi lama-kelamaan dia sudah terbiasa. Dia semakin bersemangat apabila mendengar kata-kata Annabella tadi.

Selepas bersarapan, mereka bertiga berkumpul di halaman rumah yang agak luas. Oleh sebab rumah itu terletak di atas bukit yang berdekatan dengan hutan dan agak jauh dari penduduk kampung, mereka boleh menumpukan pada latihan tanpa sebarang gangguan. Annabella melukis satu medan magik dengan sepuluh simbol senjata di atas tanah. Setelah siap medan magik tersebut, ia bercahaya. Muncul pelbagai jenis senjata yang terapung diudara. Medan magik perlahan-lahan hilang.

“Baiklah, Zen! Kak Anna mahu kamu mengalahkan semua senjata dalam setengah jam, boleh?” kata Annabella berbaur arahan.

“Tapi... Mana cukup setengah jam. Hari tu Kak Anna bagi sejam,” protes Zen.

“Zen! Kamu mahu dihantar ke dunia lain?”

“Tak nak!”

“Selesaikannya dengan cepat. Kalau kamu berjaya mengalahkan semua pedang itu sebelum masa tamat, kamu akan diberi ganjaran.”

“Betul ke? Zen akan lakukannya,” ujar Zen dengan bersemangat. Dia mengeluarkan senjata yang berbentuk huruf S dan bersedia menyerang senjata yang terapung itu.

“Apa yang kau cuba mahu lakukan?” tanya Eidan.

“Hanya mahu menguji kepantasan, ketangkasan, dan kecekapannya,” kata Annabella. Matanya fokus memerhati Zen.

Zen sudah menyerang senjata-senjata yang terapung tersebut. Badannya yang kecil senang untuk bergerak malah untuk mengelak dari serangan senjata. Biarpun sudah banyak kali terjatuh dia tetap bangkit mempertahankan diri dan terus menyerang.

Sepuluh minit telah berlalu, dia sudah memusnahkan tiga senjata daripada sepuluh. Kepantasannya bertambah laju. Kecederaan yang dihadapi sembuh dengan cepat. Zen semakin bersemangat. Senjatanya sudah dipecahkan menjadi dua. Semakin senang dia memusnahkan senjata tersebut.

“Zen! Jangan hilang kawalan! Jangan biarkan emosi mengawal minda kamu!” jerit Annabella. Dia risau tentang keadaan Zen yang nampak berubah dari semasa ke semasa. Anak mata Zen sudah mula bertukar-tukar warna.

“Kenapa anak mata Zen bertukar-tukar?” tanya Eidan. Dia agak terkejur melihat keadaan itu.

“Zen sudah mula mahu bangkitkan Killer Instinct tahap kedua.”

“Apa? Killer Instinct ada tahap juga?”

“Kau mungkin tidak tahu. Kau akan tahu bila kau sampai di level satu, gred satu. Killer Instinct ada tiga tahap. Tahap pertama adalah membunuh, bersimpati, dan berperikemanusiaan. Tahap kedua adalah membunuh dan bersimpati. Tahap ketiga pula hanya membunuh.Tahap ketiga adalah tahap yangpaling bahaya. Tandanya anak mata kau akan bertukar ke merah sebab di mata kau hanya nampak darah. Kau tidak mempunyai perasaan saat tu. Tidak kira orang itu kawan atau lawan kau tetap akan bunuh,” terang Annabella.

“Ada cara mahu mengawalnya?”

“Ada...”

“Macam mana?”

“Bunuh orang tu.”

“Kau pernah capai tahap ketiga?” tanya Eidan ingin tahu.

“Pernah. Masa aku umur tujuh tahun. Aku hampir cederakan ayah aku. Tapi aku tidak tahu macam mana dia dapat sedarkan aku,” beritahu Annabella.

“Bagaimana dengan Zen sekarang ni?”

“Dia sudah mahu mencapai tahap kedua. Perubahan anak matanya itu hanya genetik sahaja.”

“Maksud kau?”

“He posseses five powers. Air, water, spirit, earth and light. Those powers make him a great healer. Lukanya boleh sembuh dengan sendiri. Pada masa lukanya dalam proses untuk sembuh, anak matanya akan bertukar dari hijau ke biru. Bukan tu sahaja, dia boleh baca hati atau perasaan seseorang,” jelas Annabella lebih terperinci.

“Bukan fikiran? Aku dengar kau sebut cahaya. Apa maksud kau?”

“Kau perlu kaji banyak lagi tentang moyang aku dan Zen.”
“Jadi, kuasa apa yang kau perolehi?”
Annabella angkat bahu.

“Masa tamat! 17 minit 8 saat. Rekod baru untuk kamu, Zen!” kata Annabella.

“Yeah! Zen akan pecahkan rekod Kak Anna selepas ini!” beritahunya bersungguh-sungguh.

“Banyak lagi kamu perlu belajar, Zen!”

“Berapa masa yang kau dah catat?” tanya Eidan.

“Rekod baru adalah lima minit. Baru sahaja aku catatkannya semalam...” kata Annabella dengan bangga.

“Lima minit?” Eidan tersenyum nakal.

“Bukan yang tulah!” marah Annabella. Mukanya berubah merah apabila teringatkan kisah semalam.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro