Bab 40: Arae The Daemon of Curses

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


PELAJAR akademi di level 1 berlatih bersungguh-sungguh untuk menghadapi ujian kelayakan ke level 2 untuk tahun depan. Tidak kira seseorang itu berada di gred berapa. Jika dapat melepasi ujian kelayakan, mereka akan berjaya masuk ke level 2 iaitu peringkat yang membolehkan mereka mengikat perjanjian dengan familiar.

Wilda hanya duduk termenung di kerusi penonton di colosseum. Semangatnya untuk berlatih hilang kerana sejak kebelakangan ini dia asyik bermimpikan Annabella. Jauh di sudut hatinya, dia masih berharap yang Annabella masih hidup. Namun, khabar Annabella dibunuh oleh Ancient Demon agak mustahil Annabella masih hidup. Tiada siapa yang dapat hidup apabila dibunuh oleh Charybdis menurut apa yang dia baca dalam buku. Gelang kayu pemberian Annabella direnung. Tidak sangka ini adalah tanda persahabatan mereka yang pernah terjalin semasa Annabella masih hidup.

"Kau mesti hidup bahagia di sana, kan?" gumam Wilda dengan suara yang perlahan.

Wilda bangun dari tempat duduk dan bersedia untuk berlatih. Dia tidak mahu membazirkan masa kerana dia mahu menunjukkan pada Annabella yang dia kuat dan mampu mencapai kedudukan yang sama dengan Heroic Knight biarpun tidak menjadi salah satu ahli mereka.

Tanpa disedari oleh pelajar akademi, mereka diperhatikan oleh seseorang yang berada di atas tembok akademi dengan senyuman sinis. Matanya berwarna hitam pekat tanda dirinya sudah terjatuh dalam kegelapan beratus tahun dahulu. Rambutnya yang hitam berkilat ditiup lembut oleh angin.

"Kau jangan bertindak melulu..." Satu suara menerjah mindanya.

"Rugilah kalau tidak dapat bermain dengan mereka." Ketawa sinis terlepas dari bibirnya yang merah merekah.

"Perhatikan mereka. Jangan kau bertindak melulu!"

"You're so boring. Let me have some fun. Aku bosan asyik perhatikan mereka sahaja. Aku mahu berseronok. Lagipun, aku mahu jumpa 'kawan lama' aku."

Dia melompat turun dari tembok akademi dengan mudah. Larangan dari suara yang menerjah mindanya tidak dihiraukan. Dia melangkah menuju ke kolosseum dengan senyuman yang menakutkan.

"Hai," sapanya.

Pelajar akademi yang asyik berlatih terkejut dengan kehadirannya. Seorang perempuan cantik berambut hitam dan terdapat dua tanduk berwarna merah di atas kepalanya. Ekornya bergerak ke kiri dan ke kanan. Lengan dan betis perempuan itu bersisik merah. Senyuman yang menyeramkan masih terukir di wajahnya.

"Siapa kau, hah?" jerit salah satu pelajar tersebut.

"Kau tidak mengenali aku siapa? Kecewanya aku bila kau tidak tahu nama sebenar aku. Nampaknya aku tidak terkenal seperti Nemesis dan yang lain-lain. Aku perlukan melakukan sesuatu untuk buat kau semua kenal aku." Perempuan itu menunjukkan reaksi sedih.

Tapak tangan dihalakan pada pelajar akademi tersebut. Perlahan-lahan muncul bebola hitam yang lama-kelamaan membesar.

Boom!!!

Satu letupan kedengaran sehingga menggegarkan tanah. Pelajar akademi yang berdekatan dengan perempuan itu terkena serangan tersebut. Kebanyakan pelajar akademi mengalami cedera parah, ada yang melarikan diri, dan ada yang cuba membantu rakan yang lain. Hanya beberapa orang sahaja yang masih teguh berdiri.

"Hmmm? Ada lagi yang masih boleh berdiri?"

Boom!!!

Satu lagi serangan yang sama dilepaskan oleh perempuan tersebut. Kali ini letupan itu semakin kuat kedengaran. Asap tebal berkepul-kepul memenuhi colosseum tiba-tiba sahaja semakin menghilang. Perempuan itu menyengetkan sedikit kepalanya. Tidak menyangka serangannya kali ini masih ada lagi yang masih berdiri. Seorang gadis berambut merah sedang merenung tajam ke arahnya.

"Apa yang kau mahu, perempuan setan?" jerit Wilda dengan marah.
Perempuan itu ketawa. Tidak terkesan langsung dengan panggilan yang diguna oleh Wilda sebab itu memang asal-usulnya.

"Your bravery is quit impressive but not enough to defeat me. You're just a little stick. Kuat di luar tapi rapuh di dalam."

"Kau cari tempat yang salah untuk berlawan!" ujar Wilda.

"Oh, really? I guess not... I just want to pay a visit to my friend."

"Siapa kawan kau? Setan?"

"No... Its not. She just a Lvanian with long, long golden hair. I just want to say 'something' to her."

Dahi Wilda berkerut apabila mendengar kata-kata perempuan tersebut. Kenapa dia dapat rasa perempuan tu bercakap tentang Annabella?

"Lebih baik kau pergi dari sini!"

"Jika kau tidak dapat mengalahkan aku, kau bukan tandingan aku. Lebih baik kau duduk diam-diam dan jangan masuk campur."

Wilda bertindak menyerang perempuan itu dengan serangan bebola apinya tetapi sikit pun tidak membuat perempuan itu berganjak dari tempatnya berdiri. Perempuan itu dapat mengelak serangan Wilda dengan mudah.

"Kau serius mahu bertarung aku, budak?"

"Aku tidak takut pada setan seperti kau!"

"If you insist... Mungkin aku perlu panaskan badan dulu sebelum berjumpa dengan 'kawan lama' aku. Jom kita bermain." Perempuan itu ketawa besar. Bunyi ketawanya bergema di segenap ruang.

Pedang yang tersisip kemas di pinggang ditarik keluar. Dia jarang menggunakan pedang itu kerana dia sangat sayangkannya kerana pedang itu merupakan pedang yang ditempa sendiri dengan penat lelahnya. Dia sendiri yang mengukir corak di pedang tersebut.

"Nice sword."

"I wield it with my fire."

"Sayangnya, takkan mampu membunuh aku."

Wilda mengetap gigi geram. Tanpa melengahkan masa, dia terus menyerang perempuan tersebut tetapi serangannya dapat ditangkis oleh senjata perempuan itu.

"Nice move. But..." Senyuman sinis terukir di wajah perempuan itu.
Pergerakan perempuan itu semakin lama semakin laju sehingga tidak dapat dilihat dengan pandangan mata. Hanya sekelip mata sahaja perempuan itu dapat mengubah tempatnya. Namun begitu, Wilda tetap fokus dalam mempertahankan dirinya jika dia diserang secara mengejut.

Perempuan tersebut menghunus senjatanya ke arah Wilda tetapi ditangkis oleh Wilda. Serangan kali kedua oleh perempuan tersebut tidak dapat dielak oleh Wilda menyebabkan tangannya terluka akibat terkena tusukan senjata perempuan itu. Tidak cukup dengan itu, kakinya juga ditusuk oleh senjata perempuan itu sehingga membuatkan Wilda rebah melutut. Pedangnya dijadikan tempat untuk berpaut.

Perempuan tersebut melepaskan satu serangan dari tapak tangannya yang merupakan bebola cahaya hitam pekat ke arah Wilda. Akibat dari serangan itu, tubuh Wilda terpelanting jauh. Badannya terlentang di atas tanah dengan tidak bermaya. Rasa sakit menjalar di seluruh badan. Darah dari kepala mula mengalir keluar secara perlahan-lahan.

"Aku sudah bagitahu kau awal-awal bahawa kau bukan tandingan aku. Namun, aku sangat berterima kasih pada kau kerana aku dapat bermain walaupun sekejap je. I want to spare your life but you have important role. So, good bye."

Senjata perempuan itu diangkat tinggi untuk membunuh Wilda tanpa belas kasihan. Gadis berambut merah itu hanya pasrah dengan nasib diri. Cepat dia mati, cepat dia dapat bertemu Annabella. Dia memejamkan mata kerana sudah bersedia menemui maut.

Kling!!!

Bunyi senjata berlaga memaksa Wilda membuka matanya semula. Dia tergamam melihat figura yang berada di hadapan mata dengan membelakangi dirinya. Figura itu sedang menahan senjata perempuan itu dari membunuhnya dengan pedang. Rambut emasnya yang panjang mengurai yang diikat satu bertiup lembut oleh angin. Dia kenal dengan rambut emas itu. Hanya seorang sahaja yang mempunyai rambut bersinar seperti emas.

"Anna? Tak mungkin," gumamnya perlahan.

"Lebih baik kau pergi selamatkan diri jika kau tidak mahu mati untuk kali kedua," kata Annabella tanpa memandang ke belakang.

"Anna... Kau tak kenal aku?" kata Wilda.

"Tak! Aku tidak tahu macam mana kau kenal aku tapi aku tidak mengenali kau. Jadi, pergi dari sini," kata Annabella tanpa perasaan.

Karyle mendekati Wilda dan cuba memapah gadis itu untuk berlalu pergi meninggalkan colosseum. Tambahan lagi, gadis itu memerlukan rawatan segera kerana mengalami cedera yang agak teruk.

"Kita pergi dari sini. Saya akan bawa awak ke House of Healing untuk mendapatkan rawatan lanjut," ujar Karyle.

"Lepaslah!" Wilda meronta-ronta untuk melepaskan diri daripada pegangan Karyle.

Apabila melihat kedegilan gadis itu, Karyle terpaksa mengangkat tubuh gadis tersebut. Dia memunculkan medan teleportasi untuk sampai ke House of Healing. Dalam sekelip mata sahaja, mereka berada di rumah sakit. Tubuh Wilda diletakkan di atas katil yang masih kosong.

"Kenapa awak bawa saya ke sini? Saya ingin berjumpa dengan Anna. Tepi!" Wilda menepis tangan Karyle yang mahu menyembuhkan lukanya.

"Awak perlukan rawatan segera," kata Karyle yang masih bersabar.

"Selagi saya tidak pastikan itu Anna, selagi itu saya tidak boleh duduk diam. Tepilah!" Sekali Wilda menepis tangan Karyle.

"Tapi awak akan membahayakan diri awak. Awak cedera teruk."

"Saya tak peduli!"

"Itu memang Anna, kawan awak. Puas hati? Awak duduk di sini diam-diam dan dapatkan rawatan. Selepas semuanya selesai, saya akan jelaskan semuanya pada awak faham?" Karyle sudah meninggikan suaranya kerana geram dengan kedegilan Wilda.

Wilda terdiam. Tidak menyangka Karyle yang tenang boleh marah sekian rupa. Rasa gerun menguasai diri apabila melihat wajah Karyle yang marah. Dia lebih suka melihat wajah raja muda Serpland itu mengukir senyuman mesra seperti selalu daripada menunjukkan riak marah. Bibir bawahnya digigit. Kepala ditundukkan.

Keluhan dilepaskan oleh Karyle. Dia menyambung memulihkan luka Wilda. Buat kali pertama dia melepaskan amarahnya. Rasa bersalah pula memarahi gadis itu.

"Itu memang Anna. Dia masih hidup. Kalau awak ingin tahu perkara sebenar, awak tanya dia sendiri. Sebelum itu, awak perlu memperkenalkan diri kepadanya," ujar Karyle. Suaranya sudah kendur dan lembut.

"Anna hilang ingatan?"

"Tak... Dia mungkin tidak mengenali awak. Sudah tiga tahun berlalu, awak sudah banyak berubah."

Wilda memukul bahu Karyle sekuat hati.

"Sakitnya bahu saya," adu Karyle. Tangannya menggosok bahunya yang sakit dipukul oleh Wilda.

"Padah mengata saya!"

"Saya cuma cakap awak sudah berubah itu saja."

"Samalah maksudnya!"

Wilda akui dia memang sudah banyak berubah. Badannya tidak gemuk seperti dulu. Akibat terlalu menjalani banyak latihan, dia mengalami penurunan berat badan yang mendadak. Matanya juga sudah bertukar biru apabila dia mendapat tahu bahawa dia mempunyai dua kuasa. Patutlah Annabella tidak mengenali dirinya.

Senyap.

"Saya nampak menakutkan apabila marah, kan?" tanya Karyle memecah kesunyian di antara mereka.

"Sangat menakutkan."

"Sebab itulah saya tidak mahu marah."

"But, you still look handsome." Wilda menekup mulutnya apabila dia terlepas memuji lelaki itu.

Karyle hanya ketawa. Dia tercuit dengan telatah Wilda yang kelihatan comel di matanya.

"WELL, Well, well... What do we have here? Heroic Knight and... Long time no see, right?" kata perempuan itu dengan sinis. Dia dapat melihat kehadiran Heroic Knight dan Annabella.

"Apa yang kau buat di sini, Arae?" tanya Annabella dingin.

"Kau masih ingat lagi nama aku, keturunan Fryswellendine. Hanya kau sahaja mengenali aku," balas perempuan yang bernama Arae.

"Kau bertambah tua kali terakhir aku 'jumpa' kau. Bagaimana dengan luka itu? Sudah sembuh?" Annabella tersenyum sinis.

Arae mengetap gigi geram. Dia tidak akan lupa apa yang Annabella telah lakukan padanya pada dua tahun lepas. Dia ditugaskan memburu pewaris naga itu. Sangkanya Annabella masih lemah rupa-rupanya tidak. Dia dikalahkan dengan teruk apabila berlawan dengan gadis itu sehingga salah satu matanya buta akibat terkena serangan panahan cahaya Annabella. Kini, dia terpaksa memakai penutup mata pada sebelah matanya. Cahaya hitam semakin membesar di tapak tangannya. Tanpa melengahkan masa, dia terus menyerang Annabella.

Pedang yang tersisip di pinggang ditarik keluar. Dengan sekali libasan sahaja, cahaya hitam itu lenyap dari pandangan mata.

"Setakat serangan begitu tidak akan mencederakan aku," kata Annabella.

"Oh, ya?" Arae memunculkan satu cemeti yang panjang dan berduri. Sekali imbas ia hanya cemeti biasa dipenuhi duri. Tetapi ianya sangat berbahaya. Libasannya mengeluarkan racun yang berbisa. Durinya pula mengeluarkan asid.

"Kau semua boleh pergi dari sini," arah Annabella kepada Heroic Knight yang lain. Dia yakin yang Arae mahu membunuhnya sahaja kerana dia telah menjadi buruan Arae sejak kecil lagi.

"Tidak! Aku tidak akan tinggalkan kau lagi," balas Eidan.

"Ini antara aku dan dia! Kau dan yang lain boleh pergi selamatkan pelajar akademi yang lain!" tegas Annabella.

"Jangan harap aku ikut kata-kata kau! Aku akan tetap berada di sini! Kita sama-sama lawan dia." Eidan tetap dengan pendiriannya.

"Aku kata pergi! Pergilah! Kau mahu mati di sini? Susah sangat ke kau mahu dengar cakap aku? Pergi dari sini!" marah Annabella.

"Cukup sekali aku tinggalkan kau bersendirian! Kali ini aku tidak akan tinggalkan kau lagi, Anna! Kita sama-sama lawan dia!"

Annabella agak tergamam dengan kata-kata Eidan. Apa maksud kata-kata Eidan tadi?

"Kamu semua boleh pergi selamatkan pelajar akademi yang lain. Kosongkan bahagian timur akademi. Jangan biarkan seorang pun pelajar mendekati kawasan ini. Biar aku dan Anna sahaja yang lawan dia. Pergi!" arah Eidan.

"Tapi..." Freya mahu membantah.
"Kita patut serahkan pada Anna dan Eidan. Mereka kuat apabila bersama.
Mari kita pergi," balas Frielan. Dia menolak sedikit cermin matanya.

Mereka berlalu pergi untuk menyelamatkan pelajar akademi yang terperangkap dalam runtuhan bangunan akademi di bahagian timur. Pelajar yang tercedera dibawa ke House of Healing untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, mereka juga menolong pelajar lain untuk ke tempat yang selamat. Kerja-kerja menyelamatkan siap dengan cepat apabila pelajar akademi memberi kerjasama. Mereka berkumpul di House of Healing untuk menolong apa yang patut kerana ramai pelajar yang tercedera dalam runtuhan bangunan.

"Mana Eidan?" tanya Karyle.

"Eidan bersama dengan Anna," balas Serena.

"Eidan degil. Anna pun degil. Memang sesuailah mereka berdua. Jangan risau tentang mereka. Mereka tidak akan apa-apa percayalah," ujar Karyle. Dia menggelengkan kepala apabila memikirkan perangai dua rakannya itu.

"Oh, ya! Mana budak hebat tu?" tanya Hariel.

"Zen sedang menolong Healer yang lain. Dia menawarkan diri untuk memberi pertolongan. Lagipun, di sini kekurangan Healer," terang Karyle. Jarinya menunjukkan Zen yang sedang menyembuhkan seorang pelajar akademi.

"Apa yang telah terjadi sebenarnya?" tanya Pengetua Erald. Dia melangkah masuk bersama Prof. Lordes ke ruangan pesakit. Dia melihat ramai pelajar akademi terlantar sakit.

"Apa yang saya tahu kita diserang oleh seorang perempuan yang bernama Arae," beritahu Karyle.

"Kamu pasti itu Arae?" Prof. Lordes mengusap dagunya apabila mendengar kata-kata Karyle.

"Ya... Itu yang Anna bagitahu saya."

"Jadi, Anna berada di sini? Mana Eidan?" tanya Pengetua Erald. Dia mula menyedari kehilangan Eidan.

"Eidan bersama Anna," beritahu Serena.

"Kalau orang yang serang kita itu adalah Arae, kita dalam bahaya," ujar Prof. Lordes.

"Kenapa, Prof? Siapa Arae?" tanya Freya.

"Arae is a female daemon of curses," balas Frielan. Tangannya menulis sesuatu di dalam Ipad.

"Sumpahannya sangat berbahaya. Ia boleh membawa maut terhadap seseorang. Sumpahannya juga sukar untuk dirungkaikan. Salah satunya sumpahan yang dikenakan pada Pemburu Bayang yang sebenarnya merupakan pari-pari hutan. Mereka disumpah oleh Arae kerana mereka enggan berkerjasama dengan Tralgar," terang Prof. Lordes.

"Tiada siapa boleh meleraikan sumpahannya?" tanya Karyle.

"Berdasarkan apa yang saya kaji... Hanya Lvanians berdarah istimewa sahaja yang mampu merungkaikan sumpahan Arae," balas Prof. Lordes.

"Lvanians istimewa?" ujar Freya.

"Lvanians yang mempunyai empat darah keturunan Heroic Knight yang pertama," kata Prof. Lordes.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro